PENINGKATAN PRESTASI MATEMATIK MURID-MURID TAHUN 5 MENERUSI STUDENT TEAMS ACHIEVEMENT DIVISIONS

CATHERINE KIU LEH JIN1 HU LAEY NEE2 ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan model Student Teams Achivement Divisions (STAD) dalam meningkatkan prestasi murid-murid tahun 5 bagi matapelajaran matematik di sebuah sekolah rendah di Miri, Sarawak. Refleksi praktikum mendapati bahawa prestasi akademik dan sikap terhadap matematik muridmurid tahun 5 di sekolah kajian adalah lemah. Oleh sedemikian, kajian ini mengaplikasikan STAD model dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Terdapat 4 peserta dalam kajian ini. Peserta-peserta ini dibahagikan kepada dua pasukan. Skor dasar setiap peserta diperolehi daripada purata markah daripada ujianujian matematik dahulu. Ujian pasca dijalankan sekali selepas pelaksanaan STAD model selama dua minggu. Tiga ujian pasca dijalankan dalam tempoh masa enam minggu. Data kajian dikumpulkan dengan menerusi ujian pra dan pasca, soal selidik dan pemerhatian. Penyelidik juga menganalisis sikap para peserta terhadap matematik dan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik. Markah peserta bagi ujian pra dan tiga ujian pasca dibandingkan dengan menggunakan peratusan untuk memperoleh markah peningkatan mereka. Kesalahankesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik dianalisis menerusi ujian-ujian pasca. Keputusan positif yang diperolehi daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa STAD model dapat meningkatkan prestasi akademik murid-murid tahun 5 juga sikap mereka terhadap matematik.

ABSTRACT
This purpose of this study was to investigate the effectiveness of the Student Teams Achievement Divisions (STAD) model in enhancing year 5 pupils¶ performance in mathematics subject in one of the primary schools in Miri, Sarawak. The practicum reflection discovered that the year 5 pupils¶ mathematics academic performance and their attitudes towards mathematics was poor. Therefore, this study suggested that STAD model to be implemented in the teaching and learning of mathematics. There were 4 participants in this study. The participants were put into teams of two. Each participant¶s base score was obtained from the average score of their previous tests in mathematics prior the implementation. A post test was carried out after the STAD model was implemented for two weeks. Three post tests were carried out in 6 weeks. The data of this study was collected by using the pre and post tests, questionnaire and observation. Researcher also analysed participants¶ attitude towards mathematics and their common errors in the mathematics. Their scores in the pre test and three post tests were compared by using percentage to show their improvement scores. The common errors made by the participants in mathematics were analysed through the post tests. Through the observation, participants were observed based on their interest, participation and social interaction. The positive results obtained from this study had shown that the STAD model enhanced the year 5 pupils¶ academic performance in mathematics and their attitude towards mathematics.

Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

PENDAHULUAN Menerusi pemerhatian dan refleksi pengajaran dan pembelajaran kelas matematik semasa praktikum di sekolah, didapati bahawa murid-murid jarang atau tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan. Murid-murid yang lemah dalam matematik hilang minat terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik apabila mereka tidak dapat memahami dan mengikut rentak pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesan daripada itu, prestasi muridmurid tersebut dalam matematik adalah lemah dan secara langsungnya mempengaruhi sikap mereka terhadap subjek matematik. Selain itu, didapati juga kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid±murid juga menyebabkan prestasi matematik mereka lemah. Menurut Orlich et al. (2007), pembelajaran kooperatif mengukuhkan lagi pergantungan positif antara murid-murid dengan mengajar mereka bekerjasama dan belajar dalam bentuk berkumpulan. Ia merupakan satu pendekatan yang menyusun aktiviti-aktiviti kelas kepada pembelajaran akademik dan sosial di mana murid-murid digalakkan untuk belajar dalam bentuk berkumpulan atau pasukan. Pembelajaran kooperatif merupakan satu pendekatan yang menekankan kerja berkumpulan yang meminimumkan berlakunya situasi yang tidak menyenangkan dan memaximumkan pengalaman belajar dan kepuasan kesan daripada bekerjasama dalam pasukan yang mempunyai prestasi yang tinggi (Felder dan Brent2, 2008). Dalam Wong (2007), Slavin (1980) mengatakan bahawa model STAD mendatangkan peningkatan yang positif terhadap prestasi akademik murid-murid. Armstrong et al. (1998) mengatakan bahawa murid-murid mengomenkan bahawa STAD menjadikan pembelajaran seronok dan isi kandungan pembelajaran lebih senang untuk difahami. Berdasarkan Gan and Wong (1995) yang dipetik daripada Wong (1998), pembelajaran kooperatif secara positifnya memperbaiki sikap pesertapesertanya terhadap pembelajaran matematik. Semua pembelajaran kooperatif adalah untuk meningkatkan penyertaan murid-murid dalam pembelajaran. Pembelajaran adalah paling efektif apabila murid-murid secara aktifnya melibatkan diri dalam perkongsian idea dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan akademiknya (Effandi Zakaria dan Zanaton Iksan, 2006). Pembelajaran kooperatif menekankan interaksi sosial dan hubungan antara ahli-ahli kumpulan dan juga teman-teman sekelas (Effandi Zakaria et al., 2010). Huang (2008) berpendapat bahawa kesilapan dan kelemahan murid-murid dapat diatasi dengan mudah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan saling bantu-membantu antara ahli kumpulan.

FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah mengaplikasikan model STAD, iaitu salah satu daripada model-model pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas untuk meningkatkan prestasi murid-murid tahun 5. Peningkatan prestasi mereka difokuskan dari aspek prestasi akademi. Selain itu, perubahan sikap mereka terhadap matematik selepas kajian juga diperhatikan. Kajian ini juga memerhati dan menganalisis kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid dalam matematik yang membawa kesan negatif terhadap prestasi matematik mereka.

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu: (a) mengkaji keberkesanan model STAD dalam meningkatkan prestasi akademik murid-murid tahun 5 dalam subjek matematik. (b) menentukan sama ada aplikasi model pembelajaran kooperatif ± model STAD dapat mengubah sikap murid-murid terhadap matematik. (c) menganalisis kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid dalam menjawab soalan-soalan matematik.

SOALAN KAJIAN Persoalan dalam kajian ini adalah: (a) Adakah pelaksanaan model STAD meningkatkan prestasi akademik muridmurid tahun 5 dalam matematik? Apakah kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid bagi prestasi akademik selepas pelaksanaan model STAD? (b) Adakah model STAD mengubah sikap murid-murid terhadap matematik? Apakah perubahannya? (c) Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid-murid tahun 5 dalam menjawab soalan-soalan matematik? Adakah model STAD dapat membantu mereka untuk mengurangkan kesalahan-kesalahan lazim dalam matematik?

KUMPULAN SASARAN Terdapat 4 orang peserta dalam kajian ini. Semua peserta adalah murid-murid lelaki dari tahun 5 yang berumur 11 tahun yang berasal daripada sebuah sekolah rendah kebangsaan di luar bandar Miri. Peserta-peserta ini dinamakan sebagai P1, P2, P3, dan P4. Mereka merupakan orang Kedayan. Prestasi matematik merek adalah a dalam linkungan lemah dan sederhana. Peserta-peserta telah menduduki ujian matematik sebanyak 5 kali. Purata markah untuk 5 ujian tersebut diambil sebagai keputusan ujian pra mereka. Keputusan tesebut boleh dirujuk menerusi Jadual 1. Jadual 1: Purata Markah Matematik Peserta-pesertaTahun 2009 Peserta Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Purata Markah Matematik 1 2 3 4 5 Tahun 2009 (%) P1 49 65 54 58 60 286/5 § 57 P2 22 44 48 50 54 218/5 § 44 P3 27 38 47 45 29 186/5 § 37 P4 27 43 34 38 40 182/5 § 37

PROSEDUR TINDAKAN Menurut O'Brien (1998) yang diadaptasi dari Susman (1983), terdapat lima peringkat bagi setiap kitaran kajian. Rajah 1 digubahsuai dari Susman (1983).

3

Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

Kitaran Seterusnya

Mendiagnosis

Menentukan Pembelajaran

Perancangan Tindakan

Menilai

Pelaksanaan Tindakan Rajah 1: Model Kajian

Dalam langkah mendiagnosis,masalah kajian didiagnosis menerusi pemerhatian. Prestasi matematik murid-murid tahun 5 yang lemah menjadi isu tumpuan untuk diselesaikan. Seterusnya, langkah perancangan tindakan dijalankan. Model STAD dipilih untuk diaplikasikan bagi meningkatkan prestasi matematik murid-murid tahun 5. Jadual pelaksanaan model STAD disediakan sebelum pelaksanaan model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Dalam langkah pelaksanaan pelan tindakan, 4 orang peserta dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan tahap pencapaian mereka. Setiap kumpulan mesti mempuyai seorang ahli dengan prestasi akademik yang baik dan seorang ahli yang lemah dalam prestasi akademiknya. Seterusnya empat-langkah kitaran, iaitu pengajaran, belajar kelompok, ujian, dan penghargaan kelompok. Penyelidik pada mulanya menjalankan pengajaran matematik kepada kelas menerusi arahan langsung, perbincangan dan lain-lain. Seterusnya, peserta-peserta diminta untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberikan. Ahli-ahli dalam satu pasukan atau kumpulan haruslah memastikan bahawa pasangan kumpulan mereka memahami dan dapat menguasai kemahiran dan ilmu yang diajarnya. Selepas dua minggu menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkelompok, ujian matematik dijalankan. Setiap ahli pasukan dikehendaki untuk menduduki ujian matematik secara individu tanpa bantuan ahli-ahli pasukan yang lain. Peningkatan markah bagi setiap ahli dalam satu pasukan ditambahkan untuk mendapat markah pasukan. Pasukan yang memperoleh markah pasukan yang tertinggi akan memperoleh penghargaan berkumpulan. Dapatan untuk kitaran pertama ini dinilai dan dianalisis dalam langkah menilai. Langkah menentukan pembelajaran dijalankan bertujuan untuk menentukan sama ada prestasi matematik para peserta meningkat. Jikalau keputusan yang diperolehi tidak memuaskan, kitaran seterusnya akan dijalankan dari langkah mendiagnosis hingga menentukan pembelajaran untuk memperbaiki keputusan dalam kitaran pertama. Kitaran-kitaran ini akan dijalankan berulang kali sehingga mencapai keputusan yang dikehendaki.

CARA PENGUMPULAN DATA Kajian ini melibatkan tiga instrumen iaitu instrumen ujian pencapaian, soal selidik dan pemerhatian. Ujian pencapaian digunakan untuk menilai keberkesanan model STAD dalam meningkatkan prestasi akademik peserta-peserta dalam matematik. Purata markah bagi lima ujian matematik yang diduduki oleh para peserta pada tahun 2009 digunakan sebagai markah dasar para peserta. Ujian pasca terdiri

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

daripada 10 soalan objektif dan 20 soalan subjektif. Ujian Pasca dijalankan sekali selepas pelaksanaan model STAD selama dua minggu. Manakala kesalahankesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik dikesan melalui langkah penyelesaian peserta dalam ujian pencapaian ini. Soal selidik digunakan untuk menilai perubahan sikap para peserta terhadap matematik pada akhir kajian selepas pelaksanaan model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Soal selidik yang berformat 4 Skala Likert digunakan untuk kajian ini. Ia mengandungi 18 soalan di mana 8 soalan untuk menyelidik minat peserta-peserta dalam pembelajaran matematik, 6 soalan untuk mengkaji penguasaan peserta-peserta terhadap konsep dan kemahiran matematik dan 4 soalan untuk mengkaji sosial interaksi antara para peserta. Pemerhatian dibuat untuk mengumpul kuanlitatif data. Menerusi pemerhatian, kelakuan dan penglibatan para peserta dibuat secara tidak formal di dalam kelas. Selain itu, pemerhatian juga dicatatkan di bahagian refleksi di rancangan pengajaran dan pembelajaran harian dan juga dalam bentuk jurnal.

CARA MENGANALISIS DATA Data yang dikumpulkan melalui ujian pencapaian dianalisiskan menggunakan peratusan. Jumlah markah bagi 10 soalan objektif adalah 20% di mana 2% untuk setiap soalan objektif yang dijawab betul. Jumlah markah bagi 20 soalan subjektif ialah 80% di mana markah bagi setiap soalan subjektif adalah berbeza. 1% hingga 3% diberikan berdasarkan tahap kesukarannya. Markah dasar bagi ujian pra dan markah bagi ujian-ujian pasca dicatatkan dalam jadual yang berbeza untuk membuat perbandingan markah ujian para peserta sebelum dan selepas pelaksanaan model STAD dan seterusnya ditunjukkan dalam bentuk graf palang. Soal selidik yang dikumpul pada akhir kajian dianalisis berdasarkan bilangan responden, iaitu bilangan peserta yang memilih ³Sangat tidak bersetuju´, ³tidak bersetuju´, ³bersetuju´ dan ³sangat bersetuju´ dicatatkan. Soal selidik juga dianalisis berdasarkan juga jenis soalannya, iaitu mengikut minat, penguasaan ilmu pengetahuan dan interaksi sosial. Hasil daripada pemerhatian dianalisis berdasarkan aspek kelakuan, interaksi sosial, dan penglibatan para peserta semasa mengaplikasikan model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran harian.

