You are on page 1of 22

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

AKADEMIK PENDIDIKAN

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 1 (INDIVIDU)

NAMA PENSYARAH: DR. ISA HAMZAH

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS


SYAHIZA BINTI ZAHARUDDIN GP07018

PUSAT KULIAH PERTEMUAN 1:


UKM BANGI

TOPIK KAJIAN:
KESEDIAAN GURU-GURU LITERASI KOMPUTER DALAM DAERAH PUDU BANGSAR DI WILAYAH
PERSEKUTUAN DARI ASPEK PENGETAHUAN KAEDAH PENGAJARAN & SIKAP TERHADAP
PENGAJARAN SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER
TUGASAN 1

A. i) Pengenalan Topik

Pada alaf ke 21 globalisasi berlaku hampir kesemua bidang seperti perdagangan, perindutrian
pelancongan dan pendidikan. Dalam bidanga pendidikan komputer memainkan peranan yang
sangat penting bukan sahaja di negara-negara maju tetapi juga di negara – negara yang sedang
membangun.

Konsep KSSM telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat JKP Bil 2/2010 pada 26
Oktober 2010. Bagi Standard Kandungan Secara Berperingkat Mulai Tahun 2014 melalui
Mesyuarat JKP Bil 3/2011 pada 9 Ogos 2011. Penambahan kurikulum sedia ada bagi menyediakan
murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan dan cabaran
abad ke-21 adalah merupakan salah satu transformasi kurikulum.

Asas Sains Komputer merupakah salah satu matapelajaran yang diperkenalkan melalui KSSM. Ia
telah diperkenalkan kepada murid di peringkat menengah rendah. Subjek ini merupakan
kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah
diperkenalkan kepada murid sekolah rendah dan menggantikan program Information and
Communicaton Technology Literacy (ICTL) sekolah menengah yang telah dilaksanakan bermula
tahun 2007 lagi.

Subjek Asas Sains Komputer diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsip-prinsip asas dan
konsep pembinaan komputasional serta memahami bahawa teknologi digital supaya menjadi
individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital
hari ini mampun untuk menyelesaikan masalah pada masa hadapan. Ini selaras dengan yang
terkandung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran berfikir.
ii) Menyatakan masalah

KSSM yang bermula pada tahun 2017 diperkenalkan kepada murid Tingkatan 1. Sudah
semestinya guru-guru tingkatan satu harus menyediakan diri dengan segala perubahan yang
akan berlaku. Seterusnya murid ini akan menjadi perintis untuk menyambung KSSM pada
tingkatan dua pada tahun 2018 dan tingkatan tiga pada tahun 2019. Apabila berlaku perubahan
ini, sudah tentu guru-guru masih memerlukan pendedahan demi pendedahan supaya matlamat
dan pelaksanaan dapat difahami dengan baik. Kursus atau bengkel yang dijalankan selama
beberapa hari bagi setiap negeri tidak cukup untuk guru kuasai dan meyakinkan untuk mengajar
kepada murid sekolah.

Kajian (Abdul Rahim Hamdan. 2011) menyatakan kebanyakan guru diminta untuk
menerima sesuatu kurikulum dan memahami intipati perubahan kurikulum tersebut serta mahir
melaksanakannya. Ini kerana, gambaran keseluruhan tentang program yang dibentuk
menyebabkan guru-guru kurang memahami rasional di sebalik perubahan tersebut dan apakah
peranan mereka mainkan untuk melaksanakan program yang telah dibentuk tersebut. Allan dan
Hunkins (1998) bersetuju, guru adalah pelaksanan dan golongan yang rapat dengan sistem
pendidikan sedia ada. Sebarang perubahan dalam kurikulum perlu disebarkan dan diberikan
penjelasan secara mantap kepada guru.

Pembaharuan kurikulum bermakna kurikulum sedia diberi elemen-elemen baru yang


sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut ataupun perubahan yang melibatkan
keseluruhannya berubah. Reka bentuk kurikulum KBSM meliputi hanya tiga bidang iaitu
komunikasi, manusia dan alam sekeliling dan perkembangan diri individu. Manakala reka bentuk
kurikulum dalam KSSM berasaskan enam tunjang. Iaitu komunikasi, perkembangan fizikal &
estetika, kemanusian, keterampilan diri, sains & teknologi (STEM) dan akhir sekali ialah
kerohanian, sikap dan nilai. Kesediaan guru-guru ini menerima perubahan akan menentukan
kejayaan dan kegagalan kurikulum tersebut. Guru adalah penggerak kepada kesinambungan
kurikulum ini (KPM, 2013). Oleh itu, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejuh
manakah objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang di
rancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajran dan pembelajaran memerlukan
kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara. Demiikian
jelaslah bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1
dalam KSSM amat bergantung kepada kesediaan guru di sekolah menengah dalam
melaksanakannya. Oleh itu sumbangan dapatan kajian ini amat diperlukan untuk memberikan
satu gambaran keseluruhan tahap kesediaan guru asas sains komputer tingkatan 1 terhadap
pelaksanaan KSSM.

iii) Menjustifikasikan masalah

Kajian ini menfokuskan kepada tahap pengetahuan dan sikap guru literasi komputer di negeri
Wilayah Persekutuan terhadap pengajaran subjek Asas Sains Komputer. Belum ada dapatan
kajian sebelum ini tentang kesediaan guru-guru literasi bagi subjek Asas Sains Komputer. Ini
kerana subjek ini merupakan subjek yang baru diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 1 pada
tahun 2017. Oleh itu,

iv) Menegenahkan jurang

Kajia terdahulu seperti (Abdullah et al. 2014), (Maizura et al. 2010) dan (Muhamad & Sidin
2007) yang mengkaji aspek perbezaan kesediaan antara guru-guru yang mempunyai latihan
dengan guru hanya membuat andaian terhadap subjek itu sendiri. Oleh itu, satu kajian perlulah
dijalankan bagi menjelaskan faktor disebalik fenomena ini kerana kesediaan guru literasi
terhadap subjek baru belum lagi di ketengahkan.

v) Pihak yang mendapat manfaat

Kajian ini dipilih kerana Asas Sains Komputer merupakan subjek yang mula diperkenalkan pada
tahun 2016. Ia merupakan subjek baru bagi sesetengah pendidik yang mula mengajar subjek di
menengah rendah.

Oleh itu pihak yang akan mendapat manfaat daripada kajian ini adalah guru-guru yang mengajar,
guru yang bakal mengajar dan guru bukan opsyen yang akan mengajar subjek ini.
B. i) Tujuan

Tujuan kajian ini adalah memberi kesediaan kepada guru-guru literasi komputer yang belum
mengajar atau memahami subjek baru Asas Sains Komputer ini sebagai pemangkin dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek ini. Seiiring dengan matlamat kerajaan dalam yang
terkandung pada PPPM (2013-2025).

ii) Objektif

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru asas literasi komputer Tingkatan 1 daripada aspek
pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap terhadap pengajaran Asas Sains Komputer
dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
2. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara kesediaan guru literasi
komputer Tingkatan 1 dengan pengalaman mengajar dalam melaksanakan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM).

iii)Soalan

Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kesedian guru literasi komputer tingkatan 1 dari segi
pengetahuan , kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan KSSM. Kajian ini dijalankan
untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut :

1. Apakah tahap kesedian guru literasi komputer tingkatan 1 dari segi pengetahuan,
kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM)?
2. Adakah terdapatnya hubungan kesediaan guru literasi komputer tingkatan 1 dengan
pengalaman mengajar dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM)?
iv) Hipotesis kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang dibentuk, berikut adalah hipotesis kajian ini :

Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru literasi komputer
tingkatan 1 dari aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dengan
pengalaman mengajar dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM).

C. Definasi operasional pemboleh ubah

Berikut disenaraikan definisi operasional terhadap beberapa perkara penting untuk


memudahkan pembaca memahami maksud perkataan yang digunakan dalam kajian.

Pengetahuan –

Abdul Hamid (2004) mendefinasikan pengetahuan adalah suatu peringkat dalam bentuk
kebenaran, prinsip dan maklumat. Ia berasal daripada pengalaman lampau dan pengalaman baru
sama ada diketahui sendiri atau melalui sumber lain dan digunakan bagi mencapai matlamat
yang belum terlaksana. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mentafsirkan pengetahuan sebagai
maklumat sedia ada dalam guru literasi komputer 1 terhadap mata pelajaran Asas Sains
Komputer.

Sikap –

Meuller (1986) menyatakan sikap adalah gambaran sejauh mana seseorang itu menyukai atau
tidak enyukai sesuatu. Sikap menggambarkan kesediaan untuk melakukan sesuatu. Sikap juga
menggambarkan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara. Menurut Aiken (2000), sikap
merupakan kecenderungan untuk bertindak secara postitif atau negatif terhadap objek tertentu,
situasi, instituu, konsep atau seseorang. Menurut Abg Rashid (2001), sikap memberikan kesan
yang khusus kepada tingkah laku, daya usaha minat dan kesedaran. Dalam kajian ini, pengaki
merujuk kepada sikap guru literasi komputer terhadap pelaksanaan aktiviti penyelidikan.
Asas Sains Komputer –

Asas Sains Komputer merupakan subjek yang diberikan penjenamaan semula matapelajaran iaitu
semasa KBSM subjek ini dikenali dengan Program Literasi TMK (SMR). Manakala pada KSSM ia
menjadi Asas Sains Komputer (SMR). Ia adalah kesinambungan subjek Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dari sekolah rendah.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah –

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum yang ditambah baik
selepas Kurikulum Berasaskan Sekolah Menengah (KBSM). Ia adalah program penambah baik
pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi murid, iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional seperti disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
D. Senarai rujukan

Abdul Rahim Hamdan. 2011. Falsafah dan pemikiran pendidikan. Penerbit UTM Press. Retrieved
from
https://books.google.com.my/books/about/Falsafah_Dan_Pemikiran_Pendidikan.html?id=
dvNVw-zHjBUC&redir_esc=y

Abdullah, N., Noh, N. M., Hamzah, M., Azmah, N., Yusuf, N. & Omar, R. 2014. KESEDIAAN GURU
SAINS DAN MATEMATIK DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH. JUN 4(1): 2232–393. Retrieved from
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/1001/1/KESEDIAAN GURU SAINS DAN MATEMATIK
DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH.pdf

Maizura, O., Tesis, Y., Dikemukakan, I., Sekolah, K. & Siswazah, P. 2010. TAHAP KESEDIAAN
GURU TERHADAP PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU. Retrieved from
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11069/1/FPP_2010_1_A.pdf

Muhamad, S. & Sidin, Z. 2007. Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model Pengajaran
Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Retrieved from
http://merr.utm.my/10731/

Allan C, Ornstein & Francis P. Hunkins.( 1998 ). Curriculum : Foundation of behavioural


research. New York. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

AKADEMIK PENDIDIKAN

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 2 (INDIVIDU)

NAMA PENSYARAH: DR. ISA HAMZAH

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS


SYAHIZA BINTI ZAHARUDDIN GP07018

PUSAT KULIAH PERTEMUAN 1:


UKM BANGI

TOPIK KAJIAN:
KESEDIAAN GURU-GURU LITERASI KOMPUTER DALAM DAERAH PUDU BANGSAR DI WILAYAH
PERSEKUTUAN DARI ASPEK PENGETAHUAN KAEDAH PENGAJARAN & SIKAP TERHADAP
PENGAJARAN SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER
A. Lima sintesis literatur tentang kajian lepas yang berkaitan dengan kajian dalam bidang anda

