You are on page 1of 1

Persoalan

Berdasarkan novel “Tirani” karya Beb Sabariah yang telah saya kaji, terdapat
beberapa persoalan yang dipaparkan dalam novel ini.

Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kasih sayang
seorang ibu terhadap anak kandungnya. Contohnya, Raidah amat sayang akan anak-anaknya.
Raidah sanggup menaiki kapal terbang ke Singapura seorang diri semata-mata untuk
memberikan semangat kepada anaknya, Waheeda yang bakal menjalani pembedahan untuk
mengubah bentuk hidung dan matanya. Radiah juga sanggup menemani Waheeda ketika
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat
Rawatan Islam (Puswari), Kuala lumpur.

Selain itu, persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
Contohnya, Waheeda berani mengambil risiko membuat pinjaman baharu daripada Tabung
Usahawan Siswah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet lwana-lwani, milik Abdul Aziz
Imran yang sudah tidak berdaya untuk mengusahakan Chalet tersebut. Waheeda membuat
keputusan untuk membeli Chalet tersebut kerana kedudukan strategic Chalet tersebut yang
hanya 7 minit dengan berkereta ke pusat Bandar Cik Eda yang terletak di Cameron Highlands
dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

Disamping itu, persoalan ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga.
Contohnya, Perkahwinan Waheeda dengan Zahid mulai retak kerana sikap cemburu
suaminya. Suaminya membuat keputusan untuk bercerai dengan Waheeda kerana mencurigai
dia berlaku curang dengan lekaki lain. Zahid tidak mengakui bayi perempuan yang dilahirkan
oleh Waheeda ialah anak kandungannya kerana tidak menyerupai wajahnya dan wajah
Waheeda terutama pada bahagian hidung. Zahid juga enggan melihat laporan DNA yang
membuktikan kebenaran bahawa Waheeda tidak berlaku curang dan merupakan seorang
isteri yang setia. Waheeda beriktihar untuk mengatasi masalah kemurungan sebelum
memulakan hidup baharu dengan menjalani rawatan dan kaunseling dengan Doktor Qamariah
di Pusat Rawatan Islam(Puswari), Kuala Lumpur dengan bantuan ibunya, Raidah. Sebagai
seorang ibu tunggal , Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak perempuan nya, Izzati
setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid dengan talak satu.

Kesimpulannya, peristiwa-peristiwa tersebut amat berkait rapat dengan
persoalan novel ini.