You are on page 1of 11

BAB 2

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN ANJUMAN HIMAYATHUL ISLAM

2.1 : Pengasasan Persatuan Anjuman Himayathul Islam

Sejarah penubuhan persatuan atau madrasah pada awalnya, telah bermula sejak tahun 1930.

Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa buah dokumen yang telah diperolehi daripada

persatuan tersebut. Oleh hal yang demikian, persatuan Anjuman Himayathul Islam ini

dikatakan berpengaruh kerana telah wujud seiring dengan kedatangan India Muslim yang

telah menetap di Semenanjung Tanah Melayu. Dalam hal ini, Mahani Musa ada menyatakan

tentang persatuan atau madrasah Anjuman Himayathul Islam dalam karya beliau iaitu

Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang 1730-an hingga 2012.

‘Masjid ini pada mulanya dikenali sebagai ‘Masjid Kecil’ sebelum ditukar
namanya kepada Masjid Anjuman Himayathul Islam (dalam bahasa Urdu
bermaksud organisasi yang mengawal pergerakan Islam) pada sekitar dekad
1930-an.’1

Pernyataan tersebut menjelaskan penubuhan persatuan atau madrasah Anjuman Himayathul

Islam pada awalnya iaitu tahun 1930 yang dikendalikan oleh masyarakat India Muslim pada

ketika itu. Penubuhan madrasah atau persatuan Anjuman Himayathul Islam turut

diperkatakan dalam karya Khoo Salma Nasution, iaitu The Chulia in Penang Patronage and

Place-Making The Kapitan Kling Mosque 1786-1957.

‘Among those who originated from Kadayanallur, there were three sub-groups
aligned to village divisions, including the United Muslim Association and two
groups that broke away from the UMA, namely the Anjuman Himayathul
Islam at 507 Chulia Street (est. 1930) and the Hidayathul Islam Association
(1941).’2

1
Sejarah Masjid & Keramat, 130
2
Khoo Salma Nasution, 368

1
Pernyataan tersebut menjelaskan tentang penubuhan Anjuman Himayathul Islam pada tahun

1930. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui sumber ketiga rakaman temu bual bersama

Presiden Anjuman Himayathul Islam, iaitu Abdul Kader B. Haja Mydin. Dalam hal ini,

beliau menjelaskan bahawa Anjuman Himayathul Islam telah ditubuhkan pada tahun 1930

dan maksud Anjuman Himayathul, dalam bahasa Urdu, merupakan sebuah organisasi yang

bertujuan mengawal pergerakan Islam. Golongan India Muslim tersebut kebanyakannya

merupakan golongan pedagang yang telah menetap di kawasan di Lebuh Chulia,

Georgetown, Pulau Pinang. Pengasasan persatuan Anjuman Himayathul Islam juga ada

disebut dalam karya Liga Muslim Pulau Pinang Meraikan 50 Tahun Khidmat Masyarakat

oleh Dato’ Haji Haja Najmudeen Kader dan Associate Prof Dr Abdul Khalil H.P.

Shawkataly.

‘Selepas penubuhan Persatuan Muslim Bersatu pada tahun 1929, terdapat ahli-
ahli daripada kumpulan ini yang keluar dan menubuhkan Anjuman Himayathul
Islam sekitar tahun 1930-an. Kumpulan ini sangat aktif dan memiliki sebuah
bangunan satu tingkat di No. 507, Lebuh Chulia, Pulau Pinang untuk
menjalankan kegiatannya.’3

Pernyataan tesebut merujuk kepada pengasasan persatuan Anjuman Himayathul Islam pada

tahun 1930. Dalam hal ini, persatuan atau madrasah Anjuman Himayathul Islam pada

awalnya diasaskan oleh beberapa orang yang dikatakan kelompok yang telah keluar daripada

Persatuan Muslim Bersatu. Hal ini juga dapat dibuktikan dalam karya Mahani Musa iaitu

Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang 1730-an hingga 2012.