DAPATAN KAJIAN Perbincangan dapatan kajian ini merangkumi prestasi akademik pesertapeserta, sikap para peserta terhadap matematilk, dan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik.

5

Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

Prestasi Akademik Kitaran Pertama

Rajah 2: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Peserta Daripada Rajah 2, dapat diperhatikan bahawa semua peserta kajian mempunyai peningkatan bagi prestasi akademik matematik jika dibandingkan dengan markah ujian pra dan ujian pasca 1. Peserta P2 mempunyai markah peningkatan sebanyak 28% (dari 44 % ke 72%), peserta P1 sebanyak 24% (dari 57 % ke 81%), peserta P4 sebanyak 15% (dari 37% ke 52%) dan peserta P3 sebanyak 9% (meningkat dari 37 ke 46%). Menerusi pemerhatian, didapati para peserta belajar dengan lebih berkesan jika belajar dalam bentuk berkumpulan, pembetulan kesalahan-kesalahan ahli-ahli sekumpulan dan berkongsi ilmu pengetahuan matematik antara satu sama lain. Prestasi akademik para peserta dipertingkatkan jika dibandingkan dengan prestasi akademik mereka semasa belajar daripada guru matematik sahaja. Kitaran kedua diwujudkan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam kitaran pertama, iaitu ketidakmampuan menghafal sifir matematik dan kekurangan latihan. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, para peserta diajar untuk membina jadual sifir dan diberikan latihan yang mencukupi untuk dibuat pada masa lapang. Kitaran Kedua

Rajah 3: Perbandingan Ujian Pasca 1 dan Pasca 2 Peserta Berdasarkan Rajah 3, didapati markah ujian pasca 2 bagi semua peserta meningkat berbandingkan ujian pasca 1. Peserta P4 mempunyai markah peningkatan sebanyak 12% (dari 52% ke 64%), peserta P3 sebanyak 11% (dari 46% ke 57%), peserta P1 sebanyak 5% (dari 79% ke 87%) dan peserta P2 sebanyak 5% (dari 70% ke 77%). Kitaran ketiga diwujudkan bagi mengatasi masalah peserta-peserta tidak menyelesaikan latihan yang diberikan dalam masa yang ditentukan yang diperhatikan dalam kitaran kedua ini. Sistem Token diwujudkan bersamaan model STAD untuk mengatasi masalah ini.

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Kitaran Ketiga

Rajah 4: Perbandingan Ujian Pasca 2 dan Ujian Pasca 3 Peserta Rajah 4 menunjukkan markah ujian pasca 3 bagi semua peserta meningkat berbandingkan ujian pasca 2. Peserta P3 mempunyai peningkatan markah sebanyak 13 % (dari 57% ke 70%), peserta P2 sebanyak 7% (dari 77% ke 84%), peserta P4 sebanyak 6% (dari 64% ke 70%) dan peserta P1 sebanyak 5% (dari 87% ke 92%). Masalah yang wujud dalam kitaran ini adalah peserta-peserta menjadi lebih materialistik kesan daripada Sistem Token. Mereka hanya membuat latihan yang dibagi dalam masa yang ditentukan jikalau ada hadiah dibagikan. Sikap terhadap Matematik Jadual 2: Analysis Minat Peserta terhadap Matematik Bilangan Peserta Soalan Sangat Tidak Setuju Sangat tidak setuju Setuju setuju Saya suka belajar dalam kumpulan. 1 3 Aktiviti berkumpulan meningkatkan minat saya dalam belajar matematik. Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih menyeronokkan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkumpulan. Saya menunggu-nunggukan waktu matematik kerana saya boleh belajar dengan kawan-kawan saya. Saya suka berkongsi ilmu pengetahuan matematik saya dengan rakan-rakan saya. Saya suka menyertai aktiviti berkumpulan dengan selalunya. Saya harap dapat terus belajar matematik dalam kumpulan dengan kawan-kawan saya. Belajar dalam bentuk kumpulan adalah tidak sesuai bagi saya. 2 2

No.

