You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 3503

INCLUSIVE EDUCATION

SEMESTER MEI 2013

___________________________________________________________________________

NAMA : WONG HUA YIENG

NO. KAD PENGENALAN : 710803135408

NO MATRIKULASI PELAJAR : 710803135408001

NO. TELEFON BIMBIT : 0168695850

E-MAIL : huayieng@yahoo.com

PPU : SIBU LEARNING CENTRE

PROGRAM : BTPE

NAMA EOS : ENCIK V.RAJASEGARA A/L M.VELOO

E-MAIL : vrajasegera@oum.edu.my

0
Senarai kandungan muka surat

1.0 Pendahuluan 2
2.0 Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. 3
3.0 Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat 4
4.0 Definisi Kurang Upaya Pembelajaran 5
5.0 Dasar-dasar dalam pendidikan Inklusif 6
5.1 Pendidikan Inklusif 7
5.2 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif 9
6.0 Peranan Dan Tanggungjawab beberapa pihak dalam pelaksanaan Pendidikan
Inklusif. 11
6.1 Rasional Pelaksanaan Pendidikan Inklusif 13
6.2 Kelemahan Pendidikan Inklusif 14
7.0 Bentuk Pendidikan Inklusif 15
8.0 Kesimpulan 17
9.0 Rujukan 18

1
1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Visi, 2001) Pendidikan khas merujuk kepada
pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal sosial
dan emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak
mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Pendidikan Khas iaitu subsistem
dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan
keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa.

Pendidikan inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua
kanak-kanak Malaysia , termasuk kanak-kanak cacat. Kanak-kanak cacat khasnya, yang
mempunyai potensi belajar adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang
guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa. Kanak-kanak cacat
yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan akan ditempatkan di
dalam kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).Kanak-kanak ini akan mengikuti satu
program pendidikan yang khas, semata-mata diajar oleh guru terlatih khas atau guru resos.
Apabila murid-murid cacat mencapai kemajuan yang memuaskan, mereka yang berkenaan akan
ditempatkan dalam kelas biasa sesuai dengan taraf pencapaian mereka. Falsafah Pendidikan
Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberi
kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini
diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dan untuk
memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

2
2.0 Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia.

Pendidikan Khas di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya
penglihatan dan pendengaran. Pendidikan Khas formal di Malaysia bermula pada tahun 1948
dengan penubuhan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Baru untuk
kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak ditubuhkan di
Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah
dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ada tahap umurnya) bermula pada
tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula
pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di
Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan
kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan
fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu
perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas,
Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja,
terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003).
Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai
kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang
berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004). Program intervensi awal di
Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6
tahun.

3
3.0 Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dikenali sebagai Akta Pendidikan
untuk Semua Kanak-kanak Cacat pada 29 November 1975 oleh kongres Amerika Syarikat.
Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan
menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang
perkembangan intelek mereka. Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara
umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dan perkembangan intelek mereka
tidak terhalang.

Undang-undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri dan pihak berkuasa tempatan
melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya
dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Setiap sekolah disediakan
dengan seorang Guru Pendidikan Khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru
dan diperluaskan. Kini ia dipanggil Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with
Disabilities Education Act, Public Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA.
Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi.

4
4.0 Definisi Kurang Upaya Pembelajaran

Kurang upaya pembelajaran terdiri daripada kanak-kanak yang telah dikenal pasti
mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah.
Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan
bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik. Permasalahan ini
dipercayai berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat.

Masalah pembelajaran diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan


IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Masalah
pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan
maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang
melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini
boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja
ataupun mengira.

Samuel Kirk (1963)


Mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau
lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah
lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau
factor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah
pada tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak
yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan
dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau pendengaran.

Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (specific Learning Disabilities Act,1969)


Memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada
gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama

5
ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir,
bertutur, mengeja dan mengira.

5.0 Dasar-dasar dalam pendidikan Inklusif

Dasar-dasar pendidikan khas termasuklah Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat


( 1948) yang meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan
keperluan–keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus.
Deklarasi ini menekankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyediakan persamaan
akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang
sepadu dalam sistem pendidikan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu( PBB )pula pada tahun
1959 telah mengisytiharkan hak kanak-kanak sedunia di mana mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi
kanak-kanak normal.
Manakala Akta Pelajaran 1961 pula menyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah
yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.Seterusnya, Laporan
Jawatankuasa Kabinet ( 1978) telah mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui Perakuan 169
yang merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas
kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Kementerian tertentu juga mempunyai
tanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Tanggungjawab Kementerian
Pendidikan terhadap pendidikan kanak- kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran,
pembelajaran (terencat akal) yang boleh diberi pendidikan. Tanggungjawab Kementerian
Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat
akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan
untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keadaan yang berisiko. Kemudiannya, Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan
dengan Akta Pendidikan 1996.

6
5.1 Pendidikan Inklusif

Pendidikan inklusif merupakan sebuah pendekatan yang berusaha mentransformasikan


sistem pendidikan dengan menghilangkan kekangan yang dapat menghalang setiap pelajar
daripada menyertai pendidikan sepenuhnya dalam pendidikan. Kekangan-kekangan ini
termasuklah permasalahan yang terdiri daripada masalah etnik, gender, status sosial, kemiskinan
dan lain-lain. Dengan kata lain pendidikan inklusif adalah satu bentuk pendidikan anak
berkeperluan khas yang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak normal untuk
memaksimumkan potensi yang dimilikinya.

Alimin (2005) menjelaskan bahwa pendidikan inklusi adalah sebuah proses dalam
merespon kebutuhan yang beragam dari semua anak melalui peningkatan partisipasi dalam
belajar, budaya dan masyarakat, dan mengurangi eklusivitas di dalam pendidikan. Pendidikan
inklusif mencakup perubahan dan modifikasi dalam isi, pendekatan-pendekatan, struktur dan
strategi yang dapat mengakomodasi kebutuhan semua anak seseuai dengan kelompok usianya.
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti
Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya
dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas
seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi
membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain
mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 38 orang
murid. 4 orang murid difikirkan layak mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini.

Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek,
taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara.
Program Inklusif akan dapat memastikan bahawa perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu
dengan sepenuhnya. Seterusnya peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan
kanak-kanak lain juga dapat diluaskan. Pengagihan perkhidmatan dan sumber yang lebih adil.
Selain itu, peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat juga
dititikberatkan selain daripada menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak khas.
Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak

7
Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-
kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada.
Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya,
mampu berdikari dan berkeyakinan. Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan
dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan
peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks
yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).

Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka
dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. Murid-
murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu
mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-
rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. Pendidikan Inklusif
menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperoleh
peluang pekerjaan

Keadaan masalah atau kecacatan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas juga
pelbagai dan berlainan. Sebagai contoh, walaupun terdapat dua orang murid berkeadaan
Sindrom Down, masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka tidak semestinya sama. Contohnya,
salah seorang murid boleh menulis dan membaca dan boleh membuat segala persediaan harian
seperti memakai kasut dan baju dengan sendiri manakala seorang murid lagi masih perlu
bergantung kepada orang lain untuk hal-hal pengurusan diri harian. Keperluan-keperluan
pendidikan untuk kedua-dua orang murid Sindrom Down sudah past amat berlainan. Oleh yang
demikian, dalam amalan pendidikan khas, keperluan-keperluan setiap orang murid perlu dikenal
pasti supaya pendidikan yang disediakan bersesuaian dengan masalah-masalah yang dihadapi
oleh individu tertentu. Pendek kata, satu rancangan pendidikan individu perlu disediakan untuk
setiap orang murid.

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan


kepada golongan berkeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di

8
antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak
didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan
tidak peduli terhadap golongan berkeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam
sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak-kanak untuk menerima golongan berkeperluan
khas secara lebih semula jadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan
membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua
individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan
persediaan untuk kehidupan di arus perdana.

5.2 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam


meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun begitu, terdapat juga isu dan cabaran
yang dihadapi akibat pelaksanaan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah.
Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan
kurangnya guru-guru yang terlatih dalam melaksanakan pendidikan tersebut. (Ysseldyke dan
Alozzine, 1982). Kajian Mohd Najib, 2006 menyatakan bahawa tinjauan pendapat daripada
Guru-guru pendidikan khas berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan inklusif termasuklah isu
pembahagian tugas di mana guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama
kepada pengajaran pemulihan ke atas murid-murid berpendidikan khas dalam kelas inklusif.

Seterusnya berkaitan dengan penyelarasan pengajaran kerana terdapat jurang


perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan
Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara
isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan sehingga menyebabkan keadaan ini
menjejaskan pembelajaran murid. Selain daripada itu, aspek tanggungjawab juga menjadi salah
satu isu penting yang sering kali dibahaskan. Guru kelas biasa menjauhkan diri daripada terlibat
dengan program khas pemulihan. Banyak kajian yang telah dijalankan dan menunjukkan bahawa
terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa sehingga menyebabkan ia
menjadi salah satu faktor murid-murid khas menghadapi masalah dalam pembelajaran.

9
Bukan itu sahaja, malah bebanan tugas serta kelengkapan peralatan menjadi salah satu isu
yang sering menjadi permasalahan. Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum
dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi
gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna,
ia memberi gambaran yang negatif kepada guru-guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan
tidak bekerjasama. Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing
atau ditempatkan pada keadaan yang tidak selesa juga menimbulkan masalah. Contohnya; lokasi
di bawah tangga, dekat dengan kantin atau bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak
ada atau tidak mencukupi yang boleh menimbulkan permasalahan.

Sehubungan dengan itu juga, hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan
Khas seperti Guru Besar yang kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau
kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan Guru Besar menganggap kerja dan
tanggungjawab Guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain
seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain. Seterusnya hubungan
bersama-sama ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. Ibu bapa kurang menunjukkan minat
dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Misalnya ibu bapa tidak dapat berjumpa guru
walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibu bapa tidak
diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas-kelas yang dijalankan untuk anak-
anak mereka.

10
6.0 Peranan Dan Tanggungjawab beberapa pihak dalam pelaksanaan Pendidikan
Inklusif.

Pengetua/Guru Besar
i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.
ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program
pendidikan inklusif.
iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif.
iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah.
v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program
pendidikan inklusif di sekolah.
vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan
inklusif di sekolah.
vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)


i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.
ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program
pendidikan inklusif.
iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif .
iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah.
v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar
program pendidikan inklusif di sekolah.
vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program
pendidikan inklusif di sekolah.
vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif.

Guru Kelas

11
i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa .
iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

Guru Mata pelajaran


i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa .
iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)


i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata
pelajaran.
iii. Mengenal pasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra
inklusif.
iv. Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif
v. Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
vi. Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas
Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran
perdana.
vii. Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas
pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.
viii. Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan
penempatan ke program pendidikan inklusif.

12
Murid Berkeperluan Khas
i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
ii. Tiada masalah tingkah laku berat.
iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana.
iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

Rakan pembimbing
i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas.
ii. Rakan Pembimbing.
iii. Menjadi ‘role model’.

Ibu bapa
i. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas.
ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas.
iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah.
iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

6.1 Rasional Pelaksanaan Pendidikan Inklusif


1. Meningkatkan standard intelek, taraf hidup dan budaya demi menjamin peluang pendidikan
yang luas kepada semua warganegara.
2. Berlakunya perkongsian kemudahan pembelajaran di antara semua golongan murid.
3. Menggalakkan proses komunikasi dan interaksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-
kanak yang lain.
4. Memberi peluang persediaan kepada kanak-kanak istimewa untuk menyesuaikan diri dalam
kehidupan umum masyarakat.
5. Perkhidmatan serta sumber pembelajaran dapat diagihkan dengan lebih adil dan saksama.
6. Penerapan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain boleh
berlaku dan dapat diaplikasikan.
7. Membuka peluang kepada kanak-kanak istimewa menyertai aktiviti-aktiviti normal yang
dilakukan oleh kanak-kanak lain.

13
8. Kanak-kanak istimewa mudah menyesuaikan diri dari awal dalam semua aspek
kemasyarakatan seterusnya mewujudkan golongan berkeupayaan mempunyai jati diri yang
tinggi, berdikari serta berkeyakinan.
9. Proses percampuran antara kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak lain dapat membina satu
hubungan yang amat bermakna serta saling menguntungkan secara mutual.

6.2 Kelemahan Pendidikan Inklusif


1. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.
2. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar pendidikan
khas.
3. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran perdana.
4. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.
5. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.
6. Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran kelas inklusif.
7. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran.
8. Kurang kerjasama dari ibu bapa.
9. Jurang yang besar dalam kurikulum .

14
7.0 Bentuk Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

Pendidikan Inklusif pada dasarnya terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk yang
pertama adalah bentuk Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa. Bentuk pendidikan ini mengehendaki
murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti mana yang dilakukan oleh murid
biasa. Senarai nama murid adalah dikekalkan di dalam daftar kelas khas. Seterusnya, guru kelas
biasa dibenarkan untuk merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas sekiranya
terdapat kemusykilan atau sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran mahu pun tingkah
laku murid. Selain daripada itu, bentuk Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa ini menetapkan murid
pendidikan khas yang berada pada tahun enam boleh diberi peluang untuk mengambil
peperiksaan.

Pendidikan Separa Inklusif

Bentuk lain seperti Pendidikan Separa Inklusif juga merupakan salah satu cabang bagi
Pendidikan Inklusif. Melalui bentuk pendidikan ini, murid akan mengikuti sesi pembelajaran di
kelas biasa untuk beberapa mata pelajaran yang tertentu sahaja. Waktu selebihnya diperuntukkan
untuk mengikuti program pendidikan khas. Senarai nama murid juga dikekalkan pada daftar
program Pendidikan Khas. Guru yang terlibat di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah
guru Pendidikan Khas. Berbeza dengan bentuk yang pertama iaitu bentuk Pendidikan Inklusif
Sepenuh Masa yang membenarkan guru biasa mengajar kanak-kanak istimewa. Seterusnya, ujian
mata pelajaran yang terlibat adalah sama dengan ujian yang diduduki oleh murid biasa. Program
Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah mahu pun menengah, bergantung
pada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan sama ada murid itu layak atau
sebaliknya.

15
Model-Model Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dibahagikan kepada beberapa cabang model bagi memudahkan


pengelasan dan kategori-kategori pelaksanaan pendidikan. Model-model Pendidikan Inklusif ini
sebenarnya lebih menekankan kepada penempatan kelas serta cakupan pelajaran yang akan
dipelajari oleh murid-murid khas. Model-model tersebut termasuklah:
1. Model A: Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian
kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B : Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat / bimbingan Guru Pendidikan Khas.
3. Model C : Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/Bilik Resos/Pusat
Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D : Penempatan di Sekolah Khas (Base School) dan kelas “Satellite” di sekolah
biasa. (Octopus Model)
5. Model E : Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F : Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

16
8.0 Kesimpulan

Perubahan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk
mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Bagi kelas inklusif yang berjaya, guru biasadan guru
Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam
program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang
timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi
sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi
dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Di samping
itu, guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-
kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai-bagai perbezaan individu.
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan
program yang dilaksanakan dapa dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah
pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di Negara kita sekali gus
mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

17
9.0 Rujukan

1. http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf
2. http://www.scribd.com/doc/53720608/Kanak-kanak-Berkeperluan-Khas
3. http://www.scribd.com/doc/45085327/kategori-dan-masalah-bahasa-kanak-kanak-
bermasalah-pembelajaran
4. http://davidkhoo.wordpress.com/category/pendidikan-khas/
5. http://www.scribd.com/doc/87285149/Pendidikan-Inklusif
6. http://dirham-andipurnama.blogspot.com/2011/12/makalah-pendidikan-inklusif.html
7. http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas
8. Kamariah Jalil. ( 1995 ). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,
Terengganu.
9. Weishaar, M & Borsa, J.C. (2001). Inclusive Educational Administration: A Case Study
Approach. New York: McGraw-Hill Co.
10. Westwood, P. (1987). Commonsence Methods for Children with Special Needs. London:
Croom Helm.

18