You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS, 77100 ASAHAN, MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2017

1. Tarikh : 8 Februari 2017


2. Hari : Rabu
3. Masa : 2.15 Petang
4. Tempat : Anjung Budi
5. Kehadiran

5.1 Hadir:
5.1.1 Pn. Zubaidah bt Mohamad Ketua Panitia Pendidikan Islam
5.1.2 Cik Siti Khadijah bt Hamzah Guru Pendidikan Islam
5.1.3 Pn. Che Norhayati bt Ibrahim
5.1.4 Pn. Salamiah bt Saaid
5.1.5 Pn. Nor Asikin bt Ismail Guru Bahasa Arab
5.1.6 Pn. Irmaningsih bt Mohd Azis Guru Bahasa Arab

5.2 Hadir bersama:


5.2.1 En. Azhar bin Abu Talib Guru Penolong Kanan Kurikulum

5.3 Tidak hadir bersebab:

5.3.1 En. Khalid bin Maslan Cuti Rehat Khas


5.3.2 Pn. Lailee bt Abdullah Cuti Rehat Khas
AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi (Pn. Zubaidah bt Mohamad)


1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat
kali pertama 2017.
1.3 Pengerusi memaklumkan markah e-prestasi guru-guru agama SKN boleh
disemak melalui aplikasi HRMIS.

Tindakan: Semua guru GPI

2. Ucapan Aluan Pentadbir (En. Azhar bin Abu Talib)


2.1 En. Azhar bin Abu Talib mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan
Panitia Pendidikan Islam atas kesudian menjemput beliau ke mesyuarat
kali pertama panitia ini bagi tahun 2017.
2.2 Beliau memaklumkan agar fail-fail rasmi panitia dikemaskini dan
dilengkapkan bagi memudahkan urusan penyemakan oleh pihak pegawai
dari PPD dan JPM.
2.3 Beliau turut memaklumkan agar Panitia Pendidikan Islam boleh
menyediakan satu senarai nota minta 2017 untuk membeli barangan
keperluan panitia bertujuan melancarkan lagi perlaksanaan aktiviti panitia..
2.4 Beliau mengharapkan agar segala program Panitia Pendidikan Islam pada
tahun 2017 dapat dijalankan dengan lancar dan mampu memberi impak
kepada murid-murid secara khususnya.
Tindakan: Makluman

3. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh pengerusi, Pn. Zubaidah
binti Mohamad
Cadangan: Pn. Norhayati binti Ibrahim
Sokongan: Pn. Nor Asikin binti Ismail
4. Perkara Berbangkit
4.1 Pengerusi memaklumkan pencapaian keseluruhan murid tahun 1 hingga
tahun 6 bagi tahun 2016 dalam Pendidikan Islam memuaskan. Namun
terdapat beberapa kelas yang menunjukkan jurang perbezaan antara satu
sama lain yang sangat ketara (Seperti dalam lampiran)
4.2 Pengerusi turut memaklumkan agar semua guru Pendidikan Islam dapat
melaksanakan gerak kerja yang telah digariskan mengikut skop kerja yang
dirangka dalam borang keberhasilan PPPB.
4.3 Memaklumkan Ujian Diagnostik Jawi bagi murid tahun 2 telah dilaksanakan
pada pagi tadi dan murid-murid yang tidak melepasi markah 59% dan ke
atas akan diwajibkan menyertai Kem Cemerlang Jawi 2017.
4.4 Memaklumkan juga agar guru-guru Pendidikan Islam menyenaraikan
nama murid tahun 3 hingga tahun 6 yang lemah dalam jawi bagi menjalani
Ujian Pos Jawi dan diwajibkan menyertai Kem Cemerlang Jawi.
4.5 Pengerusi mencadangkan agar soalan peperiksaan Pendidikan Islam bagi
murid tahap 1 dibina dalam dwibahasa iaitu jawi dan rumi. Manakala bagi
murid tahap 2 dikekalkan dalam tulisan jawi.
Tindakan: Semua Guru GPI

