PERGERAKAN ASAS (PJM 3102

)

1.0 PENGENALAN Bakal guru Pendidikan Jasmani (PJ) selalunya menghadapi masalah pengurusan kelas (Rink,2002). Mereka perlu mendapat kerjasama dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran selain daripada meyediakan satu persekitaran yang membantu pembelajaran. Tambahan pula, suatu sistem pengurusan yang baik bermatlamat untuk membentuk tanggungjawab pelajar terhadap tingkah laku dirinya. Menurut Anderson (1999) guru PJ yang efektif perlu keputusan yang cermat (deliberate) dan pertahanan (defensible) tentang pengurusan kelas PJ. Beliau menyatakan bahawa cabaran untuk mengajar PJ adalah mengetahui bila dan bagaimana menggunakan apa yang diketahui tentang pengurusan dan instruksi bagi memaaksimumkan pembelajaran pelajar. Guru PJ harus memahami tingkah laku pengurusan yang mana berinteraksi dengan kandungan, konteks, dan ciri pembelajaran. Gimnasium merupakan satu tempat di mana pelajar memperolehi

pembelajaran positif. Kedua-dua guru dan pelajar seronok berada di situ sama ada guru yang mengajar ataupun pelajar yang hendak belajar dalam suasana harmonis. Guru bertanggunggjawab untuk • `Membekalkan kandungan pembelajaran yang sesuai dan mencabar kepada pelajar • Membentuk dan mengekalkan persekitaran yang membantu pembelajaran • Mengacu tahap tanggungjawab pelajar yang semakin meningkat. Guru dianggap tidak bertanggungjawab apabila mereka gagal menggunakan autoriti, ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka untuk memperkembang kebolehupayaan atau fungsi tadi. Menurut Rink (2002), pengajaran selalunya dirujuk kepada kedua-dua fungsi pengurusan dan kandungan dalam pengajaran. • Pengurusan – mengatur persekitaran pembelajaran supaya mengekal dan memperkembang tingkah laku, penglibatan pelajar yang sesuai dalam konten.
1

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)

• Kandungan – bahagian penting dalam kurikulum, iaitu apa yang perlu dipelajari. Kemahiran pengurusan yang baik adalah penting untuk pengajaran yang efektif. Fungsi pengurusan dan fungsi kandungan dalam pengajaran dikenal pasti bahawa interaksi antara satu sama lain berlaku dalma konteks di mana ciri sesebuah kelas adalah unik. Ini boleh digambarkan dengan situasi di mana seseorang guru mengatur pengalaman pembelajaran yang sesuai tetapi kemungkinan tidak mendapat kerjasama dan penglibatan pelajar dalam pembelajarannya. Begitu juga kemungkinan besar seseorang guru itu mempunyai asas kemahiran pengurusan yang baik tetapi tidak ada sesuatu yang bernilai disampaikan kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sistem intstruksi yang mana sepatutnya berkongsi matlamat kurikulum bersama. Justeru itu, adalah tidak patut mengharapkan pelajar berusaha dan berdikari pada tahap maju dalam kandungan bagi sesuatu sistem pengurusan yang menyumbang kepada kepatuhan pelajar. Patuhan (order) dalam pendidikan merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti pada tahap yang tinggi sedangkan tingakah laku yang kurang sesuai atau pengacau (disruptive behaviour) pada tahap yang rendah. Pengukuran bagi pengajaran efektif merujuk kepada keupayaan seseorang itu membentuk penglibatan pelajar dalam kandungan pada tahap yang tinggi. Keadaan ini seharusnya berlakau bagi pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapainya pula, guru perlu menggunakan pelbagai strategi pengjaran yang yang diaplikasikan. Dalam perspektif pengurusan, ini bermakna pelajar hendaklah berkeupayaan bertindak dengan penuh tanggungjawab tanpa pengawasan guru dan berinteraksi dengfan orang lain secara positif. Selain itu, pihak sekolah juga telah membentuk sistem pengurusan yang jelas menyatakan bahawa peraturan sekolah, prosedur sekolah, dan kesan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah yang ditetapkan. Guru PJ bukan sahaja mengekalkan peraturan sekolah secara konsisten tetapi juga hendaklah menginterpretasikan peraturan dan prosedur bagi sistem pengurusan kelas terhadap PJ yang unik. Ini disokong oleh Mitchell dan Hewitt (2002) yang menyatakan bahawa guru PJ perlu mendapat sokongan pihak pentadbir terutamanya menangani pelajar yang tidak mahu mengikuti kelas PJ (problem og non-participants). Guru PJ perlu
2

