You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS ILMU KHAS

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

FESTIVAL RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2012

IPG KAMPUS ILMU KHAS


TARIKH: 6 SEPTEMBER 2012

Disediakan oleh :

Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Kuala Lumpur.
1. TUJUAN
1.1. Tujuan kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan pengesahan dari
Pengarah IPG KIK (Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas), untuk mengadakan
Festival Rumah Terbuka Hari Raya 2012.
1.2. Memohon Sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran untuk menampung kos bagi
menjayakan Festival Rumah Terbuka Hari Raya 2012.

2. PENDAHULUAN
2.1. Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan bercadang untuk mengadakan Festival
Rumah Terbuka Hari Raya yang bertemakan “Aidilfitri untuk Semua” bagi menyambut
ketibaan bulan Syawal dan merayakan Hari Raya Aidlfitri tahun ini bersama seluruh
warga IPG KIK.
2.2. Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat Melayu khasnya. Perayaan
ini sememangnya disambut oleh seluruh masyarakat yang beragama Islam setelah
sebulan berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Aidilfiitri dirayakan bagi meraikan
kemenangan umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
2.3. Oleh itu, dua pertandingan akan dianjurkan pada hari tersebut yang akan menerapkan
unsur – unsur kesenian, kesusteraan dan kebudayaan sebagai salah satu alternatif untuk
menghayati cara sambutan Hari Raya di Malaysia oleh pelbagai kaum dan etnik. Dua
pertandingan tersebut adalah Pertandingan Cipta Lagu Raya dan Pertandingan Cipta
Puisi Raya dan dibuka kepada dua kategori iaitu Melayu dan Bukan Melayu.
2.4. Menariknya program ini kerana ia akan melibatkan seluruh jabatan yang terdapat di IPG
KIK yang akan mendirikan booth masing – masing untuk mewakili setiap jabatan. Booth
ini akan dihiasi dengan cara tersendiri bertema Hari Raya sebagai simbolik rumah
terbuka daripada setiap jabatan. Maka dengan itu, setiap jabatan akan menyediakan
juadah dan santapan yang pelbagai untuk disajikan kepada seluruh warga IPG KIK.
Tambahan itu, pertandingan booth terbaik Hari Raya juga akan dipertandingkan.
2.5. Selain itu, sepanjang festival berlansung akan diadakan beberapa selingan untuk
menceriakan suasana seperti tarian Joget Lambak, nyanyian Hari Raya karaoke terbuka
kepada semua warga, pertandingan busana Hari Raya tergempak dan persembahan
jemputan khas.
3. OBJEKTIF
3.1. Meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama seluruh warga IPG KIK dengan penglibatan
secara menyeluruh daripada setiap jabatan.
3.2. Mengeratkan ukhuwah antara warga IPG KIK tidak kira kaum dan etnik selaras dengan
konsep 1 Malaysia.
3.3. Mewujudkan satu konsep komuniti dalam kalangan warga IPG KIK yang mana
mengamalkan amalan bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
3.4. Memberi peluang kepada semua warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk menonjolkan
tahap kreativiti dalam mencipta puisi dan lagu yang bertemakan Hari Raya.
3.5. Membuka peluang seluasnya kepada guru – guru pelatih untuk mempelajari aspek
penulisan kreatif.
3.6. Mencungkil bakat-bakat guru – guru pelatih IPG KIK untuk diketengahkan sebagai
usaha menghidupkan aktiviti-aktiviti kesenian, kesuteraan dan kebudayaan secara terus.

4. MATLAMAT
4.1. Secara khususnya matlamat program ini adalah untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri
bersama – sama sekaligus mengekalkan hubungan silaturahim antara warga IPG
Kampus Ilmu Khas. Program ini dapat dijadikan landasan untuk mereka saling
mengenali antara satu sama lain.

5. BUTIRAN PROGRAM
5.1. Antara butiran program Festival Rumah Terbuka Hari Raya adalah seperti berikut:
5.1.1. Tarikh Program : 6 September 2012 (KHAMIS)
5.1.2. Cadangan Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail
5.1.3. Kumpulan Sasaran : Semua warga IPG KIK
5.1.4. Aturcara Program : Sila lihat LAMPIRAN 1

6. URUSETIA
6.1. Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2.
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1. Hadiah pertandingan
7.1.1. Pertandingan Cipta Lagu Raya
7.1.2. Tempat Pertama : Hamper bernilai RM20.00
7.1.3. Tempat Kedua : Hamper bernilai RM15.00
7.1.4. Tempat Ketiga : Hamper bernilai RM10.00
7.1.5. Saguhati : Hamper bernilai RM 5.00

7.2. Pertandingan Cipta Puisi Raya


7.2.1. Tempat Pertama : Hamper bernilai RM20.00
7.2.2. Tempat Kedua : Hamper bernilai RM15.00
7.2.3. Tempat Ketiga : Hamper bernilai RM10.00
7.2.4. Saguhati : Cenderamata bernilai RM5.00

7.3. Pertandingan Booth Jabatan Terbaik


7.3.1. Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM30.00
7.3.2. Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM25.00
7.3.3. Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM20.00
7.3.4. Saguhati : Cenderamata bernilai RM10.00

7.4. Pertandingan Busana Hari Raya Tergempak


7.4.1. Warga Kerja Lelaki : Hadiah bernilai RM10.00
7.4.2. Warga Kerja Wanita : Hadiah bernilai RM10.00
7.4.3. Pelajar Lelaki : Hadiah bernilai RM10.00
7.4.4. Pelajar Wanita : Hadiah bernilai RM10.00

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan IPG KIK. Pecahan keseluruhan sumber
kewangan seperti di LAMPIRAN 3.
8. IMPLIKASI KOS
8.1. Adalah dicadangkan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada sponsor atau
sumbangan ikhlas.
8.2. Mengutip Yuran Penyertaan bagi setiap peserta/kumpulan, RM 5 untuk Pertandingan
Cipta Lagu Raya dan RM 5 untuk Pertandingan Cipta Puisi Raya.
8.3. Mengutip RM 2 daripada setiap pelajar dan RM 10 daripada setiap pensyarah dan
kakitangan IPG KIK.
8.4. Tapak jualan juga akan disediakan bagi mana – mana individu atau organisasi yang ingin
berniaga pada malam tersebut dan bayaran sewa akan dikenakan sebanyak RM 10.

9. PENUTUP

Semoga program ini akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan semangat perpaduan dan
ikatan silaturahim antara warga IPG KIK. Segala kerjasama dari semua pensyarah dan guru –
guru pelatih amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini.

Diharap juga program ini akan memberi kesan yang mendalam kepada peserta kerana unsur
kesenian, kesusteraan dan kebudayan yang diterapkan dalam setiap pertandingan dan
persembahan mampu mempertahankan konsep seni budaya yang memelihara kekayaan
kepelbagaian budaya yang diraihkan di Malaysia agar tidak ditelan zaman.

Sekian.

Disediakan oleh:

…………………………………….
(JACKSON NICHOLOS)
Setiausaha Kehormat,
Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.
Disokong oleh:

…………………………………….

(NAJWA BINTI ZULKIFLI)


Pengerusi,
Biro Kesenian, Kesusteraan dan Kebudayaan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

…………………………………….

(ASRUL BIN SAMAD)


Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.
LAMPIRAN 1

ATURCARA

10.30 pg : Ketibaan para pensyarah dan guru – guru pelatih IPG KIK

10.45 pg : Ketibaan Pengarah IPG KIK dan Ketua – Ketua Jabatan

11.00 mlm : Bacaan Doa

11.05 mlm : Ucapan oleh Yang Dipertua Pelajar

11.15 mlm : Ucapan Perasmian oleh Pengarah IPG KIK

11.30 mlm : Pertandingan Cipta Lagu Raya dan Cipta Puisi Raya

12.00 mlm : Juadah Hari Raya mula dihidangkan oleh setiap booth

01.00 ptg : Persembahan selingan

 Joget Lambak
 Persembahan Jemputan Khas
 Karaoke Raya Terbuka

03.00 ptg : Penyampaian Hadiah

04.00 ptg : Bersurai


LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Siti Najwa Zulkifli

N. Pengerusi : Bavani A/P Sagathevan

Setiausaha : Jackson Nicholos

Bendahari : Shalini Nyanasegaran

Ahli Jawatankuasa

Buku Program : Siti Zaleefa Azreen Binti Yunus

Penyediaan Tempat & PA system : Mohamad Emir Hafif B. Jalil

Penyelaras Pertandingan : 1. Jamie Lim Siew Hoon

(Pertandingan Cipta Lagu Raya)

2. -

(Pertandingan Cipta Puisi Raya)

Keselamatan & Disiplin : -

Pengacara Majlis : -

Hadiah & Cenderamata : -

Hakim pertandingan : Pertandingan Cipta Lagu Raya

1. (Jabatan Pendidikan Muzik)

Pertandingan Cipta Puisi Raya

1. (Jabatan Pengajian Melayu)


LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM

FESTIVAL RUMAH TERBUKA IPG KIK 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

BIL PERKARA JUMLAH

1. HADIAH PERTANDINGAN
1. Cipta Lagu Raya RM 80.00

2. Cipta Puisi Raya RM 80.00

3. Booth Jabatan Terbaik RM 100.00

4. Busana Hari Raya Tergempak RM 40.00

2. LAIN-LAIN PERBELANJAAN
1. Juadah Hari Raya
RM 300 x 5 booth RM 1500.00

2. Hiasan dan Peralatan


RM 150 RM 150.00

3. Cenderamata RM 30.00

Jumlah Keseluruhan RM 1980.00

You might also like