TINJAUAN PENULISAN YANG BERKAITAN 2.

2 Kajian-Kajian Berkaitan Pendekatan Menulis Karangan Terdapat banyak kajian berkenaan penulisan karangan. Di antaranya ialah kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan untuk mengajar karangan. Mengikut Jos. Daniel Parera (1987:17) pendekatan merupakan satu aksioma iaitu sesuatu yang baku dan tidak lagi dibantah akan kebenarannya. Menurut Abdullah Hassan (1987:412) pula, pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkaraperkara yang mengawal bahasa itu. Terdapat beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan ke atas kajian berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman (1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak. Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan kreatif. Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan. Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks. Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan Proses penting dan apakah faedah-faedahnya ke atas pengajaran penulisan? Berkenaan dengan Pendekatan Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan bagaimana beliau telah mencorakkan dan mengajar kursus menulis dengan menggunakan pendekatan proses. Jadual Pendekatan Proses beliau diperturunkan di bawah ini

mengkaji. perbahasan. membaca dan mendengar. Kajian beliau secara eksperimen selama enam minggu ini mendapati bahawa Pendekatan Proses dapat meningkatkan kualiti karangan pelajar. Dalam sesi ini. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. aktiviti pemilihan tajuk dan membuat rangka karangan. Contohnya apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis? Dalam peringkat menulis draf kedua. melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap draf sebanyak tiga kali. beliau telah membuat pengenalan tema. Kelas pertama terdiri daripada pelajar kumpulan cerdas yang terdiri daripada 41 orang pelajar Cina. Sampel beliau ialah dua buah kelas tingkatan satu dan dua orang guru. Beliau telah membuat kajian ke atas pengajaran penulisan karangan berasaskan Pendekatan Proses di sebuah sekolah menengah gred A. penyusunan paragraf dan tatabahasa di samping meningkatkan sikap pelajar terhadap penulisan kepada lebih positif dan mengurangkan rasa kecewa dalam penulisan karangan. penyusunan paragraf dan pemilihan perkataan. membaca nota kuliah dan mendengar syarahan. bacaan cepat. Dalam aktiviti prapenulisan. guru mengajar karangan kepada pelajar seperi memberi definisi atau membuat koherensi. Di Malaysia. Kemudiannya dan seorang pelajar berbangsa India manakala kelas kedua terdiri daripada 46 orang pelajar bumiputera kumpulan cerdas. pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan karangan. mendengar kaset. Semasa penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. Dalam aktiviti penulisan pula. Dalam pengajaran beliau selama enam minggu. Ia juga didapati dapat meningkatkan interaksi di antara pelajar dengan guru melalui proses menulis dan sesi di antara draf.Struktur Model Pendekatan Proses Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti sumbangsaran. Dalam bengkel menulis. beliau mendapati pendekatan ini sangat berfaedah kepada pelajar. satu kajian ke atas Pendekatan Proses telah dijalankan oleh Narayanan Kunci Raman (1991). Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan lampiran. Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Bacaan kedua untuk memberi komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk menandakan kesalahan mereka. menulis draf . Sesi perbincangan guru murid adalah sesi di mana guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka. pengajran individu ke atas isi. membuat komen. Ia dapat membaiki isi. membuat tinjauan pendapat. kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan. beliau telah menjalankan aktiviti menulis draf satu.

Walau bagaimanapun. menulis draf ketiga dan kemudiannya proses penyemakan guru dijalankan. Hasilnya didapati kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak dalam bidang penulisan amat menggalakkan. guru membacakan contoh karangan terbaik dan meminta komen daripada rakan dan karangan yang baik akan dipaparkan disudut bahasa. Pendekatan ini juga didapati mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru. Penulisan cepat itu menggunakan tiga unsur iaitu penumpuan ke atas isi kandungan karangan. Contohnya untuk menghasilkan satu karangan yang lengkap dari draf satu hingga draf keempat. beliau mendapati bahawa kanak-kanak didapati amat berminat untuk menulis tanpa menunggu arahan daripada guru. Seterusnya pendekatan ini diperkenalkan kepada guru-guru lain. Kajian juga dijalankan ke atas 27 orang guru sekolah rendah di tiga buah sekolah di Australia. Ia kemudiannya diperkenalkan dan diamalkan di sekolah-sekolah di Australia. beliau mendapati ada kemajuan dalam karangan pelajar.Jan. Prinsip pendekatan ini. Hasil kajian beliau. pengajaran Pendekatan Proses yang diperhatikan oleh beliau menggunakan terlampau banyak masa. . elakkan memikirkan tentang bentuk karangan dan menulis tanpa berhenti.1982). Seorang pakar pendidikan di Amerika iaitu Profesor Donald H. Masa yang panjang ini kurang sesuai dengan masa karangan di sekolah rendah. Akhir sekali barulah aktiviti menulis draf keempat. maklumbalas guru. aktiviti penyemakan rakan sebaya. Satu lagi pendekatan baru dalam kemahiran menulis ialah Pendekatan `Conference’ (Turbill. Graves telah menjalankan kajian ke atas pendekatan ini. Di antaranya ialah kajian Jacobs (1986) yang telah mencadangkan penggunaan pendekatan penulisan cepat untuk mengajar karangan. Perubahan sikap dan minat ini berlaku dalam tempoh yang singkat. pembinaan unsur suspens dan menjadikan karangan pelajar mempunyai penutup yang lebih baik. proses ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar untuk menjadi pembaca yang kritis untuk mencari kesalahan tatabahasa. Pada draf keempat. Dalam aktiviti selepas penulisan pula. Kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan pengajaran karangan lain juga sangat penting dimasukkan di sini. menulis adalah proses yang memerlukan banyak langkah dan merupakan satu kraf. sebanyak 4 jam 40 minit diperlukan yang bersamaan dengan empat minggu waktu karangan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Pendekatan ini terus membawa kanak-kanak ke alam penulisan dan mula mengarang secara bebas. Kajian beliau mendapati bahawa penulisan cepat ini membantu pelajar menggunakan pelbagai strategi penulisan. membuat perbincangan guru dan pelajar.kedua. Semasa penulisan draf ketiga. Beliau mendapati semasa proses penyemakan rakan sebaya dijalankan. menurut beliau agak kurang mencabar pelajar kerana pelajar hanya menyalin kembali karangan mereka.