Ini juga bergantung kepada kesanggupan guru PJ untuk bertindak apabila rutin yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh pelajar. 3 . Apabila guru PJ mempunyai rutin terhadap acara yang berulang seperti kehadiran. dilatih dan diperkukuhkan. Pelajar harus diajar rutin seperti ini. Faktor untuk memastikan pembentukan rutin secara signifikan adalah pengukuhan guru PJ yang konsisten terhadap rutin itu. Kebanyakan guru PJ akan menghabiskan masa awal tahun untuk menerangkan dan mempraktiskan rutin tertentu. Pada masa yang sama.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) diundang untuk menggubal peraturan sekolah bersama untuk memberi gambaran kepada semua pihak tentang apa yang berlaku dalam kelas PJ. Conckel (1999) menyarankan bahawa aktiviti seperti Roll Call boleh mengurangkan masalah pembaziran masa untuk menunggu (contohnya mengambil kehadiran) sebelum kelas PJ dimulakan. bersalin baju PJ dan sebagainya. Perkara yang perlu diingati adalah guru PJ seharusnya berkongsi matlamat bersama dengan pelajarnya supaya sesuatu rutin dan tingkah laku yang sesuai dipamerkan semasa melaksanakan rutin yang bakal ditetapkan. darjah struktur. Rutin harus dibentuk bagi kelancaran dan memaksimumkan peluang penglibatan dalam kandungan. Rink (2002) memberi garis panduan atau prinsip asas untuk pembentukan dan pengekalan rutin seperti mengajar rutin. Rutin boleh diajar dengan pelbagai cara. dan bukan sekadar bermain bola melalui satu set peraturan serta konsekuensi yang jelas. Seseorang guru PJ seharusnya boleh menggambarkan apa yang dikehendaki dan dilakukan oleh pelajarnya. Guru yang efektif akan memastikan pengukuhan rutin berterusan sepanjang tahun. 2. menyusun alatan sukan. pelajar akan tahu bentuk tingkah laku yang harus ada dan sesuai pada diri mereka. dan pengukuhan rutin.0 PEMBENTUKAN RUTIN Salah satu langkah untuk membentuk pengurusan yang baik bermula dengan pembentukan rutin dan peraturan kelas yang diajar serta memegang tanggungjawab pelajar harian. memberi satu kaedah kreatif dan efisien untuk mengukuhkan kemahiran kognitif pelajar melalui aktiviti yang disedia maklumkan kepada pelajar sementara menunggu.

3. Peraturan adalah konsep asas yang bersesuaian digunakan dalam mana-mana juenis situasi pengajaran dan pembelajaran. 6) Berkongsi harapan dengan pelajar awal. bertingkah laku yang sesuai. Pada amnya. 2) Pendekatan positif selalunya lebih efektif berbanding dengan pendekatan negatif. 3) Guru tidak harus menganggap bahawa tingkah laku yang kurang sesuai sebagai ugutan kepada respon pelajar. dan penglibatan kandungan pada tahap yang tinggi. Beberapa startegi untuk mendapat dan mengekalkan kerjasama pelajar dicadangkan oleh Rink (2002). peraturan haruslah: 1) Dikembangkan bersama kerjasama pelajar. 2) Dinyatakan dengan positif. 4) Diperkukuhkan dengan konsisten dan adil. 4 .1 KERJASAMA PELAJAR Sebahagian besar dalam pengurusan guru adalah usaha mendapat kerjasama bagi mematuhi rutin dan peraturan yang ditetapkan. 5) Bilangan kecil. 5) Menentukan matlamat utama terhadap tingkah laku pelajar.0 PEMBENTUKAN PERATURAN KELAS Situasi PJ yang unik memerlukan peraturan tambahan bagi menggunakan masa peruntukan dalam gimnasium dengan pengalaman pembelajaran yang lebih positif dan selamat (Rink. 2002). Peraturan akan dipelajari daripada contoh berterusan bagi menentukan respon yang sesuai dan respon yang tidak sesuai tehadap sesuatu peraturan. 3) Eksplisit kepada pelajar. iaitu: 1) Merancang perkembangan pengalaman terhadap matlamat persekitaran pembelajaran.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 3. 4) Mengetahui apa yang diharapkan.

Pelajar boleh dibantu untuk menilai tingkah laku yang sesuai dan internalisasikan kehendak dengan syarat mereka ditengkan sebab tingkah laku tertentu sahaja dianggap sesuai sedangkan tingkah laku tertentu yang lain tidak. Seperti yang disebut diatas. Lagipun. Guru tidak akan konsisten dalam perancangannya selagi dia belum mengenal pasti bentuk tingkah laku yang hendak dipamerkan oleh pelajar pada peringkat awal lagi. guru perlu membantu pelajar mencapai tahap kawalan diri yang lebih tinggi tahapnya. guru hendaklah merancang matlamat jangka panjang. ciri asas pengurusan adalah kehendak (expectations) guru haruslah jelas diberitahu atau disampaikan kepada pelajar sebelum pelajar melakukan tingkah laku yang tidak dikehendaki (misbehaved). Selain itu. Guru harus memahami dan membantu pelajar yang mempunyai masalah tertentu. Umpamanya: 1) Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama. pelajar belum bersedia untuk idea guru yang mencabar. Walaupun secara minimum. Tambahan pula. Pada masa yang sama. 5 . konsistensi merupakan aspek kritikal dalam pengurusan yang baik. Maka. sekurang-kurangnya hormat dan bertimbang rasa. Menurut Rink (2002) lagi.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 7) Pengurusan adalah satu proses yang berterusan. pengurusan merupakan satu proses berterusan. Mengajar peraturan bagi penyertaan sosial dan kehendak penglibatan dalam pengalaman pembelajaran boleh mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kandungan pelajaran. Sebaik sahaja guru membentuk persekitaran pembelajaran bercirikan kawalan. tiada sesiapa pun yang mendengar siapa yang bercakap. 2) Mengapa mahu risau tercedera akibat terkena bola jikalau kita semua melakukan balingan bola pada masa yang sama dan sebagainya. guru perlu mengekalkannya. Malahan mereka terlibat dalam membuat keputusan untuk membentuk tingkah laku bagi kehendak awam. kehendak bagi penglibatan yang sesuai dalam pengalaman pembelajaran juga perlu dibentukkan. guru masih boleh mengharapkan tingkah laku pelajar yang cemerlang pada tahap yang tinggi dengan tegas.

2.Meningkatkan tahap kecergasan. 6.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) OBJEKTIF 1. Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai palbagai kegiatan fizikal. 7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta membentuk sahsiah dan disiplin diri individu. 4. Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan kanakkanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurikulum PJK sekolah. Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana konduksif. MATLAMAT Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :1. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri. 2. kesihatan dan integrasi sosial setiap individu mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan kanak-kanak. 3. 6. 3. 5. 4. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam 6 . Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih. Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa menjalankan aktiviti permainan sesama murid. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum PJK sekolah. 5. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.

Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu.dan dinding. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan. Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada empat kategori permainan iaitu sasaran.0 PENGENALAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) Pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada technical – know-how kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan APA dan KENAPA.jaring. Melalui kaedah TGFU dapat menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk 7 .PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) permainan. memadang dan menyerang. 9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan 4. 7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri. 8.

Setelah mereka menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi alat permainan yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar. (1)Permainan (2)Apresiasi Permainan Pelajar (6)Persembahan / prestasi (3)Kesedaran Taktikal (4)Membuat keputusan yang bersesuaian Apa yang perlu dilakukan ? Kenapa ia dilakukan ? (5)Melaksanakan Kemahiran Permainan 8 .PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) menguasai sesuatu permainan contohnya bola baling. Pada mulanya guru akan menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat permainan. Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan didedahkan kepada pelajar secara amali dan teori supaya mencapai tahap kefahaman yang maksima. Model TGFU yang akan digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Selain itu. Pelajar dapat dilatih dengan teknik yang betul melalui konsep TGFU. TGFU dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih berkemahiran dalam setiap permainan sukan.

antara masalah taktikalnya ialah bagaimana melontar bola dengan cara yang betul agar kumpulan pemain yang menyerang tidak berjaya mendapat bola daripada kumpulan bertahan. Murid-murid digalak membuat keputusan sendiri dalam sesuatu permainan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat mereka. Pembetulan perlu dilakukan segera agar pelajar mampu mempelajari cara bermain dalam masa yang cepat. Contohnya bola baling . minda mereka akan mengeluarkan persoalan iaitu apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana ia dilakukan dengan sempurna. Mereka telah didedahkan dengan kemahiran membaling dan cara gol. 9 . Membuat keputusan yang bersesuaian Dalam proses membuat keputusan. Mereka akan melaksanakan kemahiran dengan berterusan.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) Murid perlu diberikan pendedahan awal mengenai cara dan teknik dalam sesuatu permainan supaya mereka memahami konsep tersebut dan mempunyai gambaran awal sebelum permainan itu mula dimainkan. Contohnya permainan bola baling . Melaksanakan Kemahiran Setelah murid-murid menguasai segala teori dan kemahiran. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kecederaan berlaku semasa permainan dijalankan. Selain itu. murid-murid akan berlatih secara berkadar untuk sasaran gol. Mereka dimulakan dengan permainan bersaiz kecil. appreseisi permainan dapat meningkatkan peluang dalam sasaran dan mendapat markah yang maksima. Oleh itu. Setelah memahami segala masalah taktikal dan pelajar mampu membuat keputusan yang sesuai untuk mencapai sasarannya. latihan kemahiran perlu dilaksanakan oleh para murid. Kesedaran taktikal Peraturan mesti dikuasai sepenuhnya bagi menangani masalah taktikal sesuatu permainan. Masalah taktikal perlu diperbaiki jika berlaku semasa permainan. Apresiasi Permainan Murid-murid perlu memahami peraturan dan konsep permainan walaupun permainan itu adalah mudah dimainkan.

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) Persembahan /Prestasi Prestasi murid-murid akan dipantau oleh guru dan dinilai serta dikritik mengikut kriteria agar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan. baik. 1. guru dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mereka dapat membentuk permainan sendiri dengan mengambil contoh permainan sukan yang pernah dimainkan oleh mereka.. Memberikan peluang yang maksima dalam elemen teknikal-kurangkan bilangan pemain. Dengan adanya rekaan permainan baru . Selain itu. Pembelajaran yang selamat dan tapak permainan yang kondusif dengan permainan sukan-menggunakan pakaian keselamatan seperti topi keledar. guru dapat mengklasifikasikan tahap murid mereka. Antara cemerlang . mereka dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran sesuatu permainan dan saling bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan mereka.kurangkan ketinggian net/jaring. murid dapat mengetahui pentingnya peraturan dalam sesuatu permainan dan tujuan mereka main permainan tersebut. 10 . 2. Secara tidak langsung semangat kerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk dan mereka berupaya membentangkan perkembangan permainan mereka seterusnya dapat mengajar rakan-rakan dan para guru dengan adanya kemahiran yang telah dipelajari Modifikasi permainan dapat meningkatkan kemahiran dan teknik para murid dalam sesuatu permainan sukan terutamanya kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman. Dalam teaching games for understanding . 4. Penggunaan peralatan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu. guru dapat mengetahui kelemahan murid-murid dan cara membaiki murid-muridnya. Daripada persembahan mereka . lembut dan kecil. 3. sarung tangan.objek ringan. Dari persembahan mereka . sederhana dan memuaskan. Mengurangkan keupayaan sasaran bagi sesuatu permainan.

11 .PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 5. Memastikan pelatih memahami keseluruhan permainan. 6. Meningkatkan tahap perkembangan melalui penyelesaian masalah taktikalkurangkan “body contact” dan pemeriksaan peralatan agar memanjangkan masa untuk membuat keputusan yang sesuai. 12. 9. Memantapkan permainan-kurangkan pemain dalam permainan sasaran dan permainan memadang. Meningkatkan peluang kerjasama dalam satu kumpulan-memberi masa yang secukupnya ketika masa rehat kepada pemain untuk berbincang penyelesaian taktikal. 7.mengecilkan ruang permainan.memberi peluang kepada semua pelatih untuk mencuba setiap peranan atau rol dalam satu permainan. 11. Memberi semangat kepada pelatih. 10. Memberi peluang kepada pelatih dalam kemenangan dan mencapai jaringan/goal-memberi peluang untuk skor. Kurangkan dominasi permainan dalam aspek tertentu –kawalan dalam jenis atau bilangan “serves”. Kurangkan dominasi pemain yang berkeupayaan-semua pelatih berpeluang bermain dalam satu permainan. 8.

gelung rotan.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran Permainan Kategori Tarikh Masa Tempat Tahun Bilangan Murid Alatan Objektif : : Pendidikan Jasmani : Tom VS Jerry (adaptasi bola jaring) : Serangan : 20/9/2010 : 8.40 pagi : Padang/Gimnasium/Gelanggang bola jaring : Tahap 2 ( Tahun 4. raga/tiang gol & bola jaring Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran.5 dan 6) : 22 orang : Skitel. murid dapat : 12 .00-8.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 5.

hantaran aras dada serta hantaran sisi. Menunjukkan semangat bekerjasama dalam pasukan. - 13 . Afektif : - Menunjukkan komitmen dalam melakukan kemahiran yang dilaksanakan. hantaran aras bahu. Memupuk sikap berdisiplin dalam kalangan murid. Melakukan serangan melalui beberapa hantaran seperti hantaran atas kepala/lob.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) Psikomotor : Kognitif: Menyatakan kemahiran yang ada dalam permainan bola jaring.

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 14 .

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 15 .

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 16 .

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 17 .

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 18 .

 Selepas permainan: - 19 .  Sebelum permainan dijalankan:  Para pelajar mestilah memakai pakaian yang sesuai. terlebih dahulu kita haruslah memastikan aspek keselamatan dititikberatkan sama ada sebelum.semasa dan selepas permainan supaya selamat untuk dijalankan. cuaca mestilah berkeadaan baik.0 ASPEK KESELAMATAN • Sebelum para pelajar diminta untuk memainkan sebarang permainan.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 7.  Semasa permainan:  Kawalan kelas mestilah dititikberatkan bagi memastikan semua pelajar berada di padang ketika aktiviti dijalankan  Melakukan aktiviti memanaskan badan (warming up) bagi meregangkan otot-otot.  Guru-guru diingatkan supaya mengajar murid-murid tentang kemahiran asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada permainan sebenar.  Pastikan kawasan itu selamat untuk menjalankan sebarang aktiviti  Periksa peralatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke padang.  Pastikan ketika aktiviti hendak dijalankan.

Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini. Pihak sekolah tidak seharusnya mengukur pencapaian murid dalam bidang akademik sahaja. pendidikan jasmani juga dapat meningkatkan kecergasan dan pembangunan mental dari segi kognitif dan afektif.  Pastikan peralatan yang digunakan disimpan semula dengan rapi di stor sukan  Kira kembali bilangan pelajar sama ada mencukupi atau tidak. terutamanya kepada murid darjah enam. kami dapat mempelajari tentang apa itu permainan kanak-kanak. Jika murid-murid berjaya membaling bola tepat ke sasaran atau menjaringkan gol dan sebagainya. Sememangnya pendidikan jasmani juga adalah penting dan dapat memperkembangkan kemahiran motor murid-murid. Bukan itu sahaja. Bukan itu sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan sebarang kecemasan yang berlaku dapat dikenal pasti.0 RUMUSAN Pendidikan jasmani adalah satu bidang yang selalunya diabaikan oleh pihak sekolah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan mencuba beberapa permainan baru ini. 8. pendidikan jasmani juga dapat membina keyakinan diri murid-murid. sememangnya dapat menambahkan keyakinan diri kita. Selain itu. maka ia akan dapat menambahkan keyakinan diri mereka.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102)  Murid –murid hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan (cooling down) selepas melakukan sebarang aktiviti bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kecederaan. kami juga dapat menimba pengalaman dengan pelaksanaan demonstrasi permainan kanak-kanak tersebut. Kerja kursus ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan kemahiran kami dalam mencuba beberapa permainan yang melibatkan keempatempat kategori dalam “Teaching Games For Understanding” (TGFU). 20 .

