IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM JALAN KUALA KETIL 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

NAMA : NG JIE YING : TAN BOON SUI : TAN YI IAN NO. KAD PENGENALAN : 910813-02-5356 : 910210-07-5469 : 910605-02-5044 ANGKA GILIRAN : 2009252310143 : 2009252310152 : 2009252310154 KUMPULAN/UNIT K URS US NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : F3B (PPISMP BC/PJ/KS) : PENGANTAR PENDIDIKAN : EN. ZAKARIA : 26 OGOS 2010

ISI KANDUNGAN

BIL. 1

TAJUK GURU SEBAGAI SATU PROFESION. Jelaskan konsep profesion dan kepentingan Kod Etika Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada akauntabiliti guru. Bincangkan ciri-ciri dan kualiti guru yang profesional.

MUKA SURAT 1 ± 14

2 3 4

REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

15 ± 18 19

Menurut kamus dewan(1989). Contohnya keguruan. bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. kaunseling. bersikap jujur. Profesion juga banyak menggunakan keupayaan dan mendapatkan latihan khusus supaya pihak yang dilatih Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.GURU SEBAGAI SATU PROFESION Konsep Profesion Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi Nasional. dedikasi. Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur. Selain itu . misalnya perguruan kepada guru pelatih. peguaman. dan kelayakan sebagai guru. adalah diertikan sebagai pengajaran. akauntan. dan bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya. Maksud profesion adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. di bawah konteks pendidikan guru. Profesion merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Berdasarkan ciri-ciri profesion. Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang merangkumi peranan. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . kejuruteraan dan perniagaan. Sebagai contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta . perubatan. bertanggungjawab. tugas. konsep guru dianggap sebagai satu profesion. Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi ini dan berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. dan sebagainya. murid. Malah. Dalam bidang profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja . profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai antaranya dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. berdedikasi.

Manakala konsep profesion perguruan dan keguruan dapat dibezakan. tanggungjawab.Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang tersendiri untuk membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Guru juga digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan dan lebih mengutamakan perkhidmatan. Untuk memenuhi profesion . Antara ciri-ciri yang terdapat dalamnya termasuk terdapat kuasa kesatuan. Manakala. Perkara utama yang perlu dilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etika keguruan. Kepentingan Kod Etika Perguruan Malaysia Bagi memartabatkan profesion keguruan. Kod etika keguruan adalah bertujuan untuk menjaga status. Profesion perguruan merupakan pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. guru-guru memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas. Menurut kod . Keguruan bukan satu profesion juga berkaitan dalam bidang ikhtisas yang lain. sifat dan kualiti guru. guru adalah subjek utama yang akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini. profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan. Keguruan sebagai satu profesion dianggap sebagai pekerjaan yang penting dan bersifat autonomi. Tetapi .keseragaman ahli kesatuan serta kuasa Autonomi. Profesion keguruan pula merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab. akhlak dan maruah dalam profesionnya. Bagi seorang guru yang telah memilih pekerjaan ini sebagai profesion dalam hidupnya juga tidak terlepas dengan kod etika keguruan.tugas guru yang luhur. Malah . Konsep guru sebagai satu profesion boleh ditakrifkan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. adakah keguruan sebagai satu profesion? Terdapat penerangan yang berbeza iaitu keguruan sebagai satu profesion dan keguruan bukan satu profesion. keguruan bukan satu profesion mempunyai kelayakan akademik dan latihan yang berbeza.

produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban. Maksud etika profesional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti. 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip moral atau set prinsip moral.etika keguruan. perkara pertama yang ditekankan ialah tanggungjawab terhadap pelajar. Kod etika perguruan merupakan satu prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 1995 bahawa etika merupakan satu sistem dasar akhlak. Antara skop etika professional termasuk mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta. serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Kod etika perguruan juga adalah satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Yang pertama sekali adakah tanggungjawab terhadap pelajar. Manakala dalam Kamus Oxford. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi kod etika dan mengamalkan peribadi mulia dalam menjalankan tugas harian. Pihak guru harus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Dalam Islam. Mereka juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira . serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan . menanam bunga dan sebagainya.Dari persepktif Islam. tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara . etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Etika juga merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. tanggungjawab terhadap ibu bapa . Antara kod etika perguruan termasuk tanggungjawab terhadap pelajar . peranan nilai.

politik. sosial.emosi. Untuk melindungi kepentingan murid. pihak guru perlu menunjukkan suatu cara pakaian. keturunan atau agama. negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. guru perlulah memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu.faktor-faktor jasmani. Sebagai seorang guru yang profesion harus menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra serta kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dgn rumah tangga. Kod etika perguruan yang ketiga adalah tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang . masyarakat. Kod etika perguruan yang kedua adalah tanggungjawab terhadap ibu bapa. guru akan memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. ekonomi. Selain itu. Sebagai teladan . Peranan guru adalah membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Manakala guru juga harus mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar serta mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa. persidangan. guru harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. mental. pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga harus memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas. Sebagai seorang guru yang profesion .pihak guru perlu menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa. dan . Jika perlu . mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

bertanggungjawab dan berguna.guru-guru juga dikehendaki menghormati masyarakat tempatan . institusi pendidikan dengan masyarakat. berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara serta sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Guru-guru tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru dan mereka harus berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisasdan sosial. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. mereka perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa. keturunan dan agama. meraka akan memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral dan kebudayaan masyarakat. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Pihak kerajaan menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa. Selain itu. Sebagai seorang guru yang profesion. Yang akhir sekali adalah tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Guru-guru haruslah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan dan mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Seterusnya adalah kepentingan etika guru. Sebagai guru. Malah guru-guru perlu berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia. menghormati adanya perbezaan kebudayaan. Ini .

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Sebagai contoh. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat. usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. 1991). Menerusi kod etika. akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan. Ini telah membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN.menyebabkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas. justifikasi yang diperlukan. Pengamalan etika dapat mengekal. Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan. Kod Etika dalam bentuk dokumen. . IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU Definisi Akauntabiliti Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini.

Oleh itu. iaitu tingkah laku. . bakat.Akauantabiliti bermaksud keuntungan pelajar secara berseorangan. akauntabiliti guru perlu dilaporkan kepada menteri pendidikan untuk memudahkan beliau menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pendidikan semasa bersidang di parlimen. Pengajaran tidak dapat diasingkan daripada pembelajaran. Guru perlu belajar lebih daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran dan peperiksaan. Akauntabiliti bermaksud maklum balas. Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. seorang guru yang mengajar subjek matematik harus menguasai semua ilmu tentang matematik. guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Akauntabiliti pendidikan bermakna sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaan wang atau penggunaan sumber. Selain itu. minat. minat-minat dan keperluan kanak-kanak. Akauntabiliti juga ialah proses mendatangkan keputusan maksimum. Guru akan mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanakkanak. Misalnya. Secara lebig luas lagi. Melalui kod etika tersebut guru akan mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. melalui kod etika. Guru harus belajar tentang bidang pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa. akauntabiliti sebagai pencapaian objektif. Di Malaysia. Tujuannya ialah mengekal dan memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkan usaha. Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolah gagal. Guru harus menguasai subjek yang diajar degan mendalam dan mahir. tidak patut ada sebarang ilmu yang tidak jelas tentang matematik.

Sebagai seorang guru yang professional perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan guru juga perlu mengambil kira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan. .Hal ini disebabkan guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang berbeza. kemahiran pengurusan bilik. kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. membuat sintesis serta penilaian. Setiap mata pelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. kemahiran mengemukakan solan. kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik. kemahiran melibatkan semua pelajar dalam pelajaran. Selain itu. melalui kod etika tersebut guru-guru akan belajar tentang pengetahuan tentang kaedah mengajar. Guru perlu mempunyai kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya. berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas dan mengawal emosi sendiri dengan baik. menganalisis. guru juga akan mempunyai pelbagai kemahiran ang tertentu. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. kemahiran mengawal disiplin pelajar dan sebagainya. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang berkesan. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh guru supaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna. Oleh itu. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar. aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya. pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. menggunakan contoh-contoh. Selain daripada itu.

bangsa. Guru bersikap adil. guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif terhadap profesionnya. Antara tingkah laku yang sesuai ialah bertatasusila. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya. rohani. emosi. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi. akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan. Yang penting. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. bersih dan menepati masa dan sebagainya.Di samping itu. jujur. unit-unit beruniform dan sukan. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah. Dengan ini. status sosioekonomi. ada perasaan belas kasihan. sabar. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai. intelek dengan sempurna. menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Sebagai seorang guru yang professional. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. . guru harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum. barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan Tugas guru ialah mengajar. guru harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang ingin disampaikan. berinisiatif. . ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Misalnya masalah berbentuk akademik. memberi dorongan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu. Ibu bapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar di dalam kelas sepanjang masa. kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih maklumat. kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu bapa. sosioemosi dan sebagainya. Bagi pelajar yang lebih lemah. mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Selain itu. Guru perlu mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. membimbing. mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik anaknya. Oleh itu. Mereka perlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap akademik. guru perlu memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamat-matlamat program pendidikan. berdisiplin serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dibentuk. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti. berpandangan progresif dan saintifik. Di samping itu. patriotic.

toleransi dan sebagainya. masa yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. . System pendidikan sesebuah negara hendaklah menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluan-keperluan negara. Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Selain itu. dedikasi.e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Guru adalah dibayar gaji oleh negara. seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi. Oleh itu. tegas. baik hati. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan. profesional dan sosial yang baik. Guru perlu memberi penjelasan kepada kierajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti suka berjenaka. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Guru yang suka berjenaka dengan pelajar akan membawa suasana bilik darjah yang riang dan gembira. Jadi guru harus bijak berjenaka pada masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah. Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar. suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu.

sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para pelajar. guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik. Guru yang berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Guru yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. sifat toleransi amat diperlukan. Pada masa itu. Semasa menjalankan tugas. keperluan-keperluan dan minat seseorang pelajar. Di samping itu. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran.Sifat dedikasi guru amat diperlukan. yakin dan senang hati. pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Guru sebagai seorang profesional hendaklah peka terhadap kebolehan. guru yang tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Misalnya. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. guru mungkin akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut. Guru yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram. Di dalam kelas. guru mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat dipatuhi oleh pelajar. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal. semasa menghadapi masalah disiplin. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah itu. Sebaliknya. Guru akan berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. guru . malah akan menjalankan pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin. rohani dan emosi. apabila timbul situasi yang bosan. Contohnya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya menghadapi masalah. Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru.

Sebagai contoh. bagi memenuhi keperluan perpaduan negara. Guru dapat mempraktikkan nilai- . Guru yang peka patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasi antara satu sama lain. warganegara yang taat setia kepada raja. Dalam zaman era globalisasi ini. guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkaraperkara peribadinya. Antaranya ialah bermoral. sifat dedikasi juga salah satu sifat yang penting.harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Keperluannya seperti perpaduan negara. Tambahan pula. guru yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan kebangsaan. sifat kepimpinan. taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. mematuhi undang-undang dan sebagainya. guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. semangat patriotik. Oleh itu. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. terdapat pelajar yang bertindak aktif. ada yang pasif atau pemalu. dalam aktiviti seharian di kelas. sifat dan kualiti sosial juga sangat penting. berbudi pekerti. Selain itu. Bagi setiap profesional. Seseorang profesional hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus. Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional. merendah diri dan lain-lain lagi. Selain itu.

Sebagai seorang guru yang berjaya. bertoleransi dan sebagainya. .nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan mengadakan kerja kumpulan dan nilai-nilai tolak ansur. Sifat ini sangat penting bagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru. Selain itu. semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebih berkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Sebagai seorang pemimpin. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya. jadi guru mestilah menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya. tolong-menolong. terutamanya guru. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan sempurna. Oleh itu. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Dengan ini. guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi. guru harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Guru merupakan pemimpin dalam kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong. sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan teladan bagi pelajar. Secara umumnya. Guru adalah pendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk murid-murid. sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong. bekerjasama. kempen-kempen dan sebagainya. guru diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Dari segi sosial.

profesion perguruan merupakan satu badan yang perlu dipertingkatkan dahulu tahap kecekapannya dan dengan beberapa usaha yang telah dilaksanakan seperti mensiswazahkan kesemua guru yang masih belum mepunyai ijazah. Akhir sekali. maka hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan pada masa akan datang akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya mencapai misi wawasan 2020 negara kita Malaysia. Melalui kerja kursus ini. Dengan memperlihatkan kepada teras memartabatkan profesion keguruan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Selain itu. dalam memastikan semua hasrat ini tercapai.REFLEKSI ± NG JIE YING Mula sekali. Kerja kursus ini akan dapat memperlihatkan kebolehan pelajar untuk menganalisis unsur-unsur kod etika perguruan Malaysia dan juga implikasinya kepada akauntabiliti guru. Dalam konsep ini telah seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap pendidikan negara setanding dengan negara maju yang lain. . saya dapat lebih memahami konsep guru sebagai satu profesion dan juga maksud memartabatkan profesion perguruan serta menghubungkaitkan guru sebagai satu profesion dengan teras memartabatkan profesion keguruan. meningkatkan taraf kelulusan bagi pelajar lepasan SPM yang memohon untuk masuk ke institut pendidikan adalah merupakan antara usaha yang terbaik dalam meningkatkan tahap kredibiliti seorang guru. dengan adanya guru yang profesional dan usaha yang lain. kita dapat lihat berbagai perubahan dalam sistem pendidikan negara.kerja kursus pendek ini adalah bertujuan untuk menguji kefahaman serta pengetahuan pelajar tentang subjek pengantar pendidikan yang dipelajari pada semester 3 ini. Subjek pengantar pendidikan adalah satu subjek yang membincangkan konsep pendidikan dan peranan pendidikan dalam pembangunan nasional.

Tajuk kerja kursus kumpulan saya ialah Guru Sebagai Satu Profesion. Menurut Kod Etika Perguruan Malaysia. sahsiah yang baik dan sebagainya. Menurut ciri-ciri yang terangkum dalam konsep profesion. bermoral tinggi. Sebagai seorang guru yang baik perlu pandai mengurus diri dari segi JERI. Sebagai seorang guru perlu memiliki ilmu dari pelbagai subjek dan bidang. Selain itu. jujur dan nilai-nilai moral lain yang positif. Guru juga perlu mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada pelajarnya. saya telah mengetahui ciri-ciri sebagai seorang guru yang professional. pelajarnya dan juga profesionnya. ilmu tentang penyampaian pengajaran dan pengurusan di dalam kelas. ciri-ciri sebagai seorang guru . Yang penting. ibu bapa. Melalui tajuk tersebut. Sejauh yang saya tahu konsep profesion ialah orang yang menjalankan kerjanya mempunyai latihan yang sempurna dan mendapat kelulusan yang tinggi. Kod etika perguruan dijadikan suatu panduan garis untuk semua guru. saya telah mengetahui konsep profesion. Sebagai seorang guru perlu bertanggungjawab terhadap negara. Melalui kerja kursus tersebut barulah saya tahu tentang Kod Etika Perguruan Malaysia. Kod Etika Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada akauntabiliti guru. tanggungjawab. Bagi kita akan menjadi guru pada masa yang akan datang. sebagai seorang guru perlu bersikap dedikasi. semua guru perlu menerima latihan sebelum menjadi seoarang guru yang bersijil. Guru perlu belajar tentang subjek yang akan diajar dengan mendalam. Sebagai seorang guru yang professional perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan. guru juga perlu mempelajari ilmu-ilmu tentang penyampaian pengajaran kepada murid dengan baik supaya pelajarnya boleh mudah memahaminya.REFLEKSI ± TAN BOON SUI Selepas menyiapkan kerja kursus tersebut saya telah banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang ciri-ciri sebagai seorang guru yang baik.

saya dan ahli kumpulan saya pun mula merancang perkara-perkara yang perlu dibuat. . Kami telah bekerjasama mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk kumpulan kita melalui sumber dari pusat sumber dan laman web. Selepas pensyarah kita menorah tajuk kerja kursus kepada kita.yang professional perlulah dipelajari supaya bidang perguruan dapat membina modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang tenaga kepada negara. kami pun membahagikan kerja kita dengan seimbang untuk dibuat. Selepas itu. Di samping itu. Selain itu. di bawah bimbingan pensayarah kita barulah kerja kursus kita dapat menyempurnakan dengan lancar dan mendapat belajar daripada tajuk kerja kursus yang kita buat itu. melalu kerja kursus tersebut saya dan ahli kumpulan saya telah mengaplikasikan kerjasama yang sepenuh supaya kerja kursus tersebut dapat disempurnakan.

Akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab terhadap sesuatu atau seseorang. Sekian terima kasih. maka hasrat pendidikan negara kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang barulah dapat tercapai. profesional dan sosial yang baik. Guru harus menjalankan tugas dan kewajipannya terhadap Negara. Kod Etika Perguruan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang guru yang profesion. En. saya juga belajar bagaimana menjadi seorang guru yang profesional. Di samping itu. ibu bapa serta diri sendiri. Untuk menjadi seorang guru yang profesional. Tujuan kerja kursus ini adalah untuk bagi kami memahami konsep pendidikan yang kami belajar dalam subjek Pengantar Pendidikan. saya telah memahami secara mendalam tentang konsep profesion guru dan pentingnya Kod Etika Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada akauntabiliti guru. Kerja kursus ini diedarkan dan taklimat tentang tugasan ini diberi oleh pensyarah kami. Zakaria.REFLEKSI ± TAN YI IAN Kerja kursus pendek ini dilaksanakan secara kumpulan. pendidikan. Akhir sekali. dengan tujuan member garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Tajuk saya ialah guru sebagai satu profesion. kami seharuslah mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi. . Ia merupakan suatu sistem dasar tingkah laku yang meliputi aspek-aspek moral yang baik dan buruk. pelajar. Selain itu. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna. Melalui kerja kursus ini. serta yang betul dan salah. guru merupakan pendidik kanak-kanak agar dapat melahirkan insan yang berguna dan dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa depan. Kerja kursus pendek ini boleh menguji tahap kami memahami unsur-unsur Kod Etika Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada akauntabiliti guru dan cara kami menganalisisnya. ciri-ciri dan kualiti guru yang profesional juga ditekankan di sini. Dengan adanya guru yang profesion.

from http://www.slideshare. Retrieved Ogos 17.com/doc/34748894/Profesion-perguruan Memartabatkan Profesion Perguruan.com/Guru-Sebagai-Satu-Profesion/d/18796407 Etika Perguruan. Retrieved Ogos 17. from http://www. Retrieved Ogos 17. (2005. 2010.BIBLIOGRAFI BUKU Mok Soon Sang (Ogos 2004). Oktober. 24). 1).html . Profesion perguruan.zetaboards.L) Sdn. November. 2010.com/2009/10/semester-3pra-pismp-ilmu-pendidikan. Bhd Ee Ah Meng (). Percetakan Sentosa (K. from http://s6. SHAH ALAM LAMAN WEB Guru sebagai satu profesion. PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion Nathia. (2009. Retrieved September 4.blogspot. BHD. Retrieved Ogos 17. from http://www.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/ Azizi Jaafar. from http://udienbudakpjipgm. Guru sebagai satu profession. 2010. Pengantar Pendidikan Teras.scribd.scribd. 2010. PENDIDIKAN DI MALAYSIA II (SEMESTER V). 2010.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful