You are on page 1of 12

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
SYARAHAN PIALA PERPADUAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

A. PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap


menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan
berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan
topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan
nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan
bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan
membujuk.

Penyusunan format syarahan

Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body)


dan penutup (conclusion).

Pengenalan syarahan

Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-


perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan
salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang
biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya.
Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk
secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan).

Isi syarahan

Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi


bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh,
petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan
sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta
hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti “Hadirin yang dihormati”,
“Hadirin sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya.

Penutupan syarahan

Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat


bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan
syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan
syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 97 97


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

Langkah yang perlu dititik beratkan semasa mengakhiri syarahan:

1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan


tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah
disampaikan.

2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun


dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan.

3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

B. KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MALAYSIA SJKC & SJKT

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis


Kebangsaan ( Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala
Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2014.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)


menguasai serta mempertingkat tahap penggunaan bahasa
Malaysia.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur


dalam bahasa Malaysia

2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina)


SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah

2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’.

2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)


menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian
mereka.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 98 98


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN

3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan kaum Melayu (Rujuk


Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa
ibundanya bukan bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.

3.2 Johan Kebangsaan tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai


pertandingan ini pada semua peringkat.

3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai satu jenis pertandingan


sahaja.

4.0 BILANGAN PESERTA

Setiap negeri layak menghantar (1) seorang peserta sahaja untuk


menyertai pertandingan ini pada peringkat kebangsaan.

5.0 HAD MASA

Setiap peserta diberi masa (5) lima minit untuk bahagian pertama dan
masa (3) tiga minit untuk bahagian kedua. Tiada peruntukan markah
selepas loceng kedua dibunyikan. Loceng akan dibunyikan sekali (1) minit
sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan (2) dua kali apabila
masa telah tamat.

6.0 Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta


wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta
setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan
oleh Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara
majlis dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan
diri, sekolah dan negeri masing-masing.

6.1. Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan


tajuk yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil
bahagian. Tema tajuk mestilah berdasarkan tema 'Gagasan
1Malaysia'.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 99 99


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

6.2 Bahagian Kedua

6.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan


selepas sahaja selesai pertandingan syarahan bahagian
pertama .

6.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing


secara spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh
jawatankuasa pertandingan.

6.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang


disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya
kepada juruacara tanpa membuka sampul tersebut.

6.2.4 Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta


telah berada di atas pentas.

6.2.5 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja


juruacara selesai membaca tajuk syarahan spontan.
Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan
mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas
catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

6.2.6 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan bermulanya


masa persediaan dan (2) dua kali menandakan tamatnya
masa persediaan dan bermulanya masa syarahan spontan.

6.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan


sebelum tamatnya masa persediaan.

6.3 Syarat-syarat Pertandingan

6.3.1 Peserta diberi masa (5) lima minit untuk syarahan bahagian
pertama, dan (3) tiga minit untuk syarahan bahagian kedua.

6.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, (1) satu minit sebelum


tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian
pertandingan.

6.3.3 Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan


bagi setiap bahagian pertandingan, tidak akan diberi
markah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 100 100


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

6.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan


dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap
keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong.

6.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan


adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah
adab dipotong.

6.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu


sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak
sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/
mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan
sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan.

6.3.7 Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer sekolah yang


tidak menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Warna
blazer hendaklah berwarna gelap. Peserta lelaki juga
dikehendaki bertali leher dan berseluar panjang yang juga
berwarna gelap.

6.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar


mana-mana peraturan di atas.

7.0 TAJUK

Tajuk bahagian pertama akan disediakan oleh pihak sekolah yang


mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan ini dan tajuk tersebut
boleh digunakan pada semua peringkat pertandingan. Manakala tajuk
bahagian kedua akan disediakan oleh pihak urus setia pertandingan di
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah berdasarkan
tema 'Gagasan 1Malaysia' dengan menggunakan kata kunci seperti
faedah-faedah, kesan-kesan dan faktor-faktor. Contoh tajuk
'Kebaikan mengadakan rumah terbuka di Malaysia'.

8.0 PERTANDINGAN SARINGAN

Pertandingan saringan akan diadakan untuk memilih 10 orang peserta


terbaik sahaja. 10 orang peserta terbaik ini akan bertanding di peringkat
akhir dan diadili oleh hakim yang berbeza.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 101 101


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

9.0. PERATURAN PEMARKAHAN / FORMAT PENGHAKIMAN

9.1. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama

9.1.1 Idea / Isi ( 20 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan


tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong
oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh
huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah


Huraian – 3 markah
Data / contoh – 1 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 6 markah
(6m x 3 = 18 markah + 2 markah takrifan tajuk = 20
markah).

9.1.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang


jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang
berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

9.1.3 Gaya Persembahan ( 50 markah )

9.1.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi


persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
tidak digalakkan dan menjejaskan markah
persembahan)

9.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara


yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

9.1.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap


selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 102 102


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

akan terjejas sekiranya peserta tidak


memberi ucap selamat terlebih dahulu.
Lima markah maksimum akan dipotong jika
peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan / tutur kata yang
kurang sopan.

9.2. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Kedua


(Spontan)

9.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan


dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan
dihuraikan dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markah


Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40
markah).

9.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang


jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa
yang berkesan dan tepat dengan maksud yang
hendak disampaikan.

9.2.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )

9.2.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi


persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
tidak digalakkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 103 103


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

9.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara


yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

9.2.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap


selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan
akan terjejas sekiranya peserta tidak
memberi ucap selamat terlebih dahulu.
Lima markah maksimum akan dipotong jika
peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang
kurang sopan.

10.0 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

10.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
oleh reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.

10.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
(semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya)
sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

10.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM


JURI.

10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

11.0 KUASA DAN TUGAS PENGERUSI PERTANDINGAN

11.1 Setiap sesi pertandingan akan dipengerusikan oleh seorang


pengerusi pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa
Pelaksana.

11.2 Kuasa dan tugas pengerusi pertandingan:


i. Mengelolakan pertandingan dari awal hingga akhir.
ii. Menasihati peserta supaya berhenti jika melebihi 7 minit.
iii. Berhak memberhentikan peserta yang menyentuh isu-isu
sensitif.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 104 104


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

12.0. Tarikh Pertandingan

12.1 Peringkat Daerah :


12.2 Peringkat Negeri :
12.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
Tempat :
12.4 Peringkat Akhir Kebangsaan :
Tempat :

13.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh


Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan
Pendidikan Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan
pertandingan pada satu-satu masa.

14.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh


Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

13.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Jabatan


Pelajaran Negeri masing-masing.
15.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 105 105


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

PERATURAN
PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan


(Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Piala Perpaduan Perdana
Menteri Peringkat Kebangsaan 2014.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)


menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa
Malaysia.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur


dalam bahasa Malaysia.

2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina)


SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.

2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’.

2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)


menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian
mereka.

3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Malaysia di


SJK (Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya
bukan Bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.

3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat


Kebangsaan pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini di semua peringkat.

3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan


sahaja.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 106 106


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

4.0 BILANGAN PESERTA

Setiap negeri layak menghantar LIMA (5) orang peserta sahaja untuk
menyertai pertandingan ini di Peringkat Kebangsaan.

5.0 SOALAN-SOALAN

5.1 Soalan-soalan Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan akan


disediakan oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.2 Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan


pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang
akan diuji termasuklah pemahaman, peribahasa, tatabahasa,
perkataan berlawanan, perkataan seerti dan perkataan-perkataan
lain yang termasuk dalam sukatan pelajaran.

5.3 Jumlah soalan objektif ialah seratus (100) bagi bahagian I dan 20
soalan tambahan di bahagian II.

5.4 Masa untuk menjawab Bahagian I - 1 jam (100 soalan)


Bahagian II - 20 minit (20 soalan)

6.0 CARA PENGHAKIMAN

6.1 Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik
oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

6.2 Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah
penuh ialah (100).

6.3 Bagi peserta-peserta yang mendapat markah yang sama,


pemenang akan ditentukan berdasarkan markah yang diperoleh
pada bahagian II.

6.4 Jika masih mendapat markah yang sama, maka pemenang akan
dirujuk kepada markah bahagian petikan(Pemahaman Bahagian 1).

6.5 Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 107 107


PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

7.0 PENGIRAAN MARKAH

7.1 Hadiah Berpasukan (Johan Kebangsaan)


Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi
ujian bertulis ditambah dengan jumlah markah purata syarahan
untuk menentukan Johan Kebangsaan. Johan Kebangsaan akan
menggondol Piala Perpaduan dan boleh menyimpan piala
pusingan itu selam satu tahun. Jika terdapat negeri yang
memperoleh jumlah markah yang sama, negeri yang mendapat
markah tertinggi dalam ujian bertulis akan diisytiharkan sebagai
Johan Kebangsaan. Sekiranya jumlah markah masih sama,
mereka akan diumumkan sebagai Johan Bersama.

7.2 Cara pengiraan markah :


i Syarahan - Jumlah markah syarahan =X
2
ii Ujian bertulis - Jumlah markah ujian bertulis =Y
5

Markah X dan Y akan dicampurkan untuk menentukan Johan


Kebangsaan.

7.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil


penghargaan.

8.0 PAKAIAN PESERTA

Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah semasa


pertandingan.

10.0 HAL-HAL LAIN

Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa


Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

11.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 108 108

You might also like