You are on page 1of 8

Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

TEMA: 6 SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM


FOKUS BAB INI
1. Interaksi antara sistem-sistem Alam Sekitar Fizikal dan Manusia

• Menghuraikan tentang sesebuah sistem boleh mempengaruhi sistem yang lain


malah sekiranya wujud gangguan terhadap sesebuah sistem akan turut
menjejaskan sistem fizikal yang lain termasuk manusia.

2. Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal

• Menjelaskan gangguan di dalam sesebuah sistem memberi kesan terhadap


manusia dan alam sekitar. Maka langkah-langkah pemulihan dan pemeliharaan
perlu dilaksanakan denga lebih berkesan.

TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM


6.1 Konsep:
NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009
Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

Sistem bumi terdiri daripada empat komponen utama:


I. Sistem geomorfologi (litosfera)
II. Sistem atmosfera
III. Sistem hidrologi (hidrosfera)
IV. Sistem ekologi (biosfera)
Oleh kerana keempat-empat sistem ini seringkali mengalami perubahan, maka ia
dinamakan sebagai sistem yang dinamik. Dalam sistem fizikal kedinamikan ini dikenali
sebagai kedinamikan biogeokimia.

Rajah: Saling kaitan antara sistem

NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009


Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

Antara sebab sistem atau unsur dalam sesebuah sistem mengalami perubahanapabila
Ketinggian Jenis batuan
terdapat sistem atau unsur lain yang berubah. Sifat semulajadi sebuah sistem terbuka sentiasa
ingin mengekalkan tahap keseimbangan. Bagi mencapai tahap keseimbangan yang baru maka
mekanisme tindakbalas akan berlaku dalam sistem tersebut
menentukan jenis
sama ada berbentuk negatif atau
mempengaruhi
positif. kehidupan kehidupan
Tindakbalas negatif dinamakan homoestatik. Tindakbalas ini memperlahankan
perubahan yang berlaku. Contohnya sungai yang menerima pertambahan isipadu air akan
Hujan tak langsung alur sungai di hakis. Keadaan ini
menyebabkan halaju air bertambah dan secara
membolehkan sungai menerima isipaduSejatanair yang lebih banyak dan aliran air akan kembali
dari laut
perlahan. Kehidupan
Tindakbalas positif pula membawa kesan yang bertambah. Contohnya bila salji
bertambah hakisan glasier akan meningkat menyebabkan alur sungai semakin besar
seterusnya membolehkan sungai menampung jumlah salji yang lebih banyak/bertambah.

6.2 Contoh saling kebergantungan antara sistem fizikal

a) Dalam konteks kitaran hidrologi, proses sejatan dari air permukaan, pemeluwapan dan
kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera. Di ikuti oleh proses cegatan silara/proses
pintasan mendatar oleh tumbuhan dalam sistem ekologi. Seterusnya air larian
permukaan dan susupan berlaku dalam sistem geomorfologi.

b) Letusan gunung berapi berlaku dalam sistem geomorfologi di mana bahan-bahan seperti
asap dan debu dimuntahkan cthnya Gunung Berapi Pinatubo di Filipina pada tahun
1993 memuntahkan debu setinggi 12 km ke udara. Kesanya berlaku kejadian jerebu,
hujan asid, kekacauan atmosfera sehingga merangsang ribut taufan.

NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009


Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

c) Fenomena El-nino yang melanda negara-negara Pasifik berlaku dalam sistem atmosfera.
Fenomena ini menyebabkan cuaca panas dan kering di barat Pasifik manakala di timur
menyebabkan taufan dan banjir. Kekurangan hujan menyebabkan gangguan kepada
sistem hidrologi seterusnya menjejaskan hidupan akuatik.

6.3 Contoh saling kebergantungan antara sistem alam sekitar fizikal dan sistem alam
sekitar manusia
1. Terdapat 2 pandangan iaitu:
a) Determinisme Alam Sekitar – alam sekitar yang mendominasikan manusia yang
mana manusia perlu akur kepada kententuan alam sekitar fizikal.

b) Possibilisme Alam sekitar – elemen manusia lebih berkuasa daripada alam sekitar
fizikal melalui tingkat teknologi dan pengetahuan yang ada.

2. Kini paradigma itu telah tidak dipakai lagi. Kajian interaksi antara alam sekitar fizikal dan
manusia kini berasakan paradigma “damak dan impak”. Perubahan yang berlaku dalam
alam sekitar fizikal akan memberi kesan kepada manusia.

NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009


Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

Paradigma dampak dan impak boleh diteliti daripada contoh kes berikut;

6.4 Langkah Pemeliharaan dan pemuliharaan Sistem Alam Sekitar Fizikal.


Pada amnya langkah perundangan berkaitan dengan kawalan alam sekitar di Malaysia sama
ada udara, air, tanah bunyi, sumber jaya dan sebagainya terkandung dalam Akta Kualiti Alam
Serkitar, 1974.
Akta Kualiti Alam Sekitar merupakan perundangan induk yang menjadi rujukan mana-mana
pihak berkuasa dalam melaksanakan tindakan ke atas pesalah alam sekitar.
Selain itu, Laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) satu lagi elemen perundangan yang
boleh dikenakan kepada mana-mana pesalah alam sekitar.

6.4.1 AKTA KUALITI ALAM SEKITAR, 1974 (AKAS)


1. Akta ini bertujuan memelihara dan memulihara daripada kemerosotan alam sekitar
dan mempertingkatkan atau memperbaiki alam sekitar.
2. AKAS mempunyai peruntukan-peruntukan yang jelas tentang masalah pencemaran
alam sekitar meliputi;
i. Pencemaran udara ( Seksyen 20 )
ii. Pencemaran bunyi bising ( Seksyen 23 )
iii. Pencemaran tanah ( Seksyen 24 )
iv. Pencemaran perairan daratan ( seksyen 25 )
v. Pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak dalam perairan
malaysia ( Seksyen 29 )
3. Kesemua larangan yang terdapat dalam seksyen yang dinyatakan tertakluk kepada
syarat yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam
Sekeliling.
4. Pindaan Akta telah di buat pada tahun 1985 dan di kuatkuasakan pada 1986
menghendaki projek pembangunan mengemukan satu Laporan Kesan Alam Sekitar
untuk dinilai oleh JAS. Pelaksanaan projek tertakluk kepada kelulusan JAS.
5. Dalam AKAS dibenarkan Menteri menggubal undang-undang kecil bagi mendetailkan
peraturan-peraturan yang sedia ada.
6. AKAS dikuatkuasakan oleh JAS dan dibantu oleh agensi-agensi lain yang diberikan
kuasa tertentu seperti: Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pengangkutan Jalan dll.

6.4.2 Perundangan lain berkaitan P&P alam sekitar


i. Perundangan berkaitan Pemuliharaan tanah
– Akta Pemuliharaan tanah (bahagian 3) mengenai kawalan kelodak dan hakisan.
Seksyen 5 menegaskan “tanah bukit tidak boleh ditanam dengan tanaman jangka
pendek, termasuk sayuran melainkan dengan kebenaran”.
NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009
Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

– Akta Perhutanan Negara 1984, Jadual 1, seksyen 2(1), perkara 15 (b)


menghendaki pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanah
di kawasan pembalakannya.
– Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, menghendaki ruang terbuka di dalam dan
sekeliling bangunan yang sedang dibina dilindungi dari hakisan tanah.
ii. Perundangan berkaitan pencemaran air
– Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, seksyen 55 (3) menyatakan tidak ada
apa-apa influen perdagangan pun boleh dibuang ke dalam sungai, terusan, alur,
kolam, tasik, laut atau mana-mana parit tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.
– Akta Kerajaan Tempatan, seksyen 69 adalah menjadi kesalahan seseorang yang
membuang kotoran di dalam atau tebing sungai, saluran, terusan, longkang dsb.
– Akta Perikanan, seksyen 26 ( 1 ) kawalan terhadap penggunaan bahan letupan
dan penggunaan racun dan pencemar ( tuba: bahan herba dari tumbuhan) bagi
tujuan menangkap ikan di perairan darat atau pingir pantai.

iii. Perundangan berkaitan pencemaran udara

– Akta Perhutanan Negara 1984, seksyen 82 (1) yang melarang sesiapa pun
daripada melakukan pembakaran dalam hutan simpan.
– Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 81 tindakan boleh terus diambil ke atas
perlepasan asap, debu oleh terd, perniagaan, pengilangan atau proses.
– Ordinan Lalulintas Jalan Raya 1958, tiada sesiapa pon boleh menggunakan
kereta yang melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 50 unit asap Hartridge
atau yang setanding denganya.

iv. Perundangan lain


– Akta Perhutanan Negara yang menitikberatkan soal pemuliharaan sumber jaya
seperti hutan, air serta hidupan liar.
– Akta Taman Negara, seksyen 3 (1) memberi kuasa kepada menteri menggunal
peraturan bagi menghalang pembunuhan hidupan liar, pembakaran dan
penebangan pokok.
– Akta Perikanan, seksyen 38 (1) berkaitan pengawalseliaan ke atas penyu dan
perikanan darat.

6.4.3 Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)


a) EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlaku kemerosotan kualiti alam
sekitar. Bertujuan mengelak berlaku kerugian besar terhadap alam sekitar akibat
kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. EIA satu
bentuk pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan
sumber agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan
dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
b) Sebelum projek dilaksankan pemaju perlu menyediakan satu laporan impak alam
sekitar untuk di luluskan oleh JAS. Antara aktiviti yang ditetapkan bagi penilaian
kesan Alam Sekeliling:

NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009


Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar


ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100
keluarga
iii. Pembangunan estet pertanian
2. Lapangan i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau
lebih
terbang
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara
3. Saliran dan i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
pengairan ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200
hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih
4. Tebus guna i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar
tanah
5. Perikanan i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih
6. Perhutanan i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih
7. Perumahan i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar
8. Industri i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz
9. Infrastruktur i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital,
pelabuhan

6.4.4 Langkah Bukan Perundangan


A) Pengurusan strategik
1. Mengawal hakisan – pembinaan benteng konkrit, sangkar dawai batu, tanaman tutup
bumi.

2. Mengawal Pencemaran udara – menempatkan industri, mengawal pengunaan


kenderaan dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka.

3. Mengawal kualiti dan kuantiti air – merawat semula air, mengawal aktiviti
pembangunan, mengawalselia aktiviti pengangkutan air dan memantau sumber air.

4. Mengawal kepelbagai biologi – Penghutanan semula dan usaha R&D

5. Mengawal pemanasan global – mengurangkan penggunaan alat yang mengeluarkan


CFC dan menghijaukan kawasan.

NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009


Modul P&P 942/2 Saling Kebergantungan Sistem

B) Melaksanakan pendidikan Alam Sekitar dan Kempen kesedaran


1) Pendidikan formal
i. tahap rendah menerusi mata pelajaran alam dan manusia.
ii. tahap menengah menerusi mata pelajaran geografi.
iii. tahap tinggi menerusi program menjurus alam sekitar.
2) Pendidikan tidak formal
i. Dijalankan oleh JAS dengan kerjasama pelbagai NGO melalui media massa, seminar,
forum, risalah, dan penerbitan seperti majalah Era Hijau
ii. Kempen kesedaran pula banyak dijalankan oleh badan bukan kerajaan dan pihak
berkuasa tempatan seperti Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM),
Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulai Pinang (CAP).

Sumber : Geografi Fizikal STPM

NSNJ 2009© Kajang High school Terbilang 2009

You might also like