Sastera Islam dalam Kolum Penulisan Dakwa « on: March 04, 2008, 07:49:57 PM » Penulis: Nor Raudah Hj Siren Ummu Hani Abu

Hassan “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang, adalah menjadi bukti bagi orang yang mempunyai sari fikiran.” (Surah Ali-Imran 3: 190) Pengenalan Apakah manusia dilahirkan ke dunia dengan memintanya kepada Allah? Jelasnya, manusia bahkan makhluk-makhluk yang lain tidak pernah menduga untuk menjadi sebahagian daripada isi alam ini bahkan secara automatiknya mereka sudahpun bertugas sebagai hamba dan khalifah Allah. Firman Allah Taala bermaksud: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara mainmain sahaja, dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah , Raja Yang Sebenarnya : tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan Arasy yang mulia.” (Surah al-Mukminuun:115-116) Manusia. Hanya makhluk inilah yang dikurniakan oleh Allah dengan akal fikiran. Dengan kurniaan itu, jelaslah bahawa peranan manusia adalah lebih besar dan penting berbanding para makhluk yang lain. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran bermaksud: “Dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (Surah Ad-Dzariyat: 56) Dalam kitab Fi Zilal al-Quran, Syed Qutb menerangkan bahawa matlamat hidup manusia yang lurus adalah berlangsung atas ketetapan matlamat yang ditentukan oleh Allah. Matlamat tersebut ialah menghambakan diri kepada Allah sebagai Tuhan dan Pencipta seluruh alam. Untuk melaksanakan matlamat tersebut, Allah mengutuskan para nabi dan rasulNya sebagai penyampai risalah tauhid. Firman Allah Taala bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkan dia menyeru mereka) : Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah thagut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi petunjuk hidayah oleh Allah dan ada yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat yang mendustakan rasul-rasulnya.”

PERKIM dan orang perseorangan di era awal tahun 1970-an lagi (Ab Aziz Mohd Zin. teori berteraskan gagasan karya Islam diwujudkan dan dibincangkan (Mana Sikana. beliau merujuk pendapat Shahnon Ahmad (1977) yang membincangkan tentang konsep sastera Islam sebagai “sastera kerana Allah. Sastera Islam dalam Penulisan Dakwah Perbincangan tentang penulisan Islam muncul apabila tercetusnya polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad yang membicarakan konsep “seni untuk masyarakat” yang menjadi motif perjuangan Asas 50 pada masa itu.46). Semua itu merupakan intipati dalam sastera Islam. 2005: 43). 38).Ciri dan peranan Penulisan Dakwah Dakwah bermaksud menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Kajian tentang penulisan Islam dalam konteks sastera banyak dibincangkan oleh para sarjana Islam yang boleh dijadikan dasar untuk penulisan dakwah antaranya ialah Mana Sikana dalam bukunya. 2006: 45. Gagasan ini dibawa oleh Shahnon Ahmad di atas konsep pokok ‘seni untuk Allah. berhikmah untuk manusia”. Allah mewahyukan risalah tauhid melalui para rasul untuk dirujuki manusia sehingga kiamat. GAPIM.’ 2. Mana Sikana menghurai beberapa teori yang berkaitan dengan penulisan Islam. pendapat dan keyakinan yang ingin . Tugas dakwah adalah tanggungjawan setiap Muslimin untuk melaksanakannya. Mana Sikana menekankan tentang keindahan Islam dan al-Quran sebagai teras dalam kesusasteraan Islam dan menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi Pusat pemgembangan Sastera Islam Sedunia (h. Melalui buku tersebut juga. Ia malahnya bukan tugas yang mudah kerana memerlukan pemikiran. akhlak dan jelas (ilmu). PAS. Allah menetapkan matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat. 1. Dan tugas manusia adalah sebagai hamba dan khalifah Allah bukan selainnya. 2005: 43 – 51). Arqam. dan Teori Pemikiran Islam (2002) oleh Mohd Yusof Hassan (Mana Sikana. Kesannya perbincangan tentang penulisan Islam dibicarakan sehingga timbul saranan supaya pengarang menghasilkan karya berunsur Islam dan menilainya juga harus menggunakan ukuran Islam juga. Antara gagasan yang dilahirkan ialah Teori Sastera Pengabdian (1986) oleh Mana Sikana yang kemudian disebut sebagai Teori Taabudiyyah (1996). Walau bagaimanapun perbincangan konsep penulisan Islam belum mantap dan belum mempunyai garis panduan yang jelas. Islam telah menumbuhkan dan memperkayakan kesusasteraan Melayu (Mana Sikana 2005: 34). Dorongan perbincangan tersebut berlaku seiring dengan gelombang Islamisasi yang berlaku di Negara ini yang dibawa oleh badanbadan dakwah seperti ABIM. Sastera Islam seperti juga penulisan lain dalam kolum penulisan dakwah mestilah berukuran ibadah. Kajian beliau menggunakan pendekatan kritikan Islam yang merujuk kepada fungsi sastera Islam ke arah pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak Islam kerana menurut beliau. Teori Sastera Takmilah (2001) oleh Shafie Abu Bakar. Pada tahun 1986. Antara kandungannya. Sastera Junjungan.(an-Nahl:36) Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan terutama akal fikiran.

Daya kreativiti yang berlandaskan wahyu akan menghasilkan karya yang mementingkan pendidikan dan pembentukan akhlak yang baik. Bagi menjamin keberkesanan sesuatu mesej dakwah melalui penulisan dapat diterima oleh pembaca dengan baik. Penulisan Dakwah melibatkan hubungan antara manusia dengan Allah dan hubungan antara manusia dengan manusia.” Menjadi penulis dalam genre sastera Islam umpama da’ie yang meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah s. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud. Hubungan komunikasi yang dijalinkan ini sekaligus menjurus ke arah mendapatkan keredhaan Allah sama ada dari segi penulis. pengisian karya atau kesannya kepada pembaca Penulisan dakwah merupakan aktiviti penyampaian maklumat tentang Islam dan mengajak manusia ke arah kebaikan serta memberi peringatan kepada manusia yang lalai. Imaginasi perlu berlandaskan kebenaran. keupayaan. maka beberapa elemen perlu diutamakan. menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan dalam penulisannya. menganalisis keadaan sekeliling termasuk manusia dan alam untuk dinukilkan ke dalam karya serta menghasilkan imaginasi yang dibenarkan syara’. Selain itu.diubah agar menerima Islam sepenuhnya. memahami dan berusaha melaksanakan akhlak Islam dalam kehidupannya. karya dan pembaca. mengerjakan amal yang salih dan berkata: sesunguhnya aku termasuk orang yang berserah diri. Allah berfirman dalam Surah al-Fusilat ayat 33 yang bermaksud. serta kamu pula beriman kepada Allah SWT… Perlaksanaan dakwah memerlukan strategi bagi memujuk khalayak dakwah (mad’u) berdasarkan keadaan dan situasi agar sasaran dapat menerima dakwah. dan menegakkan amal makruf dan mencegah amar mungkar dalam karyanya. Bagi melancarkan dakwahnya.a. percakapan. ciri-ciri penulis sastera Islam adalah seperti berikut: . Kamu (Wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia. 2. “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah. penulis perlu menganalisa asas-asas keberkesanan penulisannya iaitu mengetahui siapa dirinya (tanggungjawab. memahami matlamat penciptaannya sebagai manusia dengan memulakan penulisannya dengan memuji Allah SWT. mantap keilmuan Islamnya terutama memahami tafsir al-Quran dan hadis serta mantap pengetahuannya tentang rukun Iman dan rukun Islamnya. memahami bahawa tugas penulisannya merupakan fardu kifayah. Walau bagaimanapun usaha menyebarkan dakwah tidak tertakluk pada kaedah tertentu malah bergantung kepada keupayaan pendakwah sama ada melalui perbuatan. kekuatan dan kekurangan). penulisan dan lain-lain.w. Misi dakwah adalah paling utama berbanding perkara yang lain. Elemen yang paling penting dalam penulisan dakwah ialah penulis. Usaha ini selaras dengan tujuan untuk mencapai status Khayr Ummah dalam sesebuah masyarakat.1 Penulis Penulis adalah pendakwah yang bertanggungjawab menyampaikan risalah tauhid kepada masyarakat. Secara umumnya. kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). fokus. penulis sastera Islam digesa memenuhi etika penulisan Islam yang bertunjangkan niat melakukan aktiviti penulisan sebagai mencari keredaan Allah. keadilan dan kebaikan untuk menghasilkan karya yang mampu memimpin manusia ke arah keimanan dan ketakwaan.

dan ketenteraan dan lain-lain) ASAS PENYAMPAIAN KARYA 1. globalisasi. TEMA KARYA 1.3 Pembaca Keberkesanan dakwah amat berkait-rapat dengan sasaran. kesihatan. Islam bersikap tegas menyampaikan kebenaran. dan menyebarluaskan keindahan atau estetika yang melambangkan ciri-ciri ketuhanan yang bersifat al-jamal. rasional. Kreatif 3. Allah s.w. SEMASA (politik. kandungan alQuran mengandungi pelbagai tema untuk disampaikan kepada manusia iaitu orang-orang Islam atau musyrikin serta disampaikan dengan pelbagai kaedah merujuk suasana dan sasaran sama ada cara biasa. 2. Keadaan pembaca yang terdiri daripada pelbagai golongan merupakan cabaran kepada penulis sastera Islam. sastera Islam tidak boleh lari daripada membincangkan perkara Tauhid yang menjadi subjek dakwah Rasulullah s. perpaduan. melihat ke hadapan. pembaca adalah sasaran yang menentukan hala tuju mesej dakwah. Selain itu. komunikasi.1. dalam penulisan sastera Islam. Amanah/ beramal 2. menilai kembali iltizam pemeluk Islam terhadap tanggungjawab terhadap agama. NASIHAT 3. praktikal dan damai. kesenian. Tema karya dipilih berdasarkan kesesuaian keadaan sasaran. MENDIDIK DAN MEMBERI ILMU KEPADA MASYARAKAT 3. Sebagai contoh. Misalnya. HIKMAH 2. ilmu. penulis tidak boleh melakukan sebarang penyorokan atau penyelewengan berkaitan Islam. Justeru. kesesuaian mesej dengan sasaran perlu diambil perhatian iaitu dari aspek . Justeru. sempurna dan perkasa). lemah-lembut dan sesuai dengan keadaan sasaran agar ia mendatangkan kesan yang baik kepada mereka. dan material.2. bersifat mengajak kembali kepada ajaran Islam. Karya Kandungan mesej yang disampaikan kepada masyarakat adalah perkara pokok dalam penulisan dakwah. PERBAHASAN YANG BAIK Kesimpulannya. perbandingan.a. kesusasteraan. Oleh itu. inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana. Oleh itu. ikhlas) 2.t menekankan aspek penyampaian dakwah yang berhikmah. bangsa dan ibadahnya. sasaran di Malaysia terdiri daripada masyarakat Islam (Islam sejak lahir dan mualaf) dan sasaran bukan Islam (percayakan Tuhan dan tidak percayakan tuhan). sains dan teknologi. karya dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat agar mempunyai kekuatan spiritual. alKamal dan al-Jalal (indah. Ahmad Kamal Abdullah (1994) mengatakan penulisan Islam perlu membawa respon pada isu semasa dan kontemporari yang menyangkut masalah pembelaan terhadap ketidakadilan. BENAR (Akidah. kebudayaan. syariah dan akhlak) 2. pendidikan. perbahasan. intelektual.w. Firman Allah Taala bermaksud “Berkatalah benar sekalipun ia pahit. cerita atau lain-lain.” Jelasnya. serta mampu berdikari dan berdaya saing. Keperibadian yang unggul (taqwa.

berkasih sayang sesama makhluk. Muhammad Ahmad ar-Rasyid. tidak menimbulkan kekejian dan kemungkaran. memiliki keindahan.” (Surah Saba: 28) RUJUKAN 1. bahasa jelas dan mudah difahami dan teknik penceritaan yang terkawal dan tidak berlebihan. Hazami Jahari (2004) merumuskan pandangan para sarjana yang menanggapi ciri-ciri karya Islam iaitu menyampaikan kebenaran hakiki. memiliki kebaikan. Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Secara keseluruhannnya. minda.kesesuaian dengan anutan agama dan pegangan hidup sasaran. 2000. imaginasi yang terkawal. Ab. nilainilai Islam. matlamat terakhir penulisan dakwah ialah bertujuan membentuk dan membangun pembaca dari aspek. Oleh itu. aspek pengisian dalam karya penulisan adalah amat dititikberatkan agar mampu membina pembangunan kemanusiaan sama ada dari aspek mental. rohani dan sahsiah umat Islam. Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah. 2002 3. Oleh itu. Jakim. penulisan dakwah khususnya sastera Islam bertujuan untuk membangun akidah. Penerbitan Teras Bakti. Polemik Sastera Islam. kewujudan perasaan ingin menimba ilmu secara kreatif dari sumber lain dan bergerak melalui interaksi dengan tamadun lain. 2. . pandangan umum. PTS. KESIMPULAN Peranan manusia sebagai khalifah bukan sekadar melafaz syahadah dan menunaikan rukun Islam kerana ia juga merangkumi jihad dalam menjelmakan lunas-lunas ketauhidan dalam amalan-amalan kehidupan seharian. 1997. Dr. menimbulkan kecintaan kepada Allah. ibadat. Pendekatan ajaran Islam secara lebih progresif dan universal perlu diusahakan bersama dengan memahami serta mendalami falsafah Islam. fizikal dan rohani. Al-Quran dan Mesej Kesejahteraan Sejagat. DBP. Umat Islam pula perlu berusaha membuka minda dan bersedia berperanan menjadi khalifah Allah yang sebenar dengan bekalan ilmu pengetahuan yang cukup untuk membebaskan manusia dari pelbagai gejala sosial yang kini merendahkan martabat manusia sebagai manusia. tetapi kebanyakannya manusia tidak mengetahui. Danial Zainal Abidin. Halangan yang berlaku akan dapat diatasi jika penulis mampu memanipulasi karyanya dengan baik dan berkesan. 1987. Pahang. Kuala Lumpur. Firman Allah Taala bermaksud: ”Dan Kami tidak mengutuskan kamu (Hai Muhammad) melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dr. 4. Kuala Lumpur. memberangsangkan orang berbuat baik. kesesuaian dengan peringkat sasaran dan kesesuaian masalah dengan penyakit sasaran. akhlak dan kemahiran hidup yang berlandaskan syariah Islam. Ini kerana penulisan dakwah tidak seperti penulisan biasa yang mempunyai peranan yang amat mencabar serta bertanggungjawab membentuk masyarakat yang cinta dan mendapatkan keredaan Allah atau menjalin hubungan ikhlas dengan Allah (hablum min Allah). Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur. Aziz Mohd Zin.

Dengan lain perkataan. kebudayaan dan sebagainya (S. Kalau pun ada perkiraan-perkiraan yang lebih kompleks yang menghubungkaitkan pembangunan ekonomi ini dengan unsur-unsur sosial. gejala sosial. pembangunan yang hendak diurus secara Islam mestilah berbentuk Islam dan tidak boleh bercampur aduk dengan bentuk pembangunan lazim. Ia tidak membawa kepada berubahnya imej positif pembangunan itu[5]. Dalam pemahaman lazim. pembangunan mempunyai konotasi positif. ketidakadilan dan sebagainya dianggap sebagai masalahmasalah biasa yang boleh diatasi. peningkatan kadar pertumbuhan dan peningkatan penggunaan[1]. Kesan-kesan sampingan seperti hedonisme. pembangunan kebanyakannya dihubungkan dengan ukuran-ukuran kuantitatif seperti peningkatan produktiviti. BENTUK PEMBANGUNAN YANG HENDAK DIURUS Secara idealnya.KE ARAH PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh Ketua. ianya dikatakan tetap untuk kebaikan manusia[2]. peningkatan pendapatan per kapita. Dalam mengurusi pembangunan secara Islam. Penghujjahan dan penghuraian tentang perkara ini terangkum di dalam teori-teori pembangunan. peningkatan keluaran negara kasar. Husin Ali 1976)[3]. apakah pembangunan berbentuk lazim ini yang hendak diurus? Kedua. Pertama. dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini. budaya dan politik. bolehkah pengurusannya dilakukan secara Islam manakala pembangunannya bertunjangkan kepada pembangunan lazim seperti di atas? Dan ketiga. Peningkatan taraf hidup ekonomi itu dikatakan menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan kesejahteraan semua bidang kehidupan masyarakat yang lain seperti pelajaran. apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengurus pembangunan secara Islam. dekadensi moral. kaedah apakah yang terbaik dalam mengurusi pembangunan secara Islam ini? Kertas ini akan cuba menjawab ketiga-tiga soalan ini. Malah asas-asas pembangunan lazim adalah bertentangan dengan asas-asas ajaran Islam sendiri. . Syarat ini sangat penting kerana terdapat perbezaan yang amat ketara antara pembangunan lazim dengan pembangunan berteraskan Islam. tetapi ialah pembangunan berteraskan Islam sendiri. penindasan. ada tiga persoalan yang harus ditanya. pembangunan yang hendak diurus itu bukan pembangunan lazim. materialisme. Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia UCAP UTAMA SEMINAR PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM 21 SEPTEMBER 2000 PENDAHULUAN Secara umum. kemasyarakatan. kesihatan. sama ada di dalam teori yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal[4].

Lebih dari itu. bukan ekonomi atau substruktur. pengurusan yang dikatakan Islam itu terpaksa mengurus pembangunan yang falsafah. kemahuan manusia tidak terhad manakala sumber-sumber alam adalah terhad. pembangunan hanyalah alat mencapai keredhaan Allah SWT. hanyalah merupakan medan untuk membuktikan penyaksian tersebut. persoalan perkaedahan penganalisaannya. Perjanjian ini telah dibuat di alam roh. Ia juga bersifat antidogmatis. Begitu juga.Perbezaan dan pertentangan ini tidak mudah dilihat secara sepintas lalu. pembangunan berteraskan Islam mesti bersifat dogmatis. Kerana penyaksian itu bermaksud menjadi hamba Allah. Dengan lain perkataan. Dalam proses pembangunan. ertinya pengurusan itu terpaksa mengurus pembangunan yang berdasarkan kepada kepercayaan di atas. Kedua. Kesemua keyakinan di atas bertunjang kuat kepada tasawwur (worldview) Islam sendiri. Pembangunan lazim terikat kuat dengan falsafah dan perkaedahan Sains Sosial Barat. Keempat. anti a priori. masyarakat tradisi mesti dihapuskan[7]. Islam tidak memusnahkan masyarakat tradisi selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. anti-teologi dan cenderung kepada sifat bebas nilai (value free). Allah SWT menetapkan rezeki untuk setiap makhluk dan ukuran kepada kepuasan kepenggunaan ialah barakah. Kemahuan manusia diakui tidak terhad tetapi ada cara untuk menghadkannya manakala sumber-sumber alam secara fizikal adalah terhad. sama ada baik atau buruk. Ia tumbuh dari teknik-teknik sains fizik yang didasari oleh sifat-sifat saintifik. empiris dan fakta-fakta yang boleh diamati dengan pancaindera. empirikal dan fakta-fakta yang dapat diamati oleh pancaindera (observable facts). Yang menentukan sesuatu ialah agama. Dan kedua. Hal ini perlu disuluh dengan ilmu nadhari dan dalil-dalil naqli[8]. serta terikat kuat dengan nilai Islam itu sendiri. Sebenarnya Islam tidak terhad kepada hal-hal saintifik. Ia hanya dapat dilihat dengan meneliti dua persoalan penting. pengalaman-pengalaman pembangunan di Barat adalah kaedah mutlak untuk diikuti oleh semua negara yang ingin membangun. undang-undang. menerima konsep a priori dan berbentuk teologikal sebagai asasnya. pembangunan hanyalah merupakan alat manusia membuktikan ketaatannya terhadap penyaksian mereka. dasar dan perkaedahannya tidak selari dengan Islam. maka . Kalau akar umbi ini bertentangan. kalau mengurus pembangunan secara Islam itu bermaksud mengurus pembangunan lazim. Lebih dari itu. akan dikurniakan di akhirat. Hidup manusia di dunia. sosial dan sebagainya)[6]. tentulah hal-hal teknikal seperti yang didokong oleh pembangunan lazim itu juga menjadi bertentangan. Benar tidaknya penyaksian itu dibuktikan manusia di dunia manakala ganjarannya. dalam proses pembangunan itu. Begitu juga. Dengan kata lain. atau superstruktur (dalam istilah teori pembangunan radikal). Ketiga. Pertama ialah persoalan akar-umbi falsafah kepada pembangunan lazim itu. di mana proses pembangunan berlaku. budaya. tetapi dari perspektif Tauhid ianya tidak terhad. tidak kira sama ada pembangunan lazim itu bertunjangkan kepada falsafah pascaklasikal atau radikal. pembangunan adalah merupakan matlamat akhir hidup manusia. Dan kelima. substruktur (ekonomi) menentukan superstruktur (agama. ia percaya kepada sekurang-kurangnya lima perkara berikut. Pertama. Pengalaman dan kaedah pembangunan negara-negara Barat bukanlah pengalaman dan kaedah mutlak yang mesti diikuti. Ini semua boleh disuluh hanya dengan ilmu daruri dan dalil-dalil aqli. Asas kepada tasawwur ini ialah keyakinan bahawa roh manusia telah naik saksi bahawa Allah SWT adalah Tuhan dan manusia adalah hamba-Nya[9]. Oleh itu. bukan matlamat akhir hidup manusia. Islam menjangkau ke dalam hal-hal ghaib dan metafizik. bukan kuantiti. Kedua-dua persoalan inilah yang membuatkan pembangunan lazim berbeza dan bertentangan dengan pembangunan berteraskan Islam.

Pengurusan pembangunan Islam bukan sahaja bertunjang kepada falsafah Islam itu sendiri. sebagai khalifah Allah. Banyak ayat-ayat alQur’an yang mempamirkan hal ini. Ertinya ia meliputi tiga alam (alam roh. Oleh itu pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus pembangunan yang holistik. Allah SWT mengurniakan satu lagi status kepada manusia. masyarakat. dan kepada-Nyalah kamu dibangkitkan” (al-Mulk: 15). Jadi hidup manusia di atas muka bumi tidak lengkap disebut sebagai mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat sahaja. Konsep khalifah di sini cukup memberi gambaran bahawa asal kejadian manusia memanglah sebagai pengurus sumber alam di atas dunia ini. dalam apa jua aspek dan aktiviti hidupnya. Ia meliputi tingkat pembangunan rohani. alam dunia dan alam akhirat. tetapi rangkakerjanya berasal dari alam roh. Ia patut disebut sebagai mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat melalui pelaksanaan penyaksian manusia dengan Allah SWT di alam roh. ‘keluarkan’ dan ‘berjalan dan makanlah rezeki’ cukup mempamirkan tugas-tugas kepengurusan manusia. Penyaksiannya dibuat di alam roh. di antaranya untuk minuman kamu dan di antaranya untuk tumbuh-tumbuhan. ekonomi. pengurusan pembangunan Islam meliputi pengurusan kesemua tingkat pembangunan. pada setiap saat. Berdasarkan tasawwur ini. Sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini. maka berjalanlah kamu pada beberapa penjurunya dan makanlah rezeki kurniaan-Nya. mudah-mudahan kamu bersyukur” (al-Nahl: 14). Perkataan ‘mengembala’. dunia dan akhirat). di sana kamu mengembala ternakan” (al-Nahl: 10). bukan dua alam sahaja. Dan ibadah ini berhubung rapat dengan alam roh dan alam akhirat. politik dan sebagainya. yakni sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini[11]. adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT[10]. bukan pembangunan terberai dan superfisial yang didokong oleh pembangunan lazim. Ertinya. di samping merangkumi kedua-dua pembangunan rohani dan jasmani. . Keredhaan Allah SWT ini tidak mungkin dapat dicapai kecuali pembangunan dijadikan alat beribadah kepada Allah SWT. pembangunan adalah merupakan alat manusia membuktikan kepada Allah SWT tentang ketaatannya sebagai pengurus. Tidak mungkin seseorang dapat beribadah kecuali dengan pembangunan kerohaniannya yang tinggi. Ia adalah merupakan alat untuk membuktikan kehambaannya kepada Allah SWT dalam pengurusannya itu. negara dan alam sejagat.tujuan hidup di dunia ialah untuk membuktikan bahawa sepenuh hidupnya. individu. keluarga. Ia meliputi alam roh. Ertinya pembangunan mengikut Islam mempunyai skala waktu yang panjang. Walaupun ia adalah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat (hasanah fid duniya wal akhirah). Di samping itu ia juga merangkumi semua aspek kehidupan. “Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau lihat kapal layar di laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki). “Dialah (Tuhan) yang menjadikan bumi itu rendah untukmu. manakala ganjarannya dikurniakan di alam akhirat. Untuk memudahkan usaha manusia membuktikan penyaksiannya itu. Antaranya adalah seperti berikut[12]: “Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit. maka redhalah Allah SWT. Kalau tugas sebagai hamba dan khalifah Allah SWT ini dilaksanakan manusia mengikut perjanjiannya dengan Allah SWT. pelaksanaannya dibuktikan di alam dunia. manusia adalah pengurus segala makhluk alam dunia. sebagaimana yang didefinisikan oleh Islam. dari sosial.

adalah tidak munasabah sesuatu pengurusan pembangunan itu dipanggil pengurusan pembangunan Islam jika yang diurus itu sebenarnya bukan pembangunan berteraskan Islam. sama ada pembangunannya Islam tetapi pengurusannya bukan Islam. bahawa pengurusan adalah merupakan satu bentuk kesenian yang berasaskan kemahiran dan bakat seseorang. yang bersifat pemusatan Barat (western ethno-centric) atau pemusatan Eropah (eurocentric). Secara khusus. Pengertian yang agak sama juga dikemukakan Mohd Shahar bin Sidek (1996:123) yang menyimpulkan bahawa pengurusan adalah merupakan “proses pengembelengan usaha dan tindakan secara . ERTI MENGURUS PEMBANGUNAN SECARA ISLAM Berdasarkan hujah-hujjah di atas. Pengertian begini agak tidak jauh berbeza dari pengertian umum pengurusan yang dikemukakan Yusof Ismail (1991). Secara lebih tegas. atau pembangunannya tidak Islam tetapi pengurusannya Islam. pengurusan pembangunan Islam hanya boleh menjadi Islam sekiranya kedua-dua pengurusan dan pembangunan adalah berdasarkan kepada ajaran Islam. maksud umum pengurusan Islam tidak banyak bezanya dengan pengurusan lazim. Berdasarkan erti pengurusan yang merujuk kepada perkaraperkara ini. Dan yang ketiga. Tidak boleh pengurusan pembangunan itu dikatakan Islam sekiranya pembangunan masih dianggap dimanifestasikan oleh bangunanbangunan besar dan hebat serta hotel-hotel empat dan lima bintang[13]. tetapi sebaliknya pembangunan lazim. sistem. maka Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:39) berpendapat kalau ada pun perbezaan antara pengurusan masakini dengan pengurusan Islam. Pertama. tidak kira yang lahir dari falsafah pembangunan pasca-klasikal atau radikal. bahawa pengurusan adalah merupakan satu pengkhususan yang berasaskan kepada beberapa prinsip dan peraturan-peraturan tertentu. Campur aduk ini cukup mengelirukan kerana sebagaimana yang telah dihuraikan di atas. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan Islam itu sendiri? Kalau mengikut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991).tetapi juga menggunakan perkaedahan analisis Islam. Kedua. dalam mengurus pembangunan secara Islam. tidak ada apa-apa erti sekiranya pembangunan itu berteraskan Islam tetapi pengurusannya adalah bersifat tidak Islamik. kaedah. ia hanya berlaku dalam beberapa aspek sahaja. kakitangan dan teknologi (alat)”[14]. Ertinya pengurusan itu mesti menentukan maksud pembangunan itu. Katanya matlamat pengurusan lazim atau masakini yang dianggap sekular ialah berbentuk duniawi semata-mata manakala matlamat pengurusan Islam ialah berbentuk dunia dan akhirat. terutamanya dalam aspek matlamat. Secara idealnya. Ia tidak boleh dicampur-aduk. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada sekurang-kurangnya tiga pendapat umum tentang pengurusan. Kedua-duanya merujuk kepada “kajian ilmiah dan juga satu kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang yang akan menjadi pengurus” (1991:37). Yusof Ismail (1991:35) melihat pengurusan sebagai “satu proses yang dilalui untuk mencapai matlamat tertentu” melalui ”kerjasama antara pihak pengurusan dan kakitangan umum” dan melibatkan unsur-unsur “matlamat (nilai). kedua-dua pengurusan dan pembangunan mestilah Islam. pengurus. Begitu juga. erti pembangunan dari kacamata Islam mempunyai maksud yang tersendiri. Tidak ada makna apa-apa sekiranya pembangunan diurus secara Islam sedangkan pembangunan yang diurus itu ialah pembangunan lazim. bahawa pengurusan itu merupakan satu kajian ilmiah yang berpandukan prinsip-prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa dan serentak dengan itu ia merupakan seni dan kebolehan seseorang yang akan memimpin dan mempraktikkan rancangan itu.

