You are on page 1of 3

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015

BAHASA MALAYSIA SJK

KERTAS 2

Masa: Satu Jam lima belas minit

Bahagian A
[Masa dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah rumah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1
Bahagian B
[Masa dicadangkan: 40 minit]
[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan

1 Kamu akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang bertajuk


“Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri”.
Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

2 Ibu bapa sering mengingatkan anak-anak mereka tentang kepentingan mengamalkan


sikap berjimat-cermat dalam kehidupan seharian.
Tulis karangan tentang kelebihan amalan berjimat-cermat.

ATAU

3 Pada cuti semester yang lalu, kamu telah pulang ke kampung.

Ceritakan pengalaman yang telah kamu lalui semasa berada di sana.

2
Bahagian C

[ Masa yang dicadangkan: 20 minit]

[20 markah]

Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kematian ibunya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Lokman. Dia mula
menjalani kehidupan yang begitu mencabar tanpa belaian dan perhatian daripada seorang
ibu. Oleh sebab ayahnya bekerja sebagai pemandu lori, Lokman terpaksa menumpang
di rumah bapa saudaranya. Walaupun dia bukanlah seorang murid yang bijak, namun dia
tetap belajar sungguh-sungguh untuk mengubah corak kehidupannya.
Berkat kerajinan dan kegigihannya, dia telah mendapat keputusan yang cemerlang
dalam setiap peperiksaannya. Lokman akhirnya berjaya memasuki universiti dan setelah
tamat pengajiannya, dia telah menjadi seorang jurutera di sebuah syarikat yang
terkemuka. Walaupun dia telah hidup mewah, dia amat hemat dalam berbelanja. Lokman
juga sentiasa membantu orang lain yang memerlukan pertolongannya.

You might also like