You are on page 1of 2

Sahabat anda telah memenangi suatu pertandingan.

Anda telah

menemuinya untuk mengucapkan tahniah. Tuliskan perbualan anda itu.

Ikhmal: Hai, Vincent! Awak sedang buat apa?

Vincent: Hai, Ikhmal. Saya tidak sedar akan kedatangan awak. Tiba-

tiba sahaja awak muncul. Saya sedang membersihkan kamera saya.

Ikhmal: Tahniah, Vincent! Gambar foto awak telah memenangi

hadiah pertama dalam pertandingan fotografi sekolah kita

Vincent: Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa gambar

foto saya akan terpilih. Maklumlah, ini kali pertama saya menyertai

pertandingan fotografi. Tambahan pula, gambar foto peserta-perserta

lain yang dipamerkan di dalam dewan sekolah sepanjang bulan lepas

bagus belaka

Ikhmal: Siapakah yang mengajar awak teknik mengambil gambar?

Vincent: Ayah sayalah. Bukankah ayah saya mengusahakan kedai

gambar? Minat kami sama. Ayah yang mengalakkan saya menyertai

pertandingan fotografi tersebut, selain memberikan banyak tunjuk

ajar kepada saya tentang teknik mengambil gambar yang baik.


Ikhmal: Wah, beruntunglah awak kerana mendapat tunjuk ajar

daripada pakar!

Vincent: Yalah. Saya sudah belajar tentang kelajuan pengatup

kamera, kepekaan filem terhadap cahaya, dan jenis filem yang

sepatutnya digunakan.

Ikhmal: Nampaknya hobi awak ini memberikan pengetahuan dan

pengalaman yang berguna. Adakah awak akan menjadikan bidang

fotografi sebagai kerjaya?

Vincent: Tidaklah. Bidang fotografi sekadar hobi sahaja. Saya

bercita-cita hendak menjadi peguam.

Ikhmal: Eh, berbeza sekali cita-cita awak tercapai. Apakah yang

awak buat dengan wang tunai RM500.00 yang awak menangi itu?

Vincent: Saya menyimpan wang itu di bank untuk saya gunakan bagi

pendidikan saya pada masa hadapan.

Ikhmal: Seronok berbual dengan awak sehingga tidak sedar hari

sudah lewat. Saya balik dahululah, Vincent

Vincent: baiklah. Jumlah lagi di sekolah esok