You are on page 1of 3

PEMBERITAHUAN AWAM

PEMBUKAAN AKAUN BANK UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI


TERHAD (LIMITED LIABILITY PARTNERSHIP)

1. TUJUAN

Pemberitahuan ini bertujuan memaklumkan semua pelanggan


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung perkara berkaitan
pembukaan akaun bank untuk sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad.

2. LATAR BELAKANG

2.1 SSM telah memperkenalkan sebuah wadah perniagaan baharu iaitu


Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) melalui Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 yang telah dikuatkuasakan pada 26 Disember 2012.

2.2 PLT merupakan sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate)


dengan kapasiti yang tidak terhad dan berkeupayaan untuk melakukan
dan menanggung apa-apa perbuatan dan benda lain yang boleh dilakukan
dan ditanggung dengan sah termasuk keupayaan untuk membuka dan
memegang akaun bank di bawah namanya sendiri.

2.3 Walau bagaimanapun, SSM telah dimaklumkan oleh beberapa


pelanggan yang memiliki PLT bahawa ada di kalangan mereka yang
menghadapi kesukaran untuk membuka akaun bank.

1
2.4 Melalui beberapa sesi rundingan bersama pihak-pihak berkaitan
seperti Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia dan
Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, permasalahan berkaitan
penerimaan pihak bank untuk menerima dan mengiktiraf PLT sebagai satu
wadah perniagaan baharu telah diselesaikan.

3. CARA-CARA MEMBUAT PENGADUAN JIKA MENGHADAPI


MASALAH UNTUK MEMBUKA AKAUN BANK UNTUK PLT.

3.1 Sekiranya menghadapi masalah dalam urusan pembukaan akaun di


mana-mana bank, pemilik-pemilk PLT boleh berhubung secara terus
dengan pihak berikut:

(i) Bagi perbankan komersial, kepada:

Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia


34th Floor UBN Tower,
10, Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2078 8041
Fax : 03-2078 8004
Emel : banks@abm.org.my
Laman Web : www.abm.org.my

(ii) Bagi perbankan Islam, kepada:

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia


4th floor, Menara Bumiputra,
21 Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur

2
Tel : 03-20268002 / 03-20268003
Fax : 03-20268012
Emel : admin@aibim.com
Laman Web : www.aibim.com

3.2 Pelanggan juga diingatkan bahawa setiap bank mempunyai


keperluan atau memerlukan dokumentasi yang berbeza bagi tujuan
pembukaan akaun. Sehubungan itu, Tuan/Puan adalah dinasihatkan
supaya menyemak dengan bank-bank yang berkenaan terlebih dahulu
supaya keperluan-keperluan bank tersebut bagi tujuan pembukaan akaun
dapat dipenuhi.

Terima kasih.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

You might also like