5. Persediaan Tahun 2017


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan bagi sukatan
pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 yang mana dikenali sebagai KSSR
Pendidikan Islam Semakan Semula 2017. Sukatan pelajaran ini telah
diguna pakai bermula dari tahun ini.
5.2 Pengerusi turut memaklumkan agar guru-guru Pendidikan Islam
mengumpulkan RPT dan DSKP bagi kelas-kelas yang diajar dalam bentuk
‘softcopy’ sebagai rujukan pada masa akan datang.
5.3 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru sentiasa menyiapkan RPH dan
menulisnya mengikut format yang telah diselaraskan di peringkat panitia.
5.4 Item dalam penulisan RPH:
- Masa/Kelas
- Tajuk
- Standard kurikulum,
- Standard pembelajaran
- Objektif,
- Aktiviti,
- Elemen merentas kurikulum,
- Impak @ refleksi
- I-think
Tindakan: Semua Guru GPI

6. Aktiviti Tahunan
6.1 Pengerusi memaklumkan takwim tahunan bagi sesi 2017 telah siap
dirancang dan akan diedarkan kepada semua guru Pendidikan Islam.
(Seperti dalam lampiran)
6.2 Antara aktiviti yang akan dijalankan dalam masa terdekat adalah Kem
Bestari Solat yang akan dijalankan pada 11 Mac 2017.
6.3 Pengerusi turut memaklumkan takwim yang dirangka telah diselaraskan
dengan takwim yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM melalui Sektor
Pendidikan Islam.
6.4 Pengerusi mencadangkan agar dilaksanakan aktiviti seperti hafazan surah-
surah pendek, zikir selepas solat, serta zikir harian dapat diselitkan atau
disisipkan dalam proses PdP di kelas.
Tindakan: Semua Guru GPI
7. Penyedia soalan
7.1 Senarai penggubal soalan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi tahun
1 hingga tahun 6:
TAHUN (KELAS) PENGGUBAL SOALAN PENDIDIKAN ISLAM
Tahun 1 Ustazah Lailee bintit Abdullah
Tahun 2 Ustazah Zubaidah bintit Mohamad
Tahun 3 Ustaz Khalid bin Maslan
Tahun 4 Ustazah Salamiah binti Saaid
Tahun 5 Ustazah Siti Khadijah binti Hamzah
Tahun 6 Ustazah Zubaidah binti Mohamad
Ustazah Lailee binti Abdullah
Ustazah Salamiah binti Saaid
Pendidikan Khas Ustazah Che Norhayati binti Ibrahim

TAHUN (KELAS) PENGGUBAL SOALAN BAHASA ARAB


Tahun 1, 2 dan 5 Ustazah Irmaningsih binti Mohd Azis
Tahun 3, 4 dan 6 Ustazah Nor Asikin binti Ismail

7.2 Pengerusi memaklumkan guru-guru yang ditugaskan menggubalkan


soalan mengikut tahun yang telah ditetapkan secara automatik sebagai
pelaksana PDD (Pentaksiran Berdasarkan Sekolah)mbagi kelas yang
ditetapkan.
7.3 Pentaksiran bagi PAFA dan KLAQ (Kelas Literasi Al-Quran) pula
dilaksanakan mengikut kumpulan tasmik yang telah ditetapkan oleh ketua
panitia.

Tindakan: Semua Guru GPI


8. Hal-hal lain
8.1 Perlaksanaan Program Cakna Solat telah mula dilaksanakan pada minggu
pertama persekolahan serta pada perjumpaan kali pertama kokurikulum
melalui aktiviti solat zohor secara berjemaah.
8.2 Ustazah Che Norhayati memaklumkan semua program serta pertandingan
bagi murid-murid Pendidikan Khas dilaksanakan terus di peringkat daerah
dan pihak sekolah hanya memilih murid untuk menjadi wakil dalam
pertandingan tersebut.
8.3 Beliau turut memaklumkan pencapaian tertinggi murid-murid Pendidikan
Khas dalam mata pelajaran Pendidikan Khas adalah kemampuan
membaca ayat bacaan panjang dengan baik (Adik Amri Sanizam)
8.4 Ustazah Irmaningsih menegaskan bahawa murid bukan Islam wajib
mempelajari mata pelajaran Bahasa Arab mengikut pekeliling yang telah
dikeluarkan.
8.5 Ketua panitia mencadangkan agar dikeluarkan surat arahan yang
menyatakan mata pelajaran Bahasa Arab wajib dipelajari di sekolah rendah
harian bertujuan sebagai makluman kepada ibu bapa murid bukan Islam
untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

9. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………… ………………………………

(CIK SITI KHADIJAH BT HAMZAH) (PN. ZUBAIDAH BT MOHAMAD)

Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Pendidikan Islam

Sek Keb. Nyalas Sek Keb. Nyalas