2.Berlaku ihsan (kebajikan) (An Nahl 16:90). Al Hujurat 49:13.Satu pengkhususan yang berasaskan kepada prinsip. dan 9. dengan penggunaan punca-punca yang diperolehi dengan diarahkan kepada mencapai tujuan tertentu”.Membangunkan individu semaksimum mungkin (Ali Imran 3:139. tanggungjawab di antara majikan dan pekerja. Al ‘Asr 103:1-3). pengawalan. melaksana dan menilai sesuatu tugas atau kerja[16]. etika kerja dan sebagainya. 2. ianya berbeza kerana pengurusan Islam. perhubungan dan komunikasi. 50).Menjaga kesejahteraan masyarakat (Al Baqarah 2:148).Berlaku adil (Al Maaidah 5:8. Asy Syams 91:8-10. sistem. 110). Oleh itu pengurusan Islam lebih bersifat jitu dan komprehensif. Wan Liz Ozman Wan Omar (1996)[15] pula menyenaraikan elemen-elemen yang terkandung di dalam pengurusan seperti berikut: 1. Pengurusan lazim terhad kepada pengertianpengertian yang telah disebutkan di atas. 5. Pendek kata pengurusan Islam . 3. metodologi dan peraturan tertentu dalam mengendali. Asy Syuura 42:38). sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991). semua mestilah berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh ajaran dan pandangan hidup Islam (Wan Liz Ozman Wan Omar 1996:67). Pengurusan Islam sebaliknya menjangkauinya dengan mengambil falsafah Tauhid sebagai terasnya. 3.Kemahiran dalam merancang dan melaksanakan sesuatu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Pelaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam.bersama. Al Mujaadilah 58:9). nampak tidak berbeza dengan pengertian pengurusan lazim. 7. Tetapi pada hakikatnya. Dalam apa sahaja aspek yang bersangkutan dengan pengurusan seperti proses membuat keputusan. terselaras dan sistematis. mengawas. berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut: 1. Al Qasas 28:77.Mewujudkan jamaah (As Saff 61:4).Membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam (Al Maaidah 5:44. pengertian sebegini. Kesemua ini mempamirkan bahawa yang membezakan pengurusan Islam dengan pembangunan lazim ialah teras falsafahnya. 4. misi ataupun visi dan 4.Melaksanakan syura (Ali Imran 3:159.Menyelaras tenaga manusia dan sumber-sumber mengikut perancangan bagi mencapai sesuatu objektif. 45. perancangan. pelaksanaan projek. Secara kasar. seperti kata Yusof Ismail (1991:46).Melaksanakan makruf dan mencegah mungkar (Ali Imran 3:104. Al-Rum 30:38) dengan mentaati Allah SWT dan Rasulallah SAW (An-Nisaa 4:59)[17]. An Nisaa’ 4:129). 6.Mencari keredhaan Allah (At-Taubah 9:72). 8. 47.

and His vicegerent on earth (khalifah) performs righteous deeds (‘amal salih) based on the principles of cooperation and consultation (shura). Kaedah pengurusan Islam ialah kerjasama dan musyawarah yang terkandung dalam konsep syura[20]. masyarakat. keluarganya. Beliau telah mempamirkan maksud pengurusan yang holistik ini melalui apa yang beliau panggil pendekatan tawhidic. negeri. mischief. The ultimate objective of management is to attain al-falah (felicity)”[19]. atau pengurusan perniagaan sematamata. Pendeknya pengurusan pembangunan meliputi segala kegiatan yang diamalkan oleh setiap orang. from the tawhidic approach. Boleh dikatakan semua penulis melihat pengertian pengurusan Islam secara holistik begini dan menghubungkannya dengan Tauhid. The purpose of management/administration is the building of a civilization based on tawhidic ethical values. secara Islam. ekonomi dan politik serta gabungan antaranya. at the same time. di peringkat kampung. ensure the abolishment of corruption. Ia meliputi. in which man as servant of God. apakah pula pengertian pengurusan pembangunan Islam? Oleh kerana pembangunan berteraskan Islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia. is the fulfilment of the primordial contract (the amanah) between God and man. pengurusan sumber manusia. asal saja ianya berlandaskan kepada aqidah dan tasawwur Islam. usaha Imam Al Ghazali membersihkan aqidah masyarakat yang bercampur aduk. Begitu juga dengan usaha Imam Abu Hanifah. Pendeknya pengurusan pembangunan Islam meliputi segala pengurusan Islam yang bersangkutan dengan segala aspek kehidupan manusia. thus management must. negara atau antarabangsa. organisasi sosial. rangkakerja pengurusan ialah rahsia penciptaan dan fungsi kehidupan manusia yang termeterai dalam perjanjian manusia dengan Allah SWT (bahawa manusia adalah hamba dan khalifah Allah SWT). Mohd Affandi Hassan (1992:56) berkata begini: “Management and administration. maka pengurusan pembangunan Islam juga merupakan pengurusan segala aspek kehidupan manusia ini sama ada dari perspektif sosial. sama ada untuk dirinya. dari peringkat rohani hinggalah kepada peringkat keluarga. dapat kita simpulkan begini. . Dari definisi Mohd Affandi Hassan ini.merangkumi seluruh rahsia penciptaan dan tujuan hidup manusia sebagaimana ditetapkan oleh Allah SWT[18]. Kalau begini pengertian pengurusan Islam. usaha Khalifah Umar Abdul Aziz membersihkan jentera kerajaan seperti menghapuskan percukaian yang tidak adil. and injustice (al-fasad) in order to establish ‘adl (justice) both in organizations as well as in society. Dan matlamat akhir pengurusan Islam ialah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. negara dan alam sejagat. organisasi pekerjaan. dan usaha Syaikh Ahmad Sirhindi membersihkan ajaran tasawwuf songsang dengan memberikan ajaran tasawwuf tulen (Yusof Ismail 1991:5-6). usaha Ibnu Taimiyah menentang taqlid buta dan mempelopori ijtihad. Imam Malik. Ia oleh itu melampaui pengurusan lazim yang hanya terhad kepada pengurusan organisasi. Yang paling ketara dan agak jitu ialah penghuraian Mohd Affandi Hassan (1992). dari aspek pengurusan kerohanian hinggalah kepada pengurusan pemerintahan[21]. Tujuan pengurusan Islam ialah untuk melahirkan tamaddun yang adil tanpa perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Pertama. Semuanya boleh dianggap sebagai pengurusan pembangunan Islam. daerah. umpamanya. Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal menjalankan kerja-kerja tajdid mereka tanpa bantuan pemerintah.

Kelantan hanya mampu melaksanakan beberapa aspek Islam dalam pembangunan. Dengan berbagai keterhadan yang ada. tidak mudah menguruskan pembangunan berteraskan Islam sebagaimana idealnya kerana tidak mudah . yang manakah yang patut dilaksanakan dahulu. tidak mudah meruntuhkan pembangunan lazim sepenuhnya dan menggantikannya dengan pembangunan berteraskan Islam. tidak dapat dikesani mana-mana negara pun yang telah menjadi negara Islam dan melaksanakan pembangunan berteraskan Islam sepenuhnya. Kesemua contoh ini mempamirkan bahawa dalam keadaan realiti sosio-ekonomi dan politik masakini. dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini. Walaupun ada usaha membangunkan negara dan pembangunan secara Islam seperti yang cuba dilakukan di Pakistan. Kelantan juga. Tetapi pembangunannya belum boleh dianggap sebagai pembangunan Islam sepenuhnya. Sudan. namun semuanya masih belum dapat lepas lari dari falsafah pembangunan lazim Barat tadi. Begitu juga. tidak dinafikan bahawa pengurusan pembangunan Islam yang ideal di atas tidak mudah direalisasikan. Begitu juga dengan pengurusan pembangunannya. Tetapi usaha pengIslaman pembangunannya sedang menuju kembali ke arah pembangunan Barat. Pakistan telah mengistiharkan dirinya sebagai sebuah Republik Islam tetapi ternyata pembangunan dan pengurusan pembangunannya belum Islamik. tidak mudah meruntuhkan negara sekular untuk menubuhkan negara Islam sepenuhnya. Malah di negara-negara yang telah cuba membentuk negara Islam. Dalam keadaan demikian. sudah hampir satu dekad diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia. Dan bermula pada tahun 1989. Republik Islam Iran mengalihkan model pembangunannya kepada model China-Saudi Arabia[28]. hampir tidak ada usaha membangunkan Republik itu secara Islam. Malah secara amnya. Iran mengamalkan teori ekonomi ‘divine harmony’[26]. Namun begitu usaha pembentukan negara Islam dalam keadaan masakini juga terbukti tidak mudah. pengurusan pembangunan Islam belum berlaku sepenuhnya. etika dan prinsip-prinsip Islam direalisasikan[23]. negara Islam atau pengurusan pembangunan Islam? Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992) berpendapat bahawa satu ‘organisasi Islam’ (dalam konteks perbincangan kita barangkali boleh diistilahkan sebagai negara Islam) mestilah diwujudkan sebelum model yang meliputi kebendaan. kerohanian. Tambah lagi dalam menguruskan pembangunan. dengan sama ada falsafah pasca-klasikal yang melahirkan teori pembangunan pertumbuhan dan pengagihan-dengan-pertumbuhan atau falsafah radikal yang melahirkan teori pembangunan strukturalis dan pergantungan. Malah di seluruh dunia. tetapi tidak dapat melepaskan dirinya dari rangkakerja pembangunan lazim[29]. apatah lagi pengurusan pembangunan Islam. Pada peringkat awal pemerintahan Islam (1979-81). ekonominya liberal kapitalis dan politiknya demokrasi berpandu. Iran. kecuali dalam urusan zakat dan perbankan Islam[25].MENGURUS PEMBANGUNAN SECARA ISLAM DALAM REALITI SOSIO-EKONOMI DAN POLITIK MASAKINI Dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini. Iran juga telah menubuhkan Republik Islam selepas Ayatollah Rohullah Khomeini menjatuhkan Shah Pahlavi dalam tahun 1979. atau secara lebih mikro seperti yang cuba diusahakan di Kelantan dan Terengganu[22]. dalam pusingan kedua sekarang. Malaysia. PAS. Kemudian ia berubah kepada kaedah India-Soviet[27]. Tambahlagi di Malaysia yang keadaan sosialnya berbilang kaum dan agama. Begitu juga dengan pendapat kebanyakan pejuang Islam seperti Parti Islam SeMalaysia. Sekarang ia dianggap sebagai beransur-ansur kembali kepada cara hidup lama yang dikenali di Iran sebagai ‘Westoxication’ (Amuzegar 1993:328-329). PAS[24]. Rata-rata pembangunan masih didominasi oleh falsafah Sains Sosial Barat.

pengurusan dan pembangunan berteraskan Islam secara menyeluruh dan komprehensif. satu perancangan dan strategi yang sistematik dan dinamik perlu diatur. Walaupun tanpa negara dan pembangunan Islam yang cukup Islam. Mengurus pembangunan rohani bererti mengurus iman dan nafsu manusia. Mahu tidak mahu. Ia pertamanya perlu mengurus pembangunan yang berdasarkan kepada ideologi lazim. Ertinya kesemua perancangan ini perlu disepadukan ke dalam satu pelan induk. manakala negara Islam yang diperlukan untuk mendaulat pengurusan dan pembangunan Islam ini masih belum benarbenar wujud lagi. bermusim atau impromptu. umpamanya dengan mengadakan pelan induk dan blue-print yang boleh menjadi . Dan dengan pelan induk yang sepadu ini. Namun begitu. KESIMPULAN Secara idealnya. Oleh kerana pembangunan berteraskan Islam bererti pembangunan kedua-dua rohani dan jasmani. Nafsu pula mesti ditingkatkan dari nafsu ammarah. tambah lagi negara yang berasaskan kepada perundangan Barat. pengurusan pembangunan Islam tetap boleh dilaksanakan. pengurusan pembangunan Islam boleh bermula dengan menguruskan pembangunan lazim tanpa menunggu wujudnya negara dan pembangunan Islam yang cukup Islam. Untuk ini. bukan berpisah. Oleh itu. nafsu radhiyah dan nafsu kamilah yang terpuji. nafsu lawwamah dan nafsu mulhamah yang jahat kepada nafsu mutmainnah. kepayahan ini bukanlah manifestasi pandangan pesimistik. Iman mesti ditingkatkan daripada iman taqlid dan iman ilmu yang rendah kepada iman ‘ayan. Ia tetap memerlukan satu blueprint dan pelan induk. maka pembangunan jasmani tidak akan mempunyai kesan-kesan sampingan seperti yang dialami oleh pembangunan lazim. pengurusan pembangunan Islam bermaksud mengurus pembangunan berteraskan Islam dengan menggunakan kaedah pengurusan Islam. Tugas utama pengurusan pembangunan Islam pada peringkat ini ialah pengislaman pembangunan itu sendiri. Dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini. Malah pembangunan rohani sebagai tunjang akan melahirkan pembangunan jasmani yang kemas dan kuat. Pembangunan rohani mesti dibangunkan dalam konteks pembangunan jasmani. Yang perlu ialah kebijaksanaan dan hikmah untuk menerapkan prinsip-prinsip Islam tersebut dengan sifat-sifat yang dinamik dan fleksibel asal ianya tidak bertentangan dengan Islam. Semua ini memerlukan satu perancangan dan strategi yang kemas dan sistematik. Dalam realiti sosio-ekonomi dan politik masakini. dalam keadaan sosio-ekonomi dan politik masakini. Dengan peningkatan ini. mengurus pembangunan secara Islam pada masakini bererti menguruskan pembangunan yang tidak Islam agar ianya menjadi Islam.membentuk negara. hal ini tidak mudah dilaksanakan. maka blue-print dan pelan induk itu mesti meliputi kedua-dua bidang ini secara bersepadu. Ia tidak boleh dilakukan secara ad-hoc. Tetapi pada realitinya. Adalah sangat mustahil pengurusan dan pembangunan Barat. pembangunan lazim dapat diurus hingga akhirnya ia dapat diIslamkan sepenuhnya. bukan revolusi. agar sedikit demi sedikit pembangunan sedemikian dapat diIslamkan. pengurusan pembangunan Islam terpaksa direalisasikan melalui kaedah akomodatif dan evolusi. iman haq dan iman haqiqat yang tinggi. cuma tidaklah secara idealnya. tetapi jangan apologetik dan permisif. Kaedahnya ialah kaedah akomodatif. Pembangunan dan pengurusan lazim masih menjadi model dominan. dapat diruntuhkan secara mendadak dan total serta digantikan dengan pembangunan berteraskan Islam secara sekaligus. Ia berbentuk evolusi. peluang melaksanakan pengurusan pembangunan Islam tidaklah segelap itu.

[2] Misalnya Todaro (1977) menghubungkaitkan pembangunan dengan perubahan institusi sosial. Walaupun falsafah pembangunan radikal nampak agak berbeza dengan falsafah pembangunan pasca-klasikal. Rahimah Abdul Aziz (1989:45-48) pula merujuk kepada satu senarai yang agak panjang. Rostow 1956. Untuk perbincangan ringkas tentang perkembangan ini. pendapat umum. agama. struktur pentadbiran. Ini ditambah kemudiannya dengan perubahan dan tindakan sosial (lihat Goulet 1971:6). kekurangan jumlah pengangguran dan ketaksamaan. peningkatan kualiti hidup. keselamatan. Pada awal abad ke-20 pula. Manakala yang berteraskan kepada falsafah radikal yang telah menjadi landasan kepada sistem sosialisme dan komunisme ialah teori strukturalis dan teori pergantungan. perindustrian. adat resam dan kepercayaan. perkembangan pemikiran dan sikap. penghapusan masalah-masalah yang dialami majoriti manusia. faedah kepada sebilangan besar rakyat. budaya dan politik. NOTA [1] Sebenarnya pengertian pembangunan itu sendiri berkembang mengikut masa. pembangunan merujuk kepada perindustrian. kemajuan ini digantikan dengan perubahan sosial (lihat Parsons 1951 dan Coser 1967). modenisasi atau pertumbuhan ekonomi (lihat Sunkel 1977:6-7. keadilan. matlamat sosial. penyediaan pekerjaan. perluasan pilihan individu. Misalnya. penghapusan eksploitasi dan penindasan. [5] Imej positif pembangunan ini berlaku dalam kedua-dua falsafah pembangunan pascaklasikal dan radikal. namun asas ideologi kedua-duanya adalah sama. Dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20. memenuhi kepentingan kumpulan sasaran. khususnya dalam tahun-tahun 1950-han. Teori pembangunan radikal mengistilahkan ekonomi itu sebagai substruktur manakala bidangbidang kehidupan yang lain itu sebagai superstruktur. Seers (1977. hanya bersifat metodologikal dan teknikal serta hanya berlaku di peringkat operasional. pelaksanaan agihan kuasa dan keadaan politik. perbandaran. penggunaan tenaga. penyertaan kesemua pihak terutama kumpulan sasaran. Kini maksud pembangunan diperluaskan mengikut kehendak semasa. undangundang dan sebagainya itu adalah merupakan asas kepada penganalisaan teori pembangunan lazim. Perbezaan antara keduanya.panduan kepada perjalanan ke arah merealisasikan pengurusan pembangunan Islam sepenuhnya. pembangunan disamakan dengan kemajuan (lihat Chodak 1973:21). [3]Tanggapan bahawa ekonomi merupakan faktor penentu kepada kesejahteraan bidangbidang kehidupan yang lain seperti pendidikan. barangan dan perkhidmatan serta penggunaannya. Pembangunan dikatakan berhubungkait dengan pemenuhan keperluan asas. teori pembangunan radikal hanya menyerang kaedah-kaedah pembangunan dan pengagihan hasil yang dilagang oleh teori-teori . peningkatan perasaan harga-diri. pengambil-kiraan nilai. penggunaan teknik-teknik baru. modenisasi. sama ada yang berteraskan kepada falsafah pasca-klasikal atau falsafah radikal. nilai kesusilaan. kesihatan. 1979) merujuk pembangunan kepada penghapusan kemiskinan. kalaupun ada. 1960). [4] Antara teori pembangunan yang berteraskan falsafah pasca-klasikal yang telah menjadi landasan kepada sistem kapitalisme ialah teori pertumbuhan dan teori pengagihan-denganpertumbuhan. Galeski 1972:275. kepercayaan dan sistem kelas. lihat Rahimah Abdul Aziz 1989:27-34. pembebasan dari pergantungan. kebudayaan. pemenuhan keperluan ekonomi. Selepas Perang Dunia Kedua.

perubatan. Ahli teori pembangunan radikal Karl Marx pula menyarankan tiga tahap berikut: masyarakat pra-kapitalis (yang bersifat feudal dengan ragam pengeluaran Asiatic yang tidak mempunyai konflik antara kelas dan oleh itu statik). Allah berfirman: “Hai Adam. [10] Ibadah terbahagi kepada tiga bentuk. kedua. masyarakat kapitalis dan masyarakat pasca-kapitalis. manakala andaian asasnya seperti konsep ‘kekurangan (scarcity) sumber-sumber’ dan ‘kemahuan tidak terhad’ tetap tidak ditolaknya. masyarakat tradisi (istilah Rostow) atau masyarakat prakapitalis (istilah Marx) mesti dihapuskan kalau ingin membangun. Pertama ialah ibadah asas (merangkumi penegakan rukun Islam dan iman). anak isteri. Maka jawab mereka: Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami terlupa terhadap hal ini”. ibadah umum seperti mengatur rumahtangga. menuju ke arah kematangan dan zaman penggunaan secara besar-besaran. Hal ini diperkuatkan lagi dengan Surah alZaariyat ayat 56-57 yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:2048. sesungguhyna Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. amalan utama (fadho-ilul-amal) seperti amalan-amalan sunat. “Ya. Dalam kedua ideologi pembangunan ini. Allah mengajarnya semua nama barang kemudian dibawa barang-barang itu kepada Malaikat. [7] Ahli teori pembangunan pasca-klasikal Rostow (1960) misalnya. lihat Muhammad Syukri Salleh 1987:69-70. khususnya terhadap pendapat S. negara serta alam sejagat (Muhammad Syukri Salleh 1987:55).Husin Ali. pendidikan. kami menjadi saksi. beritahulah kepada Malaikat nama barang-barang ini” (al-Baqarah: 30-32). mengorak langkah. manakala bagi Marx ialah masyarakat komunis. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga meminta mereka memberi Aku makan”. . sosial. Jawab mereka: “Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau ajarkan kepada Kami.pembangunan pasca-klasikal. dan ketiga. jika kamu yang benar”. [8] Untuk perbincangan lanjut tentang perkara ini. prasyarat untuk mengorak langkah. percaya setiap masyarakat yang ingin membangun mesti melalui lima tahap berikut: masyarakat tradisi. lalu Allah berfirman: “Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini. [11] Allah SWT berfirman maksudnya: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Puncak pembangunan bagi Rostow ialah kepenggunaan secara besar-besaran. [12] Perkataan-perkataan dalam bentuk italic adalah penekanan saya. [6] Untuk melihat kritik Islam terhadap perkara ini. yakni sosialis atau komunis. [9] Lihat Surah al-A’raf ayat 172 yang bermaksud: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab roh. berkhidmat untuk masyarakat dalam soal-soal ekonomi.

[17] Prinsip ini diperkuatkan oleh penjelasan Rasulallah SAW (Hasyr 59:7) bersandarkan pada Al-Qur’an (Al Jathiyah 45:20) yang menjadi petunjuk dan penawar (Fussilat 41:44). [20] Mohd Affandi Hassan (1992) telah mengemukakan model pengurusan dengan syura (management by shura) di bahagian akhir penulisannya ini. melaksana dan menyeliakan apa yang telah diputuskan oleh politik. lihat Muhammad Syukri Salleh 1996a. lihat Lampiran III. lihat Lampiran II. Harakah. panduan. menyamakan maksud pengurusan dengan maksud pentadbiran. Lihat pendapat Mustafa Haji Daud (1994:18) yang dipetiknya dari Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:283-290). [26] Premis asas ‘divine harmony’ ini bukan kekurangan (scarcity) dan keperluan peruntukan sumber-sumber sepertimana yang menjadi premis asas teori pembangunan lazim. [25] Koresponden penulis dengan Timbalan Auditor-General Republik Islam Pakistan yang juga ahli ekonomi Islam terkemuka. Muhammad Akram Khan. [16] Un tuk melihat Model Sistem Pengurusan Islam yang dikemukakan oleh Wan Liz Ozman Wan Omar ini dalam gambarajah. Sebaliknya . [15] Wan Liz Ozman Wan Omar (1996) ini. lihat Muhammad Syukri Salleh 1995. Pengurusan dikatakan berfungsi untuk membuat perancangan. [14] Untuk melihat Model Pengurusan Islam Yusof Ismail ini dalam gambarajah. 13 April 1998. lihat Lampiran IV. memberi arahan. seperti juga Mustafa Haji Daud (1994). teliti dan amali. ms 28. lihat Lampiran I. Mac 1998. Organisasi Islam di sini merujuk kepada sebuah organisasi ekonomi yang mengikuti sepenuhnya prinsip-prinsip dalam al-Qur’an dan Sunnah.[13] Hal ini misalnya tercatat dalam ruangan Cakap-Cakap Orang Kelate yang diterbitkan akhbar rasmi PAS. 1996b and 1998. Untuk melihat bagaimana beliau menghubungkan perkara ini dengan teori pengurusan dalam Islam dalam gambarajah. penyusunan. Lihat “Pembangunan Goyang Kelantan?” Harakah. [21] Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa pemikiran pengurusan merupakan badan tindak dan pelaksanaan falsafah politik secara terperinci. [22] Untuk perbincangan tentang usaha Kelantan dan Terengganu ini. [24] Untuk perbincangan tentang perkara ini secara lebih terperinci. [23] Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey (1992) mengatakan demikian ketika menyarankan pelaksanaan model untuk menerapkan ajaran Islam dalam urusan perjawatan organisasi. [19] Untuk meneliti definisi Mohd Affandi Hassan ini dalam bentuk gambarajah. Lihat mukasurat 59-74. motivasi dan penilaian prestasi. [18] Sebenarnya persoalan tentang rahsia penciptaan dan tujuan hidup manusia ini ada juga dibincangkan Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991:3-18) di awal bukunya ini tetapi secara agak terpisah dari penghujjahannya tentang pengurusan di atas.

(terjemahan Abd Rashid Ngah dan Jusoh Kadir). Galeski. . Mohd Shahar bin Sidek. lihat Muhammad Syukri Salleh 1995. 1971. Pengurusan Dalam Islam. Jahangir Amuzegar. 1991. 1993.premis teori ‘divine harmony’ ini ialah banyak (plenty) dan tugas pengagihan semula pendapatan. penyunting. The Tawhidic Approach in Management and Public Administration: Concepts. Iran’s Economy Under the Islamic Republic. Chodak. keterhadan politik yang meliputi kekurangan pengalaman. 13 April 1998. Walau bagaimanapun. Mawdudur Rahman dan Muhammad Al-Buraey. konflik antara Persekutuan dan Negeri. The American Journal of Islamic Social Sciences. Harakah. London: I. ms 119-157. Oxford: Oxford university Press. B.. L. Principles and an Alternative Model. Untuk perbincangan terperinci tentang perkara ini. Abd Halim El-Muhammady. Cakap-Cakap Orang Kelate.. D. “Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam”. Tauris. Winter.. 1967.12. [28] Model ini bersifat nasionalis/pragmatis di mana kapitalis. 1972.. Coser. Sociologia Ruralis.4. “Pembangunan Goyang Kelantan?”. penolakan terhadap budaya pengguna (consumerism). pasaran bebas. dlm. Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration (INTAN). Selangor Darul Ehsan: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah. S. ms 28. Goulet. Continuities in the Study of Social Conflict. Jil. Jilid 9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New York: The Free Press. The Cruel Choice. “An Islamic Perspective of Organization Controls and Performance Evaluation”. Mohd Affandi Hassan. [27] Kaedah India-Soviet ini dicirikan dengan insulariti ekonomi (economic insularity) dan kecenderungan ke arah saradiri. No. [29] Antara keterhadannya ialah kekurangan konseptual. Abol Hassan Bani-Sadr. BAHAN RUJUKAN Ahmad Ibrahim Abu Sin.B. “Conflict and Change as an Aspect of Development”. 1996. 1992. kekurangan pakar pembangunan Islam. New York: Atheneum. dan penekanan ke atas penggantian impot (import substitution) dan bukannya ke atas perluasan ekspot. ekonomi pasaran wujud bersama dengan ideologi bukan-kapitalis sebagai bahan rujukan mutlak dan pengawasan politik (political beacon). dan keterhadan undang-undang Persekutuan. Societal Development. Pengurusan Dalam Islam. teori ini tidak hidup lama seperti tidak lamanya karier politik penulisnya. kekurangan bantuan dari PAS Pusat. 1973. dominasi negara ke atas ekonomi. 1992.

di School of Oriental and African Studies (SOAS). 66. 1979..Muhammad Syukri Salleh.2. 1987. Pengurusan Islam.3.1. 1990-95”. 1995. London. 1989.. 1956. Vol. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Political Economy of Development in Malaysia. S. Julai-Disember. Jil. Penang. Bil. UK. 1999. Muhammad Syukri Salleh. Ghosh & Muhammad Syukri Salleh. Muhammad Syukri Salleh. Sunkel. 1976. International Development Review. Diterbitkan dalam South East Asian Studies (Kyoto. eds. 1977. No. “Islamic Development Without Islamic State: An Analysis of Islamic Development Approach in Terengganu. “The Development of Development Thinking”. Mustafa Haji Daud. 1994. 1951. O.N.. Institute of Development Studies Bulletin (IDS). dlm. London: Frank Cass. 1996a. W. Vol. A Non Communist Manifesto. 1977. “Political Economy of Islamic Development: Case Analysis of Kelantan and Terengganu”. IKIM Journal (Kuala Lumpur).. Pengantar Sosiologi Pembangunan. dlm.37. 1996b. anjuran International Project on Islamic Political Economy (IPIPE). 1960. 1971. B. di University of Leiden. Malaysia”. No.235-256. Edisi kedua. Bil. “The Take-off Into Self-Sustained Growth”. Economic Journal.. “The Top-Down Approach to Islamic Development: The Experience of PAS in Kelantan. . Bil.W. T. “Establishing an Islamic State: Ideals and Realities in Kelantan.7. The Netherlands.73-92. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. D.2..22. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Glencoe: The Free Press. Apa Erti Pembangunan..Husin Ali. Lehmann. The Stages of Economic Growth. 10-11 Disember. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. Massachusettes: Cambridge University Press. kertaskerja yang dibentangkan di Second International Conference on Islamic Political Economy: Methodology and Practice From an Asian Perspective in Response to Globalization. 24-27 April. Rahimah Abdul Aziz. Muhammad Syukri Salleh. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.W. with a Postscript”.. Malaysia”. Rostow. Muhammad Syukri Salleh. Seers. kertaskerja dibentangkan di Association of Southeast Asian Studies United Kingdom (ASEASUK) 1996 Conference. “The New Meaning of Development”. Parsons. ms. 1998. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. Development Theory: Four Critical Studies. 1999. Universiti Sains Malaysia. kertas dibentangkan di European Association for Southeast Asian Studies (EUROSEAS) Conference 1995. Malaysia”. D. Pembangunan Berteraskan Islam. Japan). Diterbitkan dengan tajuk “Islamic State and Development: The Political Economy of Wawasan SIHAT in Terengganu. Rostow. W. ed. The Social System. D. 29 Jun-1 Julai. “The Meaning of Development. ms. Seers.

1996. Pengurusan Islam Abad Ke-21: Revolusi Pengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat. Mengurus Secara Islam: Model dan Prinsip-Prinsip Pengurusan Islam Bagi Individu dan Organisasi. http://www.Todaro.com/idmpusm/ucaputama. 1991.html .S. New York: Longman Press. M. Economic Development in the Third World. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. 1977.Noordeen. Kuala Lumpur: A. Wan Liz Ozman Wan Omar.geocities. Yusof Ismail..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful