You are on page 1of 7

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SK. SULTAN ABU BAKAR (1)


JALAN JUNID , 84000 MUAR , JOHOR

KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH ( PBLD )


MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
KE JOHOR BHARU

A. PENDAHULUAN :

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) iaitu Lawatan Sambil


Belajar ke Johor Bharu ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid-murid melawat tempat-tempat yang menarik disamping
menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan.
Selain itu, tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara pentadbir, guru, Pembantu Pengurusan
Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Murid-murid
memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia
merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat
kepada murid-murid berkeperluan khas ini.

B. MATLAMAT :

1. Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) yang


tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri murid dan
mengembangkan semangat sosialisasi murid terhadap persekitaran luar.
Melalui lawatan ini, murid Pendidikan Khas SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar
akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan
secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam
bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.

2. Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim di antara ibubapa dan
murid melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya dalam memberikan
perhatian dan belaian yang penuh kasih sayang terhadap murid istimewa
ini. Dengan hubungan yang intim ini, ia memudahkan bagi murid dalam
berkongsi segala suka dan duka bersama ibu bapa mereka

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 1


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

C. OBJEKTIF :

1. Murid-murid yang menyertai lawatan ini akan dapat menimba


pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di negeri Johor.
2. Merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran serta
mendedahkan murid dengan suasana sebenar, berdasarkan tema
pembelajaran yang disusun sepanjang tahun.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pentadbir, guru, Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti
aktiviti yang dijalankan.

D. PESERTA :

Seramai 15 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran ( PPKIBP ), murid aliran perdana seramai 13 orang diiringi
oleh ibu/bapa/penjaga serta 12 orang tenaga pengiring dari SK. Sultan Abu
Bakar 1 Muar

E. JANGKAMASA :

Program ini dilaksanakan selama satu (1) hari sahaja pada 23 Mei 2016 ( Isnin )

F. TEMPAT LAWATAN :

1. Legoland
2. Stadium Larkin
3. Danga Bay

G. TENTATIF PROGRAM
( Rujuk Lampiran 1 )

H. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


( Rujuk Lampiran 2 )

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 2


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

I. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH

1. Pakej Pengangkutan Bas Bas :


(40 orang peserta) Sebuah bas persiaran dari RM 900.00
sekolah ke Johor Bharu

2. Makan dan minum Makan dan minum selama 1 hari RM 1200.00


Anggaran untuk 40 orang

1 hari = RM30 x 40 orang

3. Insuran Nyawa RM 5 x 40 orang RM 200.00

4. Aktiviti lawatan Harga Tiket

 Legoland RM 75 x 28 ( kanak-kanak ) RM 2100.00

RM 160 x 12 ( dewasa ) RM 1920.00

6. Ubat 1. Pil tahan muntah RM 60.00


2. Minyak angin
3. Pembalut luka
5. Ubat luka

Jumlah RM8000.00

J. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN

BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH

1. Bayaran daripada murid :


RM 200 x 15 orang RM3000.00

2. Bayaran daripada ibu/bapa/penjaga murid


RM 200 x 15 orang RM3000.00

3. Bayaran daripada guru / PPM pengiring

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 3


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

RM 200 x 10 orang RM2000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM8000.00

K. PENUTUP

Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga
didedahkan dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan
dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan
dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan. Di samping
itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas
sebelum itu. Diharap program pada kali ini memberi manfaat berguna dan pengalaman
yang tidak dapat dilupakan kepada semua peserta lawatan. Pihak pengurusan lawatan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi
kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak
sekolah yang banyak memberi dorongan dan semangat serta bantuan demi kejayaan
murid-murid. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh ;

............................................
( NUR ALYANI BINTI MOHMAD HAMIM )
Setiausaha
Program Lawatan Sambil Belajar
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
SK Sultan Abu Bakar (1) Muar

Diseliakan oleh :

............................................
( HALINA BINTI ALWEE )
Penyelaras
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
SK Sultan Abu Bakar (1) Muar

( DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN )

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 4


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Disahkan oleh :

............................................
( MAZNAH BINTI AMIR )
Guru Besar
SK Sultan Abu Bakar (1) Muar

LAMPIRAN 1

JADUAL LAWATAN KE PULAU LANGKAWI


KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
2015

TARIKH / MASA PROGRAM


HARI

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 5


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

2.11.2015 9.00 malam - Berkumpul di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar.


( Isnin ) - Bertolak dari sekolah ke Kuala Perlis..

3.11.2015 6.00 pagi - Dijangka tiba.


( Selasa ) 6.15 pagi - Urus Diri / Solat Subuh / sarapan pagi
7.30 pagi - Menaiki feri ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi.
8.15 pagi - Dijangka tiba.
- Naik bas untuk lawatan.
- Aktiviti ke tempat ilmiah
 Batik art village
 Galeria Perdana
 Bird Paradise

1.30 petang - Check in / Urus Diri / Solat / makan tengahari

3.00 petang - Menyambung aktiviti ke tempat ilmiah


 Makam Mahsuri
 Beras terbakar
 Dataran Lang
5.30 petang - Aktiviti membeli-belah
7.00 malam
- Urus Diri / Solat / Makan malam

8.00 malam - Aktiviti bebas

TARIKH / MASA PROGRAM


HARI

4.11.2015 7.30 pagi - Sarapan pagi


( Rabu )
8.00 pagi - Melawat Langkawi Craf Complex

9.00 pagi - Melawat Underwater World


10.00 pagi - Melawat Telaga Tujuh

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 6


KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

11.00 pagi - Melawat Jeti Awana Porto Malai

- Makan tengahari / Solat


12.00 tgh - Menaiki Cable Car

2.00 ptg - Aktiviti Pantai ( Beach Fun ) untuk murid-murid/


Aktiviti bebas untuk ibu/bapa/penjaga
4.00 ptg
 Team Building
 Bola
PROGRAM LAWATAN BalingBELAJAR
SAMBIL Pantai
 BERMASALAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI Mencari gula-gula PEMBELAJARAN
dalam pasir (PPKIBP)
2015
- Urus Diri / Makan malam / Solat
- Membeli-belah / aktiviti bebas
7.00 ptg
JAWATANKUASA INDUK

8.00 mlm
Pengerusi : Puan Maznah Binti Amir
5.11.2015 7.00 pagi - )Sarapan pagi
( Guru Besar
( Khamis ) - Check out dan bertolak ke Jeti Kuala Kuah
Naib Pengerusi :8.00 pagi
Puan Zarina
- Binti Mohd.
Menaiki feriYusof
ke Kuala Perlis
( GPK Kokurikulum )
9.00 pagi - Dijangka tiba di Kuala Perlis dan menaiki bas ke
Penyelaras : Puan Halina Binti Alwee
Padang Besar , Perlis Indera Kayangan
( Penyelaras PPKIBP)
10.00 pagi - Aktiviti membeli-belah di Padang Besar
Setiausaha : Cik Nur Alyani Binti Mohmad Hamim
12.00 tgh - Makan tengahari dan bertolak balik ke SK. Sultan
N. Setiausaha : Encik ZainudinAbu
BinBakar
Ahmad 1 Muar

Bendahari 12.00
: malam Dijangka
- Binti
Puan Ruzila tiba di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar
Jamiran

AJK : Encik Mohd Syukri Bin Shamsuddin


Puan Rozeha Binti Dali
Puan Siti Murni Binti Jantan
Lampiran 2

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Perhubungan : Encik Zainudin Bin Ahmad


Penyelaras Pengangkutan : Puan Halina Binti Alwee
Penyelaras Penginapan : Encik Mohd Syukri Bin Shamsuddin
Penyelaras Makanan : Puan Rozeha Binti Dali
Penyelaras Pengurusan Murid : Puan Siti Murni Binti Jantan
Penyelaras Publisiti & Dokumentasi : Puan Ruzila Binti Jamiran
: Cik Nur Alyani Binti Mohmad Hamim

SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 7