You are on page 1of 1

KERTAS KERJA

PROGRAM SOLAT HAJAT PT 3 & SPM DAN BACAAN YASIN


TAHUN 2017 MASIHI/ 1438 HIJRAH

ANJURAN BERSAMA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

1.0 Rasional

Pihak sekolah dengan kerja sama semua guru-guru dan kakitangan, sentiasa menunjukkan komitmen
yang padu untuk memastikan kejayan akan mengiringi setiap pelajar , pelbagai program dan langkah
telah diatur dengan kemas serta dijalankan untuk memungkinkan matlamat tersebut tercapai. Sebagai
langkah terakhir sebelum para pelajar menduduki alam peperiksaan, adalah wajar kita menjalankan
suatu program yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T. agar mereka dapat
memanjatkan doa dan berserah diri kepadaNya atas segala usaha yang telah dilakukan sebelum ini.

2.0 Matlamat

2.1. Menanamkan penghayatan terhadap kepentingan doa dan konsep tawakal.


2.2. Mendedahkan pelajar kepentingan bacaan Yasin dalam mewujudkan sahsiah dan
akhlak terpuji.
2.3. Meningkatkan kesedaran pelajar tentang peranan solat hajat dalam kehidupan
seorang muslim.

3.0 Objektif

3.1. Mendedahkan pelajar betapa pentingnya mengetahui teknik memotivasikan diri untuk
mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
3.2. Melatih pelajar agar menanam sifat bertawakal kepada Allah S.W.T. selepas
melaksanakan sesuatu usaha.
3.3. Sebagai bantuan rohani kepada pelajar seperti ketenangan jiwa & kelapangan dada.
3.4. Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar guru-guru dan ibu bapa.
3.5. Sentiasa mendekatkan diri kepada Pencipta pada setiap masa.

4.0 Butir-Butir Program


Tarikh : 21 September 2017
Hari : Khamis
Masa : 6.00 ptg – 9.00 mlm

5.0 Kumpulan sasaran : Pelajar Islam tingkatan PT3 & SPM (130 orang) dan semua
pelajar Islam, ibubapa dan warga

6.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perincian Jumlah Sumber


1. Jamuan Ibubapa & Guru RM 3.00 X 200 Orang RM 600.00 PIBG
2. Air Mineral RM 15.00 X 8 Karton RM 120.00 SEKOLAH
3. Banner RM 100.00 X 1 Unit RM 100.00 Aktiviti Pend. Islam/ Moral
4. Surah Yasin RM 2.00 X 50 Unit RM 100.00 Aktivtiti Pend. Islam/Moral

JUMLAH BESAR RM 920.00

7.0 Sumber Kewangan

1. PIBG
2. SEKOLAH