You are on page 1of 116

PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos
1975
- Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang
Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh
26 Mac 1979
- Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah
Yang Memerlukan Pertolongan

3. Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari
1985
- Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan
Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13)
bertarikh 29 Disember 1986
- Penyalahgunaan Inhalan

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3
Februari 1988
- Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam
sekolah Menengah (SLAD)

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27
Julai 1992
- Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolah-
sekolah.

7. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh
27 April 1995
- Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah
Dan Menengah

8. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36)
bertarikh 24 Julai 1998
- Ujian Urin Pelajar Sekolah

9. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47)
bertarikh 27 Ogos 1998
- Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat
Batuk (Borang ADIUB 1A)

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27
Januari 1979
- Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2
Januari 1985
- Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968.
Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.
- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan
Curang.

2. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968.
Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.
- Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75)
bertarikh 5 September 1975.
- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975.
Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru
Besar.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975.
Ruj.KP.8543/Vol.2(5) bertarikh 4 November 1975.
- Disiplin Di Sekolah - Peraturan –peraturan Sekolah Untuk Murid-murid

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
- Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.
Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17) bertarikh 7hb November 1983.
- Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan
Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan
Pelajaran.

9. Lampiran - Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983
- Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986
- Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995
- Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman
Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

13. Surat pekeliling ikhtisas bil.4/1997:
- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang.Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok 15. . Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Ruj. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah 2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997: . Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002 1.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.9/2001 .10/2001 . Ruj.Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 3.Pelaksanaan Program Sekolah Selamat SURAT.8/1983 .4/2002 . .KP.KP. 3.7/1975.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. .14. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. .Salah Guna Dadah . Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.Tatatertib di Sekolah-sekolah.SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR 1. .Semua Guru Adalah Guru Disiplin 4.Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok 4.Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar. 2.6/1968.8/2001 .8/1968. Ruj.KP.KP.6A/1975 Ruj. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.8543/(10) bertarikh 10 September 1968. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat . SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin 4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002 1.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah 2.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.

I. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu. Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah. 3. Walau bagaimanapun. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Pendahuluan Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu. Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan. akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain. tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. 2. Perubahan Kelakuan Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah dengan hanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana dadah. II.Garis Panduan Untuk Mengenal/Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. . 4.

Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah DARIPADA KEPADA i) siuman. ii) Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan. kecekapan dan lain- lain). rajin bercakap dan pendiam. menumpukan ragu-ragu. iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum. pasif dan perhatian penuh dan boleh diharap tidak bermaya v) penuh kemahuan. baik hati dan curiga-mencurigai. fikiran bercelaru dan suka menyatakan perasaan menjauhkan diri ii) cergas. . ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja. v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian. kerap lupa. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betul-betul ketagih dadah. vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah). kaku dan gelisah iii) segak. mengancam dan percaya mempercayai tarasing vii) riang gembira. vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui. terharu dan berasa bersalah iv) suka menolong. cergas dan tidak ambil tahu. pasif dan tidak bersemangat bermaya vi) tidak berselindung. memandang cerah di menyakiti hati. yakin diri dan tabah hati tertekan. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada Pengguna Inhalan: i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja. sihat dan penuh bertenaga cemas. memandang gelap masa hadapan/optimistic dan gerak di masa hadapan/pesimistik dan geri menarik muram III. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkat- peringkat awal).

Barbiturates) i) Seperti orang mabuk minuman keras/arak. kuih-kuih dan minuman-minuman yang manis. v) Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi. Heroin. . iv) Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak. mungkin ia membesar ketika berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal). vii) Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu. v) Pertuturan yang tidak terang.IV. ii) Berjalan terhoyong-hayang. vi) Mata hitam yang membesar. b) Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine) i) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas. iii) Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap. tetapi nafasnya tanpa bau arak. Kodin (codeine) i) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah. ii) Menunjukkan keadaan terlalu riang. iv) Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang. iii) Mata hitam membesar. Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu a) Dadah Penenang (Despresents: . v) Mungkin hidung berair. mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’). c) Narkotik (Candu Opium). Selalu makan gula-gula. mudah marah. ii) Mata hitam mengecil dan tidak bergerak. Morfin (morphine). iv) Hilang selera makan. suka Bertengkar atau takut. yuforia (euphoria) dan becok mulut. iii) Tertidur ketika bekerja.

berpeluh dan tanganya mengeletar. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat. Wajahnya berubah. kapas. kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah meningkat. Meskipun (mescaline) dan lain-lain) i) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. wajahnya berubah. d) Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen) i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja. Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apa-apa jentera. ia mungkin dapat bekerja dengan baik. e) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. Sudu. tutup botol. (Ada di antara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor). Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan kelakuan yang tak siuman seperti menganggap ia mempunyai kuasa boleh terbang dan lain-lain. alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya. . Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk. v) Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan. vii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih. iii) Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi hallucination). pendengaran. iv) Mungkin mengalami rasa mual. sejuk. bau dan masa. pengguna dadahmungkin berasa mual dan muntah-muntah. mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti). pernafasan tak seimbang. ii) Dibeberapa kes mata hitamnya membesar. Biasanya pengguna LSD memerlukan seorang sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan. jarum. selalu menguap dan otot- ototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya. dan walaupun demikian. rasa. viii) Ketika pengunduran berlaku. iii) Tekanan darah. ii) Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga. logam. pengguna dadah itu mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. vi) Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti.

i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan. v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gum palastik yang kering. vi) Pertuturannya yang tidak terang. iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu. maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Penutup Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. Guru Besar dan Ibu Bapa.t (ABDULLAH BAKRI) Ketua Unit Kesihatan Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran. f) Menghidu Gum (Gula Sniffing) Perbuatan ini jarang berlaku. t. ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga. . Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru. iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri. vii) Nafas yang berbau busuk. akan tetapi penerangan tentang tanda- tanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif. v.

Sinseh dan lain-lain). walaupun belum disahkan oleh Doktor Kerajaan.III(34) bertarikh 27 hb. (e) Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama. (d) Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana menpunyai dadah.Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld. Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain). iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah. (f) Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas. ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai kes- kes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan. (b) Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya – Doktor Swasta. . 5. 2. maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini. murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama. Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan murid-murid di sekolah. dukun/bomoh. Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan. 4. (c) Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal kes- kes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan. (a) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap. Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa. 3. oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini.

6. .p. b. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. tt (SYED ABU BAKAR BARAKBAH) Bahagian Sekolah-Sekolah. Kementerian Pelajaran. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiap- tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekian untuk makluman tuan. Ketua Setiausaha.

................................. Keadaan Tindakan Yang Rujukan Yang Selanjutnya Bil................................... III (1/9-31/12/19......... Nama Murid Umur katan L P M C I Risiko Telah Diambil Telah Dibuat Yang Diperlukan NOTA Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum 14hb................) ..........) II (1/5-31/8/19........) ..... Jantina Keturunan Tindakan Ting....... September Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum 14hb............................ ........................... Mei Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum 10hb..... Januari @ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki ........................... (Tandatangan Guru Besar) /II/zi...................SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN NAMA & ALAMAT SEKOLAH : LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19...

2. Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. BIL. Oktober 1984. 1 TAHUN 1985 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan. Telefon : 201957 Kawat : PERDANA Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1 Tarikh : 29 Januari 1985 SURAT PEKELILING AM. Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut: (I) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan. (II) Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian. . Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian.SALINAN JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR. PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN PENDAHULUAN 1. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan.

1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut: (a) Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kekitangana di pejabat berkenaan. . Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan. risalah-risalah kecil.1. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut: 6. (b) Pegawai Kebajikan. Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakanprogram-program ini. atau seorang pegawai lain yang dipilih.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jawatankuasa. pameran- pameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah.2. 4. poster-poster. 6.Jabatan dan Badan Berkanun bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut: 6. 6. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan Penerangan di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah. Negeri dan Daerah. (c) Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam agensi.2.JAWATANKUASA ANTI DADAH 3. (d) Kerani Besar.2. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat. Kementerian Dalam Negeri.2 Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian. 5.1.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangan- kakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah: 6. jika jawatan ini wujud. 6.

1. 6. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.2.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah.2.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangan- kakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan.2 dan 6.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah.1. 6.2. .1. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.2. 6.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawai- pegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah.2.1. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)). Kementerian Dalam Negeri seperti di Lampiran’B’ untuk menjalani ujian-ujian.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).3. 6.2. 10 Tahun 1984.2.2. Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran ‘A’.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6. 6. Kementerian Dalam Negeri.

MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI 7. KUALA LUMPUR. JALAN DUTA.1978 adalah dibatalkan. (TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Negara. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-masing. PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktiviti- aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. BLOK K-1. JABATAN PERDANA MENTERI. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian. : 942533 PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI 8. Jabatan-jabatan dan Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH. (II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Laporan-laporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan. Mei. Julai. 1977. Tel. maka: (I) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb.t. t. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini. No. . MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.

iii) Mengelakkan diri dari tanggungjawab. mutu kerja. x) Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. selalu mengucap dan tidak bermaya. . LAMPIRAN ‘A’ PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG PENAGIH DADAH i) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat. hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. vii) Hilang selera makan. ix) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih. ii) Meradang tidak tentu sebab. tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah). v) Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. hasil kerja. xi) Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan. viii) Parut atau bekas suntikan di lengan. xii) Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor. disiplin. Bilik kecil. vi) Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki. iv) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya. kurang berat badan.

Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini. Kementerian Pelajaran amat memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar berkenaan. Majlis Keselamatan Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia.2 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR. Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan. Datuk/Tuan/Puan. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil “PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. POSTER. Y. 3. RISALAH. Kementerian Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. 2. satu gejala salahlaku baru yang terdapat di kalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE TANGAN PELAJAR. Bangunan Bank Pertanian. oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian perlu dijalankan. Datuk/Tuan/Puan maklum.B. Leboh Pasar Besar. Kementerian Kesihatan dan Bahagian Sekolah-Sekolah. Tingkat 12-14. keputusan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi: 3.B. VIDEO. Telefon : 2922066 KP (BS) 8584/8/1/(29) 29 Disember 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKU- BUKU KECIL. FILEM DAN SEBAGAINYA. Pasukan Petugas Anti Dadah. 8/1986 Penyalahgunaan Dadah Seperti Y. 3. .Bahagian Sekolah-Sekolah.

p. tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah. Sekian dimaklumkan. Kementerian Pelajaran (u. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti: 4. Rawatan dan Pemulihan. b. Unit Bimbingan dan Kaunseling).3 Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya. Kementerian Pelajaran.3 JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI KALANGAN PELAJAR. Didahului dengan ucapan terima kasih. 4. Polis. 5. IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI PROSES MENOLONG DENGAN PENUH HATI-HATI TANPA DIHEBOH-HEBOHKAN. . Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian Sekolah-sekolah.p. PIBG. Ketua Setiausaha. DI MANA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR TERSEBUT HENDAKLAH DIUTAMAKAN. Perubatan. 5. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah.3 Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG. 4. 4. kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini.B.4 Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah. PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan. nasihat/kaunseling individu/kelompok. Sila Y. 5.2 Membincangkan buku kecil berkenaan dengan semua guru. 4. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua dan mengarahkan untuk : 5. 3.2 Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (lihat borang terlampir). ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yangmenurut perintah.

Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua-ketua Bahagian. 1. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 9. Ketua Unit Hal Ehwal Awam. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I 5.k. Kementerian Pelajaran . Pegawai Khas kepada Y. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 4. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II 6. Menteri Pelajaran 10. Kementerian Pelajaran 8.B. Kementerian Pelajaran 7.s.B. Timbalan Ketua Setiausaha II. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 3. Menteri Pelajaran 2.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri. peraduan melukis poster. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut. Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD. mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Y. Kawat : ‘PENDIDIKAN’ KP(BS)8591/Jld. Untuk makluman.B. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Pandu Puteri. 3. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. St. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai.BAHAGIAN SEKOLAH. guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya. PUSAT BANDAR DAMANSARA. menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk tujuan tersebut. Pergerakan Puteri Islam. BLOK J (SELATAN). Jabatan Perdana Menteri. bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini. sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanam perasaan benci. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.B. Datuk/Tuan/Puan. 2. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah. jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Telefon : 2556900 50604 KUALA LUMPUR. PARAS 5. Buku Log yang akan dibekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. .3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap. Kementerian Pendidikan.

1.B. Menteri Pendidikan Malaysia. 5. Encik Woon See Chin. Setiausaha Sulit Kepada Y. 4.B.B. 3. Leo Michael Toyad.Datuk/Tuan/Puan. Ketua Setiausaha. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah b.4. Setiausaha Sulit kepada Y. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna.B.B. Setiausaha Sulit Kepada Y. penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988. Kementerian Pendidikan Malaysia. sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986. .p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. 2. Dr.k. s. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Dengan ini jasa baik Y.

Kami : KP(BS)8591/Jld. Tuan. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J. Tuan : Ruj. dijual.VII/(13) Tarikh : 27 Julai 1992 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia. PARAS 7. dibeli atau dimiliki oleh orang ramai. 2. “BERKHIDMATA UNTUK NEGARA” tt DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia . Kawat : “PELAJARAN” Ruj. Fax : 03-2543107 50604 KUALA LUMPUR. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Tel : 03-2556900 PUSAT BANDAR DAMANSARA. Sekian.7/1992: Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringer) Di Sekolah-sekolah Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe) daripada diimport. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan atau dimiliki oleh pelajar sekolah. diedar.

PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Y. BAHAGIAN SEKOLAH..lis .p. JABATAN SEKOLAH.Bhg. Fax: 03-256389 KP(BS)8548/23/C/(5) 27 April 1995 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri. Bhg. Sekian.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan. terima kasih. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun. PUSAT BANDAR DAMANSARA. 2. BLOK J (SELATAN). Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut. 4. Tel : 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) Timbalan Pengarah I Bahagian Sekolah b. Datuk/Tuan. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.. PARAS 5. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.DOC/(BA). Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia LIMA. 3. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh.

2. Pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan ujian urin pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas jalur) dan kaedah makmal. UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y. 4. PARAS 5. Tel : 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR.Datuk/Dato’/Datin/Tuan. BLOK J (SELATAN). Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat mengambil dadah yang dikesan melaui kedua-dua kaedah ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang dipengerusikan oleh YB. Fax: 03-256389 KP(BS/HEP)8543/064(36) 24 Julai 1998 SULIT Semua Pengarah Jabatam Pendidikan Negeri Y. (sila rujuk tatacara yang dilampirkan). KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. JABATAN SEKOLAH. BAHAGIAN SEKOLAH. Keadaan ujian pantas urin merupakan ujian saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan ujian Pengesahan. 3. .Datuk/Dato’/Datin/Tuan mengenai perkara di atas. (Salinan Tatacara dilampirkan). Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui ujian pengesahan masih terikat dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Di Sekolah. PUSAT BANDAR DAMANSARA.Bhg. Dato Ong Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil dadah melalui kaedah ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar.Bhg. (Laporan dilampirkan). Kajian Kes ini perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri.

6. Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah dan program susulan dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah. Sila kemukakan ke Bahagian ini laporan terkini (sehingga 31 Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan) dan program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan. 1. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Penolong Kanan HEM).k.5. Sekian. Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. s. Datuk/Dato’/DatinTuan dalam memerangi masalah dadah di sekolah amat dihargai. ARE/ANLURIN DOC (HEP 121) . Guru Disiplin dan kaunselor sekolah. Terima kasih.Bhg. Keprihatinan Y.

SULIT TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI DENGAN KERJASAMA : BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA .

RASIONAL 2. 2. 2.1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek penting dalam menangani masalah di sekolah. tetapi adalah untuk tujuan mengenalpasti secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar tindakan susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam membanteras dadah melalui sistem persekolahan.3 Kaedah pengesanan dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan pengunaan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR 1. lebih murah dan mampu memenuhi permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal. .4 Dengan jumlah pelajar yang ramai. 2. 2.2 Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah.3 Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil tindakan undang-undang.1 Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.2 Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini kerana telah terbukti bahawa mereka yang terlibat dengan penagihan dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya. PENDAHULUAN 1.kaedah ‘ujian pantas urin’ ini adalah lebih praktikal. 1. 1. seterusnya tindakan serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil.

5 Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa bagi pelajar yang diuji positif dengan tujuan untuk menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat dilaksakan. BUKAN untuk tujuan menghina atau melebelkan mereka secara negatif. Kaunselor 4.1 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini hendaklah atas dasar untuk menolong/membantu pelajar yang terlibat. 3.1 Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan mengenai kaedah penggunaan ‘kertas jalur’ kepada Pengetua/Guru Besar.4 Untuk tujuan kesahihan. keluarga serta sekolah yang terlibat. 5. 4.1 ‘Kertas Jalur’ dan peralatan akan dibekalkan kepada Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi persekolahan tahun berkenaan. seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus terjerumus dengan najis dadah.3.1. TATACARA KERJA 5.1. Guru Penolong Kanan(HEM). PRINSIP PELAKSANAAN 4. .1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteruskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Guru Disiplin.1 Penyelarasan Program 5. Guru Disiplin dan Kaunselor sahaja. 5. 4. TUJUAN 3. 4.3 Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah hendaklah dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua/Guru Besar.2 Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara berkesan. 4. ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan salah seorang daripada guru berikut : Guru Penolong Kanan (HEM).2 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini juga hendaklah dilaksanakan secara bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

3 Urin yang telah diambil. 5. TATACARA TEKNIKAL 6. hendaklah terus dilakukan ujian dengan ‘kertas jalur’ ini bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.1.5 Apabila terdapat serapan urin naik ke atas.8 Contoh rajah ujian menggunakan ‘kertas jalur’ adalah seperti lampiran ‘B’.6 Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6.3 Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi setiap kali ujian pantas urin dilaksanakan untuk membincangkan langkah- langkah yang perlu diambil bagi membantu pelajar berkenaan. Jika DUA garisan terhasil (control dan test line).1.1.1. 5. 6.5. Pastikan celupan itu tidak melebihi had/paras garisan bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang tercetak pada ‘kertas jalur tersebut.2 Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajar- pelajar menjalani ujian ini. 6.1 Sediakan botol yang sesuai. 6. bersih dan kering.1.1.1. yang ditetapkan. 6. Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya tindakan selanjutnya mengikut Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.4 Celupkan ‘kertas jalur’ itu ke dalam bekas urin selama 10 saat. 6. maka ia adalah NEGATIF. .1 ‘Kertas Jalur’ Ujian Ganja 6. maka ia adalah POSITIF. 6. 6.1.4 Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturut- turut ujian pantas urin yang menunjukkan positif.7 Jika SATU garisan terhasil (control line). ‘kertas jalur’ itu hendaklah diangkat dan dikeluarkan daripada bekas urin tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai. 6.1.1. 5.1.1.2 Pastikan ‘kertas jalur’ yang akan digunakan itu belum luput tarikh ‘sahguna.

DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI.1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini adalah penting sebagai alat untuk mengesan penglibatan pelajar di peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan dilaksanakan.7. PENUTUP 7. DENGAN KERJASAMA . BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 APRIL 1998 ARE/Gutk Test/HEP .

LAMPIRAN ‘A’ TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa. disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya. mata merah dan berair atau kuyu. tingkah bawah bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual. Kemerosotan kehadiran. 6. Hilang selera makan. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan rekrasi/kokurikulum. 7. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:- 1. 8. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor. sikap. . kurang berat badan. 5. 9. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab. bilik kecil. 3. tabiat dan tingkahlaku. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. 2. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga. selalu menguap dan tidak bermaya. 4. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” . Bahagian Sekolah.Dato’/Datuk/Datin/Tuan. ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/ INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sekian. BLOK J (SELATAN). Tel : 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR.Bhg. JABATAN SEKOLAH. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 3. PUSAT BANDAR DAMANSARA. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mengambil langkah pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini. ii) Laporan Suku Tahun Kedua – Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga 31 Ogos. Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkan pelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan. Sila gunakan Borang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi laporan berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana berikut :- i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes yang berlaku di antara 1 Januari hingga 30 April. Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pelajran Negeri dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri-negeri sedang melaksanakan aktiviti pengesanan secara aktif ke sekolah- sekolah. Keprihatinan Y.Dato’/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan Pencegahan Dadah amat disanjungi tinggi. terima kasih. 4. iii) Laporan Suku Tahun Ketiga – Kes yang berlaku di antara 1 September hingga 31 Disember. Fax : 03-256389 KP(BS/HEP)8543/0113/(47) 27 Ogos 1998 Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Y. PARAS 5.Bhg. BAHAGIAN SEKOLAH.

Saya Yang Menurut Perintah. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia .

PNGGUNAAN BIL NAMA L P M C I LL 1 2 3 4 5 6 G H M C P LL MC T E M TINDAKAN M = MELAYU 6 G = GANJA 7 MC = MENCUBA Jumlah Pelajar Diuji = C = CINA H = HEROIN T = MENAGIH Bil. HINGGA ……….2001 NAMA SEKOLAH :……………………… KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR 1 2 3 4 5 6 7 9 JANTINA BANGSA TINGKATAN JENIS DADAH THP. Pelajar yang Terlibat = I = INDIA M = MORFIN E = MENGEDAR LL = LAIN-LAIN C = CANDU MI = MEMILIKI P = PIL-PIL LL = LAIN-LAIN 9 KOD TINDAKAN 1 PELAJAR DIKAUNSELING RUMUSAN PENGLIBATAN 2 IBU BAPA DIBERITAHU DADAH = 3 PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI) INHALAN = 4 PELAJAR DIBUANG SEKOLAH UBAT BATUK = 5 PROGRAM KHAS 6 DLL NYATAKAN . INHALAN DAN UBAT BATUK BULAN ……………………. ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH.

1979.IX/(I) Kementerian Pelajaran. Semua Negeri. . mengambil ujian minat pekerjaan. (ii) Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dan pemulihan. Kuala Lumpur 01-34. (c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi. Rumah Persekutuan. B5 KP(BS)8548/4/Jld. mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan. tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:- (a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan. Kutub Khanah dan sebagainya. Tuan. Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979 Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah. Pengarah Pelajaran. lawatan ke tempat pekerjaan/latihan/alam pekerjaan. Semenanjung Malaysia. (b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya. (d) Rancangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk (i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulan risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan. perhubungan antara murid dengan guru. masalah-masalah dalam pelajaran dan lain- lain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan. Januari. 27.

Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna.PSM) Pengarah Sekolah-Sekolah.t (SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN. Tuan adalah diminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah Menengah di Negeri tuan. Saya yang menurut perintah t. Malaysia. . Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari. Bahagian Sekolah-Sekolah. (iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna. 1979. Kementerian Pelajaran. diberi tindakan seliaan.

10. 2. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu. Belia dan Sukan. Kebudayaan. pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab. memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar. . Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan. Bertanggungjawab. (b) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah. kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapangan- lapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak. temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja. Mencatit. menjaga dan mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan. Kebajikan Masyarakat. Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur. 5. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursus- kursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran. 3. 7.SENARAI TUGAS-TUGAS GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH 1. menjelaskan nilai-nilai. secara keseluruhan mengenai mengisi. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan . kesihatan. Badan Persendirian. Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah : (a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid. 4. 9. jika dikehendaki. mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran. Mengelola dan mengadakan rundingcara. (c) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong murid- murid memilih mata-mata pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat. 6. 11. Buruh dan Tenaga Rakyat. mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” murid- murid. penyesuaian pergaulan dan lain-lain). jika perlu dan membuat susulan. Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi.

Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah. perbincangan pertunjukan filem.12. 16. Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan. 17. kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain). 15. Ibubapa. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan.sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas (Standardised) bila ujian itu ada. 21. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM. melawat tempat-tempat pekerjaan. mengelola. pelajaran. Mengesan sikap. 14. 18.kebolehan. 13. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah. bakat. latihan. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya.cara memohon kerja. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan berkenaan seseorang murid dan lain-lain. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya. 20. 22. . Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan. 19. bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi murid- murid yang akan meninggalkan sekolah khasnya. pengalaman pekerjaan. menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan/pelajaran/pekerjaan. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid.

Leboh Pasar Besar. Latarbelakang 1. Tingkat 12-14.II(29) 2hb. 1. sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab. 1.1 Sebagai sebuah institusi pendidikan. berdisiplin dan bahagia.Dato’/Tuan.2 Di samping itu.B.3 Pada keseluruhannya. bertoleransi. bersatupadu. Januari 1985 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan negara. setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik. Telefon : 922066 KP(BS)8591/Jld.I/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 1. LAMPB/BK 077A B7 Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik. Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya. Bangunan Bank Pertanian. Malaysia. . Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar. Kuala Lumpur. Justeru itu. Y. bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis.

Sungguhpun demikian. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:- 1. pemulauan kelas. kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 1. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai- nilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang murni. Ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjalankan gerakerja ko- kurikulum. .4.4.2 Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. Oleh yang berkenaan.4. Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini. melalui kurikulum yang sedia ada. sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri. jika dibandingkan dengan kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan. merosakkan harta benda awam. kerana terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Apa yang jelas pada masa ini.4 Sepertimana kurikulum. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. ko-kurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. 1. belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak. Geografi dan Kesusasteraan misalnya.4. seperti mata pelajaran Sivik.5 Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum.3 Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja ko-kurikulum. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian. 1. Biasanya mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya. 1. melalui bidang kurikulum sahaja. 1.4. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru.1 Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan. penyalahgunaan dadah. Ada juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini. bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Sejarah. gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar.4 Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak faktor.

penyalahgunaan dadah. 3.4.boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar.6 Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for education).1 Tujuan JPBS Tujuan penubuhan JPBS adalah :- 3.5 Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan diri dalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah masing-masing.1. Ini bererti ada setengah-setengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anak- anak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah. berdikari. 1. 2.3 Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah. bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS: 3. membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat.2 Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan pelajar- pelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperti ponteng sekolah. khususnya pelajar- pelajar yang lemah dalam bidang akademik.1. 3. 3. 3.1.4 Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah. kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial. serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh . tanpa memberi sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-anak mereka.1. 1. menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. memupuk semangat kesopanan. rohani dan jasmani pelajar-pelajar.

membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar. 3.1 Merancang.2. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni. 3.3 Keanggotaan JBPS Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut : Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Setiausaha : Pilihan Guru Besar Ahli-ahli : Wakil masyarakat Wakil PIBG Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah Wakil Murid Tua (jika ada) Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam) Wakil Murid (ketua murid dan penolong) (Bagi sekolah menengah bercampur.6 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat. 3. 3. pemulauan kelas. 3. penyalahgunaan dadah. 3. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. 3.2 Fungsi JBPS Di antara fungsi JPBS adalah :- 3.5 Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap institusi sekolah. 3.3 Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan masyarakat setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah. menyelaras dan melaksanakan gerakerja- gerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar.7 Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa.2. menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana yang diharapkan.2. ibu bapa dan masyarakat. guru.2.4 Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif. 3. merosakkan harta benda awam.2.2. seorang .1.2 Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan gerakerja ko-kurikulum. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru.2.

peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.2 Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik. Seberapa yang boleh.2 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja ko- kurikulum sekolah. ketatanegaraan. Persatuan Geografi/Sejarah. Mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya tiga kali sepenggal (awal. gerakerja- gerakerja yang menekankan perpaduan kaum. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam. 5.3 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat. 5. Pasukan Pengakap.moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.1 Matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. 3. lelaki dan seorang perempuan).1 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala. bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah. Penyertaan 5.3 Sukan (olahraga dan permaisuri) (sebagai contoh bersama- sama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah). satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Guru Besar dibolehkan menjemput anggota-anggota lain jika perlu).4. 4. (Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG. Kelab Keselamatan Jalanraya. 5. wakil komuniti dan wakil persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan. Kelab Komputer 3.4. . Pasukan Kadet Polis 3. pertengahan dan akhir penggal) di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih berkesan lagi.4.4 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu: 3.

6.2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS. Untuk tujuan ini. bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh. satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja ko- kurikulum hendaklah diadakan. 8.2 Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka. 8.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alat- alat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan.1 Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung. 7. . Oleh itu. 7. Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan ko-kurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total di kalangan pelajar-pelajar sangat penting. 8.3 Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang.2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alat-alat untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. inisiatif.2. Kementerian Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. Pengecualian Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualikan daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum. 7. Kemudahan 6. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahan- kemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan dengan berkesan. Guru Besar hendaklah mempunyai kepekaan. lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian. Tindakan Lanjut 8. pihak sekolah hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah. 7.6.

2 Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui Teladan.t (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.5 Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah. 8.2. 9. 8.2.4 Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan. Keselamatan Para Pelajar Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja ko-kurikulum.2. t. 10. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. . 8.3 Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan berkesan. 8. Sekian.2.

Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia 2. Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Ketua-ketua Bahagian. Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran 4. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Kementerian Pelajaran Malaysia 6.s. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran 3. Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Pegawai Khas kepada Y. Timbalan Ketua Setiausaha II. Kementerian Pelajaran Malaysia . Ketua Unit Hal Ehwal Awam.k. Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Menteri Pelajaran 12.B. Timbalan Ketua Setiausaha I. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I. 1.

LAMPIRAN 2. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. selepas memberi amaran kedua. ii) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. iv) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. 2. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran.8543/(10) bertarikh 10 september 1968. . Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. 3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Kuala Lumpur. 10hb. iii) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan.KP. i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu. murid itu akan dibuang terus.1 KP. September. Ruj.6/68.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia. Rumah Persekutuan. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya.

4. v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. vii) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. tt (Yap Hong Kuan) b. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid). Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.p setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . vi) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu.

Ruj. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Rumah Persekutuan. memahami perhubungan antara manusia. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Kuala Lumpur.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia.8/1968. . 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. LAMPIRAN 2. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru- guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. 18hb. 4. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. 2.2 KP.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M. 3. September. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya.KP. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.E Circular Professional 6/68. Oleh yang demikian.

ii) Mengancam penuntut-penuntut yang lain. yang berguna seumur hidup. v) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.5. Rambut juga hendaklah dipotong baik. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah- masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. 6. tt (Yap Hong Kuan) b.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. dengan tujuan jahat. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Sekian. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. iv) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas.p Setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . iii) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukkan. vii) Mencuri viii) Melawan pihak-pihak yang berkuasa. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi pekerti. 7. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: i) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. vi) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.

Bahagian Sekolah-sekolah. Ketua Pegawai Pelajaran. Bahagian Pelajaran Teknik. Bahagian Kewangan. Bahagian Biasiswa dan Latihan. Bahagian peperiksaan. Semua Negeri.k. . Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian Pentadbiran.s.

8/1968 dan memaklumkan bahawa penggantungan murid-murid tidak boleh melebihi dari 14 hari.k Bahagian Kewangan Bahagian Pentadbiran Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Bahagian Biasiswa dan Latihan Bahagian Sekolah Bahagian Latihan Guru .p Setiausaha Tetap Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran s. 2. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Tuan.8543/(11) Kementerian Pelajaran Malaysia.LAMPIRAN 2. Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil. Saya adalah diarah menyatakan juga bahawa mengikuti 10(2) dalam Peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan itu kepada Menteri Pelajaran. Rumah Persekutuan. Kuala Lumpur. 12hb. Saya yang menurut perintah tt (Yap Hong Kuan) b.3 KP. 1968 Ketua Pegawai Pelajaran.6/68 dan 8/68 Saya adalah diarah merujuk kepada ceraian 2(iii) Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil. Oktober. Semua Negeri. 6/1968 dan ceraian 6.

8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. September. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. . Rumah Persekutuan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. Tuan. Sabah/Sarawak.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. 2. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur.KP. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia.6A/1975 Ruj.6 KP. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi. ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid- murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini.LAMPIRAN 2. 01-34 5hb. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.

Menteri. Ketua Setiausaha Kementerian. Menteri Pelajaran.p. 4. 6/1975 adalah dibatalkan. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:- (a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.k. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah.B. Timbalan Ketua Setiausaha. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. (c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. Saya yang menurut perintah. b. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. (b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. Perbezaan di antara Bil. 3. Setiausaha Sulit kepada Y.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. Ketua Pengarah Pelajaran.B. . Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

LAMPIRAN 2.7

KP.8548/8/(67)

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas
No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umumnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan
mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang
tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai
perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan
menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang
dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang
murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau
pengguna dadah tetap.

2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini

dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang
guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.

2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan
masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-

a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya
(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).

2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia
mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan
sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela
memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.

2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik
dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru

Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.

2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya
hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.

2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-

i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini
kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.
ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut
prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada
kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada
bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan
Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.

a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.
b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah
perundingan/temuramah-temuramah.
d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera
memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajikan Masyarakat.

Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. Setiausaha Sulit kepada Y.k. . Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar. tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah. a) Ganja (Marijuana) b) Heroin (Heroin) c) Morfin (Morphine) d) Pil M dan Pil MX (M Pill. k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Saya yang menurut perintah. 6.p Ketua Setiausaha. 4.B Timbalan Menteri. MX Pill) e) Tranquilisers f) Hallucinogen (Hallucinogens) 5. b. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y. j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam. Kementerian Pelajaran Malaysia s. l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.B. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT.

satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ordinan-ordinan/ Surat-surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah. Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat – Lampiran C Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru. iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh Pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah dijatuhkan adalah disertakan di Lampiran B.2(55) bertarikh 4 Novtember 1975. 2.8543/Vol 2(55) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. adalah mustahak bagi tiap-tiap Guru Besar dan Guru Penolong mengetahui dan memahami segala Ordinan/Surat Pekeliling/ Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah.9/1975 Ref. satu senarai perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat. .LAMPIRAN D Ref: KP. Ini bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja.KP.8543/Vol. November. 01-34 4hb. Sabah/Sarawak. bahkan tugas dan tanggungjawab semua Guru lain. Rumah Persekutuan. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid Adalah seperti tuan termaklum. 3. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Tuan. Untuk menolong sekolah mencapai tujuan ini. Maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam lampiran A. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Oleh yang demikian semua Guru hendaklah jua memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.

Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing. Guru. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkahlaku yang baik dan yang buruk. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari Guru-guru dan Guru Besar. Guru-guru Besar dan Pengetua- pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. 4. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka.4. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat keputusan yang baik. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahui. perpustakaan dan bilik-bilik mata pelajaran praktikal dan lain-lain. 7. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan surat pekeliling ini dengan segera.1. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. . di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan Khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik-bilik seperti berikut:- Bengkel Seni Perusahaan Bilik Sains Rumahtangga Bilik Makmal Sains Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk Murid- murid Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan khas untuk asrama. 5.

Saya yang menurut perintah,

tt
(Kum Boh)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran

s.k.

Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah
Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran
Setiausaha Politik kepada Y.B.M
Pegawai Khas I, II & III kepada Y.B. Menteri

LAMPIRAN B

Ref: KP.8543/Vol 2(55)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat

i) Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram.

ii) Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

iii) Memukul guru-guru.

iv) Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.

v) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan
oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.

vi) Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa
sekolah.

vii) Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.

viii) Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.

ix) Mencuri.

x) Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan merbahaya.

xi) Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/1975 dan 7/1975)

xii) Berjudi

xiii) Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan
sekolah.

xiv) Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat
amaran.

xv) Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru-guru
besar atau pengetua.

xvi) Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

xvii) Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut
budi bicara guru besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang
berat.

BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR Telefon : 922066
KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PELAJARAN’

KP(BS)8591/Jld.ll/(17)

7HB November 1983

Pengarah Pelajaran Semua Negeri,
Malaysia.

YB. Datuk/Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.
____________________________________________

Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guru-
guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan di dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran.

2. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-
kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang
sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Bagi tiap-
tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu, hukumannya juga
ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
Peraturan itu, misalnya membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian
sewaktu guru mengajar, berkeliaran (lotering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak
diingini, tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut,
sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru
Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk
menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.

3. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan
hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan
perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti
mengetuk/ menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas
telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga,
mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid
secara kumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.
Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.

Ketua Pengarah Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.Sekian. 3. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. 13.k. Timbalan Menteri Pelajaran. Ketua Setiausaha.B. Menteri Pelajaran. 10. Timbalan Menteri Pelajaran. 11. Pegawai Perhubungan Awam. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. Setiausaha Sulit kepada Y. 2. Kementerian Pelajaran. 6. Timbalan Ketua Setiausaha l. Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Kementerian Pelajaran. 5. Kementerian Pelajaran. 9. Pegawai Khas I kepada Y. 4. 8.B. Kementerian Pelajaran. Ketua-ketua Bahagian. Setiausaha Sulit kepada Y. . Kementerian Pelajaran. s.B. 12. Setiausaha Sulit kepada Y. Dato’ Khalil bin Yaakob. 7. 1. Kementerian Pelajaran. Tang Tiong Hong. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.B. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. Dr.

III (34) 27hb Jun 1978 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. Ogos Penggal III. September – 31hb. tt (DATO’ HAJI MURAD MOHD. Rumah Persekutuan. Kandungan surat ini sudah dipersampaikan kepada murid-murid yang terlibat. SULIT KP(BS)8786-51 Jld. April Penggal II. LAMPIRAN 2. saya adalah diarahkan meminta Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh di negeri tuan supaya menghantar laporan tiap-tiap penggal mengenai kes-kes dadah yang telah disahkan oleh doktor Kerajaan sahaja. Untuk membolehkan Kementerian ini menyimpan butir-butir dan maklumat itu. Sekian.15 Kementerian Pelajaran Malaysia. Mei – 31hb. 2. Untuk mengelakkannya. Guru Besar adalah diminta supaya berhati-hati apabila membuat Laporan Penggal ini supaya perkiraan dua kali (double counting) tidak berlaku. Guru Besar hendaklah menentukan supaya setiap kes itu dilaporkan hanya satu kali sahaja sepanjang tempuh persekolahan seseorang murid itu. Kuala Lumpur. Januari – 30hb. Penggal I. 3.Disember 4. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Masalah penyalahgunaan dadah pada masa ini adalah merupakan masalah negara dan Kementerian Pelajaran memerlukan butir-butir dan kenyataan-kenyataan kemaskini berhubung dengan murid-murid sekolah yang terlibat dengan perbuatan ini. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia . terima kasih. Laporan ini hendaklah dihantar tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahun- tahun akan datang.

S kepada Y.U.U. Pengarah Pelajaran Teknik & Vokasional . 1.B Menteri Pelajaran 2. Ketua Setiausaha Kementerian 5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l & ll 7.k.B Timbalan Menteri Pelajaran ll 4.s.U.S kepada Y. Timbalan Ketua Setiausaha l & ll 6. Pengarah Latihan Guru 9. Pengarah Sekolah-sekolah 8. S.B Timbalan Menteri Pelajaran l 3. S.S kepada Y. S.

Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada murid-murid. (apabila dibilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang). 4. Guru-guru dan Kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuarat- mesyuarat/ majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:- 4. Tingkat 12-14. Larangan menghisap rokok ke atas murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bangunan Bank Pertanian.1. Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38. Maksud merokok di sini termasuklah menghisap rokok atau cerut atau menghisap paip. melindungi dan mencegah murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh merosakkan kesihatan mereka.1. 3. 6A/1975 bertarikh 5hb. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok. . Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.1. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.Bahagian Sekolah-sekolah.8591/ (99) 25hb Februari 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. Telefon : 922066 KP. 2. 1950 – School (General) Regulation’. ‘The Registration of School Ordinance. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah _______________________________________________ Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik. 4. September 1975. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

4.2. 4. Poster-poster atau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halus seperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakan dan dipamerkan di tempat-tempat tertentu. 5.1. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Mereka juga dilarang merokok semasa bertugas.5. dan 4. melalui PIBG. Kerjasama Ibu Bapa Untuk menjayakan kempen ini. 4. . 4. sekolah sekolah juga adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan setempat. Hari Sukan dan lain-lain ) Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini. Guru Besar. Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Hari Penyampaian Hadiah. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa . 6. Sekian.4.1. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar.2. maka penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah dinyatakan kepada mereka. 4.3. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah. Bersama-sama dengan surat siaran ini. 4. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang. disertakan juga Garis Panduan Tata Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri. boleh meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anak- anak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan dan membazir wang.6.3.

Setiausaha Sulit kepada Y.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. Timbalan Ketua Setiausaha l.B. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Menteri Pelajaran.B. Setiausaha Sulit kepada Y. Pegawai Khas I kepada Y. 10. Ketua Jemaah Nazir. 12.B.B. Dato’ Khalil bin Yaakob. 3. Ketua-ketua Bahagian. 13. 5.k. 7. 2. Kementerian Pelajaran. 1. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Pegawai Perhubungan Awam. Tang Tiong Hong.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran s. Menteri Pelajaran Malaysia. tt (DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-sekolah b. 6. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. 4. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. 9. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Kementerian Pelajaran. 11. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran . Setiausaha Sulit kepada Y. Timbalan Menteri Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. Dr. Ketua Pengarah Pelajaran.

merosakkan harta benda sekolah(vandalism).32 BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. LAMPIRAN 2. Surat pekeliling ini adalah siaran awal kepada satu gerakan yang sedang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi disiplin sekolah di seluruh negara. di samping ia bertujuan untuk memberitahu dan mengingatkan lagi mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki dan mengurangi masalah-masalah disiplin di sekolah- sekolah. memeras ugut. seperti menyalahgunakan dadah. tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. merompak. terdapat ordinan-ordinan pelajaran dan pihak Kementerian juga telah memberi panduan-panduan mengenai disiplin sekolah. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR Telefon : 2922066 KP(BS)8591/Jil. mengancam Guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. sepertimana tercatat dalam Lampiran l. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan- perbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran dan pelbagai lagi.II/(56) 1 Ogos 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. Bermacam-macam jenis salah laku dilakukan oleh para pelajar. iaitu dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. . Malaysia Tuan. prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis hukuman yang boleh dikenakan. 2. Oleh yang demikian. surat-surat pekeliling ikhtisas dan surat-surat siaran. menunjukkan bahawa ada di antara Pengetua dan Guru Besar serta Guru- guru yang tidak tahu-menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada mereka. 3. Dalam hubungan ini. Analisa daripada laporan-laporan yang diterima dan dari sumber-sumber lain. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Masalah disiplin para pelajar kini menjadi isu hangat dan sering diperkatakan oleh pelbagai pihak.

79. perbengkelan dan seumpamanya serta memastikan semua Guru memahami kandungannya. Oleh hal yang demikian.1.10. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memastikan bahawa sekolah-sekolah mempunyai ordinan- ordinan pelajaran.1983 dan menentukan fungsi- fungsi jawantankuasa ini dilaksanakan. didapati jawatankuasa ini kurang berfungsi. Perlu ditegaskan di sini bahawa jawatankuasa disiplin sekolah (jika ada) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua atau Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin dan Pengetua atau Guru Besar tidak boleh menurunkan kuasa kepada jawantankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman.80. Menubuh dan menggerakkan Jawantankuasa hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran KP(BS)8591/Jld. tindakan berikut hendaklah diambil:- 5. 71. Adalah didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian.2. 5. hak-hak dan tanggungjawab mereka serta prosedur-prosedur mengambil tindakan disiplin yang betul.4. 5. Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada Guru-guru tanpa mengambil tahu dan mengawalnya sendiri. . surat-surat pekeliling dan buku- buku panduan yang ada kesemua Guru. Guru-guru baru yang ditempatkan ke sekolah-sekolah dari Maktab Perguruan dan Universiti hendaklah juga diambil tindakan yang sama. 75. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan perakuan 69.4. buku-buku panduan dan surat-surat pekeliling yang berkaitan dan jika perlu membuat salinannya dan diedarkan ke sekolah- sekolah. misalnya dengan mengadakan perbincangan. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin. 5. 74. 78. 1995 kepada Guru- guru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja. 5. mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan munasabah.5 Sekolah-sekolah hendaklah mewujudkan iklim disiplin sekolah yang berkesan iaitu dengan membentuk orientasi bahawa sekolah adalah juga sebagai punca masalah disiplin. 72. mengorientasi para guru dan kakitangan sekolah bahawa sekolah adalah bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi disiplin dan orientasi penyelesaian masalah disiplin berasaskan kepada maklumat-maklumat sebenar. mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing.3. 73. Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang sama dapat dipertingkatkan.82 dan 84 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) seperti yang tercatat dalam lampiran ll. Memastikan pihak sekolah menjalankan tindakan menyalurkan maklumat mengenai ordinan-ordinan pelajaran. 5.ll/(16) bertarikh 10. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut para 6 ‘Education (School Discipline) Regulations’. 76(a) dan (b).

5. . 5. pihak tuan bolehkan secara terus membuat kenyataan pembetulan kepada akhbar memberitahu orang ramai mengenai gambaran sebenarnya jika perlu seberapa segera yang boleh. 3. Kementerian Pelajaran. Harap tuan dapat maklumkan surat pekeliling ini kepada semua sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah di negeri tuan. Menteri Pelajaran. 4. 7. Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Timbalan Ketua Setiausaha l. 6.B. Laporan bertulis boleh disusuli kemudian. 2.B. s. Kementerian Pelajaran. Imej buruk mengenai disiplin sekolah yang dipaparkan oleh media massa memberi kesan negatif di fikiran orang ramai oleh kerana kurangnya usaha yang gigih dari pihak kita untuk memberi penjelasan atau maklum balas mengenai kedudukan serta perspektif yang sebenarnya kepada mereka. Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. tt (OMAR BIN MOHD. Setiausaha Sulit kepada Y. 6. Setiausaha Sulit Kanan kepada Y. mengikut kesesuaian keadaan setempat. Kementerian Pelajaran Malaysia. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. pengubahsuaian kepada panduan-panduan yang ada perlu dibuat mengenai langkah-langkah dan strategi. Encik Bujang Haji Ulis. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkah- langkah bagi mengurangi masalah disiplin pelajar-pelajar di daerah masing-masing kerana dalam keadaan yang ada sekarang kebanyakan masalah disiplin adalah bercorak tempatan. HASHIM) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Ketua Setiausaha. 1.k.6. Encik Ng Cheng Kiat.B. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. Oleh yang demikian. Oleh yang demikian. Timbalan Menteri Pelajaran. Sekian. Jawatankuasa Hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Daerah hendaklah juga digerakkan dengan lebih berkesan lagi dan fungsi-fungsi jawatankuasa ini perlu dilaksanakan. Di samping itu. Timbalan Menteri Pelajaran.

Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua negeri Y. terima kasih.Bhg.6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok.4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Bhg. Sekian.VIII/(75) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.Dato’/Datuk/Tuan/Puan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia .KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld. semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang di dapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut: Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah 3. 2. perkara 2(iv) (a).

Dato’/Datuk/Tuan/Puan. . terima kasih.5/1997: Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. 3. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. Sekian.k. semua guru. 1.1 dalam Surat Pekeliling Bil. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah. 1993. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian. Setiausaha Sulit kepada Y.KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld. Ketua Unit Perhububgan Awan. 8. 2. Y. Timbalan .B. Perkara 4. Ketua –Ketua Bahagian Kementerian. 4. 6. Ketua Setiausaha. Dato’ Khalil bin Yaakob.B. 5.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Chan Fong Onn.VIII/(76) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. kakitangan.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia. 2.1/1983: Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal. sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. datuk Dr. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan. Y. 7. 3. Kementerian Pendidikan.

tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam peraturan tersebut. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan itu. mendera seperti berlari keliling padang. Sungguhpun peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah. memulas telinga. hukumannya juga ada dinyatakan.B. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Datuk/Tuan. menampar. Sekian. Telefon :922066 Kawat:’PELAJARAN’ KP(SB) 8591/Jil. mencela. berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu. misalnya membuat bising dalam darjah. Kesalahankesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan- kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959. tidak memberi perhatian sewaktu Guru mengajar. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan Guru- guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. 3. mencubit hingga lebam. Bagi tiap- tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu.II/(17) 7 November 1983 Semua Pengarah pelajaran Negeri. mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid. . BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBUH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. Malaysia Y. 2.

B. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.B. 5. 9. Pegawai Khas I kepada Y. Kementerian Pelajaran. Ketua-ketua Bahagian.B. Kementerian Pelajaran.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. Pegawai Perhubungan Awam. Timbalan Menteri Pelajaran. 10. 12. 11. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran. s. .B. Kementerian Pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran. Dr. Timbalan Ketua Setiausaha ll.k. Dato’ Khalil bin Yaakob. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. 4. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. 2. Timbalan Ketua Setiausaha l. Ketua Setiausaha. Setiausaha Sulit kepada Y. 7. Menteri Pelajaran. 3. 6. Menteri Pelajaran Malaysia. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran. 1. Tang Tiong Hong. 13.

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingati pengetua. melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan. Kuala Lumpur 1988. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Kuala Lumpur 1981. PUSAT BANDAR DAMANSARA Telefon : 03-2556900 50604 KUALA LUMPUR. merotan hingga melukai dan mencederakan.Bhg. JABATAN SEKOLAH. misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyikiran pelajar- pelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua. guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan- panduan seperti yang terkandung dalam: 4.Vlll(10) 11 Oktober 1995 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y. guru besar atau guru-guru ke atas pelajar- pelajar sepertimana yang dilaporkan oleh media massa. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profession perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat. Kementerian Pelajaran Percetakan Adabi. . guru besar dan guru-guru. berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. BLOK J (SELATAN). 3. 4. Dato’/Datuk/Tuan. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5.1 Panduan Am Disiplin Sekolah. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas.BAHAGIAN SEKOLAH. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita. Fax : 03-2535150 Kawat : “PELAJARAN” KP(BS)8591/Jld. 2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah ------------------------------------------------------------------- Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. mencubit hingga berdarah.

NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Antara panduan yang dijelaskan ialah: 5. 6. 5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan. WAN MOHD. Sekian. 5. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATUK DR. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua pengetua. cacian di khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. guru besar dan guru. Diharap Y. terima kasih. .Bhg. ZAHID BIN MOHD.8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan- Peraturan Pelajaran.

1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula. ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. PPB/PPD. dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah. Ringkasnya.moe. murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah. sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Bhg.my 50604 KUALA LUMPUR. . KP(BS)8591/Jld. iaitu di JPN. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. 2. Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. BLOK J.gov.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Laman Web http://www. Sehubungan dengan itu. kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Dato’/Tuan/Puan. Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD). namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah. dan sekolah. emosi. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Dalam menanganinya.langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah.

semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Guru-guru kelas terutamanya. rekod disiplin. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kelasnya. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. . Dalam masa yang sama. 2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. hobi. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. 2. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. minat. butiran peribadi dan keluarga. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. prestasi akademik. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi.2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka. Selain daripada itu. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. 2. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. . Pembimbing Rakan sebaya. bahan kimia. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Bahaya penggunaan alatan elektrik. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas.4 Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid.

Bhg. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “School-Home-Community Partnership’. Sehubungan dengan itu. dan segala peralatan yang ada di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. Y. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. harta benda. Pengetua/Guru Besar dan guru- guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. 2. . Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. 3. Dalam hal yang sama.Bhg. sistem bekalan gas.7 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y.6 Permuafakatan Ibu Bapa. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. 2. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. atau apa jua sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. rakan sebaya serta orang lain. Sekolah perlu mewujudkan program- program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah. sistem pendawaian elektrik. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. kakitangan dan murid-murid di sekolah.

B. Y. Ketua Perhubungan Awan. Y. Y. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.B. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Terima kasih. 1. Kementerian Pendidikan 10. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Kementerian Pendidikan 5. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.B.B. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7.k. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pendidikan .Sekian. Y.

Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya..moe... 2. Y. kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka...gov.. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan..... Maka. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA... tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. Disamping itu... pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)... KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Laman Web :http://www. Sehubungan dengan itu.” .XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid- murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal. BLOK J. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian- kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar- akhbar. 3. Dato’/Tuan/Puan..my 50604 KUALA LUMPUR.. KP(BS)8591/Jld. Bhg. Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini. Telefon: 03-2586900 PARAS 7... Skin Head..PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA... SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL..Bhg...

Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B.k. Kementerian Pendidikan 5. Kerjasama Y.Bhg. Ketua Perhubungan Awam. Sekian. Kementerian Pendidikan 10. Y. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Terima kasih. Y. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. 1. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Kementerian Pendidikan .4.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4.B.

” ii.. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain... Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah... Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.gov.tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Sepatutnya. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. Bhg.my 50604 KUALA LUMPUR. KP(BS)8591/Jld. Laman Web :http://www. Dato’/Tuan/Puan. i.. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: “.moe. BLOK J.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru- guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. 2. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.” . kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Sehubungan dengan itu. Kementerian Pendidikan . 4. Oleh hal yang demikian. kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. didikan(educative). adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Penasihat Undang-Undang. Kementerian Pendidikan 7. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B. Y. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. penyayang. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.B. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive). Sekian. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Kementerian Pendidikan 5. 1. Y.B. Kementerian Pendidikan 8. Ketua Perhubungan Awam. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Y.k.bhg. Y.3. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Terima kasih. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6.B. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Sementara itu. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin. Y. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Kementerian Pendidikan 11. Kementerian Pendidikan 10.

1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Bhg.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. 3. BLOK J.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara.moe. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat. Sehubungan dengan ini.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana- mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam.1 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah: 3. KP(BS/HEP)8591/Jld.3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.1. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.gov. . 3.my 50604 KUALA LUMPUR. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak.XVll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Laman Web :http://www.1. 3. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. 2. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. semua Jabatan Pendidikan Negeri.

5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.1. 4.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3. 3.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.2. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil- wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.2.2.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.1.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang.4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan. 3. 3.3 Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri. 3.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah. 3. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg.2. 3. Terima kasih. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat.1.2. 3. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia . menasihat. 3.

Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Ketua Perhubungan Awam.B. 1. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha.B. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y. Kementerian Pendidikan 5. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.B. Kementerian Pendidikan . Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3.s.B. Kementerian Pendidikan 8.k. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Y. Kementerian Pendidikan 7. Y. Kementerian Pendidikan 10. Y.

8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. ix) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan.6/68. xi) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. Rumah Persekutuan. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.KP. September.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.1 KP. Ruj. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. murid itu akan dibuang terus. 2. PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS LAMPIRAN 2. . 10hb. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. viii) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu. Kuala Lumpur. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran. selepas memberi amaran kedua. x) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. 3.

xiii) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. xii) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid). persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.p setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . 4. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. tt tt (Yap Hong Kuan) b. xiv) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat.

Kuala Lumpur. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Oleh yang demikian.8/1968. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. Ruj. Rumah Persekutuan. memahami perhubungan antara manusia. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. LAMPIRAN 2.2 KP. 3.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. 18hb. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. September.KP. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru- guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik.E Circular Professional 6/68. 4. . Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya.

akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.p Setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran .5. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas. x) Mengancam penuntut-penuntut yang lain. 6. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut- penuntut mempunyai budi pekerti. tt (Yap Hong Kuan) b. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. xv) Mencuri xvi) Melawan pihak-pihak yang berkuasa. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. 7.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: ix) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. Rambut juga hendaklah dipotong baik. xiii) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. dengan tujuan jahat. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah- masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. xi) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan. xiv) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. xii) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. yang berguna seumur hidup.

k. Bahagian Kewangan. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. Bahagian Pentadbiran. Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian Peperiksaan. Bahagian Pelajaran Teknik. Ketua Pegawai Pelajaran. Semua Negeri. . Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Biasiswa dan Latihan.s.

6A/1975 Ruj. Sabah/Sarawak.KP. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. Rumah Persekutuan. 2. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. September. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. Kuala Lumpur.Tambahan pula adalah didapati penghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Tuan. 01-34 5hb.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia. .8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. LAMPIRAN 2. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid- murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.6 KP. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:- (d) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok.

. Menteri Pelajaran. 6/1975 adalah dibatalkan. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.B. Timbalan Ketua Setiausaha. Ketua Setiausaha Kementerian. Perbezaan di antara Bil.k. (e) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. 3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.B. Ketua Pengarah Pelajaran. Saya yang menurut perintah. Menteri. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah. Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.p. 4. (f) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. b.

telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Surat Pekeliling Ikhtisas No.7 KP. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap. Tuan.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2. 5. 19hb. Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional. Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini.KP. Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui. Rumah Persekutuan. Sabah/Sarawak.1. Pada umumnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan. Kuala Lumpur.3 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah.8548/8/(67) Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Pengarah Latihan Guru.7/1975 Ruj. LAMPIRAN 2. murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada .1. Ogos 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. 2. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Lazimnya dalam kes seperti ini. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.

Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan yang akan diambil. Guru Besar. maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.1. adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:- a) Peraturan sekolah. c) Perbekalan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan). Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga. pegawai masyarakat dan lain-lain.2. 5. 2. b) Kuasa ibu bapa/penjaga.4 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. sifat sendiri dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh- penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. 2. (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Jika murid itu tidak dapat dipujuk. Dalam kes seperti ini. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain.2 Dalam kes-kes seumpama itu. ibu bapa/penjaga. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah. dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang- . Rujukan oleh Guru-Guru/Murid Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah.2.2 di bawah.

kelakuan tidak senonoh misainya mencuri. s) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. v) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. .2 Dalam kes seperti ini. p) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. iv) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.3. u) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajukan Masyarakat. x) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah. w) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. t) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah. maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :- iii) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga. r) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan. Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. o) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah. 2. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. n) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan. murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan. q) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan. m) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah. 5. ponteng sekolah. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan. tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil. 3. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah.

Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar.4. d) Ganja (Marijuana) e) Heroin (Heroin) f) Morfin (Morphine) g) Pil M dan Pil MX (M Pill. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran Malaysia s. Saya yang menurut perintah.p Ketua Setiausaha. MX Pill) h) Tranquilisers i) Hallucinogen (Hallucinogens) 5. 6.B Timbalan Menteri.B. tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah. .k. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT. Setiausaha Sulit kepada Y. b.

Ringkasnya.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab.my 50604 KUALA LUMPUR. KP(BS)8591/Jld. Walaupun secara umun diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah.3 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula. sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD). Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. PPB/PPD. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah. Bhg. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan.gov. emosi. Laman Web :http://www. 2. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah. 2. iaitu di JPN. BLOK J.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah. . Sehubungan dengan itu.moe. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. Dalam menanganinya.langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. dan sekolah. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik. Dato’/Tuan/Puan. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. butiran peribadi dan keluarga. . 2. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. Dalam masa yang sama. rekod disiplin. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid- murid di kelasnya. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. prestasi akademik. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Guru-guru kelas terutamanya. hobi. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. minat. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. 2.5 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid.

sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung.7 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas.6 Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. . penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid.2. Pembimbing Rakan sebaya. Selain daripada itu. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Bahaya penggunaan alatan elektrik. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. bahan kimia. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. 2. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain.

Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. sistem bekalan gas. kakitangan dan murid-murid di sekolah. dan segala peralatan yang ada di sekolah. sistem pendawaian elektrik. 2. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. Y. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “school-Home-Community Partnership’. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat.8 Permuafakatan Ibu Bapa.Bhg. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. . harta benda. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y. Sekolah perlu mewujudkan program- program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. 3. Sehubungan dengan itu. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. 2. atau apa jua sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah. rakan sebaya serta orang lain. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri.9 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah.Bhg. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam hal yang sama.

Sekian.k. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Terima kasih. Y. Y.B. Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y. Ketua Perhubungan Awan.B. Kementerian Pendidikan . Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. 1. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.B.B. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Kementerian Pendidikan 10. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Kementerian Pendidikan 5.

.....my 50604 KUALA LUMPUR.. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid- murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal. pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.gov... tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid.Bhg. Sehubungan dengan itu. Y.. 3.. Di samping itu.. kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka.. Dato’/Tuan/Puan. KP(BS)8591/Jld. Laman Web :http://www...moe. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. Skin Head.. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA.XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y..PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.. Maka..” .. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian- kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar- akhbar. 2.. BLOK J... Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Bhg...

Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1.B. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Terima kasih. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Kerjasama Y. Kementerian Pendidikan 5.4.B. Y.Bhg. Y. Kementerian Pendidikan 10. Kementerian Pendidikan . Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Sekian. Y. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Ketua Perhubungan Awan.B.B.

8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: “. 2.” .moe. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.. Sepatutnya. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum. Laman Web :http://www. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. KP(BS)8591/Jld. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru- guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Dato’/Tuan/Puan.1 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 2.my 50604 KUALA LUMPUR. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. BLOK J.” 2.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA... Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.gov. Bhg. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA.

penyayang. adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Penasihat Undang-Undang. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive). Y. Kementerian Pendidikan 10. Y. Sehubungan dengan itu. Y. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Kementerian Pendidikan . Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Oleh hal yang demikian. Kementerian Pendidikan 8. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.bhg. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Kementerian Pendidikan 11. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Terima kasih. Kementerian Pendidikan 7. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3.3. Sekian. Ketua Perhubungan Awam.B. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha.B. Y. 1.k. Y.B. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Kementerian Pendidikan 5. 4. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Sementara itu. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin. didikan(educative).

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. .3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. Bhg. BLOK J.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. KP(BS/HEP)8591/Jld. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. semua Jabatan Pendidikan Negeri.3. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak. Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah. 3.3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3.moe. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3. 2.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.gov. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Laman Web :http://www. 3.XV ll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.my 50604 KUALA LUMPUR.3.4/2002 Pelaksanaan Program sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana- mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan ini.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah: 3.

4 Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.3.3. Sekian. 3.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah. 3.3 Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri. 3.4. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia .4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah.4.4. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil- wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 3. 3. 3.4. 3. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.Bhg.4 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3.3. 3.4. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat. menasihat.2 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Terima kasih. 4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.5 Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.

Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Kementerian Pendidikan 8. Y. 1. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4.k. Y.B. Kementerian Pendidikan 7. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B.s. Y. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9.B. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Kementerian Pendidikan 5. Y. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.B. Kementerian Pendidikan .