1. 4. 5.

2

2

8.

1

3

13.

4 2 1 2 3

15. 16.

18.

4

7

Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa minat para peserta mening selepas kat aplikasi model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka lebih berminat dan seronok belajar matematik dalam bentuk berkumpulan bersama dengan rakan-rakan mereka. Jadual 3: Analisis Penguasan Ilmu Pengetahuan Matematik Peserta Bilangan Peserta Soalan Sangat Tidak Setuju Sangat tidak setuju Setuju setuju Adalah senang bagi saya mempelajari matematik dengan belajar dengan 4 rakan-rakan saya. Aktiviti berkumpulan tidak membantu saya dengan banyak dalam 3 1 mempelajari matematik. Belajar dalam kumpulan membolehkan saya lebih memahami 1 3 matematik. Saya masih menghadapi kesukaran dalam mempelajari matematik selepas 3 1 aktiviti berkumpulan dijalankan. Keputusan matematik saya meningkat selepas menyertai aktiviti 4 berkumpulan. Saya dapat menyelesaikan kebanyakan 4 soalan matematik selepas aktiviti berkumpulan dijalankan.

No.

3.

6.

7.

10.

14.

17.

Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa peserta-peserta berasa dapat menguasai ilmu pengetahuan matematik selepas pelaksanaan model STAD. Jadual 4: Analisi Interaksi Sosial antara Peserta di dalam Kelas Bilangan Peserta Soalan Sangat Tidak Setuju Sangat tidak setuju Setuju setuju Saya suka belajar dengan kawan. 4 Saya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan kawan-kawan saya selepas belajar dalam kumpulan bagi subjek matematik. Akitviti berkumpulan memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik secara aktif. Belajar secara berkumpulan membolehkan saya mempunyai hubungan positif dengan rakan-rakan saya yang lain.

No.

2. 9.

1

3

11.

4

12.

1

3

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

Dapatan yang diperolehi menerusi Jadual 4 menunjukkan bahawa hubungan antara para peserta menjadi lebih rapat selepas pelaksanaan model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Interaksi positif antara para peserta telah wujud. Kesalahan-kesalahan Lazim Dalam Matematik Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat 4 jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta. Kesalahan-kesalahan lazim tersebut ialah kesalahan pemahaman, kesalahan kecuaian, kesalahan memproses dan kesalahan mengekod. Kesalahan pemahaman dilakukan akibat para peserta tidak memahami permintaan soalan atau definisi perkataan-perkataan tertentu dalam soalan-soalan matematik. Kesalahan kecuaian dilakukan apabila peserta-peserta cuai semasa menjawab soalansoalan matematik seperti tersalah salin. Kesalahan memproses berlaku apabila peserta-peserta melakukan kesalahan semasa menyelesaikan soalan-soalan matematik seperti tercicir langkah, tersalah kira dan sebagainya. Kesalahan mengekod dilakukan apabila peserta-peserta dapat menjawab soalan-soalan matematik yang diberikan dengan langkah yang betul tetapi memberi jawapan dalam format yang tidak tepat dan tidak diterima. Peningkatan markah para peserta yang ditunjukkan dalam ujianujian pasca telah membuktikan bahawa model STAD dapat membantu mengurangkan kesalahan-kesalahan lazim para peserta semasa menjawab soalan matematik dalam ujian.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN Keputusan positif yang diperolehi daripada ujian-ujian pasca menunjukkan bahawa aplikasi model STAD dapat meningkatkan prestasi akademik matematik peserta-peserta tahun 5. Model STAD membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas matematik dengan aktifnya dan seterusnya membantu mereka lebih memahami ilmu pengetahuan dan kemahiran matematik yang diajar. Keputusan ini disokong oleh dapatan Slavin (1980) yang dipetik dari Wong (2007). Dalam kajian ini, peserta-peserta telah menunjukkan bahawa mereka semakin berminat dalam pembelajaran matematik di dalam kelas selepas model STAD diaplikasikan. Dapatan ini disokong oleh dapatan Armstrong et al. (1998). Model STAD juga membantu mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran matematik yang dipelajari oleh para peseserta sebagaimana yang disokong oleh dapatan Effandi Zakaria dan Zanaton Iksan (2006). Selain itu, interaksi positif antara peserta-peserta juga telah diwujudkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Effandi Zakaria et al. (2010). Terdapat 4 jenis kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh para peserta, iaitu kesalahan pemahaman, kesalahan kecuaian, kesalahan memproses dan kesalahan mengekod. Kesalahan-kesalahan lazim para peserta dalam matematik juga dapat dikurangkan selepas apilkasi model STAD. Dapatan Huang (2008) menyokong hasil dapatan ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Berdasarkan kajian ini, dicadangkan masa kajian dapat dipanjangkan dengan melibatkan lebih banyak topik matematik yang lain supaya keberkesanan dan 9

Catherine Kiu Leh Jin & Hu Laey Nee

kesahihan kajian ini dapat diperlihatkan. Selain itu, kajian keberkesanaan model STAD dalam meningkatkan prestasi murid-murid boleh dilanjutkan bagi subjeksubjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Kajian tentang masalah yang wujud dalam kitaran ketiga, iaitu pengaruh Sistem Token ke atas sikap muridmurid terhadap matematik boleh dibuat dengan mengkaji dari aspek keburukan dan kebaikannya. Selain itu, kajian ini boleh dijalankan di sekolah bandar kerana cara belajar murid-murid di sekolah bandar adalah berbeza.

RUMUSAN Secara kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan mendatangkan kesan yang positif. Prestasi matematik bagi peserta-peserta meningkat selepas pelaksanaan model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas. Prestasi akademik peserta-peserta meningkat dan mereka menunjukkan perubahan positif dalam sikap mereka terhadap subjek matematik selepas mengaplikasikan model STAD. Jenis-jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh peserta-peserta dalam matematik juga ditentukan dan didapati model STAD dapat membantu pesertapeserta dalam mengurangkan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan. Beberapa cadangan lanjutan kajian juga telah disarankan.
RUJUKAN Armstrong et al. (1998). Student Teams Achievement Divisions (STAD) in a twelfth grade classroom: Effect on student achievement and attitude. [Online]. Available: http: //findarticles.com/p/articles/mi_qa3823/is_199804/ai_n8783828/ [2010, February 10]. Effandi Zakaria, Lu Chung Chin, and Mohd. Yusoff Daud. (2010). The Effect of Cooper ative Learning on Students¶ Mathematics Achievement and Attitude towards Mathematics. Journal of Social Science, 6(2), 275. [Online]. Available: http://www.scipub.org/fulltext/jss/jss62272-275.pdf. [2010, August 2]. Effandi Zakaria and Zanaton Iksan. (2006). Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysia Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 3(1), 35-39. [Online]. Available : http://www.ejmste.com/ EJMSTEv3n1_Zakaria&Iksan.pdf . [2010, February 3]. Felderl, R.M. and Brent2, R. (n.d). Cooperative Learning. [Online]. Available: htt://www4. ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/CLChapter.pdf. [2010, February 25] Huang, Lieu Sanng. (2008). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD ke atas Prestasi Matematik Tingkatan Satu Bagi Topik Algebra. Open University Malaysia.: Thesis of Undergraduate. Kennedy, L.M. and Tipps, S. (1999). Guiding Children¶s Learning of Mathematics (9th edition). Belmont: Wadworth / Thomson Learning. O¶Brien, R. (1998). An Overview of the Methodological Approach of Action Research. [Online]. Available: http://www.web.net/~robrien/papers/arfinal.html . [2010, February 24]. Orlich, D.C. et al. (2007). Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction (8th edition). New York: Houghton Mifflin. Wong, Ai Chu. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Model STAD ke atas Prestasi Matematik Bagi Topik Integer. Open University Malaysia: Thesis of Undergraduate. Wong, Siew Ming. (1998). The Effectiveness of Cooperative Learning on Mathematics Achievement and Change in Attitudes Towards Mathematics Among Preservice Teachers of Heterogeneous Ability Majoring in Mathematics in Sarawak Teacher Training College. Jurnal Pendidikan MPS. 1(1): 82-89. Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak. Email: 1kiu_jin@hotmail.com 2huln1234@gmail.com

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful