KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Fauziah Md.

Jaafar Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah. Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan. PENGENALAN Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.

Pernyataan Masalah Dalam kajian Asmah (2001). Iaitu main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman. 2. menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. mental. Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru prasekolah? Menurut Rubin et. aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. permainan menentukan penglibatan diri individu secara aktif . simulatif. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996). Mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. kognitif. Objektif Kajian Pada umumnya objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut: 1. Bagi tujuan ini.al. pengkaji akan mengkaji sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat. Hasil kajian Hamzah Dadu (1994) juga menunjukkan senario yang sama. Mengkaji jenis dan tahap kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah. Soalan Kajian 1. bahasa dan sosio emosi. menunjukkan pengajaran di prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. pura-pura atau olak-olak. Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep membaca. permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi. 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut . Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah? 2. permainan adalah satu aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa.fokus aktiviti main adalah proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut. Oleh itu. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara KEMAS dan Prasekolah? 3.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain.

kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah.fokus diberikan kepada permainan lain). berkongsi alat. Terdapat beberapa kelompok atau jenis permainan yang sering dijalankan di prasekolah berdasarkan pengkaji-pengkaji sebelum ini iaitu permainan imaginatif dikenali juga dengan simbolik atau dramatik. menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan permainan Koperatif (Melibatkan permainan yang agak komplek.Musek. Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson. permainan fizikal permainan kreatif. Striano & Tomasello. 1999). Permainan ini adalah bergantung pada objek atau material yang disediakan dan objek ini akan digunakan sebagai simbol bagi objek sebenar(Marjanovic-Umek & Lesnik.2003. Tomasello& Haberl.1999).Lovinger 1974). Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan. ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens. 1932) dan terancang (Rubin. Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost. permainan dramatik. “observer”( kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain. Abu Bakar & Rohaty. Johnson.2001. “Solitary” (kanak-kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanakkanak lain). Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932). Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu “Unoccupied”(kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang permainan).1990. Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten. kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. permainan berstruktur dan permainan bebas. 1978).pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski. Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998). “parallel”( kanak-kanak bermain bersendirian tetapi dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang serupa) . 1992). pengkaji telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu . Bagi permainan kreatif.wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif). 2003). kecerdasan menunjukkan aksi dan kemahiran sosial kanak-kanak (Smilansky & Shefatya. 1998) dan membantu memperkembangkan kreativiti. Carpenter. 2006. “associative”( kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain.1979) di samping penguasaan bahasanya (Sophie L. Morrison (2000) pula menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Smilansky.

738 0. Jenis Permainan Kumpulan Kreatif Bebas Imaginasi Berstruktur Fizikal Cronbach’s Alpha ( ) 0.790 0. Bagi meninjau kekerapan aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah satu set soal selidik telah digunakan dan diubahsuai berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932). Kajian rintis telah dikendalikan di kalangan 35 orang guru prasekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. peratusan dan frekuensi) dan t-test.berstruktur. kumpulan.5 0 struktur fizikal kreat kump imag bebas jenis perm ainan Rajah 1 : Min Keseluruhan bagi setiap jenis permainan .kreatif.774 0. METODOLOGI Kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah iaitu 33 orang guru prasekolah dan 47 orang guru tabika KEMAS di daerah Kubang Pasu. Nilai alpha yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah.779 0.711 0.5 2 min 1.fizikal.807 Bilangan Item 7 9 3 6 3 11 Jadual 1 : Nilai Alpha bagi kajian rintis Dapatan Kajian Soalan Kajian 1: Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak Prasekolah? m in keseluruhan 3 2.5 1 0. Hamzah Dadu (1994) dan juga merujuk kepada aktiviti permainan yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min. imaginatif dan bebas.

1 **p<0.753 .8%) responden bagi kategori permainan kreatif. 8 7 2 .melompat. 5 2 1 . t-test telah dijalankan dan didapati perbezaan signifikan bagi permainan berstruktur dan bebas. 2 5 .berlari.3%) dan main buih sabun mempunyai kekerapan yang tinggi iaitu 37 (46. manakala bagi permainan kumpulan menunjukkan bermain “ Kambing dengan Harimau” mempunyai kekerapan yang tinggi 48 (60%) responden. 2 6 .3%) responden bagi kategori main bebas. Min bagi jenis permainan kreativiti menunjukkan min paling tinggi iaitu 2. 2 8 . struktur dan bebas. permainan jigsaw puzzle menunjukkan kekerapan paling tinggi iaitu 24 (30%) responden. permainan fizikal pula kekerapan paling tinggi ialah permainan skip.Rajah 1 menunjukkan min bagi keseluruhan bagi setiap jenis permainan. 5 8 7 2 7 .50 di mana min bagi Kemas lebih tinggi sedikit berbanding prasekolah. jelas di mana prasekolah bagi setiap permainan minnya tinggi kecuali permainan kumpulan 2. 5 1 K e ms a 0 . 2 . 5 0 t k u Su t r r F z a l i k Ke a f r t i u mp K I a n s i mg i a e a s Bb 2 Pr s k o h a e l a 2 . membaling dan menyambut pundi kacang dan menggolek bola melalui kaki/gelung rotan iaitu melibatkan 38 (47. bagi sub kategori permainan imaginasi menunjukkan permainan melakonkan watak dalam cerita yang didengar melibatkan kekerapan tertinggi iaitu 41 (51. 3 6 2 . 5 7 .634 dan seterusnya diikuti jenis permainan imaginasi. .5%) respondan. Bagi mengesahkan perbezaan min di antara KEMAS dan Prasekolah. min bagi jenis permainan kumpulan 2. Mengecat dengan berus melibatkan 51 (63.01 Rajah2: Perbandingan min jenis permainan antara tabika KEMAS dan prasekolah Berdasarkan rajah 2. Soalan kajian 3 : Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru? Bagi kategori permainan berstruktur. Ini diikuti min bagi jenis permainan fizikal 2. 2 9 2 . 5 3 2 . Soalan Kajian 2 : Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara Kemas dan Prasekolah? 3 .801 berbanding permainan yang lain.

Permainan kreatif. Perincian terhadap contoh permainan secara spesifik juga dikaji oleh penyelidik. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menggunakan kaedah lain untuk mengumpul data. penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian.1996. Bagi kajian akan datang diharapkan dapat memberi fokus pada faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti main. Dapatan kajian menunjukkan min bagi permainan imaginasi hanya 2. swasta dan juga di bawah badan berkanun. mudah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dan kanak-kanak akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan iaitu KEMAS 2. 2001). Menurut Johnson (1999) dan Morrison ( 2000) menyatakan bahawa permainan sedemikian merupakan antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana mereka dapat melahirkan perasaan dan main peranan seperti orang dewasa ketika bermain . kajian kualitatif.PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan namun mereka menghadapi berbagai kekangan dalam melaksanakannya iaitu permintaan ibu bapa yang lebih fokus pada sistem 3M ( Hussin.62 (keempat) yang kurang diberi perhatian dan penekanan oleh guru. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat subkategori permainan ini ianya tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Secara keseluruhannya.Hamzah Dadu. Bagi kajian akan datang. Contoh permainan yang popular dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu main peranan.uji kaji atau temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan jitu daripada responden. Misalnya.72 dan prasekolah 2. Asmah. Oleh itu min aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS lebih tinggi dari prasekolah. Ini bertentangan dengan dapatan teori kognitif Piaget (1962) tentang main juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di peringkat praoperasi lebih menekankan permainan simbolik melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema pemikiran mereka. lokasi yang berbeza seperti prasekolah luarbandar dan di bandar apa jenis permainan yang menjadi kecenderungan mereka serta perbezaan status tadika sama ada prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran.Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sahaja. 1998. Menurut Hamzah Dadu (1998) perbezaan ini disebabkan faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu.50. Di samping. Dapatan ini penting bagi melihat faktor-faktor yang menghalang guru menjalankan aktiviti main di prasekolah. dicadangkan juga penyelidik melihat perbezaan aktiviti bermain ini adakah dipengaruhi oleh perbezaan jantina lelaki dan perempuan. dapatan kajian menunjukkan kekerapan aktiviti main di kalangan kanak-kanak prasekolah adalah sederhana. . fizikal.

Pendidikan prasekolah. Hamzah Dadu (1994).M. RUJUKAN Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989).. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Johnson. (2006). Journal of Cognition and development. Play and Playscapes. Vol. & Isenberg.and 18month olds point to provide information for others. Asmah Morni (2001).) New Jersey: Merill.. E. Child Development. 173-187.& Tomasello. Frost. (1999).2. P. . Jalongo.L. Ljubica Marjanovic umek & Petra Lesnik Musek (2001).R.203-213. Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah.kumpulan dan imaginasi adalah menjadi kecenderungan guru dan kerap dijalankan di prasekolah berbanding permainan jenis berstruktur dan bebas. 2002.Petaling Jaya: Fajar Bakti. 7(2). & Ershler. Developmental trends in preschool play as a funtion of classroom program and child gender. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulam.T. 12. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). New York : Delmar.U.(1997) Creative expression and play in early childhood. Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. 52 . Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak tertentu melihat kekangan yang mempengaruhi pelaksanaan aktiviti main ini dan kesedaran tentang kepentingannya pada perkembangan kanak-kanak.4. 995-1004. Carpenter. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.M. Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied Research in Education. J. Draf kurikulum prasekolah. Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Hussain Ahmad (1996). Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah. Liszkowski. (1992). Dasar.. status perlaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan). J. J.No.. Symbolic play: opprtunities for cognitive and language development in preschool settings.(2nd Ed.M. J. Striano.

49. 313 – 320. Music Educators Journal. Creative experiences in free play. (2000). New York : Nortan Rubin. K. Sophie. L. (2003). Psychological & Educational . Children Journal of Abnormal Psychology. Morrison. . & Watson. 39. 44. (1990). Spodek. Developmental Psychology. S. & Shefatya.(1978). & Haberl.M. M. 906-912. L. Understanding attention: 12.montholds know what’s new for other persons. S. New York: Wiley. No 1. Play. Tomasello. Social participation among preschool. dreams and imitation in childhood. Parten. Society for research in Child Development .Teaching in early years.B. Free play behaviors in preschool and kinderarten children. No. In Psychology in School. New Jersey: Prentice Hall..S. Facilitating play. G.234-269 Piaget. S.58-63.and 18. K. 534536. vol 21.Developmental Psychology.89. Early childhood education today. Social dramatic play and language development in preschool disadvantaged children. (2003).27. Smilansky. Inc. New Jersey: Prentice Hall. (1974). (1979). (1932).H. B (1985). K. J.Vol. (3rd Ed). The effects of sociadramatic play on disadvantaged preschool children. Stevens.vol 11. 7.. S. L. Smilansky.(1962).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful