You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN KONSTUKTIVISME 4
3.0 PRINSIP DAN PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTUKTIVISME DALAM BILIK 6
DARJAH DI MALAYSIA
4.0 KESIMPULAN 7
5.0 RUJUKAN 8

1
PENGHARGAAN

Titipan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah tuhan penguasa seluruh alam kerana sudi
melimpahkan rahmat-Nya kepada insan kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir
yang dikehehendakinya ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Puan Norzana binti Mohd Sulaiman. Dengan izin Allah, beliau telah memberikan
tunjuk ajar serta bimbingan waima mengganggu masa rehat beliau . Hasil bantuan daripada
beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan berjayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, jutaan terima kasih saya ingin ucapkan
kepada penjaga saya iaitu, Encik Md Nasir bin Ali dan Puan Siti Rahaimah serta keluarga
kerana telah memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya utarakan kepada mereka.

Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau secara tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian.

2
1.0 PENGENALAN
Konstuktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan,
bukanya sebagai penerima penegetahuan (Noriati A.Rashid, 2017). Menurut Tran Vui (1999)
Konstruktivisme adalah suatu filsafat belajar yang dibangun atas anggapan bahwa dengan
memfreksikan pengalaman-pengalaman sendiri. John Dewey (1961) berpendapat bahawa
teori konstruktivisme yang mana pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Menurut McBrien & Brandt (1997) Konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia
belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Namum begitu, kita ada tokoh asas konstuktivisme iaitu Jean Piaget dan Lev
Yygotsky. Mereka memberi penekanan kepada bagaimana stuktur kognitif manusia membina
dan mengorganisasi maklumat dan pengetahuan. Jean Piaget mengemukakan teori
konstuktivsme psikologi/individu/kognitif, manakala Lev Vygotsky menganjurkan teori
konstuktivisme Sosial. Secara umumnya, dapat dilihat bahawa teori ini menjelaskan bahawa
memberikan keaktifan terhadap murid untuk belajar menemukan sendiri kompetensi,
pengetahuan atau teknologi, dan hal lain yang diperlukan guna mengembangkan diri mereka
sendiri.

Rajah 1: Gambaran Pengertian Konstuktivisme.

3
2.0 ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN KONSTUKTIVISME
TEORI PEMBELAJARAN KONSTUKIVISME JEAN PIAGET

Piaget amat berminat dengan perubahan stuktur dan evolusi pengetahuan dalam pemikiran
kanak-kanak. Teori pembelajaran Piaget adalah berlandaskan premisbahawa setiap kanak-
kanak umpama saintis yang sentiasa aktif meneroka dunianya untuk mencapai kefahaman
(Wong Kiet Wah, 2016). Terdapat empat konsep utama oleh Piaget (1969) tentang proses
pembelajaran iaitu terdiri daripada skema, asimilasa, akomodasi, ekulibrasi. Menurut Wong
Kiet Wah (2016), skema adalah stuktur asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang
untuk memahami dan menyusun maklumat baharu. Asimilasi pula seseorang individu
mengintergasikan maklumat atau pengalaman baharu ke dalam skema sedia ada (Wong Kiet
Wah, 2016). Menurut Noriati A. Rashid (2017) akomodasi seseorang individu akan cuba
mengasimilasikan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada. Ekuilibrasi pula
keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi menentukan interaksi individu dan
persekitaran untuk memahaminya.

Rajah 2: Gambaran Proses Adaptasi Maklumat Baharu Dalam Stuktur Kognitif.

Bagi Jean Piaget (1969) dia berpendapat bahawa ada empat peringkat perkembangan
kognitif iaitu, peringkat sensori motor (lahir hingga 2 tahun), peringkat praoperasi (2 hingga
7tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan peringkat operasi formal ( 12
hingga dewasa). Pada peringkat praoperasi kanak-kanak mula menggunakan bahasa dan
imej untuk mewakili kefahamannya tentang sekelilingnya (Wong Kiet Wah, 2016). Keupayaan

4
pemikiran menandakan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan untuk berbahasa. Menurut
Piaget (1969) operasi konkrit ini adalah kanak-kanak membuat penaakulan logik tetapi masih
terikat dengan objek atau peristiwa yang konkrit serta memahami prinsip kekekalan, mengusai
konsep klasifikasi, seriasi dan kebaikan. Pada peringkat operasi formal pula kanak-kanak
berfikir secara secara saintifik, dapat menaakul secara abstrak, idealistik dan logikal serta
menunjukan minat terhadap isu–isu sosial dan identiti diri.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTUKIVISME VYGOTSKY

Menurut Vygotsky (1986), bahasa merupakan sistem symbol yang paling penting dalam
menyokong perkembangan kognitif kana-kanak. Vygotsky dikenali sebagai teoti sosiobudaya.
Vygotsky menyarankan tiga idea penting yang berkaitan dengan perkembangan
internalization, scaffolding dan Zon perkembangan proksimal. Internalization ini bermaksud
proses di mana seseorang beransur-ansur menyebatikan aktiviti-aktiviti sosial yang
dilaluinyake dalam proses kognitifnya (Wong Kiet Wah, 2016). Menurut Vyqotsky (1986) pula,
scaffolding ialah kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu dan Zon
Perkembangan Proksimal pula perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dipertingkatakn
dan diperkukuhkan melalui interaksi mereka dengan individu yang lebih bekesan. Wong Kiet
Wah (2016) bependapat jika kanak-kanak berinteraksi dengan orang yang lebih berkebolehan
Zon perkembangan proksimalnya akan berkembang ke aras yang lebih tinggi dan
mempelajari kemahiran baharu.

Rajah 3: Zon Perkembangan Proksimal yang dicapai dengan bimbingan dan tanpa bimbingan

5
3.0 PRINSIP DAN PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH
DI MALAYSIA

Pada pendapat saya pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstuktivisme telah lama


diterapkan dan digunakan di dalam bilik darjah di Malaysia. Teori ini sangat sesuai digunakan
di dalam bilik darjah kerana ianya menyeronokan, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran
sosial dan lain-lain.

Antara pengaplikasian yang guru boleh lakukan dengan menyediakan bahan-bahan


konkrit untuk menguji idea kanak-kanak melalaui penglibatan yang aktif yang mana
meransang pemikiran secara logik. Guru-guru juga boleh meyediakan pelbagai contoh dan
bahan sumber yang boleh membantu murid membuat pemahaman yang baharu. Selari
dengan prinsip teori ini, pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada
sehingga tercapai pemahaman baru (Noriati, 2012). Brooks, J.G. dan Brooks, M.G. (1999),
menyatakan bahawa guru menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran
kepada pelajar, pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama.

Selain itu guru boleh mengunakan strategi pembelajaran koperatif kumpulan kecil
yang terdiri tiga hingga lima pelajar. Hal ini supaya murid boleh berinteraksi dengan,
berkomunikasi dan berkolaborasi untuk membina pengetahun. Hal ini kena menurut Vygotsky
(1986) bahasa itu simbol yang melambangkan kognitif kanak-kanak. Rakan sebaya yang lebih
berkebolehan berada disisi boleh menyokong pembelajaran dan memberi bimbingan. Secara
tidak langsung pembelajaran mereka berlaku pada had atas zon perkembangan proksimal
yang dicapai dengan bimbingan dan tanpa bimbingan (Vygotsky, 1986). Ianya bersandarkan
pada prinsip pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.

Seterusnya, prinsip ini menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Guru boleh


menyediakan peluang untuk pelajar membuat penerokaan dan penemuan konsep yang
dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran mereka. Guru juga berperanan sebagai
fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah serta
cuba elakan daripada menjadi sebagai penyampai maklumat (Mahzan bin Bakar, 2001). Guru
juga boleh menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan
mereka. Guru boleh menggalakkan murid bertanya, berdialog, bersoal jawab dengan murid
dan guru supaya idea yang murid-murid nak sampaikan itu disusun dengan baik untuk rakan-
rakan faham dan jelas apa yang ingin disampaikan dan dikongsikan. Namum begitu ada guru
yang merasa mereka tidak mengajar .

6
Prinsip keempat, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Abu
Hassan (2006), berpendapat bahawa antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah guru
mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Murid akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran (Mazhan bin Bakar, 2001). Murid yang memahami apa yang
dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
baharu. Oleh itu, guru boleh menggalakkan murid-murid membuat tugasan dalam bentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.

Akhir sekali, teori Konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia
ada pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah
dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan
pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah
pembelajaran yang kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang
efektif. Guru boleh mengenal pasti Zon Perkembangan Proksimal melalui penyediaan
beberapa aktiviti yang berkaitan. Guru juga boleh membuat set induksi yang menarik
perhatian dan minat pelajar untuk meningkatkan naluri ingintahu dan secara tidak langsung
murid akan bersedia untuk belajar. Guru-guru juga boleh merancang aktiviti yang bersesuaian
agar mencapai ekulibrasi kognitif pelajar.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Teori Konstruktivisme amat menekankan kaedah dan teknik pengajaran yang
berkesan yang mampu untuk menarik minat murid agar mereka sentiasa berminat dan
bersemangat untuk belajar. Pendekatan pembelajaran secara tradisional seperti “Chalks and
Talks” sudah tidak berkesan lagi pada abad ke-21 ini. Di zaman dunia tanpa sempadan ini
guru berperanan sebagai pemudah cara , berkolaborasi dengan murid dan menyokong
pembelajaran mereka. Murid-murid bebas meneroka maklumat pengetahuan dan melontar
idea di dalam bilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat
bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan.
Menurut Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah yang paling
sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran
yang dirancangkan. Melalui teori pembelajaran ini, saya dapat simpulkan bahawa guru boleh
mengaplikasikan Teori Konstuktivisme untuk meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran
dan Pengajaran (PdP).

7
RUJUKAN
Abdul Razak bin Hashim. (1995). Kepimpinan Pendidikan: Persepsi Guru-guru terhadap
Kepimpinan Guru Besar di Sekolah-sekolah Rendah di Negeri Perlis. Universiti
Utara Malaysia.

Abu Hassan. (2006). Kearah Pembelajaran Sains dan Matematik Berkesan. Tidak diterbitkan:
Universiti Teknologi Malaysia.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

J.L. Mc Brian & R.S. Brandt. (1997). The Language of Learning: A Guide of Education Terms.
Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Devolepment.

John Dewey. (1961). Democracy and Education. Londan: Heineman.

L.S. Vygotsky. (1987). Mind in Society. Cambridge: Harvard University Press.

Mazhan bin Bakar. (2001). Pembelajaran secara Konstuktivisme. KualaLumpur:


Perpustakaan Negara Malaysia.

Noriati A. Rashid. (2012). Murid dan Alam Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Piaget, J. (1969). The Psychology of the Child. Londan: Routlegde & Kegen Paul.

Tran Vui (1999). Constructivism in Mathematics Education, Part 1. Nota kursus SM 107:
Constructivism and Innovative Teaching Strategies in Secondary Mathematics,
RECSAM.

Wong Kiet Wah. (2016). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 2)

MURID DAN PEMBELAJARAN


(EDUP 3033)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: WAN MUHAMMAD HAZMAN BIN MD NASIR

NO. KAD
980810-03-6053
PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340091

KUMPULAN: PISMP C5 AMBILAN JUN 2017

NAMA PENSYARAH
PUAN NOZANA BINTI MOHD SULAIMAN
AKADEMIK:
TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI 2
PROJEK:

TARIKH SERAHAN: 2 MAC 2018

You might also like