You are on page 1of 4

PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI........BULAN........TAHUN......

DI ANTARA

PIHAK PERTAMA

Nama : …………………………………………………………………..
No. K/P : ………………………………………….
Alamat : …………………………………………………………………
…………………………………………………………………
No. Tel :
Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)

DAN
PIHAK KEDUA

Nama : ………………………………………………………………….
No. K/P : ………………………………………………………………..
Alamat : ………………………………………………………………..
…………………………………………………………………
No. Tel : ………………………………………………………………
Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga
berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang
berupa bahagian yang diperuntukkan kepadanya dengan perincian sebagai berikut:
Luas keseluruhan rumah :-
Alamat rumah :-
Pemaju :-
Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual – beli dimana syarat
dan ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’ seperti di bawah ini:

Perkara 1  HARGA
Jual beli hartanah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga
sebanyak berikut:-
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
Perkara 2  CARA PEMBAYARAN
PIHAK KEDUA bersetuju membayar kepada PIHAK PERTAMA secara tunai sebanyak RM5,000 (dalam
perkataan:- Ringgit Malaysia Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit setelah
Surat Perjanjian ini ditandatangani.

Perkara 3  BAKI BAYARAN


PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak …………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………
lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.

Perkara 4  JAMINAN DAN SAKSI


PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa bahagian miliknya yang dijual adalah benar-benar
milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak,
bebas dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang
dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara
bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari
PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat
Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.
Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Nama Saksi : ……………………………………………………….

No. K/P : ……………………………………………………….


Alamat lengkap
…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

Perkara 5  PENYERAHAN
PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah tersebut di atas dalam
keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan
keseluruhan bayaran.

Perkara 6  STATUS KEPEMILIKAN


Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka bahagian tanah tersebut beserta segala
keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA.

Perkara 7  PROSES PINDAH MILIK


PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas
kepemilikan hak tanah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-
jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang
berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA.

Perkara 8  PENGESAHAN PERJANJIAN


Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab
apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib
mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah
Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.

Perkara 9  HAL-HAL LAIN


Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan
kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.
Perkaral 10  PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan
dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta
ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari
mana – mana pihak.

PIHAK PERTAMA
( PENJUAL )

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

PIHAK KEDUA
( PEMBELI )

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

SAKSI PIHAK PERTAMA : SAKSI PIHAK KEDUA :

[ ---------------------------------- ] [ ---------------------------------- ]
Nama: Nama:
No KP: No KP:

You might also like