You are on page 1of 4

BANGUNAN S.M. ST.

PATRICK YANG DIKAGUMI DI


DAERAH TAWAU

OLEH : KANESHRINA A/P KATHIRAVAN DAN FLORANCE RAKI


DIBANTU OLEH: CIKGU MURNI BT TENRENG DAN
TUAN HAJI ZULKIFLY DARUS

Mutakhir ini, banyak bangunan bersejarah semakin lenyap daripada


pandangan mata masyarakat setempat. Hal ini kerana bangunan bersejarah
dipandang sepi dan banyak bangunan yang baru telah dibina pada era
globalisasi ini. Sebenarnya, bangunan bersejarah ini memberi banyak
kepentingan kepada masyarakat setempat. Antaranya ialah bangunan
bersejarah layak menjadi warisan masyarakat setempat supaya kenangan
manis dapat diingati secara turun-temurun. Selain itu, kita dapat
memperolehi banyak iktiar daripada sejarah bangunan tersebut. Bukan itu
sahaja tetapi kebaikan juga boleh didapati melalui mengkai bangunan
bersejarah. Contohnya, mengetahui warisan masyarakat dan mempelajari
unsur-unsur patriotisme. Tamsilnya, bangunan yang masih dikekalkan
selepas beberapa tahun dibina di daerah Tawau ialah bangunan S.M ST.
Patrick yang masih tersergam indah. Hal ini demikian, mereka menyedari
bahawa biar putih tulang, jangan putih mata.

Seterusnya ialah bangunan bersejarah yang menjadi kekaguman


masyarakat Tawau ialah bangunan S.M. ST. Patrick. Saya telah megkaji dan
mengumpulkan beberapa butiran tentang bangunan yang hampir berusia 100
tahun. Bangunan S.M ST. Patrick ini telah diasaskan oleh Father William
Elton di bawah Misi Anglikan pada tahun 1917 di tapak gereja ST. Patrick.
Sekolah ini dimulakan dengan aliran Cina. Pada tahun diasaskan, bangunan
S.M ST. Patrick berada i tapak gereja tetapi selepas penjajahan Jepun,
bangunan tersebut dibina semula di Batu 3 1/2, Jalan Kuhara, Tawau, Sabah.
Pada tahun 1919, aliran Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dimulakan dan
perkara ini ditubuhkan oleh pengetua Lim Nget Foo. Sekolah yang dikagumi
ini telah dimiliki oleh pihak gereja pada era dulu. Manakala pada era moden
ini, ialah Lembaga Sekolah dan KPM telah mengambil alih tanggungjawab
sekolah ini.
Sebenarnya, nama bangunan S.M. ST. Patrick di sebalik tabir ialah Saint
Patrick Gospel (SPG). Pihak yang telah menjalankan tanggungjawab untuk
menguruskan pembinaan bangunan-bangunan tersebut ialah Lembaga
Sekolah, Corporated International Consultant(CIC) dan masyarakat setempat
telah membantu dengan menghadiri Pesta Ria dan memberi derma untuk
membiayai jumlah kos pembinaan untuk bangunan sekolah iaitu RM 3.7
juta. Pada tahun 1996 hingga 1997 , blok Suria telah dibina selama satu
tahun. Kos bagi blok ini ialah sebanyak RM 700,000. Blok yang kedua
dibina pada tahun 2000 ialah blok Riadah. Kini blok ini menjadi tandas. Kos
perbelanjaannya ialah RM 190,000 manakala blok Mega dibina pada tahun
2001hingga 2002 dan kos perbelanjaannya ialah RM 670,000. Akhi sekali,
blok Bayu dibina pada tahun 2002 hingga Jun 2003. Kos perbelanjaannya
ialah RM 1.2 juta kerana tedapat banyak kemudahan. Contohnya Galeri
Gemilang, Glorich Hall, Bilik Pengawas, Bilik Solat dan Tandas Guru.

Pada zaman S.M ST. Patrick diasaskan, saiz bangunan dikenali sebagai
saiz kecil. Menurut majalah ABADI 1993, "pada tahun 1954 perkembangan
dan kemajuan sekolah ini sangat ketara kerana pada tahun itu juga seorang
Paderi Mr. dan Mrs. W. H. Newmarch tiba dari Australia dan mengurus
sekolah ini". Oleh kerana usaha mereka umpama patah sayap bertongkat
paruh, patah paruh bertelekan, bangunan S.M ST. Patrick telah diubah suai
menjadi lebih besar bagi keselesaan pelajar. Bangunan S.M ST. Patrick ini
merupakan jenis bangunan yang bbepapan dan berkayu pada permulaan
sekolah ini. Setelah itu, tahun demi tahun , proses pembangunan S.M ST.
Patrick semakin berkembang iaitu kini bangunan tersebut telah menjadi
bangunan yang berkonkrit. Bahan binaan yang telah digunakan oleh pihak
membina dalam membentuk sebuah sekolah yang elit ialh batu dan simen.
Tetapi pada zaman dahulu, batu dan simen sukar serta mahal untuk didapati.
Oleh itu, pihak pembina terpaksa menggunakan kayu dan daun nipah dan
apabila nilai batu dan simen berkurang , lembaga sekolah dapat membelinya
dan mengubah suai sekolah.

Pihak yang telah memberi kerjasama kepada lembaga sekolah


untukmemebina bangunan S.M ST. Patrick ialah Syarikat Kok Shern dan
Syarikat Seri Makmur. Syarikat-syarikat tersebut telah diupah untuk
membina sekolah yang dikagumi oleh masyarakat Tawau. Syarikat tersebut
telah berusaha secara berkolaboratif untuk membangunkan sekolah yang
tercinta ini. Bangunan S.M. ST. Patrick terdiri daripada 3 tingkat. Pada asal
uusulnya, jumlah keluasan tanah sebelum dibahagikan ke beberapa kawasan
ialah 15 ekar. Selepas dibahagikan, cuma 8 ekar sahaja yang tinggal untuk
bangunan S.M ST. Patrick. Contoh beberapa kawasan yang telah
dibahagikan ialah ST. Patrick Kindergarten , Sekolah Rendah ST. Patrick ,
Dewan S.M ST. Patrick dan hutan terbiar di belakang sekolah. Hutan
tersebut telah dikembalikan kepada pihak gereja. Pada kurun ke-20, bentuk
bangunan S.M. ST. Patrick ialah bentuk "U". Lebih- lebih lagi, banyak blok
belum dibina pada masa itu. Pada era menuju ke wawasan 2020, S.M. ST.
Patrick, Tawau mempunyai banyak prasarana yang selesa dan bentuk
bangunan juga brubah menjadi bentuk "H".

Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Air, semua sekolah yang telah


ditubuhkan oleh Father William Elton ditutup slama 10 tahun iaitu mulanya
pada tahun 1941 hingga 1951. Tentera Jepun telah mengambil kesempatan
untuk menggunakan bangunan sekolah tersebut sebagai tempat pemprosesan
garam semasa zaman pemerintahan mereka. Lantaran itu, kawasan sekeliling
bangunan menjadi buruk dan usang tetapi kesan- kesan ini tidak meobohkan
semangat mereka. Pihak gereja telah menguruskan pembinaan. Mereka
mengupah pihak membina untuk membina sebuah sekolah yang baru pada
tahun 1951. Pada hari itulah, mulanya aliran Inggeris.Kejayaan ini
diperolehi kerana mereka menjiwai semangat patriotisme yang kental.
Sebenarnya, kebanyakan tujuan bangunan S.M ST. Patrick dibina untuk
masa depan kanak-kanak pada kurun ke-20.Tujuan utama sekolah ini dibina
ialah untuk menghasilkan golongan pendidik yang berketerampilan dan
berintelek.

Sesuatu bangunan bersejarah hendaklah dipelihara dan dipulihara supaya


kekal tersergam indah. Terdapat beberapa cara untuk memelihara dan
memulihara bangunan ini supaya tidak mudah rosak dan tahan lama.
Antaranya, tidak merosakkan bangunan ini. Seringkali kita melihat bahawa
pelajar sekolah suka melakukan perbuatan vandalisme di sekolah mereka
sendiri. Hal ini kerana mereka tidak menyayangi tempat persekolahan
sendiri. Sebaliknya, pelajar tersebut tidak patut berbuat sedemikian kerana
bangunan ini ialah sebuah bangunan bersejarah. Sebagai contoh, mereka
tidak boleh menconteng bangunan ini dan merosakkan apa- apa kemudahan
yang terdapat di sekolah ini.
Selain itu, peranan ahli Kelab Pencinta Alam di sekolah untuk
menceriakan kawasan bangunan. Mereka hendaklah mengambil pelbagai
inisiatif untuk mencantikkan kawasan bangunan. Sebagai contoh, mereka
boleh menganjurkan aktiviti gotong- royong mencantikkan bangunan dan
menjemput para peserta tanpa mengira umur untuk menyertai aktiviti ini.
Bagi pelajar yang tidak dapat menyertakan diri pula, mereka boleh
menderma wang untuk keperluan aktiviti ini seperti bahan menceriakan
bangunan.
Di samping itu, pihak sekolah boleh meninjau kawasan sekolah dan
membaik pulih bahagian bangunan yang tidak elok. Mana- mana bahagian
yang rosak, tidak berfungsi dengan baik serta tidak elok hendaklah
diselenggara dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kerosakan
tersebut daripada bertambah teruk. Kita tidak tahu bahawa sedikit
ketidaksempurnaan pada bangunan boleh membawa kepada masalah yang
besar. Oleh itu, pihak sekolah harus meneliti landskap alam sekitar bangunan
utntuk memastikan keselamatan bangunan. Mereka juga patut meneliti
sistem perparitan, sistem saliran paip dan perwayaran.
Seterusnya, pihak sekolah juga patut menguatkuasakan peraturan di
sekolah. Hal ini demikian supaya para pelajar sekolah mematuhi peraturan
dan tidak merosakkan bangunan ini. Sesiapa yang ditangkap bersalah patut
dikenakan hukuman atau saman. Ini menyebabkan ramai pelajar mematuhi
peraturan supaya tidak dikenakan hukuman mahupun saman yang amat
membebankan bagi mereka. Oleh yang demikian, sebuah bangunan
bersejarah patut dikekalkan untuk memastikan generasi masa depan dapat
mewarisi bangunan tersebut bak kata peribahasa, ’ tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas ’ .
Intihanya, binaan bersejarah amatlah penting bukan sahaja untuk rujukan
dan tontonan generasi kini, malahan juga kepada generasi masa depan.
Bangunan- bangunan yang mempunyai sejarah dan ceritanya yang unik akan
mengingatkan kita unuk mengimbas kembali sejarah pada suatu masa
dahulu. Pepatah ‘ sesiapa yang melupakan sejarah, pasti akan
mengulanginya ‘ sangat sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya
sejarah dan sebagai pengajaran kepada kita supaya tidak melupakan sejarah.
Dengan itu, melalui aktiviti ini, kami dapat memupuk nilai kesungguhan
dalam diri kami demi menjayakan kerja kursus ini. Kami juga berpeluang
mewujudkan kerjasama dengan rakan- rakan lain melalui perbincangan
bersama untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga
menaikkan semangat cinta akan sekolah kami kerana kami dapat menjiwai
alma mater sendiri setelah mengenali sejarahnya bak kata peribahasa, ‘ tak
kenal maka tak cinta ‘ . Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan
semoga semua bangunan bersejarah dikekalkan termasuk sekolah ini. Kami
juga berharap bahawa tugasan ini diteruskan kepada generasi akan datang
kerana ianya memberikan pengalaman. Tugasan ini juga memberikan
pendedahan kepada kita supaya dapat menyemai rasa bangga serta cinta dan
sifat meghargai terhadap suatu binaan bersejarah.

You might also like