You are on page 1of 3

TEMUBUAL

P = Penemubual

R = Responden

P Assalamualaikum, Encik. Saya Nur Hazwani dari Institiut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar ingin mengadakan temubual bersama encik. Boleh encik ceritakan serba sedikit
mengenai pertubuhan ini ?
R Nama pertubuhan ini sebenarnya Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan.
P Boleh Encik ceritakan secara terperinci mengenai sejarah pertubuhan ini ?
R Pertubuhan in diperingkat kebangsaan ditubuhkan pada 1964 yang dinamakan Persatuan
Orang Buta Selangor. Pada 1973, nama pertubuhan ini ditukarkan kepada Pertubuhan
Orang Cacat Penglihatan Malaysia Barat. Pada hujun 70-an, nama pertubuhan ini
ditukarkan kepada Pertubuhan Orang Cacat Malaysia. Terdapat dua pertubuhan besar di
Malaysia. Persatuan yang pertama ialah Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia yang
dikendalikan oleh orang-orang biasa (normal) yang memberi perkhidmatan, bidang
pekerjaan dan kursus vokasional pada tahun 1936 iaitu sebelum merdeka. Pada tahun
1964, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia ditubuhkan dan dikendalikan oleh
orang cacat penglihatan sendiri untuk memperjuangkan hak-hak kami, menyatukan orang-
orang cacat penglihatan di Malaysia dan meminta hak daripada pemerintah untuk
memberikan hak yang sama bagi bidang pekerjaan.
P Berapa lamakah encik sudah berkhidmat di pertubuhan ini ?
R Cawangan pertubuhan negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1998. Saya
mempengerusikan pertubuhan ini bermula dari tahun lepas.
P Boleh saya tahu bagaimanakah dana disalurkan kepada pertubuhan ini ?
R Terdapat dua cara. Cara yang pertama ialah kami mendapat peruntukan daripada pusat
pertubuhan di Kuala Lumpur dan cara kedua ialah kami mencari sendiri dana secara aktif
iaitu daripada syarikat-syarikat, Pertubuhan ini dikategorikan sebagai NGO.
P Adakah semua aktiviti digerakkan oleh ahli pertubuhan sendiri ?
R Pertubuhan ini terdiri daripada ahli biasa iaitu orang-orang yang cacat penglihatan yang
berdaftar. Manakala ahli biasa atau associated member atau ahli bersekutu. Hak
keistimewaan adalah khas untuk ahli biasa sahaja. Ahli bersekutu bertindak sebagai
sukarela yang membantu.
P Bagi ahli biasa, apakah bantuan atau sumbangan atau peruntukkan yang disalurkan?
R Pertubuhan ini menjalankan aktiviti untuk ahli seperti menjalankan permainan catur, dam
dart dan pingpong. Kami juga menjalankan lawatan sosial, seperti berkelah menyambut ahli
keluarga.
P Apakah umur yang dihadkan untuk menjadi ahli ?
R 18 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa.
P Bagimanakah ahli bersekutu melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan ini?
R Ahli bersekutu akan dipanggil apabila terdapatnya aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan
ini. Sebagai contoh, apabila kami menyambut Tahun Baru, kami akan meminta bantuan ahli
bersekutu untuk membantu untuk menghidangkan makanan dan sebagainya.
P Berapakah ahli pertubuhan pada setakat ini ?
R Tidak sampai seratus. Lebih kurang 86 orang. Kebanyakannya terdiri daripada warga emas.
P Apakah contoh masalah yang dihadapi oleh pertubuhan ini?
R Dari segi sumbangan daripada pihak masyarakat kami tidak begitu aktif. Pusat pertubuhan
menggalakkan kami untuk tidak terlalu bergantung dengan peruntukan di sana.
Kebanyakan aktiviti mempunyai dana sebanyak 30% yang dicari oleh kami sendiri.
Sekarang kami sudah mulai aktif. Jadi sekiranya terdapat aktiviti yang ingin adik jalankan
seperti pesta ria dan sebagainya, boleh menjemput kami untuk berkolaboratif.
P Sekiranya pihak kami ingin menjalankan program bersama pihak encik, apakah prosedur
yang perlu dilakukan ?
R Bagus soalan itu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah permainan catur. Permainan
catur ini dapat dimainkan oleh orang catur dan orang buta. Catur ini berbeza dengan catur
biasa sebab ada ciri-ciri lain. Pertandingan persahabatan dapat dijalankan sebagai aktiviti
antara pertubuhan dan pihak kamu. Standarm pemain boleh terdiri daripada average ke
atas. Antara aktiviti lain yang dapat dijalankan ialah aktiviti membaca cerpen. Orang biasa
akan membaca cerpen tilisan biasa dan kami akan membaca cerpen melalui braile. Sajak
pon boleh dipertandingkan.
P Bagainmanakah braile ini digunakan ?
R Braile ini dah lama. Braile ini diperbuat dari amerika. Terdapat 9 key pada braile. Braile ini
mempunyai kod-kod yang membentuk A-Z.
P Bagaimanakah ahli-ahli melibatkan diri dalam pertubuhan ini ?
R Untuk negeri Sembilan, ahli-ahli akan datang apabila ada aktiviti. Ada juga penjualan jam
bersuara, mp3 player dan alat-alat yang orang buta guna.
P Sebelum ini ada tak pihak-pihak luaryang menjalankan kajian lapangan seperti ini ?
R Sebelum ini, bagi di pertubuan cawangan Negeri Sembilan, masih belum ada yang pernah.
Tetapi, di pusat mungkin penah.
P Apakah harapan encik terhadap pertubuhan ini ?
R Harapan saya yang utama ialah mendekatkan orang cacat penglihatan dengan masyarakat
sekeliling. Selain itu, diharapkan juga pertubuhan ini dapat dijadikan sebagai tempat
rujukan bagi pihak luar seperti pihak kerajaan agar sebarang masalah yang timbul dapat
diselesaikan.
Bagaimanakan program yang dijalankan di IPGKRM? Adakah dikelolakan oleh pihak
pentadbiran?
P Ya, kebanyakan program yang dijalankan adalah dikelolakan oleh pihak pentadbiran tetapi
pelajar mungkin dapat mengusulkan cadangan.
R Baguslah begitu, kamu mungkin dapat mengusulkan cadangan seperti pemainan catur,
gathering sebelum graduate. Catur ini menarik sebab boleh dimainkan oleh orang biasa.
Kami juga boleh tunjukkan macam mana orang-orang buta menggunakan gajet seperti
telefon dan komputer. Pakcik kalau boleh ingin mengaktifkan aktiviti persatuan seperti
bergabung dengan institusi luar dan sebagainya.
P Terima kasih encik kerana memberikan kerjasama dalam mengadakan temubual pada hari
ini.
R Sama- sama.