MAKSUD MENARA GADING

Maksud rangkap 1: Penyajak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di luar negeri. Walaupun penyajak terpaksa meninggalkan anak isterinya (ahli keluarganya) namun dia tetap nekad untuk meneruskan cita-citanya selama ini.

Maksud rangkap 2: Penyajak meneruskan cita-citanya, iaitu pergi ke universiti itu, tanpa mempunyai kawan disisinya, bahkan hidupnya terkial-kial di negeri orang kerana dia bukan pergi ke sana untuk bersuka-ria dan berhibur dan bukan juga untuk merantau atau berhijrah akan tetapi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Maksud rangkap 3: Penyajak masih ingat bahawa permohonannya untuk melanjutkan pengajiannya ke universiti ditolak kerana faktor usianya walaupun ketika itu dia puas meraya dan bersusah payah namun gagal juga jawapannya.

Maksud rangkap 4: Namun pada masa kini, akhirnya penyajak dapat belajar ke universiti, iaitu gudang segala ilmu pengetahuan, yang terkenal dengan kecemerlangannya di tengah-tengah kota metapolitan. Penyajak berasa gembira dan bangga akhirnya hajatnya tercapai untuk memperolehi ilmu yang berguna.

Maksud rangkap 5: Penyajak bersungguh-sungguh mengikut pengajian di universiti walaupun ingatannya semakin lemah serta kemampuannya semakin berkurangan. Ini tidak melemahkan sipenyajak, bahkan dia lebih bersemangat kental untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful