You are on page 1of 12

TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau.
Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang
terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat
bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang
penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala
tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau
mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan
dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama
dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk
menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan
perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah
diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai
penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan
Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.

Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting
dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja.
Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan
berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada
kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan
Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori
tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati
serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama
Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang
berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau
adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir
dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai
mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang
dikenali sebagai “Dikir Pahang”.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan
berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang
gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil
perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin
barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau
bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan
beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan
parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan
boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada
ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak
dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk
sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang
telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888
semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar
dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-
idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini
membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat
kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan
tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-
pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah
Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat
Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar
Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press
menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan
pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu
bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia
telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia
telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan
banyak darah”. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The
Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah
sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang
Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan
dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’
oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari
satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan
Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya
buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang
pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad
bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untukmengelakkan dirinya
dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan
dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka
Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di
Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat
Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai
Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga
Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.
Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat
Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat
hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu
meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122
tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada
kita dengan lebih lanjut.
HANG TUAH

Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya


bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau
mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara.
Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai pemotong kayu di gerai
keluarganya.

Hang Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir,
Hang Lekiu dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat
karib ini telah berlajar berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal diatas
bukit. Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan
orang yang mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang
datang menyiasat berkenaan perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan
tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya.

Hang Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan
sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan
negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana dan pintar, pandai
menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang
Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan
dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin menawan Melaka. Kata-kata “Tak
Melayu Hilang di dunia” akan sentiasa hidup dengan bersama-sama dengan
wira Hang Tuah.
DOL SAID

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan
menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai
Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said
merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah
pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai
1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada
6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang.
Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan
sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di
kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol
Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang
Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning
jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di
bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
ABDUL RAHMAN BIN TUANKU IMAM NUH

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’
Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan,
kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Asal-Usul

Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal
dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia
Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang
yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar
kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai
Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.Dato’
Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara
Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya.
Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti
kepada tanah airnya.

Anugerah

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan
dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai
panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda
Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin
dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya
Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang
Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah
sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh
baginda Sultan Ahmad.
RENTAP

PENGENALAN

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam


sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke.

PENENTANGAN RENTAP

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang
menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton.
Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai
Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang
pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan
kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya,
sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang
mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan.
Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-
kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang
Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat
pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh
Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya
pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini
menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau
bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah
rumah panjang tempat kediaman Rentap.
berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai
Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap
dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah
bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana
diperkuatkan oleh sebatang merian yang dikenali sebagai “Bujang Timpang
Berang”. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga
percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah
mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa
buah meriam yang dikenali sebagai “Bujang Sadok”.

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya


habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian
berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit
Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun
kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun.
Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk
kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini
makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan
negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Latarbelakang

Nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji
Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. Lahir
tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk
neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. dari Patani dan Terengganu.

Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak
kecil di Mekah. Di antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang
ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan
dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya
daripada Tok Ku Paloh.

Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang
pengamal Tarikat Sammaniyah.

Pendakwah

Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdur Rahman
Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang
beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga
kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya
dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih
memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti
tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fekah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman
Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr
an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu.

Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang
suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri di dalam
mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima
kunjungan beliau adalah Beserah dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani,
Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei.

Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu


buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan
murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu,
bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar
yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Pejuang

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di


lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka
oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga
bijaksana dalam selok belok persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong
adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan
dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat
yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa


tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan
adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang
dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu
yang pertama.

Dibuang Negeri

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L.


Humphreys, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai
sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur
Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya
dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam
berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.
DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM

PENGENALAN

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah
seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja
dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang
berasal dari DaerahLuwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan
gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung
tanpa bertanya.

Pejuang bangsa

Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan


menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang
lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’
Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk
membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.
Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan
oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21
Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W.
Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang
dari 14 Disember hingga 22 Disember1876 di Matang, Perak. Beliau
dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

You might also like