SUKAN REKREASI

by ERNA NINA on 2008-08-25, 03:27:01 am

PENGENALAN Sukan rekreasi merupakan satu daripada sukatan pelajaran semester tiga bagi para pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester 3. Program seumpama ini bertujuan untuk menerapkan unsurunsur positif dalam diri individu mahupun berkumpulan bagi setiap guru pelatih. Untuk melahirkan guru yang berpotensi, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti program sukan rekreasi ini. Terdapat beberapa pendapat tokoh berkenaan sukan rekreasi ini seperti kenyataan di bawah: 1. Ford (1981) telah mendefinisikan Rekreasi sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan bahasa senggang. 2. Hammerman et,al (1985) telah mendefinisikan Sukan Rekreasi sebagai landasan untuk mengenalpasti pelbagai pengetahuan yang boleh di praktikkan dalam situasi harian. 3. Knapp (1981) menyatakan bahawa Sukan Rekreasi sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Selain itu, sukan rekreasi ini juga dapat melatih kecerdasan dan kecergasan yang seimbang. Program ini adalah suatu inisiatif bagi bakal pendidik untuk meningkatkan lagi sahsiah peribadi yang murni. Program ini juga memberi peluang kepada pelatih untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang sedia ada terutama berkaitan alam sekitar. Setiap aktiviti yang dilakukan dalam program sukan rekreasi ini akan dimanfaatkan ketika bertugas kelak. Dengan ini dapatlah melahirkan guru yang serba boleh. Program ini wajar dilaksanakan oleh guru pelatih kerana memberi banyak manfaat dan amat berguna di masa akan datang.

[b]FALSAFAH SUKAN REKREASI[/b] Alam semula jadi merupakan sebuah makmal tentang hidupan yang kaya dengan sumber-sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan setiap amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupuk nilainilai murni serta melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan keintegrasian di kalangan masyarakat menjurus ke arah perpaduan nasional.