You are on page 1of 2

Kata Ganti Nama

1.0) Kata Ganti Diri Pertama


1.1) terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak.
1.2) Tunggal – merujuk kepada diri sendiri.
1.3) Jamak – merujuk kepada diri sendiri bersama-sama dengan orang lain
Kata Ganti Diri Kegunaan Contoh
Pertama
Aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan ataua) Aku pergi dahulu
Tuhan b) Ya Allah, aku sudah insaf
Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap
c) Beta berharap segala akan berjalan
dengan rakyat dengan lancer
Patik Digunakan apabila bercakap dengan raja atau d) P Patik Menjunjung perintah Tuanku
sultan
Saya Digunakan apabila bercakap dengan orang laine) S Saya baru berpindah ke sini
atau baru dikenali
Kata Jamak
Kami Digunakan kepada diri sendiri berserta teman f) K Kami diarahkan oleh guru untuk
apabila bercakap dengan orang lain membersihkan kawasan sekolah kata Ali
dan Ahmad kepada Abu
Kita Digunakan kepada diri sendiri dan serta orangg) Kita harus ke sana dengan segera
lain

2.0) Kata Ganti Diri Kedua


2.1) Merujuk kepada orang kedua semasa bercakap dengan kita
2.2) terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak
Kata Ganti Diri Kegunaan Contoh
Kedua
Anda Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak
a) Saya berharap anda dapat
berhadapan dengannya menyelesaikan masalah itu
b) Anda telah dipilih sebagai pelajar
cemerlang.
Awak Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan c) Saya hendak berjumpa dengan awak di
rapat taman
d) Awak mesti hadir ke parti hari lahir
saya
Engkau Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapate) Engkau mahu dating ke rumah saya
hubungan dengan kita atau Tuhan petang ini?
f) Tuhan, hanya Engkaulah diri aku
serahkan
Kamu Digunakan untuk orang kedua yang rapat g) Kamu memang hebat
hubungan dengan kita
Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau h) Patik menjunjung segala titah Tuanku
sultan
Kata Jamak
Kalian Digunakan semasa beberapa orang diajak i) “Kalian hendak ke mana?” tanya Ali
bercakap kepada kawannya

3.0) Kata Ganti Diri Ketiga


3.1) Merujuk kepada orang ketiga
3.2) Setiap ganti diri ketiga harus digunakan dengan betul
Kata Ganti Diri Kegunaan Contoh
Ketiga
Baginda Digunakan untuk raja atau sultan a) Baginda sudah mangkat
Beliau Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati b) Beliau ialah guru sekolah saya
Dia Digunakan untuk orang ketiga yang umun c) Dia seorang yang rajin belajar
Ia Digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga d) Ali ialag penagih dadah oleh itu, ia telah
dihantar ke pusat pemulihan dadah
Kata Jamak
Mereka Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan e) Mereka telah memenangi pingat emas
lebih daripada seorang dalam acara bola keranjang
4.0) Kata Ganti Diri Singkat
4.1) aku – ku
4.2) engkau – kau
4.3) kamu – mu
4.4) dia – ia atau nya
Kata Ganti Diri Kedudukannya Contoh
Singkat
Kau Di awal kata sahaja a) pokok bunga yang kau tanam ini
berbunga mekar
Ku Di awal atau akhir kata b) Akan kuhabiskan makanan ini
c) inilah maksudku
Mu Di akhir kata sahaja d) Adakah kuih itu kepunyaanmu?
Nya Di akhir kata sahaja e) kucingnya sangat comel

5.0) Kata Ganti Tanya


5.1) Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
Kata Ganti Kegunaan Contoh
Tanya
Apa Digunakan untuk menanyakan nama binatang a) Apakah nama kucing kamu?
dan benda b) Apakah benda itu?
c) Nama binatang itu apa?
d) Itu apa
Mana Digunakan untuk e) Manakah kamu tinggal?
menanykanmanusia,binatang dan tempat f) Ibumu dari mana?
g) Kucingmu mana?
h) Di manakah tempat persiaran di
kawasan kamu?
Siapa Digunakan untuk menanyakan orangatau namai) Siapajah lelaki itu?
orang j) Siapakah nama kamu?
Berapa Digunakan untuk menanyakanbilangan k) Ikan ini berapa harga sekilo?
l) Berapakah orang pergi nanti?
Bagaimana Digunakan untuk m) Bagaimana keadaan kamu sekarang?
menanyakan caraatau keadaan n) Bagaimanakah hendak memasak kari
sesedap ini?
Bila Digunakan untuk menanyakan masa o) Bilakah kamu akan sampai
p) Bilakah kamu akan membeli rumah?
Mengapa Digunakan untuk menanyakan sebab q) Mengapakah mereka tidak membuat
kerja rumah

6.0) Kata Ganti Tempat


Kata Ganti Kegunaan Contoh
Tempat
Sini Digunakan untuk tempat yang dekat a) Di sini bola itu berada
Sana Digunakan untuk tempat yang jauh b) Di sana ialah rumah Amir
Situ Digunakan untuk tempat yang jauh, tetapi c) Di situ ialah rumah saya
tidak sejauh sana

7.0) Kata Ganti Tunjuk


Kata Ganti Contoh
Tunjuk
Ini a) Ini buah oren
Itu b) Itu rumah saya
Penentu akan c) Kami tinggal di rumah ini
diletakan di d) Bunga itu
belakang kata
nama