Terdapat juga kajian-kajian berkenaan pendekatan bebas dan terkawal dalam pengajaran penulisan karangan. Hasil eksperimennya beliau mendapati dengan menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam proses karangan . Walau bagaimanapun. Ini beerti penyediaan model karangan sangat penting untuk diberikan kepada pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan kajian beliau ialah pelajar yang mendapat rawatan strategi karangan terarah menunjukkan kemajuan yang lebih baik daripada kumpulan yang menerima rawatan strategi karangan bebas. meminta kerja rumah tambahan dan menjalankan lebih banyak perbincangan jika dibandingkan dengan kumpulan yang mendapat rawatan karangan bebas. Berkenaan dengan penyediaan model karangan ini. model karangan dapat membantu menambahkan kosa kata dan isi karangan menjadi lebih baik. Dalam strategi karangan terarah. Di antaranya ialah kajian oleh Paulston (1967) terhadap kesan pengajaran karangan bebas dan terkawal. berkenaan dua strategi penulisan karangan jenis ekspositori iaitu strategi karangan terarah dan strategi karangan bebas. Kajian beliau ini dilakukan terhadap dua kumpulan pelajar-pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Alor Setar. Beliau mendapati kumpulan yang didedahkan kepada pendekatan penulisan cepat lebih baik dari segi penutup.Hilgers (1980) juga menyokong penemuan pendekatan penulisan cepat ini sebagai satu strategi jumpaan atau penerokaan. Rutter (1989) telah menjalankan satu eksperimen untuk mengajar kemahiran menulis kepada pelajar-pelajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sebuah universiti. Nor Ishak (1987). mempunyai idea yang lebih banyak dan karangan mereka pada keseluruhannya didapati lebih baik. Eksperimennya menggunakan dua bahagian iaitu menulis karangan berpandu dan bahagian kedua ialah menulis karangan bebas. Begitu juga dengan kajian Mohd. Di samping itu. beliau menambahkan penggunaan model karangan untuk digunakan dalam penulisan karangan sebagai satu kawalan ke atas karangan. Selain itu. didapati ada pelajar-pelajar yang terlampau terikut untuk meniru model karangan ini dan kata Robinson mengganggu koherensi karangan dan mengurangkan sifat kreatif pelajar. Lane dan Perrin (1984) dalam satu tinjauan ke atas pengajaran kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang menggunakan penulisan cepat mendapati bahawa 17 peratus pelajar-pelajar yang didedahkan kepada pendekatan itu suka kepada penulisan cepat dan 88 peratus mengatakan ia membantu mereka mengeluarkan idea-idea dengan lebih baik dalam penulisan mereka. Kumpulan pertama diberikan latihan teknik penulisan cepat dan satu kumpulan lagi diberikan pendekatan penyelesaian masalah. Beliau telah membandingkan penulisan terhadap dua kumpulan pelajar yang belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Robinson (1987) mengatakan bahawa penggunaan model karangan memang dapat membaiki penyusunan karangan pelajar. Kajian beliau telah mendapati bahawa kumpulan yang didedahkan dengan rawatan karangan terawal didapati lebih baik kerana mereka menghantar karangan lebih tepat pada masanya.

latihan membuat esei. Pendekatan ini melibatkan proses pendedahan supaya pelajar berpeluang untuk menghasilkan penulisan daripada tahap asas dan menggunakan kemahiran itu untuk keperluan asas mereka. perulangan komponen tatabahasa dan penyambungan ayat yang tidak tepat. penulis terkawal. membuat persembahan. Selain McDevitt. membuat analisis. Fulwiler (1988) dalam kajiannya telah mendapati bahawa program tersebut membantu pelajar untuk menggunakan fikiran ketika belajar dan mengkaji bahasa. Dalam kajian itu.menjadikan hasil karangan lebih baik. Pendekatan tersebut ialah pendekatan menulis merentas kurikulum. meringkaskan karangan dan mengadakan ujian esei. Beliau telah menggunakan satu latihan untuk membaiki kesalahan-kesalahan ini yang dinamakan sebagai pendekatan penulisan Spaghetti. Beliau telah mengkaji pendekatan merentas kurikulum untuk mengajar kemahiran menulis yang dilakukan terhadap beberapa kelas di Universiti Southwest Texas State (San Macros) dalam sepuluh kertas sosiologi. dua kertas Bahasa Inggeris dan satu kertas Pengajian Am yang kemudiannya digredkan. Kajian beliau telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di Universiti South Pasifik di Vanuatu. Dalam kajiannya dua orang guru terlibat di mana seorang guru mengajar menggunakan pendekatan eksperimen dan seorang lagi menggunakan pendekatan tradisional. Beliau mendapati. pelajar-pelajar yang dikajinya telah menunjukkan satu peningkatan yang baik dalam kemahiran menulis. Tierney (1981) telah membandingkan dua pendekatan tersebut untuk mengajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan selepas rawatan di antara kedua-dua pendekatan selepas ujian akhir dijalankan. Ini kerana pelajar berasa mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menulis sendiri kerja mereka dalam pelbagai aktiviti dan mengikut tempoh tertentu. Kajian beliau ini menumpukan perhatian kepada kebaikan dan kelemahan penulisan merentasi kurikulum. Selain itu terdapat juga satu pendekatan lain utuk mengajar kemahiran menulis ini. Hasil kajian beliau ini beliau mendapati pendekatan merentas kurikulum tidak sesuai. beliau mendapati bahawa 29 peratus kesalahan tatabahasa berlaku disebabkan kesilapan konsep ayat. Empat bidang utama kesilapan ialah ayat yang tidak lengkap. tidak ada hubungan tatabahasa dengan klausa. Sebaliknya Day (1989) tidak menyokong dapatan kajian Fulwiler. Penyelidikan eksperimen itu melibatkan pelbagai aktiviti menulis yang khas seperti membaca. . penulisan berpandu dan membuat model semula. Pendekatan ini melibatkan model penulisan bebas. Kajian berkenaan pendekatan pengajaran jenis eksperimen dan tradisional juga dijalankan. Tomlinson (1983) pula telah menggunakan satu pendekatan untuk mengajar karangan di Tingkatan Lima O Level di kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Zambia. McDevitt (1989) telah menggunakan satu pendekatan baru yang dinamakan beliau sebagai pendekatan penulisan Spaghetti.

Fokus penulisan ialah terhadap isi kandungan dan pelajar dibebaskan untuk memilih tajuk mereka sendiri dan mereka juga dibenarkan berbincang. Proses tergambar dalam rajah diperturunkan di sebelah. Penulis akan menulis berbagai-bagai draf dan akan menyemak karangan mereka seiringan. Flower dan Hayes (1980a) telah mengemukakan sebuah model yang dapat memberikan gambaran yang eksplisit tentang proses karang-mengarang. Smith (1982) juga mengatakan bahawa prapenulisan. kajian Houston (1990) mendapati bahawa pembelajaran kolaboratif dapat menggalakkan pelajar untuk mendapatkan kemahiran menyesaikan masalah. Hasil kajian ini beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam proses penulisan ini menunjukkan sikap yang positif dengan berkongsi idea dengan rakan sebaya. 2. banyak kajian juga dijalankan ke atas proses-proses penulisan. Bagaimanapun guru perlu mengurangkan peranannya membantu pelajar jika didapati pelajar sudah mula berdikari. . guru perlulah mengurangkan peranannya. menghilangkan rasa takut untuk melibatkan diri dalam perbincangan serta membantu ke arah mengeluarkan idea untuk menulis dengan lebih baik dan kualiti karangan juga akan meningkat. kajian Houston (1990) mendapati bahawa pembelajaran kolaboratif dapat menggalakkan pelajar untuk mendapatkan kemahiran menyelesaikan masalah.3 Kajian-Kajian Berkaitan Proses-Proses Penulisan Selain dari kajian ke atas pendekatan-pendekatan pengajaran karangan. menyemak serta menulis semula. Jika tidak pelajar tidak akan menjadi penulis yang boleh berdikari. menghilangkan rasa takut untuk melibatkan diri dalam perbincangan serta membantu ke arah mengeluarkan idea untuk menulis dengan lebih baik. penulis-penulis akan merancang (prapenulisan). penuilisan dan penulisan semula merupakan proses seiringan. Knudson (1990) telah mengkaji peranan guru ketika membantu proses penulisan pelajar mengatakan apabila pelajar telah menjadi penulis yang baik dan berdaya saing. Berkenaan dengan kajian terhadap pembelajaran kolaboratif.Dickinson (1990) pula telah mengkaji penggunaan pendekatan berbengkel untuk mengajar meningkatkan motivasi pelajar supaya mereka dapat membuat pilihan apa yang akan mereka tulis. mereka akan menulis dengan lebih baik dan kualiti karangan juga akan meningkat. Berbagai-bagai aktiviti dapat dijalankan dalam kumpulan kerjasama ini seperti aktiviti pemprosesan perkataan dan aktiviti memberikan definisi teknikal tanpa mengira kumpulan. jika pelajar diberikan pilihan dan kebebasan untuk memilih apa yang akan mereka tulis. Ini menunjukkan bahawa. Flower dan Hayes (1981) mengatakan bahawa semasa aktiviti menulis. Berkenaan dengan kajian terhadap pembelajaran kolaboratif. Pelajar-pelajar telah diberikan latihan karangan untuk disiapkan dalam tiga masa di luar kelas dan lima masa dalam satu minggu persekolahan.

Pada mulanya penulis menyuruh pelajarnya menulis draf pertama dan menyimpannya dan kemudian menyuruh pelajar menulis draf kedua. Struktur yang terawal ini membolehkan terjadinya persepaduan di antara beberapa subproses. Ini supaya terdapat pengawalan idea secara aktif di samping dapat memproses maklumat baru dengan lebih banyak. Untuk mengusai kemahiran menulis. Salah satu daripada proses-proses penulisan ialah penulisan semula. menyemak draf sehingga jelas kandungannya dan kemudian menulis untuk dibaca. Draf kedua kemudiannya disemak dan draf ketiga ditulis semula. 1985) Begitu juga dengan Krashen (1982) yang mengatakan dalam usaha untuk menyediakan pelajar untuk menjadi penulis yang baik. Terdapat kajian yang mendapati bahawa penulisan semula sangat penitng untuk membaiki penulisan. memikirkan tentang tajuk yang dipilihnya. Semua idea yang dipilih kemudiannya disusun untuk menghasilkan teks dan ini dinamakan proses penterjemahan. Begitulah berlakunya proses penulisan semula hinggalah draf kelima yang merupakan draf terakhir. penulisan dan selepas penulisan. Peringkat penulisan itu ialah prapenulisan. Sesuatu tajuk hendaklah dikaji secara mendalam sebelum ditulis seperti mengadakan perbincangan. membuat soalan dan memberi pendapat dan hujah ke atas kandungan tajuk tersebut. Kajian beliau dijalankan ke atas satu program penulisan yang beliau bahagikan kepada lima buah draf. penterjemahan dan peninjauan. kanak-kanak perlu dibimbing untuk melalui peringkat-peringkat menulis.Struktur Model Proses Mengarang Berdasarkan model ini. fokus yang lebih sepatutnya diberikan kepada apa yang hendak diperkatakan dan bukannya bagaimana sesuatu itu diperkatakan. telah menyenaraikan peringkat sebenar yang dialami oleh seorang penulis. Walshe (1981). Penulis harus mengetahui isi pelajaran dengan cukup baik supaya boleh memberi penerangan. (Anthony. bahagian-bahagian utama dalam proses karangmengarang ialah perencanaan. Kanak-kanak perlu memilih tajuk. menulis draf. membuat kajian dan penyelidikan berkenaan bahan samada secara bebas atau secara berkumpulan. Philip (1990) telah menjalankan kajian ke atas program penulisan kepada pelajar-pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama telah mendapati bahawa penulisan semula sangat penting. Inti kepada bahagian perencanaan ialah penglahiran idea iaitu apa yang hendak ditulis. Hasilnya beliau mendapati proses penulisan semula sangat baik kerana proses ini menghasilkan karangan yang berkualiti. Kekuatan model Hayes dan Flower ini terletak kepada adanya kepelbagaian peristiwa mental yang berlaku semasa proses karangmengarang. . Pengetahuan berkenaan sesuatu yang hendak ditulis mestilah mencukupi sebelum seseorang itu mula menulis.

Dua garis panduan untuk mengedit ialah pembaca penulisannya sendiri dan tujuan penulisannya. Teknik ini memudahkan guru memahami masalah penulis dan membolehkan pelajar mempunyai kawalan yang lebih ke atas maklumat yang didapati daripada guru. penulis akan mendapat faedah daripada tindak balas ini. penyemakan juga merupakan satu proses yang penting dalam kemahiran menulis. guru sepatutnya menyediakan pelajar dengan peluang untuk menjadi seorang editor iaitu untuk belajar mengedit penulisan sendiri. Pengajaran dimulakan dengan kaedah demonstrasi mengedit dan kemudiannya pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan rakan sebaya yang mengandungi lebih kurang empat hingga enam orang. Teknik ini memerlukan pelajar membuat tindak balas untuk membaiki draf karangan mereka melalui komen-komen. Teknik rakan sebaya ini menggalakkan penulis menulis dengan lebih banyak. Murray (1978) telah mendifinisikan penyemakan sebagai "apa yang dilakukan oleh penulis selepas draf karangan mereka telah disiapkan". Kajian Squire dan Applebee (1968) dalam tinjauan terhadap 106 sekolah tinggi yang mempunyai reputasi yang baik mendapati hanya 12% pelajar tersebut sahaja yang menyemak kembali kerja penulisan mereka. Guru yang menyemak karangaan ini akan memberikan komen secara langsung ke atas isi karangan pelajar.Selain dari proses penulisan semula. Enam kaedah itu ialah:- . Apabila pelajar mempunyai sikap yang positif untuk membantu rakan masing-masing. Butler (1981) mengatakan untuk mengajar kemahiran mengedit karangan. Katanya guru-guru sepatutnya berperanan untuk menerima maklum balas penulisan semasa proses penyemakan yang nanti akan membantu murid-murid membaiki karangan mereka. Maggie (1990) pula telah mencadangkan teknik kawalan diri (self monitoring) dalam penulisan karangan. soalan-soalan dan cadangan guru sebelum mereka menghantar karangan mereka kepada guru. Ia juga membolehkan guru dan murid membuat interaksi yang lebih ke atas karangan pelajar walaupun dalam keadaan di mana perbincangan seorang ke seseorang agar sukar dijalankan. Mc Colley (1963) telah menjalankan satu kajian eksperimen bagi mengesan enam kaedah pengajaran penulisan karangan. Begitu juga dengan Zamel (1982) yang mendapati bahawa penyemakan merupakan satu proses yang penting. Dalam hal ini Applebee (1981) dalam kajian beliau telah mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi jarang diminta untuk menyemak karangan mereka. Ini kerana penyemakan menentukan kualiti kerja penulisan. Pelajar-pelajar juga boleh menjadi seorang penulis yang berkesan sekiranya mereka dibimbing dan diajar untuk melihat semula karangan mereka dan menilainya secara kritis. Beberapa cadangan telah diberikan berhubung dengan proses penyemakan ini.

. Selepas eksperimen selama setahun. Beliau mendapati pelajarpelajar yang dikajinya tidak mementingkan proses penyemakan. Pianko (1979) dan Zamel (1983) mendapati bahawa pelajar-pelajar seringkali melakukan kesalahan tatabahasa dan ejaan semasa menulis yang memerlukan diadakan proses penyemakan. didapati ada guru dan pelajar tidak mementingkan proses penyemakan sebagai satu proses dalam penulisan. 5. Karangan mereka juga didapati kekurangan keherensi. Kajian beliau ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Cina. Pemeriksaan karangan yang berfokus pada tema dan tajuk 6. menyemak dan membaiki. Mereka juga telah mengkaji hubungan di antara menulis dengan proses untuk memikirkan tajuk-tajuk yang berkaitan. Walaubagaimanapun. Beliau mendapati pelajar-pelajar lebih suka menggunakan kertas dan pensel untuk menulis draf pertama dan menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyemak karangan. Begitu juga dengan kajian Johns (1986) yang telah menggunakan teori skema untuk membolehkan pelajar-pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mengulangkaji dan menyemak karangan mereka. Usaha beliau untuk memberikan bimbingan dan maklum balik secara spontan menghasilkan keputusan yang negatif dan tidak berkesan yakni merujuk kepada kaedah enam. Begitu juga dengan kajian Scardamalia dan Bereiter (1981) yang mendapati bahawa penulis-penulis muda melibatkan terlalu sedikit proses penyemakan dan proses berfikir. Pengajaran penggunaan bahasa dan mekanisme penulisan Pengajaran kendiri termasuk melihat semula. 4. 3. Beliau mendapati para pelajar amat lemah dalam kemahiran mengedit teks karangan mereka. Mereka mendapati bahawa penulis-penulis muda menghadapi masalah untuk mengingat kembali maklumat yang pernah mereka perolehi. Kajian beliau ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar gred 8 hingga 12 di sebuah sekolah di Amerika Syarikat. sama ada banyak atau sedikit menemui kesulitan untuk berbuat demikian. menulis semula. Maklumat balik daripada guru. Sebaliknya mutu pengajaran menjadi lebih baik apabila guru menggunakan pengajaran secara amali.1. hasil kajian beliau mendapati bahawa latihan mengarang semata-mata tidak berfaedah khususnya merujuk kepada kaedah pertama. 2. Hanya mengarang sahaja (tanpa pengajaran) Perbincangan dalam kumpulan sebelum menulis karangan. membuat penyemakan dan menulis semula. Kajian oleh Pearl (1980). Pelajarpelajar gred 4 dan 6 yang disuruh menamakan tajuk-tajuk yang diketahui. Ini didapati oleh Joram (1990) yang telah mengkaji sikap pelajar terhadap penulisan dan kemahiran mengedit teks pelajar. Beliau mencadangkan supaya guru memberikan latihan seminggu sekali dan bagi setiap latihan satu hingga dua hari diperlukan untuk memberikan penerangan secara praktis.

Menurut Pearl (1980) penulis-penulis kurang mahir sering mengandaikan karangan mereka sudah lengkap dan tidak perlu lagi diadakan huraian atau menyusun idea mereka supaya menjadi karangan yang lebih lengkap. Pelajar-pelajar seringkali melakukan kesilapan tatabahasa dan ejaan semasa menulis. Ini supaya pelajar sendiri dapat mengenal pasti kesalahan dan membaikinya sendiri sebelum dihantar kepada guru. Oleh itu. Bridwell (1980) mengatakan tugas itu ialah tugas menyemak (editing) dan bukan penulisan semula (rewriting). Kedua-dua kaedah ini dipanggil kaedah penandaan minimum dan penggunaan perakam suara sebagai komen. Berkenaan dengan proses perbincangan semasa membuat draf. Berkenaan dengan proses maklum balas dalam penulisan. Dapatan dari soal selidik beliau. Mereka mendapati penulis-penulis dewasa yang baru hanya berjaya menimbulkan 70 peratus sahaja idea daripada yang pernah diselidiki oleh mereka. Ia didefinisikan sebagai satu input daripada pembaca kepada penulis. Flower dan Hayes (1981) telah mendapati bahawa penulis-penulis mahir dapat mengemukakan kembali idea yang diselidiki oleh mereka. Ini termasuk komen-komen. Bertentangan dengan kajian ini. perbincangan dan komen guru. dalam kajian beliau mendapati bahawa maklum balas pelajar merupakan satu proses yang penting.Kajian-kajian lain pula meninjau tentang perbezaan cara penulis menyemak karangan. soal selidik yang beliau jalankan mendapati perbincangan dapat meningkatkan interaksi di antara guru dengan pelajar dan juga meningkatkan keyakinan pelajar dalam penulisan dan lisan. beliau mendapati bahawa maklum balas rakan sebaya sangat penting untuk penulis mengetahui apa dan bagaimana mereka menulis. soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pembaca kepada penulis. Hyland (1990) dalam kajiannya telah mencadangkan pendekatan alternatif iaitu kaedah maklum balas untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kemahiran menulis. . Hasil kajiannya beliau mendapati bahawa kaedah ini membantu pelajar mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama dan proses membuat draf karangan dan menyemak menjadi lebih mudah. Beliau telah mengambil kaedah ini daripada Haswell (1983) yang mengatakan bahawa kesilapan pelajar hanya perlu ditunjukkan dengan tandaaan di hadapan barisan ayat. Beliau mendapati ramai penulis bukan sahaja menyemak karangan mereka tetapi juga menggunakan banyak masa ke atas keseluruhan isi kandungan untuk melihat apa yang ingin mereka perkatakan dalam bentuk yang difahami pembacanya. Penulis-penulis kurang mahir lebih berminat untuk memeriksa karangan hanya ke atas kesilapan-kesilapan kecil dalam tatabahasa atau pemilihan kata. Keh (1990). Maklum balas ini dibahagikan kepada tiga iaitu maklum balas rakan sebaya. Beliau juga mendapati perbincangan kumpulan lebih berkesan daripada perbincangan individu.

Ia . Omar (1987) untuk merujuk kepada susunan fikiran secara logis. di antara berbagai-bagai komen seperti komen ke atas perkataan. Martin (1979). Dapatan beliau mendapati walaupun kesemua karangan baik tetapi masih boleh dipertingkatkan kekohesifan dan kekoherenannya dengan pengajaran kohesi dan koheren yang seharusnya bermula di sekolah rendah lagi. 2. telah mengadakan satu bengkel untuk mengkaji hubungan di antara ayat-ayat dalam teks yang ditulis pelajar. Kajian beliau mendapati bahawa pelajar kumpulan sebaya hanya dapat menerima komen guru-guru yang mengambil berat dan bekerja keras ke atas karangan pelajar. mendapati bahawa guru-guru ini menghasilkan tindak balas yang berkesan ke atas idea pelajar dalam karangan mereka. Hamid (1996). terdapat juga kajiankajian terhadap teknik-teknik menulis karangan. Berhubung dengan pautan ini. Menurut Halliday dan Hasan (1976). Menurut Ramlah dan Rahim (1985) teknik bermaksud cara sesuatu pelajaran itu disampaikan. Samad Said. Kajian-Kajian Berkaitan Teknik-Teknik Menulis Karangan Selain daripada kajian-kajian terhadap proses-proses dan pendekatanpendekatan dalam pengajaran penulisan karangan. Wong Khek Seng (1993) telah membuat tinjauan awal terhadap pautan dan pembinaan teks menggunakan novel Daerah Zeni dan Hujan Pagi karya A. Menurut Hallisay dan Hasan (1976). Sebelum menyertai bengkel.4. Kajian Freedman (1987) ke atas guru-guru yang berjaya. Berdasarkan ulasan yang diberikan. frasa. kolokasi dan reiterasi leksikal dan penghujung ayat. ayat dan paragraf komen satu perkataan kurang berkesan jika dibandingkan dengan komen yang lebih panjang. guru-guru yang menjadi peserta dikehendaki menilai kerja pelajarpelajar terlebih dahulu. Analisis beliau mendapati pautan dapat dilakukan melalui pelbagai cara seperti perujukan. telah menjalankan satu kajian tentang pertautan berdasarkan analisis kohesi dan koheren ini. kata ganti dan artikel. Khatijah Abd. satu lagi proses yang berlaku ketika menulis yang menerima perhatian para penyelidik ialah pautan ataupun kohesi dan keteraturan fikiran (koherensi). guru-guru mendakwa bahawa masalah besar yang ditemui mereka ialah kekurangan kohesi. Manakala isitilah keteraturan fikiran atau koherensi diperkenalkan pula oleh Asmah Hj. pautan dimaksudkan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu menyambungkan atau mengikatkan ayat-ayat dengan menggunakan kata penghubung. Beliau telah menganalisis beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sepatutnya proses untuk mendapatkan maklum balas melalui komen guru dimulakan pada peringkat awal sebelum pelajar meningkat ke tahap yang lebih tinggi.Berkenaan dengan komen guru.

Di antara beberapa kajian terhadap terhadap teknik pengajaran dalam kemahiran menulis ialah kajian Rinvolucri (1983) yang telah menggunakan surat kiriman sebagai satu teknik pengajaran.meliputi bentuk-bentuk aktiviti tertentu yang ditekankan dalam pengajaranpembelajaran seperti teknik berdialog. Di antaranya. berlakon. Kemudian sesi perbincangan untuk menulis surat rasmi untuk membuat lawatan diadakan. Menurut Abdullah Hassan (1987) pula. Satu contoh yang diberikan ialah gambaran seseorang yang sedang mencari pekerjaan. Ia juga menggalakkan proses penyemakan di antara draf serta membantu pelajar ke arah aktiviti pembacaan sebagai persediaan menulis. frasa dan struktur ayat dan dengan dapat memperkayakan teks karangan mereka sendiri. Selepas lawatan pelajarpelajar diarahkan untuk menulis artikel tentang lawatan. Surat balasan kemudiannya dihantar oleh syarikat yang berminat membuat temuduga. Surat penerimaan tawaran dihantar kembali Vincent (1990) telah menjalankan satu projek untuk memotivasikan pelajar ijazah pertama dalam kemahiran menulis di Institut Linguistik Gunaan di Universiti Warsaw. Lopes (1991) dalam satu eksperimennya ke atas pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah menekankan kepada aspek bacaan iaitu membaiki strategi bacaan pelajar. menarik serta dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Langkah kedua ialah membantu mengubah sikap pelajar terhadap penulisan dan menggalakkan mereka untuk memberi tumpuan ke atas isi kandungan dan mengeluarkan idea secara jelas. meminjam perbendaharaan kata. latih-tubi atau permainan. Temuduga dijalankan. Byrne (1981) dalam kajiannya ke atas kemahiran bersepadu menulis karangan mendapati teknik ini juga menyebabkan pelajar mengambil bahagian yang aktif dalam proses mengarang. Iklan surat khabar . e.Pelajar menelefon syarikat yang menawarkan pekerjaan dan setiausaha syarikat mengarahkan pelajar menulis surat permohonan pekerjaan. Pelajar kemudiannya menulis surat permohonan c. b. Menurut Tarigan (1987) terdapat beberapa keuntungan jika guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa. guru dapat menjadikan pengajarannya lebih bervariasi. beliau mendapati pelajar-pelajar mengambil . Surat dihantar menawarkan jawatan f. Hasil kajiannya. d. beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar menggunakan surat kiriman beliau sebagai model. Hasil kajiannya. teknik merupakan satu muslihat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan butiran pengajaran. Di antara langkah-langkah yang beliau jalankan dalam proses mengarang menggunakan teknik surat kiriman ini ialah:a. Hasilnya projek ini didapati dapat menggalakkan penyertaan pelajar secara berkumpulan ketika menjalankan proses penulisan. Beliau telah menjemput ahli perniagaan untuk mengadakan perbincangan. Poland. Beliau telah menggunakannya terhadap pelajar-pelajar kursus intensif Bahasa Inggeris peringkat asas selama dua minggu.

Pada awalnya semua kanak-kanak akan mendengar cerita dan kemudiannya menggunakan sebahagian cerita untuk diceritakan semula. Melihat kesan dua pendekatan latihan menulis iaitu yang dianggap sebagai latihan biasa dan latihan kerap. Mereka kemudiannya diminta menyudahkan cerita mereka sendiri. Pengetahuan tentang topik yang ditulisnya memainkan peranan penting dalam penulisan. Melihat kesan dua kaedah pengajaran menulis karangan iaitu kaedah bebas dan kaedah perbincangan. terdapat juga kajian-kajian ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti karangan pelajar. Dalam kajiannya Buxton telah menumpukan perhatian kepada dua perkata iaitu:a. Dalam tahap II. Penggunaan teknik bercerita juga didapati berkesan untuk mengajar kemahiran menulis. Beliau mengukur pengetahuan pelajar-pelajar gred sepuluh berkenaan konsep spesifik mata pelajaran Kajian Sosial sebelum mereka diminta menulis topik-topik yang berkaitan. Salah satu faktornya ialah kekerapan menulis. Mcleod dan Rosen (1975) telah mengkaji proses menulis dalam pelbagai teknik. kepentingan bercerita kepada pelajar-pelajar dan penglibatan pelajar dalam kemahiran menulis. menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri. ia dapat menjawab soalan iaitu apakah yang hendak ditulis dan bagaimanakah untuk menulis dengan baik. Hasil kajiannya. Pendekatan ini dapat menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dan menghasilkan karangan yang lebih tersusun strukturnya. Britton. Teknik ini menggabungkan konsep kefahaman. Mereka telah mengumpulkan sampel karangan yang terdiri daripada lima ratus orang pelajar dan mengrekodkan sampel karangan untuk mengetahui siapakah pembaca yang ada dalam fikiran pelajar semasa mereka menulis. membuat draf. Kajian Langer (1984) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan mengenai topik dengan kualiti karangan pelajar. dengan menggalakkan pelajar meluaskan pembacaan ke atas tajuk-tajuk karangan mereka. 2. Martin. pelajar-pelajar dibantu dalam kemahiran menyusun isi karangan. b.5 Kajian-Kajian Berkaitan Penulisan Karangan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Di samping itu. Burgess. Di samping itu.bahagian secara sukarela dalam tahap I. Justeru. Kajian ke atas pendekatan yang membanyakkan latihan menulis telah dijalankan oleh Buxton (1958). dapat menggalakkan pelajar menulis pelbagai bentuk penulisan. Kajian Piper (1986) tentang penggunaan teknik bercerita oleh guru-guru gred dua untuk mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah mendapati penggunaan imaginasi dalam cerita dapat mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan pengalaman mereka tanpa batasan. . beliau mendapati bahawa 40 peratus pelajar memilih guru sebagai pembaca iaitu pada pelajar gred enam di Amerika Syarikat dan kemudiannya meningkat kepada 60 peratus kepada pelajar gred 12.

Pendekatan ini berpegang kepada keyakinan bahawa sekiranya karangan pelajar-pelajar diperiksa secara intensif berkenaan aspek-aspek penting dalam karangan. Kaedah perbincangan pula dimaksudkan kepada setiap karangan akan dibincangkan selama 30 . Faktor lain yang mempengaruhi kualiti karangan ialah aliran persekolahan dan taraf kelulusan pelajar. Shabran (1986) dalam kajiannya telah mendapati sedemikian. Beliau mendapati. pelajar-pelajar yang datang dari status sosioekonomi yang tinggi telah menghasilkan penulisan yang lebih baik khususnya dalam aspek struktur ayat dan perbendaharaan kata. 1986). Percubaan dan kajian menggunakan pakej aplikasi komputer telah banyak dijalankan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat (Opack dan Perushek. kemahiran mengarang pelajar akan dapat ditingkatkan. Pemproses perkataan menggunakaan komputer dapat menjadikan . Kajian Burton dan Arnold (1963) misalnya telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kualiti karangan pelajar walaupun karangan mereka diperiksa secara intensif. Terdapat juga kajian untuk mengintegrasikan pemproses perkataan dalam pengajaran penulisan karangan. Faktor lain yang mempengaruhi kualiti barangan pelajar ialah pendekatan yang melebihkan pemeriksaaan secara intensif. penggunaan komputer semakin meluas dalam bidang teknologi maklumat. Bagi Ujian menulis esei. Ini beerti menambahkan kekerapan menulis tidak menampakkan kesan kepada keberkesanan ekspresi. Beliau telah menjalankan kajian terhadap kesilapan nahu yang dilakukan oleh penutur-penutur jati Bahasa Melayu ke atas guru pelatih tahun satu sebuah maktab perguruan di Kuala Lumpur. Raminah Hj. diberikan markah dan gred. McCarthy (1954) telah melaporkan bahawa terdapat juga pertalian yang positif dan signifikan di antara kualiti karangan pelajar dengan status sosioekonomi keluarga mereka.Kaedah bebas yang dimaksudkannya adalah kaedah pengajaran yang memberikan banyak kebebasan tanpa gangguan dalam penulisan. Dewasa ini. Buxton mendapati kaedah perbincangan telah menunjukkan kualiti barangan yang lebih baik. guru tidak menandakan sebarang kesalahan. Sommers (1985) menyatakan bahawa penggunaan pemprosesan perkataan dalam penulisan karangan dapat membantu menghilangkan rasa bosan dan keperitan pelajar yang diakibatkan oleh kerja-kerja menulis semula. Pelajarpelajar digalakkan menulis karangan seberapa banyak yang boleh.50 minit di dalam kelas. Apabila guru membaca karangan pelajar. Ini menunjukkan bahawa faktor sosial mempengaruhi kualiti karangan. tidak membuat catatan atau komen dan tidak juga memberi markah di kiri kanan karangan tetapi pada penghujung karangan diberikan komen-komen yang positif sahaja. Beliau mendapati angkubah masa tidak mempengaruhi jumlah kesilapan. Selepas karangan diperiksa akan dipulangkan kepada pelajar-pelajar dengan komen-komen positif dan negatif. Hasil kajiannya beliau mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik di antara kumpulan-kumpulan eksperimennya.

atas dan bawah juga boleh disesuaikan. ruang kiri. beliau membahagikan langkah perlaksanaan pengjarannya seperti berikut iaitu:a. c. kanan. Perubahan terhadap perenggan. Dalam pengajarannya.hasil tulisan bersifat draf dan memberikan peluang yang luas terhadap hasil tulisan untuk disunting sekehendak hati. b. Ini menunjukkan penggunaan komputer bantu meningkatkan kualiti karangan pelajar. Dalam draf akhir. Aktiviti prapenulisan Draf Pertama Penulisan semula Draf akhir Beliau mencadangkan kaedah ini kerana dalam draf pertama. proses penyuntingan dapat dilakukan dengan menggunakan kemudahan menyemak ejaan dan tatabahasa. pemprosesan perkataan dalam komputer dapat mencetak draf pertama manakala dalam proses penulisan semula. mengubah atau menambah perenggan dengan begitu mudah. jarak baris. nombor halaman. menukarkan perkataan atau ayat. . pelajar boleh menaip dan menyisipkan ayat yang hendak ditambah. Sulaiman Sarkawi (1993) telah mencadangkan rancangan pengajaran karangan yang menggunakan pemprosesan perkataan menggunakan komputer untuk pelajar-pelajar menengah rendah. d. jenis dan saiz font. Kemudahan tesaurus boleh digunakan untuk mencari perkataan yang lebih sesuai termasuk untuk menggantikan perkataan yang berulang dalam satu ayat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful