Linguistik 1.0 Pendahuluan Manusia tidak dapat dipisahkan daripada bahasa.

Sejarah telah membuktikan bahasa, manusia sejak berzaman menggunakkan dan berminat menkaji bahasa. Ini kerana bahasa merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain daripada keperluan-keperluan asas yang lain. Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi, bersatu padu, berkuasa dan bertamadun. Manusia juga berusaha menkaji asal-usul bahasa dan juga dari aspek penggunaan seperti, puisi, nyanyian, doa, pidato dan sebagainnya.

1.2 Objektif Berdasarkan tajuk kertas kerja ini “Kesusasteraan dan Linguistik”, objektif yang digariskan adalah seperti berikut: Menyatakan pengenalan ilmu kesusasteraan dan ilmu linguistik. Mengenal pasti hubungan di antara kesusasteraan dan linguistik. Mengenal pasti kepentingan kesusasteraan dan linguistik kepada masayarakat. 1.3 Kaedah Kaedah yang digunakan dalam usaha menyiapkan dan memurnikan kertas kerja ini adalah dengan penggunaan kaedah perpustakaan iaitu dengan buku-buku ilmiah berkaitan dengan kesusasteraan dan linguistik, jurnal, artikel, majalah dan kertas-kertas kerja. 1.4 Batasan Kertas kerja ini akan meneliti dan memfokuskan perbincangan mengenai ilmu kesusasteraan dan ilmu linguistik secara umum. Untuk maksud pembatasan kajian, perbincangan dihadkan kepada pada kesusasteraan Melayu dan kajian linguistik di Malaysia.

Perkembangan Ilmu Kesusasteraan Menerusi catatan sejarah bahawa pemikiran kesusasteran telah melalui proses sejarah yang amat panjang. Pemikiran tentang kesusasteraan bermula sejak lebih kurang 400 sebelum Mesihi ( Ali Ahmad , 1994) , iaitu apabila Plato, ahli falsafah Yunani, memperkatakan sastera sebagai hasil peniruan terhadap alam semesta. Pandangan beliau diperbaiki Oleh Aristotle, iaitu muridnya, yang kemudiannya mendapat ikutan dan ubahsuaian oleh pemikir dari Rom seperti Horece dan seterusnya mempengaruhi sebahagian pandangan-pandangan mutakhir. Pembaikan terhadap pandangan yang lama dan pembentukan fikiran baru menjadi landasan kepada pengkhususan yang amat ketara.

Walaupun terdapat sesetengah pandangan yang membuat pembahagian terhadap kesusasteran Melayu sama ada lama atau baharu. iaitu karya terpilih untuk dinilai kedudukannya sama ada berjaya atau tidak. Sejarah Kesusasteraan Melihat karya sastera dari sudut kronologi atau perkembangan dari semasa ke semasa. Kritikan Kesusasteraan. ( Asmad. pandangan bahawa kesusasteraan itu mempunyai susunan. pengkelasannya. hanya sekadar membuat perbandingan antara keduanya. Kesusasteraan Rakyat . ianya hanya merupakan kajian ilmu pengetahuan tentang sastera. 1. Ia tidak bermaksud untuk memisahkan antara lama dan baru itu dari segi nilainya. yang dikatakan kesusasteraan Melayu lama adalah hasil-hasil sastera yang telah sedia wujud sebelum zaman Abdullah Munsyi. iaitu setelah agama Islam masuk ke alam Melayu. Permulaan kesusasteraan Melayu lama yang dapat dikesan dengan jelas ialah sekitar tahun 1500. kesusasteraan yang wujud adalah hasil dari tinggalan zaman lampau. atau dengan kata lain.Manakala di tanah air kita Malaysia. Mengikut pembahagian yang dibuat oleh ahli-ahli bahasa dan budaya umumnya. Orang-orang yang mengetahui tentang sastera. Hasil-hasil kesusasteran lama sebelum tahun 1500 merupakan sastera lisan. Antara tokoh pencerita yang amat terkenal ialah Pawang Ana. yang khusus. dan yang tersendiri. ianya berkembang melalui pertuturan atau penceritaan dari mulut ke mulut. Bidang Pengajian Kesusasteraan Menurut Ali Ahmad (1994) terdapat bidang bidang utama dalam pengajian kesusasteraan dan dua subbidangnya. disebut sebagai tukang cerita yang digelar penglipur lara. dan untuk memahami susunannya memerlukan peraturan-peraturan yang digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum. Teori Kesusasteraan Teori Kesusasteran berkaitan dengan pengajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan. Melihat sastera yang khusus. 3. kukuh atau lemah. 2. Belum ada hasil kesusasteraan yang ditulis. 1990). Tiga bidang utamanya ialah seperti berikut: 1. Manakala subbidangnya adalah seperti berikut.

prosa baru. merupakan satu bidang pengajian tentang sastera warisan yang disampanikan secara lisan. Terdapat juga ahli-ahli bahasa yang menggunakan istilah satera klasik dan sastera moden.Kesusasteraan rakyat. puisi lama dan puisi baru. Kesusasteraan Bandingan Paksi bagi kajian kesusasteran bandingan ialah teori dan permasalahan genre dalam sastera dua masyarakat atau lebih Bentuk Kesusasteraan Melayu Menurut Asmad (1990) bentuk kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. atau dalam bahasa Inggeris dinamakan folklore. Puisi Puisi lama adalah terdiri daripada: 1) Mantera 2) Jampi 3) Pantun 4) Syair 5) Gurimdam 6) Seloka 7) Talibun 8) Nazam 9) Masnawi 10) Kut’ah 11) Rubi’ah 12) Bahasa berirama Dari segi bentuknya terdapat juga beberapa jenis ragaman bahasa yang berunsurkan puisi yang dikenali sebagai: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Peribahasa Perumpamaan Bidalan Pepatah Perbilangan Bahasa kiasan Simpulan bahasa Menurut Asmad (1990) lagi ragaman bahasa yang tersebut di atas ada yang . 2. Dari segi corak dan isinya ianya dibahagikan pula kepada prosa lama.

Prosa Prosa lama atau prosa klasik Melayu adalah terdiri daripada: 1) 2) 3) 4) Cerita-cerita rakyat Sastera epik Sastera sejarah Sastera roman Terdapat pengkaji-pengkaji sastera membahagikan karya prosa lama itu kepada jenis-jenis. Cerita-cerita binatang.Seni lakon bangsawan pada masa dahulu tidak memakai skrip seperti lakonan drama kini.tidak memenuhi cirri-ciri yang lengkap sebagai karya puisi.am prosa baru ialah penulisan drama. Cerita-cerita penglipur lara. Cerita dalam lakonan drama ditulis dalam bentuk prosa yang dinamakan skrip drama. ianya mula diperkenalkan dalam tahun 50-an. Sastera yang berasal daripada sastera asing Cerita-cerita berbingkai. Cerita-cerita jenaka. Satu lagi bentuk yang boleh digolongkan dal. Paling penting. sastera yang bercorak kebangsaan. iaitu : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) karangan-karangan yang berhubung dengan agama Islam.. Kepentingan Kesusasteraan Kesusasteraan itu sangat dekat dengan kehidupan kita kerana menjadi bahan utamanya adalah manusia dan lingkungannya dan persoalan yang diutarakan pula adalah persoalan yang berhubungan rapat dengan manusia dan kehidupan. Dua bentuk yang utama dalam prosa baru ialah novel dan cerpen. Istilah novel baru dipakai dalam kesusasteraan Melayu. berbagaibagai bentuk karya prosa lama tersebut merupakan perbendaharaan kesussateraan Melayu yang diwarisi daripada masyarakat zaman silam. skrip darama televisyen dan skrip filem. Drama adalah seni lakonan. Cerita-cerita panji dan hikayat. skrip drama radio. Ianya boleh digolongkan dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai bunga bahasa. Sebahagian daripadanya merupakan karya klasik Melayu yang amat berharga. Perkembangan drama menjadikan skrip drama mempunyai beberapa nama iaitu skrip nama pentas. Bagaimanapun pembahagian tersebut bukanlah mutlak. Sebelum itu istilah novel lebih dikenali sebagai cerita roman. Manakala Puisi Melayu baru ialah sajak. . Dari segi bentuk dan isi prosa baru berbeda daripada prosa lama atau prosa klasik. ianya boleh dibahagikan mengikut pendapat dan pengertian masing-masing.

Kajian linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang cirri. 3. membentuk akal dan fikiran manusia supaya kreatif dan imaginatif. Digabung pula dengan ilusi. Sejak beribu-ribu tahun yang lalu peranan sastera dalam pembagunan tamadun dan budaya manusia sudah teriktiraf. rasa. Dalam konteks ilmu. satu bahasa perlu diangkat . juga dilihat sebagai berfungsi membersihkan diri jiwa manusia atau penawar jiwa. pengalaman. kepekaan. Bidang kesusasteraan menguji kekuatan minda kita sebagai pemikir dan pengkritik yang konstruktif dan sistematik tentang kehidupan yang dapat dikesan dalam sesebuah karya. 1963) dan juga untuk membangunkan kesedaran kekelompokan. Gambaran atau ciri-ciri ketaatan dan kepimpinan masa lampau dalam masyarakat Melayu ditinjau di luar hubungan sejarah dapat digali daripada sumber kesusasteraan terutama kesusasteraan klasik. Jika dikaji dan diselidiki secara mendalam. (Nur’Ainy Ali. 2004) 7. (Nur’Ainy Ali. mengasah. (Noriah Taslim. 2. Kesusasteraan adalah alat perantaraan ampuh yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan lagi perhubungan dan pertalian antara masyarakat serta mengeratkan perhubungan dan persefahaman antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Antara kepentingan dan sumbangannya adalah seperti berikut: 1. unsur. Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama sekali berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa 2. Contohnya untuk pembangunan sesebuah negara yang akan atau baru merdeka. kewujudan kolektif yang merupakan permulaan kepada hidup bermasyarakat. minat dan kecenderungan terhasillah gambaran seni yang cukup halus dan suci. lebih-lebih lagi kepada pengguna sesuatu bahasa. terdapat banyak kepentingan dan sumbangan kesusasteraan terhadap kita semua. misteri. Antara kepentingan dan sumbangan kesusateraan adalah seperti berikut: 1. 2004). 2004). Sastera muncul sebagai melahirkan keinginan manusia primitive untuk mengatasi dan mengubah alam sekitarnya (Fisher. Kesusasteraan selain berfungsi untuk mendidik. Bidang kesusasteraan mengajar kita untuk mengerti hakikat hidup beragama dan sejarah setiap rumpun bangsa Melayu dan lain-lainnya 5. Ini adalah kerana dalam karya kesusasteraan itu terdapat nilai-nilai yang dianuti dan cara hidup sesuatu bangsa. Jadi semestinya linguistik mempunyai kepentingan dan memberi sumbang yang tersendiri kepada masyarakat. kesusasteraan adalah cermin kehidupan atau pentafsiran kehidupan manusia. Kajian linguistik pula untuk melihat bentuk bahasa bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara bahasa dan penutur serta masyarakat sekeliling. kesusasteraan adalah sebuah disiplin ilmu yang menjana. fantasi serta bakat. mencanai. 4. Kepentingan Linguistik Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa. 6.ciri bahasa dan peranan yang boleh dimainkannya.Dibantu oleh daya kreatif pengarang.

kerana kajian puisi pada zaman Aristotle (384-322 S. aspek sebutan. 4. Dalam hal ini juga. Untuk itu. hubungan yang erat di antara bahasa dengan sastera diberi perhatian dengan bersungguh-sungguh oleh ahli linguistik Barat seperti John Spencer. Kepada guru-guru bahasa. Hal ini demikian kerana sastera merupakan salah satu aspek komunikasi masyarakat. situasi. mereka perlu mahir dan mengetahui selok belok ayat dan perkataan yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit atau pelanggan mereka. 1969). diski. Dressler (1972) serta Beaugrand dan Dressler (1981) Menurut Shahnon Ahmad (1991). Pengarang yang kreatif akan cuba menggunakan bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan sintaksis.sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai bahasa pembangunan dan pembagunan. retorik dan puisi digabung dalam satu disiplin (C. (Nor Hisham Osman. Pengarang juga mungkin mencipta katakata yang beraneka erti sifatnya untuk memperkayakan kuasa pengucapan bahasa. Bahasa yang digunakan dalam karya sasatera sesuatu masyarakat tetaplah dalam lingkungan bahasa masyarakat tersebut. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi. Richards. perkataan atau ayat bahasa Melayu.M). 1979) Malahan pada abad ke-18. menjadi salah satu cabang kajian tatabahasa ( M. Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan bahasa. sastera dan linguistik adalah seiring. tumbuh aras baru dalam linguistik yang ada hubungannya dengan sastera. Michael J. seperti guru dan perancang bahasa. I. Kepada juru bahasa ataupun penterjemah. Pada pertengahan abad ke-20. Hayes. sejalan dan sehaluan sejak berabad-abad lamanya. James P. Thorne. selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut.A. kedua factor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat disampaikan dengan maksud yang sejelas-jelasnya. 5. ungkapan-ungkapan yang khusus dan meluaskan penggunaan bahasabahasa kiasan untuk mencapai kesan seberapa maksimum yang boleh dan. Dalam kesusasteraan juga pengarang akan memberi tugas yang lebih luas kepada bahasa dengan beberapa kuasa baru dalam menyatakan perasaan. perwatakan dan sebagainya. Richard Ohmann. mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik. bahasa tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang bersifat pelbagai kaum 3. Simanjuntak.W. bahasa menjadi alat yang sering dilentur-lentur untuk menyatakan emosi dan perasaan yang pelbagai peringkat juga tentang kesan-kesan daripada emosi itu. pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan memudahkannya memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar. Nils Eric Enkvist. Gregory dan lai-lain lagi. dalam kesusasteran. Dalam masa lebih kurang satu dekat kebelakangan ini. Seorang kaunselor. iaitu linguistik teks seperti yang dikemukakan oleh Van Dyk (1972). Ini kerana penterjemahan akan melibatkan factor bahasa dan kebudayaan. Para sarjana sastera dan bahasa berpendapat bahawa. 2001) Hubungan antara Kesusasteraan dan linguistik. Oleh sebab itu bahasa .

Z. Dalam pemakaian bahasa bagi penciptaan karya sastera kebebasan hanya diberi dalam bidang gaya sahaja bukannya dalam aspek tatabahasa. “ kelainan yan pada bahasa dalam sastera yang “biasa” bukanlah kelainan sistem.” Baharuddin Zainal (1974) juga berpendapat bahawa walaupun dalam tulisan kreatif penulis mencipta dan mneghasilkan sesuatu yang asli dan unik. Hakikat ini dikukuhkan lagi oleh Umar Junus (1968) yang berkata.Z. ianya tetap dikawal daripada melanggar peraturan-peraturan tatabahasa yang diterima ramai. Teori linguistik Transformasi Generatif mengatakan bahawa tatabahasa ialah himpunan rumus-rumus yang menerbitkan jumlah ayat gramatis yang tidak terbatas dalam sesuatu bahasa. Hutagalung.dalam satera masih tetap berdasar pada aturan-atarun bahasa umum (M.M . Daripada kacamata linguistik. Betapa pun kreatif dan imaginatifnya dia. tetapi perbedaan pemilihan polapola yang ada. Sekalipun kebebasan yang luas diberi dalam penggunaan gaya bahasa sastera. tetapi ia tidak pula memperlakukan bahasa dengan sewenang-wenangnya. aturan-aturan bahasa umum yang disebut itu dikenal sebagai tatabahasa. namun dia tidak boleh menyimpang jauh daripada pola-pola bahasa yang diterima oleh masyarakatnya. M. tatabahasa mencerminkan sistem sesuatu bahasa. Walaupun kesusasteraan banyak menerokai bidang pemakaian bahasa dalam berbagai-bagai gaya untuk menerangkan berbagai-bagai situasi namun ianya tetap tertakluk kepada tatabahasa yang betul.S. 1968). Dalam hubungannya dengan kewujudan bahasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful