You are on page 1of 18

KHIERTHAHNNA A/P SARAVANAN

6 MERAH

SK CONVENT INFANT JESUS (1)


BIODATA
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak .Selain itu,
ucapan terima kasih juga akan ditujukkan kepada kedua-dua
ibubapa yang saya hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa
memberi dorongan, sokongan, galakan dan tunjuk ajar
sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai.
Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada kepada guru
sejarah saya iaitu Puan Azira kerana dia memberi banyak
tunjuk ajar kepada saya semasa saya membuat kerja kursus ini.
Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada akan-rakan saya.
ISI KANDUNGAN

1. SEJARAH RINGKAS PERAK

2. SEJARAH RINGKAS PULAU PINANG


Sejarah Ringkas Negeri Perak
Negeri Perak adalah merupakan sebuah negeri yang penuh dengan peluang, permai dan indah.
Bersempadan dengan beberapa buah negeri yang lain, Negeri Perak menawarkan pelbagai
keistimewaan sama ada dari segi ekonomi, pelancongan, infrastruktur dan sebagainya. Negeri
Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di
Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan berkeluasan 21,000km persegi. Ia merupakan
salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia. Perak mengalami cuaca
panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celsius,
serta kelembapan melebihi 82.3% serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. Bukit Larut
merupakan tempat yang paling lembab di Malaysia dengan lebih kurang 5080 mm.

Hampir separuh keluasan Perak diliputi dengan hutan iaitu seluas 10,713 km persegi di mana
95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah Hutan Paya Bakau.
Negeri Perak juga dikenali sebagai Bumi Bertuah, dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan
dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Perak terbahagi kepada 11 daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian, Larut, Matang dan
Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung dan Muallim. Daerah
Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Negeri Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat
mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan
setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak.
Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang
terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong
merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu.
Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah
mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan
jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang
dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain
kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya
kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah
Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban
dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang
berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan
Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak
pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih
timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak
berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah,
getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah
turun temurun.

Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama
kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui
Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem
pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana
pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak
mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya
J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun
194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.

Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan
sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana
Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil.
Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan
rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan
beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah


menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan
kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak
adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan
sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri
mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta
diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.

Zaman Pra Sejarah

Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada
keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru
(Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).

Zaman Batu Lama (Paleolitik)


Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya
kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong.
Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya
merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.

Zaman Hoabinhian

Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan
peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa
buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung
batu untuk membuat pencelup merah (haematite).

Zaman Batu Baru (Neolitik)

Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat
peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan
lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah
pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal.
Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.

Zaman Logam (Metal Age)

Zaman ini wujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah
dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa
masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing,
mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang aneh bentuknya yang dikenali
sebagai 'Tulang Mawas' yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.

Zaman Hindu/Buddha

Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha,
manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri
Perak. Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal
kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan
patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan
Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.

Perak Selepas Pra Sejarah

Zaman Kedatangan Islam dan Sebelum Kesultanan

Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya
Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti
yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah
dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai
Timur.

Di samping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai
Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti
Kerajaan Roman, Tun Saban, To' Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.

Zaman Kesultanan

Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang
merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun
l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.

Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi
kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah
memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran
terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.

Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul
Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.

Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem
pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.
Batu Bersurat Pulau Pangkor Merupakan sebuah batu besar yang mempunyai ukiran lukisan
harimau membawa lari seorang kanak-kanak dan mempunyai lakaran tulisan “VOC” dan “If
Carlo 1743”.

Galeri Sultan Azlan Shah Sebuah galeri atau muzium di Kuala Kangsar yang menempatkan
pelbagai bahan bersejarah tentang kehidupan Almarhum Sultan Azlan dari muda sampailah ke
era pemerintahannya. Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri perak dan
Keluarga Diraja Perak.
Kellie’s Castle Sebuah rumah agama lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915
sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam
ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia.

Kota Belanda Merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda yang berusia lebih 300 tahun dan
terletak di Teluk Gadung, Pulau Pangkor. Kubu ini dahulunya merupakan tempat penyimpanan
bijih timah yang diambil dari negeri Perak dan juga merupakan sebuah kubu pertahanan tentera
Belanda.
Kompleks Sejarah Pasir Salak Merupakan satu tempat yang mempunyai banyak kesan sejarah
terutamanya tentang pejuangan pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeri
satu ketika dahulu.

Bekas stesen keretapi pertama di Tanah Melayu yang berhubung dengan Taiping. Kini yang
tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan signboard sebagai simbolik kepada Port Weld.
Muzium Perak Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan
yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan
artifak sejarah Melayu di negeri Perak khususnya.

Istana Kenagana di Kuala Kangsar, Perak.


Sejarah Ringkas Negeri Pulau Pinang
ejarah Pulau Pinang bermula dalam tahun 1786, apabila Captain Francis Light membuat perjanjian
dengan Sultan Kedah. Dia memperolehi Pulau Pinang bagi pihak Syarikat Hindia Timur dari
Sultan dan sebagai balasan, syarikat berjanji untuk memberi perlindungan keselamatan kepada
Kedah daripada jiran-jirannya yang kuat.

Sehingga 1800, Light juga berjaya mendapatkan kawasan tanah di seberang pulau. Kawasan itu
bernama Province Wellesley (mengikut nama Gabenor India) yang sekarang ini dipanggil
Seberang Perai.

Light menamakan pulau itu Pulau Putera Wales kerana tarikh ia diperolehi berbetulan dengan
tarikh lahir Putera itu. Beliau telah mendarat di tempat yang sekarang bernama Esplanade. Ketika
itu ia adalah sebuah kawasan paya yang banyak nyamuk.
Untuk membersihkan tempat itu beliau telah mengisi meriam kapalnya dengan wang perak dan
ditembakkan ke arah hutan paya itu untuk meransang kerja-kerja pembersihan semak-samun oleh
pekerjanya dengan lebih cepat.

Sebuah pekan telah dibuka dan diberi nama George Town, sempena nama Putera Wales.
Sempadan kawasan itu ialah jalan-jalan Light Street, Chulia Street, Pitt Street (Jalan Masjid
Kapitan Keling) dan Bishop Street.

Untuk menggalakkan peneroka, pelabuhannya telah diberi status bebas-cukai dan pendatang baru
dibenarkan menuntut sebesar mana tanah yang mereka boleh terangkan. Dari sebuah pulau yang
tidak berpenghuni, bilangan penduduknya meningkat kepada 10,000 orang pada akhir abad.

Pulau Pinang menjadi tempat perdagangan untuk teh, rempah-ratus (bunga cengkih dan buah pala
darip ladang tempatan), china, lada hitam dari Acheh dan tekstil dari India. Kemudiannya,
perdagangan serantau berkembang dengan bijih timah dan getah.

Ia menjadi persimpangan tamadun yang besar, tempat pertembungan kawasan timur. Pedagang
dan peneroka datang dari Eropah, India, China, Kepulauan Melayu, Thailand dan Burma.
Pelabuhan British yang bebas dan berkecuali itu lebih diminati berbanding dengan hentian
perdagangan Belanda yang mempunyai peraturan yang ketat dan juga cukai.

Orang-orang Eropah menetap di Light Street, orang Serani dari Kedah dan Phuket tinggal di
Bishop Street dan Church Street (Lebuh Gereja). Pedagang China Selat dari Kedah dan Melaka
yang datang ke sini mencari peluang baru telah bertumpu di China Street manakala pedangan India
menetap di Chulia Street.

Pada awal 1800an, George Town telah berkembang dengan tambahan dua jalan lagi – Armenian
Street yang diduduki oleh orang Armenia dan Acheen Street, tempat tinggal orang-orang Acheh,
Sumatra dan Melayu.

Pada tahun 1832, Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat dengan Melaka
dan Singapura.

Selain menjadi kepentingan perdagangan dan tempat pelbagai peluang, Pulau Pinang adalah juga
tempat yang bebas dan selamat kepada pelbagai penduduknya – orang Melayu lepas dari serangan
Siam di Kedah, orang Serani lari dari penindasan agama di Selatan Thailand, orang China Manchu
yang teraniaya dan orang India Selatan meninggalkan tanah air yang miskin dan bersengketa.

Pulau Pinang berada di bawah pemerintahan Kolonial British sehingga 1957 apabila ia mendapat
kemerdekaan di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Ia di duduki sekejap oleh Jepun dari 1941
hingga 1945. Dalam tahun 1963 ia menjadi sebahagian dari Malaysia apabila Sabah dan Sarawak
memasuki kumpulan itu.
Pada tahun 1786, Kota Cornwallis ini telah dibina oleh Francis Light. Kota ini telah dibina
selepas empat hari Francis Light mendarat di Tanah Melayu dan orang-orang buangan dari India
telah digunakan untuk pembinaan kota tersebut.

Masjid Kapitan Keling, Masjid tertua di Pulau pinang sempena nama jawatan Chaudeer
Mahudden yang dibina sekitar tahun 1800.
Rumah P. Ramlee dipelihara untuk mengenali seniman.

Kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempat terawal yang jatuh ke tangan
penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah
di Muzium Perang Pulau Pinang.
Pulau Pinang juga merupakan tempat yang popular dengan budaya peranakan.

SEKIAN TERIMA KASIH