Cabang-cabang Falsafah Pendidikan

Pendahuluan Konsep falsafah, pendidikan dan falsafah pendidikan adalah antara beberapa konsep yang kebanyakan sarjana pendidikan tidak bersepakat dalam memberi takrif yang jelas dan terperinci. Ketiga-tiga konsep tersebut

mempunyai tradisi dan ruang lingkup yang amat luas, yang tidak kurang pula

dipenuhi oleh mazhab-mazhab atau aliran-aliran tertentu. Bab ini akan menghuraikan secara ringkas ketiga-tiga konsep tersebut dan juga perkaitan antara falsafah, pendidikan dan falsafah pendidikan dalam sesuatu sistem pendidikan. Takrif Falsafah Dalam bab yang lepas telah dinyatakan bahawa istilah falsafah (philosophy) berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philies yang bererti suka atau cinta; dan sophia yang bererti kebijaksanaan atau hikmah. Oleh itu, seorang ahli falsafah atau filosof adalah seorang yang cinta kepada kebijaksanaan atau hikmah. Namun, hikmah dan pengetahuan bukanlah konsep yang sama. Pengetahuan merujuk kepada maklumat sedangkan hikmah mengandungi unsur-unsur kematangan berfikir, jauh pandangan dan memiliki basirah (insight) terhadap setiap tinjauan dan pengamatan seseorang itu yang tidak dengan mampu menggunakan mencapainya. Sifat ini jelas terpancar pada diri seorang filosof Greek tersohor, iaitu Socrates yang apabila diberitahu bahawa dia telah dianggap sebagai seorang yang paling bijaksana di Athens, dia telah menafikannya. Malah, dia dengan tegas pula mengatakan sendiri bahawa kebijaksanaannya itu adalah tidak justeru kesedarannya tentang kejahilannya. Dia mencapai pengetahuan semata-mata

kebijaksanaan tetapi mencari kefahaman tentang isu-isu dalam kehidupan. Kata Socrates lagi , “aku hanya seorang pencinta kebijaksanaan”. Kneller
a)

(1971)

telah

membincangkan

tiga

stail

falsafah

yang

dikategorikan beliau sebagai berikut: Falsafah spekulatif, iatu satu cara pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Ia juga satu proses mencari susunan dan keseluruhan yang tidak hanya tertentu kepada satu item atau pengalaman, tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman. satu Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari

kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman. Tujuannya ialah untuk memahami semua perkara yang berbeza yang ditemui bersama dan membentuk satu keseluruhan yang bermakna.

namun kepada ahli falsafah preskriptif. Dalam Hinduisme adalah sangat sukar untuk memisahkan antara falsafah dengan agama tersebut. dan sebagainya. Ia juga menganalisis kenyataan-kenyataan mempertimbangkan makna-makna yang berbeza dalam konteks yang berlainan. dan kenapa ianya harus begitu. Oleh itu. iaitu kehidupan yang akan membawa keharmonian atau realisasi jiwa (nirwana).b) Falsafah preskriptif. iaitu stail falsafah yang memberi tumpuan kepada spekulatif dan preskriptif dalam usaha untuk perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut. skeptik dan tidak begitu cenderung untuk membina sistem-sistem pemikiran. Selain itu. iaitu stail falsafah yang cuba menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai. kelakuan dan menghargai seni. cantik dan hodoh. c) Falsafah analitik. falsafah ini turut bertanyakan sama ada kualiti tersebut terdapat pada perkara itu sendiri atau hanya muncul daripada pemikiran kita sahaja. Falsafah ini turut menunjukkan bagaimana ketidak seragaman mungkin timbul apabila makna yang sesuai dalam konteks tertentu telah dibawa dalam konteks yang berlainan. betul dan salah. ia sentiasa berusaha untuk mencari dan mengesyorkan prinsip untuk menentukan apakah tindakan dan kualiti yang berfaedah. Ia juga mengkaji apa yang dikatakan baik dan buruk. Apakah pendapat dan ulasan anda dalam persoalan ini? Konsep Pendidikan . Soalan: Bagi seorang filosof. justeru ada yang beranggapan bahawa Hinduisme adalah satu falsafah. kepada ahli psikologi. falsafah (darsana) bererti “melihat ke dalam” dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. berusaha mencari kebijaksaan itu adalah lebih diutamakan daripada mendapatkan kebijaksanaan itu sendiri. falsafah bukan sekadar untuk memperolehi pengetahuan kerana pengetahuan semata-mata atau untuk memuaskan rasa ingin tahu. Dalam Hinduisme. Misalnya. tetapi untuk mengungkapkan jenis kehidupan tertinggi serta menghayatinya. Falsafah analitik bersikap berhatihati. pelbagai bentuk tingkah laku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik buruknya.

proses penitisan sesuatu proses pengembangan potensi individu. Dari sudut individu. John Dewey (1961). iaitu input. alam. atau dan kesimbungan budaya. proses dan output. 1975).” berkata Hasan Langgulung (1987) pula memperjelaskannya dengan dari segi pandangan masyarakat. . Malah. proses latihan. pendidikan harus dilihat daripada tiga perkara. nilai dan keterampilannya akan turut memajukan hati budi serta memperkembangkan prinsip akauntabiliti yang teguh lagi utuh terhadap Pencipta. b) Perspektif masyarakat (sosiologi). iaitu: a) Perspektif individu (psikologi). misalnya sebagai suatu proses indokrinasi. Namun dari sudut falsafah. iaitu insan yang melalui penguasaan ilmu. agar hidup masyarakat tetap berlanjutan. pendidikan bukan sahaja satu wadah di mana sesuatu kebudayaan itu dapat disalurkan. secara analogi mengandaikan pendidikan sebagai “what nutrition and reproduction are to physiological life. c) Perspektif falsafah.Konsep pendidikan sering diberikan definisi yang pelbagai. dinamik dan culas. bahkan ia juga adalah wadah pembentukan sesuatu kebudayaan (Tanner dan Tanner. Prof. namum secara umumnya pendidikan boleh dihurai mengikut tiga perspektif. education is to social life. Setiap individu adalah umpama permata di dasar laut yang mempunyai pelbagai potensi. proses ke perlanjutan dalam diri. maka seseorang individu juga perlu diberikan pendidikan untuk membolehkannya mengembangkan pelbagai potensi dirinya. Skop pengertian pendidikan amat luas. dan sesama manusia. Sebagaimana mutiara di dasar laut perlu digilap untuk mengeluarkan kilauan cahayanya. Syed Mohd. begitu jugalah pendidikan yang mempunyai pelbagai aliran dan mazhab pemikirannya. kualiti dan nilai. Naquib Al-Attas (1980) mentakrifkan pendidikan sebagai proses penitisan ilmu ke dalam diri insan. Beberapa definisi di atas telah memenuhi fungsi pendidikan dari aspek psikologi dan sosial. Hasan Langgulung (1987) mentafrifkan pendidikan sebagai proses pengembangan potensi diri. Misalnya. pendidikan bererti bahawa pewarisan kebudayaan dari generasi tua kepada generasi muda. Definisi ini menjuruskan fungsi pendidikan ke arah mewujudkan insan yang baik. Sebagaimana falsafah mempunyai pelbagai aliran dan mazhab. pengetahuan.

. tetapi dengan maksud falsafah diperalatkan untuk kepentingan pendidikan dan permasalahannya. b) berdasarkan pengeritan “falsafah dalam pendidikan”. matlamat (aims) dan kaedah (methods) serta dapat pula menjelaskan betapa eratnya hubungan antara falsafah dan teori pendidikan (O’Conner. kaedah dan pendekatan daripada bidang falsafah itu boleh dan patut diterapkan ke dalam pendidikan. Justeru. adalah sebagai satu proses “pengalamian” (unlearnt and relearnt). andaianandaian. masyarakat. negara. sesuatu masyarakat dan dapat melahirkan satu sistem pendidikan yang sebegini. dan c) berdasarkan pengertian “falsafah untuk pendidikan”. Untuk memudahkan kefahaman. a) berdasarkan pengertian “falsafah dan pendidikan”. serta ianya harus boleh mewujudkan suatu paksi dan landasan pemikiran. masyarakat. ibarat anyaman dalam tenunan wadah yang sebegini dapat pula Soalan Apakah pendapat anda jika dikatakan bahawa pentakrifan konsep pendidikan daripada sudut falsafah adalah lebih menyeluruh dan mantap berbanding dengan pentakrifan daripada sudut-sudut pandangan yang lain? Takrif Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan pula biasanya merujuk kepada tulisan-tulisan tentang teori dan amalan pendidikan merangkumi watak (nature). Pendekatan “falsafah untuk pendidikan” adalah paling sesuai dan relevan kerana pendekatan ini menganggap bahawa konsep-konsep. dan bangsanya. serta tindakan yang benar dalam jiwa insan yang menjadi penampung kepada pendidikan. Ternyata konsep pendidikan dilihat dari sudut ini. pendidikan dalam menyatupadukan anggotanya. O’Conner telah mengenal pasti ruang lingkup falsafah dan pendidikan berpandukan penekanan-penekanan berikut. seterusnya menyempurnakan manusia. pemahaman. 1957). mengembang.Sekiranya memaju. maka ia sesungguhnya akan dapat mengubah.

mengajukan prinsip atau andaian dasar tempat tegaknya pendidikan dan menyingkapkan klasifikasi yang menghubungkan pendidikan dengan bidang-bidang keprihatinan manusia. menyelaras dan mengharmoniskannya serta menerangkan nilai-nilai dan tujuan yang ingin dicapai. A. F. ia menyatukan tiga elemen: falsafah. Ringkasnya. c) Melahirkan dimensi spekulatif untuk pendidik dan pendidikan. c) Satu aktiviti praktikal oleh para pendidik dan filosof untuk menjelaskan proses pendidikan. b) Aktiviti teratur yang menjadikan falsafah sebagai medianya untuk menyusun proses pendidikan. pendidikan dan pengalaman manusia sebagai satu kesatuan yang utuh. Bonifacio (1980) mentakrifkan falsafah pendidikan sebagai usahausaha untuk mengkaji dan menganalisis secara objektif kepercayaankepercayaan kita sendiri terhadap pendidikan. pengalaman dan kajian-kajiannya tentang pendidikan. d) Memberikan pendidikan. Dalam sebagai: konteks hubungan antara falsafah umum dan falsafah pendidikan. d) Teori dan ideologi pendidikan yang muncul daripada sikap falsafah seorang pendidik. Ianya . b) Mewujud dan mengukuhkan sudut pandangan yang bernas mengenai fenomena pendidikan.John S. Brubacher (1962) menyatakan bahawa falsafah pendidikan merangkumi lima kegiatan utama iaitu: a) Pengesahan dan pensahihan dapatan umum mengenai nilai baik dalam pendidikan. Hasan Langgulung (1987) menjelaskan fungsi falsafah pendidikan a) Penerapan kaedah dan pandangan falsafah dalam pendidikan. menjelaskan istilahistilah pendidikan. menyelaraskan. garis panduan yang normatif kepada pendidik dan e) Melahirkan daya kritikal dalam bidang pendidikan. merangkumi mencari konsep-konsep yang dapat menyelaraskan gejala yang berbeza kepada suatu rencana menyeluruh. Carino (1980) pula mengatakan bahawa falsafah pendidikan adalah penerapan kaedahkaedah falsafah ke atas kajian dan pemahaman tentang masalah dan isu-isu berhubung dengan atau pun yang terbit daripada pendidikan. mengkritik dan merubahnya berdasarkan kepada masalah dan pertentangan budaya. V. Manakala F.

Ketigatiga cabang falsafah pendidikan ini menyentuh prinsip dasar mengenai kehidupan dan matlamat hidup manusia. dan b) Menentukan tujuan-tujuan dan fungsi-fungsi pendidikan. Oleh itu. Namun pada umumnya. menjelaskan beberapa kegunaan kepentingannya seperti yang berikut: a) Menolong perancang pendidikan dan pelaksana untuk membentuk pemikiran yang sihat dan berhikmah terhadap proses pendidikan. konsep-konsep dan kaedah-kadeah yang dapat membantu usaha-usaha pendidikan dalam penujuannya ke arah masa hadapan. tetapi mungkin yang lebih penting lagi ialah pembentukan idea-idea intipati. cabang-cabang falsafah pendidikan dapat ringkaskan melalui gambar rajah yang berikut: TEORI WUJUD (METAFIZIK) • • • TEORI ILMU FALSAFAH PENDIDIKAN (EPISTEMOLOGI) • TEORI NILAI (AKSIOLOGI) • Kewujudan Tuhan Kewujudan manusia Kewujudan alam atau kosmos • • • Apa makna ilmu? Sumber ilmu Pembahagian ilmu Tujuan/faedah mendapatkan • • • Apa makna nilai? Sumber nilai Pembahagian nilai Peranan nilai dalam . pada beliau. teori ilmu (epistemologi) dan teori nilai (aksiologi). Cabang-cabang Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan seperti juga halnya dengan falsafah umum mempunyai pelbagai cabang yang mencakupi pelbagai aspek. tiga cabng falsafah pendidikan yang utama ialah berkaitan dengan teori wujud (metafizik).melibatkan bukan sahaja analisis ke atas konsep-konsep pendidikan. Pendapat yang terakhir dikemukakan dalam bab ini ialah oleh AlSyaibany (1979) yang pelaksanaan pendapat pandangan ia menyatakan bahawa falsafah pendidikan ialah falsafah boleh dan kaedah falsafah dalam bidang dan pengalaman kemanusiaan yang disebut sebagai pendidikan. Secara ringkas. Soalan Apakah kepentingan falsafah pendidikan dalam menentukan hala tuju dan gagasan pendidikan Malaysia pada era globalisasi ini? Kaitkan hujah dan alas an anda dengan merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Bagi seorang guru yang mengajar atau seorang pentadbir sekolah. matlamat dan makna hidup? Apakah matlamat pendidikan yang mahu kita bina dalam menghadapi makna hidup dan kehidupan. bentuk ujian dan penilaian serta struktur bangunan sekolah yang akan didirikan.ESTETIKA MANTIK LOGIKA Sumber: Al-Syaibany (1979). melalui pendidikan? Apakah yang mahu kita jadikan hidup kita ini bentuk ilmu. dan Langgulung (1987). Metafizik Aspek metafizik sebagai satu cabang penting dalam falsafah pendidikan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan teori ontologi. corak amalan yang dilakukan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka amat besar dipengaruhi oleh pengangan falsafahnya. falsafah juga menentukan corak penulisan kurikulum. Falsafah pendidikan pada hakikatnya mengarah perhatian kita kepada fungsi dan matlamat pendidikan dalam menghadapi masalah serta makna kehidupan insan itu sendiri. Ibu bapa yang memilih sekolah untuk anak-anak mereka juga dipengaruhi oleh kepercayaan bahawa sekolah-sekolah tertentu mampu atau sebaliknya menjelmakan falsafah sekolah tersebut kepada pengalamanpengalaman belajar yang memberangsangkan. pembangunan insan dan pembangunan negara? Falsafah pendidikan yang dianuti oleh sesuatu sistem pendidikan perlu hidup dalam minda dan hati anggota masyarakat yang menganutinya serta dijelmakan melalui perlakuan mereka. iaitu asal . Bagi perancang dan penggubal dasar pendidikan. nilai dan Apakah yang Apakah keterampilan yang ingin kita sebarkan melalui pendidikan? dikatakan manusia dan kemanusiaan? Di manakah tugas dan peranan sistem pendidikan dalam memahami segala persoalan mengenai bentuk. pengetahuan. Al-Attas (1980).

Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1978). mutlak dan tetap. e) Fahaman relativisme yang menisbikan semua nilai dan menolak nilai yang bersifat kudus. Idealogi Marxisme yang beranggapan bahawa agama merupakan c) “fatamorgana dalam otak manusia” dan sebagai “candu masyarakat”. Pada asasnya. yang merujuk kepada kemajuan dalam kehidupan yang berlaku secara automatik. d) Fahaman psikoanalisa Sigmund Frued yang merujuk kepada hasrat jahat yang memenuhi alam bawah sedar manusia (id. Akibat daripada perkembangan pelbagai idealogi dan fahaman baru ini. manusia dan alam. kerana survival diri bergantung kepada kekuatan dan kelicikan. Fahaman positivisme dan empirisisme yang hanya mengiktiraf ilmu itu apabila ianya menepati nilai tara Standard Empiricism. falsafah pendidikan barat dicorak dan dicirikan oleh pandangan semesta masyarakat itu tentang diri. manusia barat telah mengakui diri mereka hanya sebagai “haiwan berfikir” yang mementingkan diri sendiri. antaranya ialah seperti berikut: a) Fahaman tentang teori evolusi oleh Darwin. setelah bosan dengan pemikiran kehaiwanan. di mana Eropah melalui zaman Enlightenment yang ditandai oleh kesungguhan materialisasi dan sekularisasi. Apakah yang ditanggap oleh sesuatu masyarakat atau tamadun tentang kewujudan Tuhan. terutamanya pada zaman Renaissance dan seterusnya memacu dengan pantas pada abad-abad seterusnya hingga ke masa kini. b) Fahaman tentang pertandingan dalam kehidupan yang tertakluk kepada survival of the fittest dan the ends justify the means (teori Machiavelli). Malah. zaman Renaissance bermula dari abad ke-15. berterusan dan natural. ego dan superego) untuk melakukan sumbang kadim (incest) dan melihat Tuhan sebagai obsessional neurosis.usul atau kewujudan Tuhan. muncul pelbagai idealogi dan fahaman baru yang telah mendominasi arus pemikiran barat dalam merangka falsafah pendidikan dan model pembangunan sistem pendidikan. Dalam aspek ontologi misalnya. f) falsafah pendidikan di barat telah mengalami satu perubahan yang sangat drastik. alam jagat dan Tuhan Maha Pencipta. Semenjak zaman itu hinggalah abad ke-20. manusia dan alam akan mempengaruhi sikap mereka dalam menggubal falsafah pendidikan. manusia barat berganjak untuk melihat diri mereka sendiri tidak lebih daripada “makhluk yang kemalangan” .

tetapi pada masa yang sama menggantikan hakikat itu berdasarkan kepada sesuatu yang real atau empirikal. dengan menggunakan andaian Russel tersebut. “is six feet of a particular molecular sequence of carbon. Bermula dengan falsafah Descartes (1641) dalam bukunya Discourse on Method. pada pandangan masyarakat barat tak ubah sebagai “haiwan rasional” yang mementingkan diri sendiri. Falsafah barat moden juga cuba mengatasi masalah ketidakpercayaan terhadap hakikat. F. Sifat sekular ditandai dengan beberapa ciri khusus seperti berikut: a) Pengosongan alam tabii daripada segala perkara yang bersifat rohaniah. nisbi atau berubah. Diri yang dicari oleh mereka ialah diri yang rasional.” Susulan daripada pelbagai idealogi atau fahaman baru yang muncul selepas zaman Renaissance. Dari aspek metafizik juga. hydrogen. Schumaker. (dlm. Falsafah pendidikan barat yang tidak dapat dipisahkan daripada falsafah kehidupan mereka ini akhirnya berkembang menjadi falsafah pendidikan yang bersifat sekular dan tidak pasti terhadap sesuatu perkara. c) Penisbian nilai. kerana survival diri bergantung kepada kekuatan dan kelicikan. manusia barat mencari realiti dirinya di dalam benda dan menyamakan pengertian serta hakikat kejadian dengan pengertian serta hakikat benda. Dengan kata lain. oxygen and phosphorous atoms. Seterusnya. b) Penafian terhadap autoriti dan kepimpinan yang dikaitkan dengan Tuhan. Andaian ini bermula daripada pandangan Betrand Russel yang mengatakan bahawa alam ini terjadi akibat daripada pengelompokan zarah-zarah atom yang tidak disengajakan. menciri dan mewarnai segala aktiviti hidup manusia. E. 1975:108) berpendapat bahawa manusia barat ialah haiwan yang sifatnya. melalui bukunya. Men and His Future. dia menggunakan kaedah sains tabii bagi mencapai keyakinan . Norma-norma keserakahan manusia dan nilai-nilai haiwaniahnya menjadi amat menonjol. yang hanya dapat meyakini sesuatu yang diterima oleh akal. iaitu menganggap nilai semuanya bersifat relatif. orang-orang Barat melalui satu proses “pencarian diri” sejak memutuskan diri mereka daripada tradisi beragama. Manusia misalnya. Profesor Joshua Leaderberg. akhirnya mempengaruhi falsafah hidup orang barat dan dijelmakan dalam falsafah pendidikan mereka.(accidental being).

atau menggunakan kaedah fizik untuk menjawab persoalan-persoalan metafizik. juga dalam mana-mana ajaran agama. yang bermaksud. baik menerusi falsafah bersepadu Islam. values. nilai. tidak ada yang mengatakan bahawa “ketidakpastian itu adalah satu kepastian”. tetapi tidak mampan dengan yang pernah dibisainya. falsafah Barat yang bermula dengan metafizik mentafsir fizik. beliefs. mengikut pendapat Prof. Dalam tradisi falsafah timur. budaya. Kaedah ini menjadikan syak dan ragu sebagai satu sains ke arah mendapatkan suatu kepastian atau kebenaran tentang hakikat sesuatu kewujudan. Soalan Dalam konteks metafizik. dengan itu saya wujud”. akhirnya berkesudahan dengan fizik mentafsir metafizik. Ringkasnya. Oleh itu. Kata-kata masyhur Descartes ialah cogito ergo sum. usaha kita menerima pakai pelbagai aspek dalam sistem pendidikan barat perlu dinilai menerusi cabang-cabang falsafah pendidikan sekular mereka yang sememangnya bercanggah dengan falasafah pendidikan sepadu yang kita amalkan. Ungkapan-ungkapan lain seperti “… saya tidak menerima sesuatu itu benar. cultures. dogmas. jika saya tidak benarbenar mengetahui bahawa ia benar” dan “… saya hanya menerima sesuatu yang terlintas dalam fikiran saya sebagai benar sehingga saya tidak dapat menolak lagi bahawa ia adalah benar” jelas menunjukkan bahawa sesuatu yang bersifat hakikat itu disamakan pula dengan sesuatu yang besifat real. Kesimpulannya. dogma. philosophies. “saya ragu. yang kesemuanya pula mencerminkan secara menyeluruh visi hakikat serta kebenaran yang bersifat dualis. Falsafah ini ibarat ular yang berbisa. kepercayaan. doctrine and theologies altogether reflecting an all pervasive dualistic vision of reality and truth locked in despairing combat” . doktrin dan agama yang saling bertelagah. falsafah hidup orang barat yang akhirnya mempengaruhi falsafah pendidikan mereka adalah terbentuk daripada pelbagai “… conflicting ideas. tergenggam dalam cakar pertentangan yang menghampakan]. atau doktrin Cheng Wei-Shih Lun tentang human conciousness atau dengan memahami Vedenta atau Veda yang diasaskan oleh Sankharacharya atau Kashimiri-Shavinism. mengapakah sistem pendidikan barat tidak membenarkan pengajaran mana-mana agama di sekolah? .[idea. Syed Muhammad Naquib alAttas (1977). ia menyakitkan yang sihat.

iaitu irrational. hikmah. yang bermaksud teori ilmu. dan . iaitu rasional. unscientific dan value laden adalah tidak memenuhi nilai tara tersebut. Maka. objektif. Nicholas Maxwell (1987) telah mengulas dengan panjang lebar “bencana intelektual” yang berlaku dalam sistem pendidikan di barat tentang teori ilmu. b) c) Adakah semua yang kita pelajari itu ilmu atau pengetahuan? Apakah perbezaan antara pengetahuan. iaitu proses rasionalisasi ilmu. saintifik dan neutral. ilmu itu hanya diiktiraf apabila ianya menepati nilai tara Standard Empiricism. subjective. ilmu. Terdapat beberapa persoalan pokok yang dibincangkan dalam teori ilmu. Bencana ini merupakan natijah daripada suatu proses yang berlangsung untuk ratusan tahun lamanya. menjadi terpinggir. dengan berpandukan nilai tara Standard Empiricisme/Positivisme. sehingga akhirnya telah melahirkan dua aliran falsafah ilmu yang utama. seluruh ilmu metafizik (wahyu) dan nilai-nilai yang bersumberkan agama yang dikatakan mereka tidak memenuhi nilai tara tersebut. iaitu Emprisisme dan Positivisme. Dari manakah ilmu yang benar itu datang dan bagaimanakah kita dapat mengetahuinya? Ini adalah persoalan tentang sumber atau asal usul ilmu. tetapi tanpa mengkategori kepentingan atau autoriti keduaduanya. Konsep rasionalisme pada mulanya diperkenalkan oleh Plato dan Aristotle sebagai satu kaedah konseptual untuk membezakan antara ilmu metafizik dan ilmu fizik. Dalam falsafah pendidikan barat yang ditunjangi fahaman Empirisisme dan Positivisme. d) Apakah yang kita harapkan dengan pemerolehan ilmu? Adakah ilmu dapat memberi jawapan kepada semua permasalahan manusia? Ini adalah persoalan tentang tujuan mendapatkan ilmu. sesuatu yang berlawanan dengannya. semenjak zaman Renaissance. Namun. kasyaf dan wahyu? Ini adalah persoalan tentang klasifikasi ilmu.Epistemologi Satu lagi bidang falsafah pendidikan ialah epistemologi. kaedah ini dijadikan the tool untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. intuisi. justeru dianggap sebagai bukan dalam kategori ilmu yang pasti. iaitu: a) Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Ini adalah persoalan tentang definisi ilmu. Sebaliknya.

dalam mana orang yang memperolehinya akan bertindak dengan penuh yakin dan adil. fakta. Kesampaian ilmu yang benar hanya akan berlaku kepada jiwa yang ikhlas dan bersih. walaupun bergantung kepada maklumat. Oleh kerana semua ilmu datangnya daripada Allah SWT. baik yang berbentuk wahyu al-Quran. Firman Allah SWT. biasanya hasil daripada usaha-usaha berfikir dan berzikir serta mengikut ajaran-ajaran wahyu (ibadah). Jika dilihat kepada tradisi intelektual Islam. dan pergantian malam dan siang. ini. Ilmu dalam konteks epistemologi Islam. pengalaman konkrit dan sebagainya tidaklah memberi makna yang lebih tinggi. Maka. maka definisi yang paling sesuai mengenai ilmu ialah. diri manusia dan sejarah pengalamannya adalah punca-punca manusia memperolehi ilmu. menggunakan istilah ayat atau kalimah kepada kandungan wahyu dan kejadian alam yang meliputi peristiwa-peristiwa sejarah serta pengalaman batin manusia. Tarikh muktamad tentang kematian ilmu agama berlaku pada tahun 1957. sunnah Rasulullah SAW.” Allah SWT. sekiranya ilmu itu gagal membuahkan hikmah. dan ditafsirkan oleh jiwa manusia menerusi fakulti-fakulti fizikal dan spiritualnya. (Dan berkata) Wahai Tuhan kami! Tidaklah Kamu jadikan ini semua sia-sia (tanpa tujuan dan makna). mengandungi makna (ayat) bagu ulul albab (dan) yang berzikir. “tibanya makna sesuatu ke dalam diri” atau “tercapainya diri kepada makna seuatu” (Syed Muhammad Naquib Al-Attas. para ilmuan telah sepakat mengatakan bahawa semua ilmu datangnya daripada Allah SWT. mengenai perkara ini amat jelas dalam surah al-Imran. manusia yang dianugerahi potensi akal haruslah menggunakannya untuk mencari makna-makna yang terkandung di dalam wahyu Allah SWT..akhirnya tersingkir terus daripada klasifikasi atau penggolongan ilmu. 1980). Ayat-ayat Allah SWT. fakulti-fakulti serta indera yang ada pada manusia untuk menerima dan mentafsirkannya adalah tidak sama antara seorang dengan yang lain. apabila sarjana-sarjana barat yang bersidang di Universiti Harvard dengan rasminya mengisytiharkan bahawa ilmu-ilmu agama sebagai bukan ilmu. duduk dan berbaring dan berfikir mengenai kejadian langit dan bumi. alam semesta. ayat 190 yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi. Para sarjana Islam juga tahu bahawa cara kedatangannya. itu .

orang yang berilmu adalah orang yang memperolehi cahaya atau memiliki sumber kehidupan. benar dan salah. serta dimuliakan juga oleh para malaikat. betul dan benar. Oleh itu. orang yang berilmu dalam pandangan Islam adalah orang yang adil. haq. zalim. ilmu yang dilihat dari sudut tujuannya adalah yang membolehkan insan yang berilmu itu “tahu meletakkan sesuatu kena pada tempat yang selayak baginya” mengikut sistem maratib yang ditentukan oleh Allah SWT. Aksiologi Satu lagi cabang falsafah pendidikan terpenting yang akan dihuraikan dalam bab ini ialah aksiologi yang menyentuh aspek-aspek berikut: . jelaskan pengaruh dualisme dan dikotomi yang terdapat dalam kurikulum di sekolah.berdasarkan kaedah tafsir dan takwil yang merupakan metodologi saintifik sebenar dalam mendapatkan ilmu mengikut epistemologi Islam. yang dapat membezakan antara haq dan bathil. adab. sesama umat manusia dan masyarakatnya. Sudah tentu ilmu yang dimaksudkan ini adalah ilmu-ilmu yang benar. Inilah sifat seorang yang berilmu (ulama) dalam Islam dan dia menduduki darjat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. yang tahu adab. Soalan Dengan memberi contoh-contoh matapelajaran dalam KBSR atau KBSM. Keupayaan meletakkan sesuatu kena pada tempat yang selayak baginya itu pula adalah satu konsep yang menyeluruh dan melibatkan: a) Bagaimana meletakkan diri kita ini pada tempat yang wajar? b) Bagaimana meletakkan diri kita bersabit dengan diri-diri orang lain? c) Bagaimana meletakkan diri-diri orang lain sesuai dengan tempatnya? d) Bagaimana meletakkan diri-diri alam tabii pada tempatnya yang wajar? Konsep ilmu mengikut epistemologi Islam dalam konteks ini terkait pula dengan konsep-konsep adil. dia sendiri bercahaya dan hidup serta dapat pula menerangi dan memajukan orang lain. Justeru. bathil.. Ilmu dilambangkan oleh al-Quran (al-Baqarah:164 & ath-Thaariq:11) sebagai cahaya yang menerangi sesuatu yang gelap atau laksana air hujan yang turun daripada langit yang menjadi sumber kehidupan. serta mana yang betul.

nilai bersifat lebih global daripada sikap dan kedua-duanya adalah konstruk hipotetikal yang berperanan sebagai ‘internal guides for behaving individual’. yang ingin dicapai oleh seseorang kerana ia mendasari pandangan hidup seseorang (Deaux & Wrightsman. worth doing or worth trying to attain. namun begitu peranannya sangat penting dalam pembentukan sikap seseorang. Tumpuan utama mazhab ini yang berkaitan dengan perkembangan moral bukannya terhadap menentukan sama ada sesuatu kelakuan moral itu baik atau buruk. iaitu: a) Dalam Pendidikan Moral di Barat. nilai juga dikatakan lebih abstrak.a) Apakah makna nilai? b) Daripada manakah nilai itu diperolehi? c) Apakah pembahagian nilai? d) Apakah peranan nilai dalam kehidupan manusia? Nilai adalah persepsi manusia tentang sesuatu. Tokoh-tokoh penting aliran ini ialah Jean Piaget (1932) dan Lawrence Kohlberg (1975). 1984). sama ada ia dianggap patut. apabila seseorang memberi nilaiannya kepada sesuatu. dan (b) menentukan kesan-kesan balikan terhadap pengalaman-pengalaman tersebut kepada dirinya dan juga perkembangan seseorang pada masa hadapan.worth having. terdapat tiga mazhab utama tentang teori Mazhab Perkembangan Berstruktur (The Structural Development View) Mazhab Psikoanalitik (The Psychoanalytic View) Mazhab organising Perkembangan (Langer. betul. (a) mempengaruhi bentuk-bentuk pengalaman interaksi yang dimilikinya.” Mengikut Mckinney & Moore (1982). betul atau salah. R. Aspek nilai dalam sistem pendidikan Barat diajar melalui beberapa subjek seperti pendidikan kewargangaraan. perkembangan nilai moral. Bagi J. Schibeci. benar dan diingini atau sebaliknya. Ini bererti manusia adalah makhluk yang mempunyai beberapa kebolehan semulajadi dalam. “he or she deems it worthwhile . Oleh itu. Berbanding dengan sikap. Fraenkel (1971). 1984. Berstruktur 1969) yang muncul daripada hasil pandangan daripada b) Mazhab Pembelajaran Sosial (The Social Learning View) c) falsafah Immanual Kant yang mengatakan bahawa manusia adalah “a selfbeing” berkembang tindakannya sendiri. tetapi adalah kepada cara-cara bagaimana . etika dan moral. nilai tidak memiliki objek yang spesifik dalam sikap.

” Bagi Kohlberg dan tokoh-tokoh sealiran dengannya. “it is concerned with how people make decisions rather than with the actions based upon those decisions. Oleh itu. Sekali lagi Durkheim (1925). Justeru. keluarga. Manusia mengikut pandangan mazhab ini adalah tidak ubah seperti serentang kain putih yang mana masyarakat akan mencoret segala citra dan pengalaman mereka ke atasnya. it is society speaking within us. above all. Mempelajari nilai moral bererti mempelajari nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakatnya. the function of linking the child to this society… . juga dengan cara meniru dan mencontohi model-model tingkah laku dalam masyarakatnya. “morality begins where and when social life begins…[and]…school has. Mazhab ini juga berpegang kuat kepada pendapat bahawa masyarakat adalah sumber kepada segala autoriti moral. Mazhab Pembelajaran Sosial dikatakan bermula daripada falsafah empirisme John Locke di Eropah dan falsafah behaviorisme John Watson di Amerika. tetapi ia adalah bersifat seragam atau endemic kepada semua budaya. Corak perkembangan moral bagi sesuatu budaya pula bukanlah berlaku secara khusus dan tersendiri hanya untuk budaya itu sahaja. Turiel. institusi dan budaya di mana seseorang itu dilahirkan akan mencorakwarnakan sebahagian besar kehidupan seseorang individu. ia harus bermula dengan pengajaran langsung. kelas sosial. Salah seorang penganut aliran ini. di mana ia berlangsung dengan cara penguatkuasaan dan ganjaran kepada perlakuanperlakuan yang positif dan memberi dendaan (sanction) kepada amalanamalan negatif. “when our conscience speaks. 1977. 1975) dan keadilan dilihat sebagai satu perkara yang bersifat universal.” Aliran ini juga berpendapat bahawa sekolah sebenarnya merupakan agen budaya dan sebahagian besar fungsi guru adalah memancarkan nilai-nilai budaya masyarakatnya. apabila menulis tentang fungsi pendidikan moral dan tugas sekolah dalam mengajar nilai-nilai murni masyarakat telah mengatakan. Ringkasnya seperti kata Windmiller (1980). Manusia mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan nilai moralnya sendiri. Justeru. Durkheim (1925) dengan tegas berkata.keputusan moral dan penaakulan moral seseorang itu dilakukan. moraliti didefinisikan sebagai keadilan (Damon. mazhab ini menolak faham yang mengatakan bahawa perkembangan moral adalah suatu penghayatan atau pancaran norma-norma budaya tentang apa yang dianggap betul atau salah bagi anggota masyarakatnya.

Aliaran perkembangan moral yang terakhir dalam bab ini ialah Mazhab Psikoanalitik yang dikenali juga sebagai aliran Freudian. Kejadian manusia dari segi fizikalnya adalah dicipta oleh Tuhan Maha Pencipta dalam bentuk yang paling sempurna. aliran ini berpendapat bahawa agen-agen kawalan sosial mesti campurtangan pada tahap-tahap awal perkembangan individu supaya desakan-desakan yang tidak rasional daripada id dan ego dapat dibendung. justeru ia perlu dikawal oleh sekatan-sekatan sosial (social prohibitions). Oleh itu. mengambil sempena nama pengasasnya. Teori aksiologi Islam pula telah mengaitkan aspek nilai dengan kejadian manusia itu sendiri yang dilihat daripada dua sudut iaitu: a) Kejadian manusia yang berbentuk lahiriah atau fizikal yang boleh dipandang dengan mata kasar. Sigmund Freud yang cukup terkenal dengan tiga teori tentang seksualiti. Ringkasnya. iaitu menyerupai mahkota. the critical link in cultural transmission. Mazhab Pembelajaran Sosial mempunyai kepercayaan yang teguh bahawa sekolah adalah satu-satunya institusi yang sangat berpengaruh dalam masyarakat yang boleh memancarkan nilai-nilai murni dan peraturan-peraturan budaya. sehingga akhirnya kemenangan akan berpihak kepada superego. 1981). dinyatakan sebagai bentuk yang paling baik. maka moraliti seseorang itu adalah dipandu oleh desakan-desakan yang tidak rasional (irrational impulses). It is his task to create a social. a moral being”. Sebagaimana persepsi aliran ini bahawa manusia itu secara semulajadinya dilahirkan dengan nafsu-nafsu berahi yang perlu dilempiaskan (eros). indah dan menarik. Diri jasmani manusia yang secantik itu dituntut pula dalam ajaran Islam supaya diimbangi dengan bentuk batin yang indah supaya kedua-dua bentuk kejadian itu bertemu dan bertaut. yang di dalam al-Quran (al-‘Alaq: 4). seorang kanak-kanak yang sedang menyusu pada ibunya dikatakan sedang memuaskan nafsu berahinya kepada ibu tersebut (Hasan Langgulung. malah kadang-kadang dikatakan melebihi peranan institusi keluarga. dengan keadaan dirinya yang seimbang dan mempunyai equilibrium. Oleh sebab . Dalam teori seksual Freud.[and teacher]…as society’s agent. paling cantik. b) Kejadian manusia yang bentuk batin atau spiritual yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Profesor Harald Titus (1953) ahli falsafah Barat moden yang terkemuka. Rumusan Walau apa pun mazhab atau aliran falsafah pendidikan yang dianuti oleh masyarakat barat. dualisme dan dikotomi baik dalam aspek metafizik. masalah utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan tersebut ialah wujudnya sifat sekular. yang selaras dengan hakikat kejadian manusia. nilai-nilai akhlak adalah nilai-nilai murni yang universal.) adalah di atas akhlak yang agung”. jasad sekali gus dan yang paling tinggi adalah dari segi kerohaniannya. akal. telah memuji Nabi Muhammad SAW. maka Allah SWT. keluarga dan masyarakat seluruhnya. di mana apa yang paling ketara ialah berlakunya kepincangan paradigma ilmu.“Demi sesungguhnya. Dualisme antara roh dan jisim misalnya telah memberi kesan besar kepada sistem pendidikan barat terutama dari aspek epistemologi. yang ada akal (with the intellect). Justeru. Engkau (Muhammad SAW. Dalam teori aksiologi Islam. Soalan Jelaskan persamaan dan perbezaan antara konsep moral dan akhlak daripada sudut aksiologi. di dalam al-Quran (al-Qalam: 4) yang bermaksud. iaitu suatu makhluk yang ada roh (a creature with spirit). Firman Allah SWT. iaitu sikap dan peribadi luhur serta nilai murni yang terpancar dalam kehidupan harian baginda sehingga menjadi contoh dan ikutan kepada para sahabat ke arah perkembangan diri mereka. tetapi adalah satu entiti yang mempunyai roh. dengan menyebut tentang kecantikan akhlak baginda. dan yang ada jiwanya (with his psychic substances) dengan kerangka psikologikalnya serta yang ada jasmaninya. konsep akhlak dalam Islam bukanlah memandang insan itu hanya sebagai suatu entiti psikosemantik (just a psyco-semantic entity) dengan hanya mempunyai badan dan intelek sahaja (entity with only body and mind). epistemologi atau pun aksiologi.percantuman kedua-dua unsur ini dianggap sebagai persoalan pokok atau asasi dalam Islam. antara lain membuat kenyatan bahawa telah wujud suatu pemisahan yang merbahaya antara sains dan penyelidikan di satu pihak dan nilai-nilai insani .

tetapi gagal menyediakan suatu penggantian yang memuaskan. maka perkara-perkara kerohanian dan keTuhanan telah dikeluarkan daripada badan ilmu. kemasyarakatan dan sejarah moden telah mengeluarkan Tuhan daripada alam. Christopher Dawson (1960).serta taat setia di pihak yang lain. konsep ilmu barat pada masa kini tidak lebih daripada bersifat sebagai “penafsir sains” (the interpreter of science) yang akhirnya menyempitkan akal dan panca indera untuk hanya mengenali benda dan pertalian di antara benda-benda yang wujud di alam tabii ini. kajian sains tabii. Pendidik telah memisahkan dirinya dari warisan rohaniah dan zaman silam. sebenarnya tidak mengukuhkan kekuatan pemikiran ke arah kebaikan moral. lain. Klasifikasi ilmu barat pada Konvensyen Harvard 1928 mengakibatkan ilmu-ilmu tersebut dikelompokkan kepada sains fizikal. Oleh kerana mereka telah menjadikan kebenaran sains tabii sebagai nilai dalam menentukan fahaman metafizik. orang-orang terpelajar sendiri kehilangan pendirian dan keyakinan atau nilai. Akibatnya. dan kajian psikologi pula adalah satu kajian tentang manusia tanpa roh (al-Attas. Soalan Latihan 1. epistemologi dan aksiologi. Akhirnya. a) b) c) Berikan definisi setiap konsep di bawah dan jelaskan hubungan antara konsep-konsep tersebut: Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan . moral pula menjadi lemah dan tidak dipentingkan langsung. apabila menulis tentang krisis dalam pendidikan di barat juga mengatakan bahawa masyarakat barat harus mengakui kenyataan bahawa perkembangan kuasa manusia menerusi sains dan teknologi. ilmu sosial dan ilmu kemanusiaan dari segi urutan kepentingannya. 1988). yang akhirnya turut terpahat ke seluruh pelusuk dunia. dalam falsafah pendidikan barat. di samping tidak mempunyai satu pandangan duniawi yang menyeluruh. Klasifikasi ilmu ini merupakan sumber penentu yang mengukir bentuk paradigma ilmu di Barat. Akibatnya. yang mana merupakan hasil daripada pemikiran manusia. Moral dan teknologi tidak pernah harmoni antara satu sama Apabila teknologi berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh.

Asas-asas pendidikan Islam. 1987. London: International Institute of Islamic Thought. H. 1980. al-Faruqi. 1987. Al-Syaibani. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. 1997. Menangani perubahan. Pendidikan ke arah perpaduan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.2. Kenapakah pentingnya seorang guru itu memahami cabangcabang falsafah pendidikan dalam menjalankan tugas-tugas perguruannya? Rujukan _________. Kuala Lumpur: Berita Publications. Pendidikan Islam. Awang Had Salleh. 1402 Hijrah. Haramain Asy-syarifain. 1989. Madjidi. 1412H. Busyairi Press. Jakarta: Penerbit Pustaka Al-Husna. R. Hasan Langgulung. Al-Quran dan terjemahannya. epistemologi dan aksiologi bagi falsafah pendidikan mereka? 3. 4. Anuar Ibrahim. . a) b) c) Buat satu perbandingan antara falsafah pendidikan sekular Barat dan pendidikan sepadu di Malaysia dari segi: Metafizik Epistemologi Aksiologi Apakah fahaman atau idealogi baru yang muncul dalam tamadun Barat yang telah mempengaruhi masyarakat itu dalam penggubalan dasar-dasar tentang metafizik. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Jogyakarta: Al-Amin Saudi Arabia: Khadim al- Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. Islamization of knowledge: General principles and work. Konsep kependidikan para filosof muslim. Ismail. Omar Mohamad al-Taumy. Falsafah dan konsep pendidikan. 1979..

Kuala Lumpur: ABIM. m. H.. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga. Lambert. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 1980. socialization.Iman al-Ghazali. Windmill. 1988. Zarin Ismail. “Penjajaran falsafah moral Plato dalam konteks aksiologi Islam dan kerelevanannya kepada pembangunan modal insan” dlm. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Ismail Yakun SH. Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan dan wawasan 2020: Falsafah. 1980. 1992. Kementerian Pendidikan Malaysia. & Turiel. Jilid I. Boston: Allyn and Bacon Inc. E. Ihya Ulumiddin. perguruan dan perubahan. N.s 121-130. edisi terjemahan oleh Prof. 2007. TK. 2001. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. The concept of education in Islam: a framework for an Islamic philosophy of education. M. Moral development and . Fakulti Pendidikan. Bhd..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful