You are on page 1of 2

BISKUT OAT

Jom tengok resipinya

 2 cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan sahaja)


 2 cawan oat (saya guna 3 cawan). Saja letak lebih sebab cik Abang dah jeling2
kat oat yang dah lama terbiar sepi. Masa beli tak hengat...nak yang pack
besar...huhu
 3/4 cawan gula kastor ( saya ikut sukatan ni, tapi rasanya agak manis. Kalau nak
buat lagi next time mungkin guna 1/2 cawan saja. Mak tak suka guna banyak
gula sebab dah manis....oohhohoho...silakan muntah hijau :D
 1/2 sudu teh baking powder
 Minyak jagung secukupnya

Cara-cara

 Masukkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk


 Lepas tu baru tuangkan minyak jagung sedikit-sedikit. Gaul bahan sehingga
menjadi doh.
 Buat bulat kecil-kecil (saiz ikut suka) dan leperkan. Susun di dalam dulang
pembakar. Boleh juga kalau nak letak hiasan coklat chip atau badam.
 Bakar pada suhu 180°c selama 15 minit.
 Sedia untuk dihidangkan.

BISKUT OAT NESTUM

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan oat
1 cawan Nestum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dengan marjerin sehingga kembang dan ringan.


2. Masukkan esen vanila dan telur.
3. Masukkan oat dan Nestum.
4. Ayak tepung jagung dan tepung gandum.
5. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
6. Canaikan doh dan terap dengan acuan yang digemari.
7. Bakar di dalam ketuhar sehingga garing.

You might also like