You are on page 1of 6

Tujuan : Mengenal pasti keadaan yang diperlukan untuk mengapung,

terapung dan tenggelam

Aktiviti : Menyiasat mengapa sesuatu jasad terapung atau tenggelam


didalam cecair

Hipotesis : Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi daya untuk


mengapungkan objek

Teori :

Prinsip Archimedis

1. Apabila seketul gabus dilepaskan, gabus itu akan naik ke


permukaan air dengan serta merta. Ini kerana gabus itu
mengalami daya tujah ke atas yang disebabkan oleh air.

2. Fenomena keapungan yang sama turut membolehkan kita


berenang kerana wujudnya daya tujah atas yang bertindak ke
atas badan kita.

3. Objek yang berketumpatan kurang daripada ketumpatan cecair


yang menampungnya,daya tujah ke atas akan menyebabkan
objek tersebut terapung.

4. Sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang


menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan
tetap wujud. Ini kerana magnitud daya tujah atas yang
bertindak tidak mampu untuk menyokong berat objek .

Sumber : http://fizik2004.tripod.com/prinsip1.htm
Bahan – bahan : dua silinder penyukat, larutan saline, 2 biji telur, dan 5 bola
plastisin (50g setiap satu)

Prosedur :

1. 2 silinder penyukat diisi penuh oleh air paip dan satu lagi diisi
dengan larutan garam. Telur diletakkan dan perubahan
diperhatikan
2. 3 bola plastisin diambil dan setiap satu ditimbang supaya 50gram.
Plastisin tersebut dibentukkan kepada bentuk perahu, satu dengan
dinding yang rendah dan satu lagi dengan dinding yang tinggi
3. Bola seberat 50 gram dan dua bot tersebut ditempatkan didalam
bikar berisi air
4. 2 biji bola seberat 50g yang lain diambil dan diletakkan secara
perlahan – lahan ditengah – tengah bot. Pemerhatian dicatatkan
5. Inferens dicatatkan untuk setiap pemerhatian
6. Laporan ditulis untuk eksperimen ini
Keputusan :

Pemerhatian terhadap telur :

Air Paip Air Garam

Telur Tenggelam Telur terapung

Pemerhatian terhadap plastisin yang diletakkan dalam air :

Bentuk Bola plastisin


Perahu sisi rendah Perahu sisi tinggi
plastisin 50g

Plastisin
diletakkan terapung terapung tenggelam
dalam air

Apabila bola
50g
tenggelam Terapung -
ditambahkan
ditengah bot
Perbincangan :

1. Kenapa objek timbul atau tenggelam didalam cecair

- Sesuatu objek timbul didalam cecair apabila ketumpatannya adalah kurang


daripada cecair tersebut.
- Sesuatu objek juga akan tenggelam apabila ketumpatan objek tersebut
adalah melebihi cecair yang menampungnya.

2. Bolehkan objek yang lebih tumpat dari air terapung diatas air? Jelaskan

- Tidak boleh. Kerana sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang
menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini
kerana magnitud daya tujah atas yang bertindak tidak mampu untuk
menyokong berat objek .

3. Senaraikan faktor yang mempengaruhi keapungan objek

- Factor yang mempengaruhi keapungan sesuatu objek adalah :


1. Isipadu objek yang terendam didalam cecair tersebut
2. Ketumpatan cecair.
3. Pecutan graviti

Kesimpulan :

Keapungan sesuatu objek dipengaruhi oleh ketumpatan dan isipadu sesuatu


objek atau cecair tersebut.
Mastery of Knowledge And Skill Questions

Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut :

a) Apakah yang kamu belajar daripada aktiviti ini?


Daripada aktiviti ini saya dapat belajar bahawa daya keapungan
sesuatu objek adalah dipengaruhi oleh kadar ketumpatan cecair dan
sesuatu objek. Daya keapungan juga dipengaruhi oleh Isipadu objek yang
terendam didalam cecair tersebut. Plastisin yang dibentuk menjadi kapal
yang bersisi tinggi adalah mempunyai isipadu yang lebih kurang
berbanding kapal yang mempunyai sisi yang rendah, jadi ia mempunyai
kadar keapungan yang lebih tinggi.

b) Pada bahagian manakah kukurikulum sekolah rendah mengajar tajuk


seumpama ini?
Finding out the thing and float or sink, tahun 1 dan tahun 2

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini didalam proses


pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses P&P dengan


mengadakan aktiviti seperti eksperimen dan demonstrasi. Pada mulanya
kita harus mengadakan set induksi seperti tayangan powerpoint atau
animasi mengenai tajuk keapungan untuk merangsang minat murid.
Setelah itu kita boleh mengadakan aktiviti dalam bentuk kumpulan
dengan menjalankan eksperimen seperti menguji keapungan pelbagai
objek didalam air. Kita harus membiarkan murid merasai sendiri hasil
eksperimen ini supaya mereka lebih mudah untuk faham konsep tajuk ini.

d) Apakah peranan guru didalam aktiviti ini?


Peranan guru ialah menerangkan pelajar konsep dan mencipta masalah
untuk pelajar selesaikan. Guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu
diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur
bagaimana untuk menjalankan aktiviti. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar,
guru seterusnya berperanan sebagai demonstrator dengan menunjukkan cara
aktiviti dilaksanakan.
Semasa aktiviti dijalankan, guru harus memantau setiap perkembangan
dan mengemukakan soalan – soalan yang berkaitan. Ini penting untuk
merangsang minda murid dan supaya mereka tidak tersilap konsep menganai
tajuk keapungan ini.

Diakhir aktiviti, guru harus mengadakan perbincangan dengan murid –


murid. Guru harus meminta pandangan serta pendapat murid dan membetulkan
silap faham dikalangan murid jika ada. Guru juga harus berpesan kepada murid
jangan membuat eksperimen ini bersendirian dikawasan berbahaya seperti
sungai atau tali air.

You might also like