You are on page 1of 3

ISL MINGGU 3

ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

PARAMESWARA SULTAN MUZAFFAR


SHAH

SULTAN ALAUDDIN
RIAYAT SHAH
SULTAN MAHMUD SHAH
Tokoh-tokoh
TUN FATIMAH terkemuka zaman
kegemilangan negeri SULTAN MANSOR SHAH
Melaka

TUN PERAK HANG TUAH

Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka yang dimulakan oleh Parameswara pada tahun


1402 itu telah berkembang pesat, khususnya dengan kedatangan agama Islam ke
rantau ini. Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam, pusat
perdagangan dan yang paling penting, identiti Melayu sebagai sebuah bangsa
mula terserlah.

Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja


merupakan sebuah pelabuhan entreport, tetapi juga merupakan “emporium” dan

1
pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal pada abad ke-15 dan 16.
Kenyataan ini digambarkan dalam Sejarah Melayu seperti berikut:

Kesultanan Melayu Melaka juga berjaya meluaskan jajahan takluknya


sehingga berkembang menjadi sebuah empayar yang dihormati kawan dan lawan.
Kehebatan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat
Shah, kebijaksanaan dan kecekapan Bendahara Tun Perak dan keperkasaan Hang
Tuah lima bersaudara jelas teserlah apabila Pattani, Kedah, Kelantan, Terengganu,
Pahang, Perak, Kelang, Johor, Temasik, Riau, Lingga, Aru, Rokan, Siak, Jambi,
Kampar dan Inderagiri akhirnya bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan Alauddin Riayat Shah dianggap sebagai sultan Melaka yang unik
kerana baginda adalah seorang raja yang kuat beribadah dan gagah-berani, sering
meronda di bandar Melaka pada waktu malam dan pernah menewaskan
sekumpulan pencuri. Baginda adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan “action
oriented” (MYH, h. 113). Pada zaman pemerintahannyalah kedudukan Islam
sampai ke kemuncaknya apabila undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya
dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Pentadbiran Melaka pula diurus-tadbir dengan adil dan berhemah di bawah


pimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Beliau sentiasa membuat
pertimbangan yang adil, mengambilkira semua pandangan dan mementingkan
perpaduan dan keharmonian masyarakat. Beliau sentiasa berusaha
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam masyarakat Melaka dengan
penuh kebijaksanaan.

Kesultanan Melayu Melaka bukan sekadar meluaskan jajahan takluknya,


malah dengan bantuan tokoh-tokoh ulama dari Arab dan Parsi, Islam disebarkan
ke seluruh Nusantara. Melaka kemudian menjadi pusat perkembangan dan
penyebaran ajaran Islam di Asia Tenggara. Melalui dakwah para ulama, hubungan
ulama dengan sultan dan pembesar, kitab-kitab agama dan pengiktirafan bahasa
Melayu sebagai “lingua franca” penyampai risalah Islamiah, seluruh alam Melayu
akhirnya menganut agama samawi itu.

2
Jasa Tun Perak selaku Bendahara kepada empat sultan Melaka dalam
konteks penyebaran Islam juga amat penting. Beliau merupakan negarawan
Melayu yang boleh dianggap sebagai “grand designer” kepada kebangkitan
Melayu “baru” pada zaman itu. Beliaulah tokoh ulung dan pemimpin Melayu yang
amat besar sumbangannya kepada perjuangan mengangkat maruah, martabat,
darjat danharakat bangsa Melayu.

Islam bukan sahaja menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu, bahkan


dijadikan agama rasmi negara. Sultan-sultan menjalankan pemerintahan
berdasarkan hukum dan undang-undang Islam. Tradisi peundangan islam ini
dicatat dengan jelasnya dalam naskhah Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka. Ia menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan peraturan
pemerintahan, hukum jenayah, undang-udang keluarga Islam, huku adat
(Temenggong), pentadbiran perniagaan dan peraturan perdagangan laut Melaka.

Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan


ketinggian ilmu dan keteguhan penghayatan orang Melayu terhadap ajaran Islam,
kedaulatan raja-raja Melayu, kebijaksanaan pentadbiran, kesetiaan penduduk
tempatan dan sokongan moral daripada kerajaan lain yang bersahabat
dengannya.

Jelaslah bahawa orang Melayu ketika itu telah memenuhi peranan sejarah
zaman mereka melalui pembinaan asas penempatan, struktur sosial masyarakat,
sistem ekonomi, sistem politik dan pentadbiran, budaya ilmu, bahasa dan
kebudayaan yang dicirikan oleh ajaran Islam. Mereka telah berjaya mewariskan
agama Islam, tanah air, kuasa, tamadun ilmu, perpaduan bangsa, faham
kebangsaan Melayu, budaya yang berlandaskan nilai-nilai murni (sifat mahmudah)
dan visi sejarah masa hadapan yang gemilang kepada generasi Melayu hari ini.

You might also like