‘Pada dekad 1930-an, masjid ini diambil alih oleh beberapa orang India
Muslim yang keluar daripada Persatuan India Muslim Bersatu yang ditubuhkan
pada tahun 1929 atas dasar fahaman tarekat.’4

3
Liga Muslim Pulau Pinang, 16
4
Sejarah Masjid & Keramat, 130

2
Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa terdapat segelintir pihak yang telah keluar daripada

Persatuan India Muslim Bersatu untuk menubuhkan sebuah lagi persatuan yang dikenali

sebagai Anjuman Himayathul Islam. Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa

persatuan atau madrasah Anjuman Himayathul Islam telah bermula sejak tahun 1930-an lagi.

Penubuhan Anjuman Himayathul Islam juga adalah sesuatu yang menarik. Hal ini demikian

kerana ianya telah diasaskan oleh beberapa orang yang telah keluar daripad Persatuan India

Muslim Bersatu atas dasar fahaman tarekat. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui sumber

ketiga iaitu temu bual bersama Presiden Anjuman Himayathul Islam, iaitu Abdul Kader B.

Haja Mydin. Dalam hal ini, beliau menyatakan bahawa persatuan atau masjid Anjuman

Himayathul Islam telah ditubuhkan pada tahun 1930. Beliau turut menambah bahawa pada

tahun 1930, Anjuman Himayathul Islam merupakan sebuah bangunan satu tingkat. Walau

bagaimanapun, jika merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperolehi daripada persatuan

tersebut, tapak asal atau bangunan asal persatuan Anjuman Himayathul Islam adalah pada

tahun 1835. Hal ini demikian kerana pada tahun 1835, tanah atau tapak asal Anjuman

Himayathul Islam telah dibeli oleh seorang perempuan yang bernama Cut Kader. Hal ini

dapat dibuktikan dalam karya Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang 1730-an hingga

2012 oleh Mahani Musa.

‘Masjid Anjuman Himayathul Islam dibina pada sekitar tahun 1835 oleh
penduduk India Muslim setempat (kebanyakannya pedagang) di atas tanah
seorang perempuan yang bernama Cut Kader. Cut Kader telah mewakafkan
tanah tersebut untuk pembinaan masjid dan kuburnya juga berada di dalam
masjid.’5

Pernyataan tersebut menjelaskan tentang pengasasan awal Anjuman Himayathul Islam.

Dalam hal ini, Anjuman Himayathul Islam telah diasaskan pada sekitar tahun 1835, iaitu

ketika penduduk India Muslim setempat membina madrasah di atas tanah seorang perempuan

5
Sejarah Masjid & Keramat, 130

3
yang bernama Cut Kader. Perihal tersebut juga dapat dibuktikan melalui sumber ketiga iaitu

temu bual bersama Presiden Anjuman Himayathul Islam, iaitu Abdul Kader B. Haja Mydin.

Dalam hal ini, beliau menyatakan bahawa madrasah Anjuman Himayathul Islam pada asalnya

memikili sebuah makam kepada pengasas asal dan juga pemilik tanah bagi Anjuman

Himayathul Islam. Namun begitu, terdapat percanggahan mengenai pemilik asal tanah

tersebut. Hal ini demikian kerana jika merujuk kepada dokumen yang diperolehi daripada

persatuan Anjuman Himayathul Islam, pemilik asal tanah adalah seorang lelaki yang bernama

Mohamed Bibbee.6 Perihal tersebut telah menunjukkan wujudnya percanggahan antara

pemilik asal tanah bagi bangunan Anjuman Himayathul Islam. Walau bagaimanapun, perihal

yang sama dapat dibuktikan melalui rakaman temu bual bersama Presiden Anjuman

Himayathul Islam, iaitu Abdul Kader B. Haja Mydin. Dalam hal ini, beliau menyatakan

bahawa pengasas pertama bangunan Anjuman Himayathul Islam adalah seorang perempuan

bernama Bibi Khauder, yang merupakan seorang ahli perniagaan. Walau bagaimanapun,

bentuk pengasasan persatuan Anjuman Himayathul Islam adalah secara warisan. Hal ini

demikian kerana, menurut Abdul Kader B. Haja Mydin, beliau menyatakan bahawa ketika

pengasas asal Anjuman Himayathul Islam menghampiri saat akhir beliau, beliau telah

mewariskan Anjuman Himayathul Islam kepada adik-beradiknya. Hal ini adalah demikian

kerana beliau tidak mempunyai waris lain selain daripada adik-beradiknya. Perihal tersebut

juga dapat dibuktikan melalui dokumen asal yang diperolehi daripada Anjuman Himayathul

Islam. Dalam hal ini, S. Mohamed Shaffee telah menyatakan bahawa beliau telah

memperolehi Anjuman Himayathul Islam daripada Mohamed Abdul Gafoor, bersama-sama

dengan B.D. Merican, dan juga Skaik Mydin.7 Dokumen tersebut menjelaskan tentang

perlantikan seorang lagi wakil iaitu M. A. Ahmad bin Ahmadsa. Perihal tersebut jelas

menunjukkan bahawa pengurusan Anjuman Himayathul Islam adalah secara warisan dan

6
Dokumen Tanah Interim Register
7
Dokumen Pewarisan Pengurus Anjuman, 4 & 5

4
tugas menguruskannya telah dibahagi-bahagikan dalam kalangan ahli persatuan Anjuman

Himayathul Islam. Hal ini terbukti apabila M.A. Ahmad bin Ahmadsa hendak pergi ke

Mekah, tugas-tugas tersebut telah diagih-agihkan kepada beberapa orang iaitu Mohamed Shah

bin Mohd Yusoff, Sultan Mydin bin Haji Ahmad, Sinthas bin Haji Ahmad, dan juga Omar bin

Jamal.8 Perihal tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa pengurusan Anjuman

Himayathul Islam adalah secara warisan dan turun-temurun sehinggalah kepada Presiden

terkini iaitu, Abdul Kader B. Haja Mydin. Anjuman Himayathul Islam pada asalnya

merupakan sebuah bangunan satu tingkat yang akhirnya berkembang sehingga menjadi

kepada bangunan tiga tingkat. Dalam hal ini, buku Liga Muslim Pulau Pinang Meraikan 50

Tahun Khidmat Masyarakat ada menyatakan bahawa,

‘Kumpulan ini sangat aktif dan memiliki sebuah bangunan satu tingkat di No.
507, Lebuh Chulia, Pulau Pinang untuk menjalankan kegiatannya. Anjuman
Himayathul Islam banyak menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan yang
berkaitan dengan masalah penduduk, pendidikan dan bencana alam selain aktif
menjalankan aktiviti keagamaan dengan menggunakan premisnya sebagai
masjid dan madrasah. Oleh sebab perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan, akhirnya Anjuman Himayathul Islam telah membina sebuah
bangunan tiga tingkat di atas tapak bangunan lama untuk memudahkan
persatuan menjalankan programnya.’9

Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa kumpulan yang telah mengasaskan Anjuman

Himayathul Islam. Dalam hal ini, Anjuman Himayathul Islam pada awalnya merupakan

sebuah bangunan satu tingkat dan akhirnya dinaik taraf menjadi sebuah bangunan tiga tingkat.

Hal ini juga dapat dibuktikan melalui sumber ketiga iaitu temu bual bersama Presiden

Anjuman Himayathul Islam, Abdul Kader B. Haja Mydin. Dalam hal ini, beliau telah

menjelaskan bahawa bangunan asal Anjuman Himayathul Islam merupakan sebuah bangunan

satu tingkat. Walau bagaimanapun, beliau menambah, pada tahun 1958, bangunan lama

8
Dokumen Pewarisan Pengurus Anjuman, 4 & 5
9
Liga Muslim, 16

5
tersebut dirobohkan untuk tujuan pembinaan bangunan baharu tiga tingkat. Akhirnya,

bangunan baharu tersebut siap pada tahun 1960, iaitu selama dua tahun pembinaan. Beliau

turut menambah, semasa kerja-kerja menaik taraf bangunan dilakukan, bangunan dan

kegiatan Anjuman Himayathul Islam tidak terhenti di situ sahaja, malah ianya diteruskan.

Dalam hal ini, bangunan Anjuman Himayathul Islam berpindah sementara di Jalan Dato’

Koyah. Perihal tersebut jelas menunjukkan bahawa perubahan daripada bangunan satu tingkat

kepada bangunan tiga tingkat adalah disebabkan aktiviti yang rancak dijalankan oleh

Persatuan Anjuman Himayathul Islam. Dalam hal ini, Abdul Kader B. Haja Mydin ada

menambah bahawa tujuan pembinaan bangunan tiga tingkat tersebut adalah untuk memenuhi

kehendak masyarakat. Hal ini membuktikan bahawa Anjuman Himayathul Islam berfungsi

sebagai sebuah institusi pendidikan. Hal ini turut dibuktikan melalui karya Mahani Musa iaitu

Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang 1730-an hingga 2012.

‘Kumpulan tarekat ini telah menggunakan ruang bangunan masjid ini untuk
membuka Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam dan kelas mengaji al-
Quran (Madrasah Anjuman Himayathul Islam). Semua aktiviti ini berjalan
pada setiap hari dalam satu bangunan yang dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu, di bahagian belakang untuk sekolah Tamil, ruang tengah untuk kelas
mengaji & ruang hadapan untuk tempat solat.’10

Pernyataan tersebut membuktikan bahawa kumpulan-kumpulan pengasas Anjuman

Himayathul Islam telah menggunakan ruang masjid tersebut untuk digunakan sebagai sebuah

institusi pendidikan. Oleh hal yang demikian, maka lahirlah Sekolah Tamil Anjuman

Himayathul Islam. Walau bagaimanapun, kegiatan pendidikan bukan hanya bermula pada

tahun 1930-an sahaja, malah ianya telah bermula sejak pengasasan Anjuman Himayathul

Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui rakaman temu bual bersama Presiden Anjuman

Himayathul Islam, iaitu Abdul Kader B. Haja Mydin. Dalam hal ini, beliau menjelaskan

10
Sejarah Masjid & Keramat, 130

6
bahawa pada tahun 1835, tujuan madrasah tersebut dibina adalah untuk tujuan kegiatan

keagamaan. Hal ini membawa maksud bahawa madrasah tersebut telah mengadakan kelas-

kelas agama seperti mengaji al-Quran dan juga mengajar cara untuk menunaikan solat kepada

penduduk setempat yang pada ketika itu merupakan golongan peniaga India Muslim. Oleh hal

yang demikian, fungsi Anjuman Himayathul Islam sebagai institusi keagamaan dan

pendidikan dapat dilihat seawal abad ke-19. Hal ini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti

yang telah dinyatakan di awal penulisan kajian.

2.2 : Keahlian dan Fokus Aktiviti

Pada awalnya, keahlian Persatuan Anjuman Himayathul Islam lebih berfokuskan kepada ahli-

ahli keluarga yang menguruskan Anjuman Himayathul Islam sahaja. Hal ini demikian kerana

setelah pengasas asal Anjuman Himayathul Islam telah mewariskan madrasah tersebut kepada

adik-beradiknya sahaja, maka keahlian Anjuman Himayathul Islam hanyalah kepada ahli

keluarga yang menguruskannya sahaja. Perihal ini dapat dibuktikan melalui rakaman temu

bual bersama Presiden Anjuman Himayathul Islam, iaitu Abdul Kader B. Haja Mydin. Beliau

ada menyatakan bahawa keahlian bagi Persatuan Anjuman Himayathul Islam adalah untuk

keluarga yang menguruskannya. Bagi pihak Abdul Kader sendiri, moyang beliau merupakan

salah seorang waris kepada Persatuan Anjuman Himayathul Islam. Moyang beliau bernama

Mohamed Ali. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang dokumen yang tepat

menggambarkan salah seorang pemilik atau waris Persatuan Anjuman Himayathul Islam

bernama Mohamed Ali, namun, nama tersebut muncul di dalam sebuah dokumen.

7
Dokumen tersebut membicarakan tentang perlantikan semula pemegang amanah. Dalam hal

ini, pemegang amanah yang bernama Haji K.M. Mohamed Divan bin Mohamed Ali, K.M.

Umer Kattab bin Mohamed Divan dan K.A. Thurab bin Hassan Mohamed merupakan salah

seorang daripada pemegang amanah Persatuan Anjuman Himayathul Islam. Walau

bagaimanapun, pada 18 Jun 1978, Persatuan Anjuman Himayathul telah mengadakan

mesyuarat jawatankuasa dan pada akhir mesyuarat tersebut, ketiga-tiga nama tersebut telah

ditolak sebagai pemegang amanah yang berdaftar di Persatuan Anjuman Himayathul Islam.11

Perihal tersebut telah membincangkan mengenai pengguguran nama pemegang amanah yang

telah berdaftar. Walau bagaimanapun, nama Mohamed Ali muncul dalam dokumen tersebut.

Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa Mohamed Ali iaitu moyang kepada

Abdul Kader B. Haja Mydin merupakan salah seorang pemilik atau waris kepada madrasah

Anjuman Himayathul Islam. Selain itu, beliau turut menambah ahli-ahli Persatuan Anjuman

Himayathul Islam adalah berdasarkan kepada konsep satu keluarga satu ahli. Misalnya, beliau

sendiri merupakan seorang ahli kepada Persatuan Anjuman Himayathul Islam dan anaknya,

jika seorang lelaki, juga menjadi ahli persatuan yang berdaftar. Walau bagaimanapun, bagi

kaum ‘hawa’, mereka tidak didaftarkan sebagai ahli Persatuan Anjuman Himayathul Islam.

Dalam hal ini, beliau menyatakan bahawa hanya lelaki sahaja yang merupakan ahli persatuan

tersebut.

Kini, Persatuan Anjuman Himayathul Islam mempunyai kira-kira 450 orang ahli yang

berdaftar dan ianya lebih terbuka. Hal ini membawa maksud bahawa keahlian bagi Persatuan

Anjuman Himayathul Islam pada masa ini lebih terbuka kepada masyarakat awam. Jumlah

yuran yang dikenakan adalah sebanyak Dua Ringgit Malaysia untuk satu bulan dan Sepuluh

Ringgit Malaysia untuk tempoh setahun. Hal ini membuktikan bahawa wujudnya sistem

pengurusan yang terancang dan sistematik dalam sesebuah organisasi.

11
Dokumen Pengguguran Nama Pemegang Amanah

8
2.3 : Tujuan Penubuhan Persatuan Anjuman Himayathul Islam

Persatuan Anjuman Himayathul Islam ditubuhkan atas dasar mahu memberi serta

menyebarkan ajaran agama Islam. Selain daripada itu, Persatuan Anjuman Himayathul Islam

juga menjalankan kegiatan kebajikan bagi setiap ahlinya yang berdaftar. Hal ini dapat

dibuktikan apabila Abdul Kader B. Haja Mydin menyatakan melalui rakaman temu bual.

Dalam hal ini, beliau menyatakan selain tujuan daripada kegiatan keagamaan, Anjuman

Himayathul Islam turut mengadakan kelas-kelas tuisyen. Tambahan pula, Anjuman

Himayathul Islam pernah menjadi Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam. Pernyataan

beliau tersebut dapat disokong dengan beberapa buah dokumen yang menyatakan Anjuman

Himayathul Islam pernah menjadi sebuah institusi untuk pengajaran bahasa Tamil bagi pelajar

yang ingin belajar di situ. Hal ini dapat dibuktikan dengan satu dokumen mengenai senarai

buku yang ingin digunakan. Dokumen tersebut memperincikan mengenai senarai buku yang

ingin digunakan dan dihantar kepada guru besar Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam.

Antara senarai buku tersebut adalah Junior Malayan Geography BK II yang berjumlah $3.00,

Hygiene Notes BK I yang berjumlah 0.90 cent/sen.12

Perihal tersebut secara tidak langsung telah membuktikan wujudnya urusan jual beli buku dan

diperlukan bagi penggunaan sukatan pelajaran di Sekolah Tamil Anjuman Himayathul Islam.

Dalam hal ini, Anjuman Himayathul Islam dapat dilihat sebagai sebuah institusi pendidikan

yang aktif. Fenomena sedemikian telah tercetus apabila kedatangan golongan India Muslim

ke Semenanjung Tanah Melayu membawa pelbagai jenis budaya dan juga pengaruh. Hal ini

dapat dibuktikan melalui karya Liga Muslim Pulau Pinang Meraikan 50 Tahun Khidmat

Masyarakat oleh Dato’ Haji Haja Najmudeen Kader dan Association Prof. Dr. Abdul Khalil

H.P. Shawkataly.

12
Dokumen pembelian buku

9
‘Pengaruh India Muslim di Tanah Melayu semakin meluas dengan pembawaan
nilai budaya material yang sangat mewah seperti tekstil, barangan emas dan
permata, barangan hantaran serta pembinaan pelamin untuk majlis
perkahwinan yang dilihat cukup hebat dan penuh nilai tradisi campuran yang
dibawa dari India.’13

Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa kedatangan golongan India Muslim ke Semenanjung

Tanah Melayu telah membawa pelbagai bentuk budaya yang baharu. Oleh hal yang demikian,

tidak hairanlah jika dikatakan budaya Malaysia bersifat campuran. Hal ini demikian kerana

wujudnya masyarakat majmuk yang membawa budaya mereka masing-masing dan

mengasimilasikan budaya mereka ke dalam masyarakat setempat. Dalam hal ini, mereka

menambah,

‘Antara lain pengaruh budaya yang telah dibawa oleh golongan India Muslim
ini ialah penggunaan kain pelikat dalam masyarakat Melayu dan masakan nasi
kandar yang terdiri dari campuran kari buatan sendiri yang sangat terkenal di
Pulau Pinang.’14

Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa wujudnya percampuran budaya yang dibawa oleh

golongan India Muslim ke dalam masyarakat Melayu dari aspek pakaian dan juga makanan.

Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan golongan India Muslim ke

Semenanjung Tanah Melayu telah membawa suatu budaya yang baharu ke dalam masyarakat

Melayu. Selain daripada budaya yang dibawa oleh golongan India Muslim, aspek pendidikan

turut diperkembangkan oleh golongan India Muslim ke dalam masyarakat Melayu. Hal ini

dapat dibuktikan melalui karya Liga Muslim Pulau Pinang Meraikan 50 Tahun Khidmat

Masyarakat oleh Dato’ Haji Haja Najmudeen Kader dan Association Prof. Dr. Abdul Khalil

H.P. Shawkataly.

13
Liga Muslim, 8
14
Ibid, 8

10
‘Peranan masyarakat India Muslim dan Jawi Peranakan dalam pendidikan
Islam dapat dilihat dari pembinaan sekolah agama di kampung dan madrasah di
pekan. Pengetahuan bahasa Tamil, bahasa Arab dan bahasa Melayu
menjadikan golongan inu guru yang handal mengajar bahasa Arab, al-Quran
dan hal-hal agama, serta menjadi pentadbir pendidikan yang baik.’15

Pernyataan tersebut menjelaskan peranan yang dibawa oleh golongan India Muslim dari aspek

pendidikan. Perihal yang serupa dengan Anjuman Himayathul Islam. Persatuan atau madrasah

tersebut ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan pendidikan keagamaan. Selain itu,

madrasah atau persatuan Anjuman Himayathul Islam turut dijadikan sebagai Sekolah Tamil

Anjuman Himayathul Islam.

Secara ringkasnya, penubuhan madrasah atau persatuan Anjuman Himayathul Islam adalah

bertujuan untuk memberikan pendidikan keagamaan. Pada awal penubuhan Anjuman

Himayathul Islam, peranannya hanyalah sebagai sebuah madrasah yang bertujuan

memberikan pendidikan Islam dan juga hal-hal keagamaan yang lain seperti membaca al-

Quran dan juga mengajar solat. Walau bagaimanapun, setelah kegiatan madrasah tersebut

berkembang, maka bangunan satu tingkat tersebut akhirnya menjadi bangunan tiga tingkat.

Hal ini adalah disebabkan daripada permintaan kehendak masyarakat yang pada ketika itu

berkembang. Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan Anjuman

Himayathul Islam dari sebuah madrasah hingga kepada persatuan yang aktif menjaga

kebajikan masyarakat setempat selain daripada memberikan pendidikan kepada penduduk

setempat.

15
Liga Muslim, 8

11

You might also like