A teacher’s reactions.J. 5-8.D.). Bulletin of Physical Education. Rethinking Games Teaching.D. Physical Education and Sport in a Changing Society (5th ed.B. University of Technology 21 . (1997). 45-52. Thorpe.J. W.). L.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) Pada mulanya kami telah melaksanakan pengelolaan permainan kanakkanak atau TGFU yang kurang memuaskan tetapi setelah kerap kali kami mengulangi pengelolaan permainan yang telah kami rancang. A model for the teaching of games in secondary schools. kami menjadi lebih yakin dan berani untuk mengelolakan permainan tersebut dengan lebih baik.(1986).0 RUJUKAN Bunker. D. R. 18(1). 9. In R.Loughborough: Department of Physical Education and Sports Science. Oleh itu.Rethinking Games Teaching. D. Freeman. kami sebagai bakal-bakal guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dan mahir dalam bidang ini supaya dapat mengajar muridmurid ilmu tentang permainan kanak-kanak atau TGFU yang betul. Burrows. Loughborough. Almond (eds. Rod Thorpe. (1982). London: Allyn and Bacon. UK: Loughborough University. D. Bunker & L. (1986). & Thorpe.

murid-murid akan didedahkan dengan sukan bola jaring tanpa mereka ketahui pada awal permainan. saya dan tiga orang ahli kumpulan saya yang lain sepakat untuk membuat modifikasi permainan bola jaring untuk permainan kami dan terhasillah sebuah permainan yang diberi nama sebagai Tom vs Jerry. Setelah membuat pembentangan Power Point. Akhirnya. Dengan menggunapakai konsep permainan bola jaring. mempunyai kesedaran taktikal. tidak sukar untuk kami melakukan pembaharuan dari segi syarat-syarat bermain dan penggunaan alatan. 22 .PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) (MUHAMMAD ZULHISHAM) Setelah membuat undian. permainan kami diterima oleh pensyarah PA kami iaitu Pn. mempunyai apresiasi permainan. Pada mulanya. Kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam permainan ini banyak melibatkan pergerakan tangan dan kaki di samping kemahiran menyerang. Saraswathy kerana menepati kriteria kategori menyerang. Konsep TGFU yang digunakan membantu para murid dalam memahami konsep permainan bola jaring. kumpulan kami mendapat tajuk kategori menyerang. kami agak buntu dalam mencipta sebuah permainan yang menggunapakai konsep menyerang. membuat keputusan dalam jangka masa yang pendek serta melaksanakan kemahiran yang dipelajari. Melalui permainan Tom vs Jerry ini.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. aliran. 23 . permainan Tom vs Jerry ini banyak membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di samping memberi keseronokan bermain yang maksima.PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) Kesimpulannya.ia juga memberikan input-input penting dalam kehidupan seharian kita. Manipulatif alatan menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan. Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Pergerakan lokomotor melibatkan arah. pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor. bukan lokomotor dan manipulatif alatan.selain itu. (MOHD SYAMIM WAQIYUDDIN) Terlebih dahulu. Kemahiran yang dipelajari kemudiannya dapat diaplikasikan dalam sukan bola jaring yang sebenar. haluan dan masa. Secara keseluruhannya. Semangat kerjasama dalam bermain juga dapat diterap dalam diri murid-murid sama ada dalam menyusun strategi menentang pihak lawan dan membuat keputusan yang sewajarnya ketika bermain. Tugasan kali ini banyak membantu saya dalam mengenalpasti kaedah-kaedah dan cara-cara yang sesuai bila berhadapan dengan murid-murid di sekolahnanti. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

PERGERAKAN ASAS (PJM 3102) 24 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful