You are on page 1of 5

Modul Penulisan Karangan

Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih darai pada 180 patah perkataan.

1. Banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan kes gejala sosial dalam kalangan
remaja. Sebagai remaja yang berwawasan, apakan yang anda lakukan untuk mengelakkan
diri daripada terjerumus dalam kancah gejala sosial ini?

2. Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita meragut nyawa dan merosakkan harta
benda. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana tentang faktor-
faktor dam cara-cara mengatasi kemalangan jalan raya.

3. Pada bulan Mei setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Guru. Pada tahun ini anda telah
diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan sambutan Hari Guru bagi
mewakili murid-murid di sekolah anda.
Tulis teks ucapan tersebut.

4. Peningkatan masalah sosial terutamanya masalah dadah dalam kalangan murid-murid


sekolah semakin membimbangkan. Oleh itu, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan
pameran antidadah di sekolah anda. Sebagai setiausaha Persatuan Antidadah , tulis sepucuk
surat kepada agensi dadah untuk meminta mereka mengadakan pameran tersebut di
sekolah anda.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

5. Anda dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk membantu guru menyiapkan padang bagi
acara sukan tahunan yang bakal diadakan. Pelbagai perkara telah dilakukan bagi memastikan
keadaan padang sekolah anda berada dalam keadaan yang baik.
Ceritakan penambahbaikan yang anda dan rakan-rakan lakukan sempena sukan tahunan
yang akan menjelang.

6. Pelbagai cara dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti memaparkan gambar
kesan-kesan merokok pada kotak rokok bagi mengekang tabiat yang buruk ini dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Tuliskan sebuah rencana tentang keburukan tabiat
merokok ini kepada individu yang terlibat.

7. Kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan modal insan agar negara ini
terus berkembang maju pada masa akan datang. Huraikan peranan ibu-bapa dalam usaha
membentuk modal insan ini dalam kalangan anak-anak mereka.

8. Kawasan perumahan anda sering diganggu oleh bunyi bising yang disebabkan oleh
sekumpulan pemuda yang sering melepak dan sambil menyanyi dan memetik gitar. Kejadian
ini menjadi lebih teruk apabila mereka membawa motor dan menekan minyak dengan kuat.
Penduduk di kawasan itu telah bersetuju untuk melaporkan masalah tersebut kepada pihak
polis. Sebagai setiausaha jawatanakuasa taman perumahan, anda diminta untuk menulis
surat tersebut.
Tulis surat itu selengkapnya.

9. Anda dan adik anda sering bergaduh, keadaan ingin menyebabkan ibu anda sering mengeluh
dan susah hati. Sebagai seorang kakak atau abang, ini meminta untuk anda beralah dengan
adik anda . Anda bersetuju dengan permintaan ibu anda, perihalkan bagaimana anda
menjalankan misi anda serta kekangan yang anda hadapi.
Tulis karangan anda selengkapnya.
10. Masalah sosial dalam kalangan remaja merungsingkan banyak pihak terutamanya Ibu bapa.
Remaja sekarang amat mudah dipengaruh dengan unsur negatif dan seterusnya terjebak
dalam kegiatan yang tidak sepatutnya. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi
membendung masalah sosial daripada terus berleluasa.
Tulis karangan anda selengkapnya.

11. Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan
Hari Warga Tua. Tajuk syarahan tersebut ialah “Cara-cara untuk Menghormati Warga Tua”.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

12. Aktiviti yang berbentuk kebajikan seperti membersihkan sekitar kawasan tempat tinggal,
mengadakan rondaan pada waktu malam dan menyertai aktiviti rukun tetangga
memberikan kebaikan kepada penduduk setempat. Jelaskan kebaikan-kebaikan tersebut.

13. Anda dan rakan-rakan sekolah anda telah menyertai lawatan sambil belajar ke rumah orang-
orang tua. Lawatan itu dianjurkan oleh Kelab Perpaduan sekolah anda.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai lawatan tersebut.

14. Kempen Sayangi Warga tua telah diadakan di kawasan perumahan anda. Sebagai generasi
muda yang prihatin, nyatakan langkah-langkan yang boleh diambil bagi memastikan nasib
orang tua terjamin.
Tulis karangan anda selengkapnya.

15. Masyarakat sering beranggapan bahawa sampah sarap merupakan bahan buangan namun
tanggapan tersebut mulai berubah dengan adanya Program Kitar Semula.
Huraikan kepentingan-kepentingan Program Kitar Semula.

16. Sejak kebelakangan ini keadaan cuaca tidak menentu. Kita terpaksa berdepan dengan
pelbagai fenomena alam seperti jerebu,banjir dan kemarau.Keadaan ini menyebabkan rutin
kehidupan seharian kita tergendala. Bincangkan punca-punca fenomena ini berlaku dan
langkah-langkah untuk menghadapi keadaan ini.

17. Generasi kini kurang memberi perhatian terhadap peri pentingnya semangat kejiranan.
Mereka sering mengabaikan aspek-aspek yang berkaitan dengan kejiranan. Hal ini boleh
membawa kepada masalah sosial dalam masyarakat.Bincangkan kesan-kesan yang timbul
akibat kurang semangat kejiranan dalam masyarakat.

18. Kita perlu menyemaikan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil.
Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk memupuk semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda.

19. Masalah jerebu sering berlaku sejak beberapa tahun ini. Keadaan ini telah menyebabkan
pelbagai masalah kepada seluruh rakyat. Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil
selama menghadapi masalah jerebu ini.

20. Kelab Pusat Sumber sekolah anda tekah mengadakan Program Minggu Bahasa. Sebagai
setiausaha kelab, anda diminta untuk menyediakan laporan yang berkaitan dengan aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.g
Modul Ulasan
Lihat rajah di bawah dengan teliti, kemudahan tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

1)

2)

3)
4)

5)

6)
7)

8)

9)

You might also like