TINJAUAN LITERATUR KEBERKESANAN KESEDIAAN GURU DALAM KAEDAH PENGAJARAN / SIKAP

PENGARANG SAMPEL KONTEKS/TUJUAN KAJIAN KAEDAH KAEDAH ANALISIS DAPATAN


/ TAHUN PENGUMPULAN
DATA
1Nooraini 203 orang guru Justeru itu, kajian ini Survey Kajian dijalankan secara Kesimpulannya, hasil
Binti Abdul matematik dari dilaksanakan untuk kuantitatif berbentuk kajian menunjukkan
Rahim, 15 buah sekolah mengenalpasti tahap deskriptif dan tahap kesediaan guru-
2Abdul Halim menengah di kesediaan guru matematik inferensi.Instrumen guru matematik di
Bin Abdullah, sekitar Johor dalam melaksanakan PdP abad kajian yang digunakan daerah Johor Bahru dari
2017 Bahru ke-21 dalam bilik darjah. Tahap adalah borang soal selidik aspek sikap atau tingkah
kesediaan guru dilihat dari yang dibahagikan kepada laku dalam
aspek kognitif (pemahaman), dua bahagian iaitu melaksanakan PdP abad
tingkah laku dan afektif bahagian A dan bahagian ke-21 ini berada pada
(emosi). B. tahap yang sederhana
sahaja.
Mohd Izham, 223 orang guru Bertujuan untuk meninjau Soal selidik Deskriptif analisis ( T- Secara keseluruhannya
Mohd yang mengajar tahap kesediaan guru dari test) tahap kesediaan
Hamzah & sains di 22 buah aspek pengetahuan dan sikap penggunaan teknologi
Sekolah terhadap penggunaan maklumat berasaskan
Noraini Attan Menengah teknologi maklumat komputer bagi guru-
2007 Kebangsaan berasaskan komputer bagi guru sains ini adalah
yang terdapat di pengajaran dan pembelajaran sederhana. Tahap
Daerah Hulu sains di dalam bilik darjah. kesediaan dari aspek
Langat, pengetahuan dan sikap
Selangor. pula, didapati tiada
perbezaan yang
signifikan di antara guru
dari kumpulan
perkhidmatan siswazah
dan bukan siswazah
Rohaida Seramai 253 Kajian ini bertujuan untuk Soal selidik Deskriptif analisis Dapatan kajian
Mazlan orang guru-guru mengkaji tahap pengetahuan, (T-test) dan analisis menunjukkan bahawa
(2017) Bahasa Melayu pemahaman dan kesediaan inferensi. tahap pengetahuan dan
sekolah guru Bahasa Melayu dalam pemahaman guru
menengah di melaksanakan Kajian Bahasa Melayu
daerah Hulu Pengajaran terhadap Kajian
Langat telah Pengajaran adalah tinggi
dipilih sebagai dan positif.
responden.
 Ahmad Sobri seramai 132 Tujuan kajian ini ialah untuk Soal selidik Diskriptif analisis mendapati guru pelatih
Shuib orang guru mengenal pasti persepsi dan mempunyai kesediaan
 Norliza pelatih DPLI di kesediaan guru pelatih dan persepsi yang positif
Kushairi Institut terhadap penggunaan terhadap penggunaan
(2015) Pendidikan Guru peralatan dan teknologi mobile teknologi mobile dalam
Kampus dalam pembelajaran. pembelajaran
Darulaman
dipilih secara
rawak
Seramai 50 Kajian tinjauan ini dijalankan Tinjauan Deskriptif analisis Guru-guru sentiasa
Sanitah Binti
orang guru telah bertujuan mengenalpasti (soal selidik ) bersedia menerima
Mohd Yusof 1
terlibat apakah tahap kesediaan guru peubahan dan bersikap
& Norsiwati
daripada aspek minat, sikap positif dengan langkah
Binti Ibrahim
dan penguasaan pengetahuan kerajaan.
2 (2012)
dan kemahiran dalam
melaksanakan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
KAJIAN LEPAS

Menurut Persepsi dan kesediaan pelajar dpli terhadap mobile learning (2015 dalam Ahmad
Sobri Shuib, & Norliza Kushairi m/s 1-19) . Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting
terutamanya dalam bidang pendidikan iaitu sebagai asas penyaluran ilmu. Manakala tahap
kesedian guru dalam penggunaaan teknologi maklumat berasaskan computer merupakan salah
satu aspek penting bagi menangani perubahan kearah pengajaran dan pembelajaran sains yang
berkesan.

Menurut kajian Musa (1999 dalam Ahmad Sobri Shuib, & Norliza Kushairi m/s 1-19) kajian
kesediaan guru kemahiran hidup menunjukkan bahawa tidak semua guru sudah bersedia
menggunakan komputer.

Menurut kajian Halim (2000 dalam Ahmad Sobri Shuib, & Norliza Kushairi m/s 1-19)
mendapati bahawa di kalangan guru-guru sekolah rendah masih belum bersedia menggunakan
komputer. Beliau juga melihat kesediaan guru dalam penggunaaan komputer di kalangan guru-
guru di sekolah rendah Kota Setar dan mendapati guru-guru tersebut tidak begitu bersedia dalam
penggunaan komputer.

Kajian Rohaida Mazlan (2017, Tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru bahasa
melayu dalam melaksanakan kajian pengajaran) menyatakan kajian pengajaran menunjukan
perkembangan yang positif terhadap keberkesanan pembelajaran pemudah cara (PdPc) guru dan
dapat meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Kajian Sanitah Binti Mohd Yusof & Norsiwati Binti Ibrahim (2012, Kesediaan guru matematik
tahun satu dalam pelaksanaan KSSM di daerah Kluang) menyatakan walaupun guru-guru sentiasa
bersedia menerima perubahan dan bersikap positif dengan langkah kerajaan untuk
melaksanakan KSSR di sekolah rendah pada awal tahun 2011, namun keputusan mendadak oleh
kerajaan memberikan impak kepada penyesuaian diri guru untuk menyampaikan ilmu tersebut.
Oleh itu usaha harus dijalankan bagi memantapkan lagi pengisian kursus KSSR dalam kalangan
guru-guru sekolah di Malaysia.
B. Penulisan rumusan sintesis literatur berkenaan

C. Kerangka konseptual kajian


Kerangka Konseptual pula bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan
secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau
fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau
dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangka konsep lebih bersifat tentatif
dan belum dibangunkan secara sepenuhnya berbanding kerangka teori (Norwood, 2000:78).
Ertinya, ia merujuk sesuatu teori yang belum diuji. Lebih jelas lagi, kerangka konsep adalah
kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel tak bersandar
(independent) dan variabel bersandar (dependent) yang biasanya digambarkan dalam
sebuah rajah atau grafik.

Sama ada kerangka teori atau kerangka konsep, kedua-duanya tertumpu kepada konsep dan
pembolehubah yang hendak dikaji. Kerangka teoritikal /konseptual ibarat peta kepada
sesuatu kajian. Kedua-dua istilah ini merujuk kepada garis panduan atau struktur yang
menghubungkan semua variable atau idea utama yang terlibat dalam kajian. kerangka
konseptual adalah kerangka yang anda dijalankan dalam sesuatu kajian anda dan ianya belum
mantap lagi. Ia sebagai panduan dan halatuju untuk menjalankan kajian.
Manakala, kerangka teoritikal pula telah mantap, atau kerangka konseptual yang telah pun
diuji. Namun kedua-dua istilah ini merujuk kepada garis panduan atau struktur yang
menghubungkan semua variabel atau idea utama yang terlibat dalam sesuatu kajian bagi
memudahkan pengkaji menentukan perkaitan variabel dan idea-idea tersebut. Kedua-
duanya lazim dipaparkan dalam bentuk grafik.
Menurut Garrison (2000), penjelasan kerangka secara ekspilisit mempunyai kepentingan
seperti berikut:
i) masalah kajian boleh difahami dan diartikulasikan dengan baik jika acuan itu
dihuraikan dengan terperinci.
ii) apabila kerangka konseptual diartikulasikan dengan jelas, pengkaji bebas untuk
memikirkan tentang kerangka alternatif

Selain daripada itu, kerangka konsep bertujuan untuk membantu pemahaman dan
penghuraian konsep-konsep penting. Misalnya, kerangka konsep menyatakan idea-idea yang
berkait dengan konsep utama dan memerihalkan pendekatan yang sistematik untuk
menggambarkan ciri-ciri penting bagi konsep tersebut. Kerangka konsep membekalkan
konteks yang khusus dan batasan bagi menjalankan kajian. Akhir sekali, kerangka konsep
mengimplikasiakan struktur yang dinamik. Di mana idea-idea yang tersusun yang terkandung
dalam kerangka konsep membekalkan struktur kepada kajian yang hendak dijalankan.

D. Senarai rujukan mengikut gaya UKM


Ahmad Sobri Shuib, & Norliza Kushairi. (2015). Persepsi dan kesediaan pelajar dpli terhadap
pembelajaran mobile learning. Institut Pendidikan Guru, 1–19.

MAZLAN, R. (2017). TAHAP PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA


MELAYU DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN PENGAJARAN (Level of Knowledge,
Understanding and Readiness Malay Language Teachers to Implementing Lesson
Study). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 30-40.

Hamzah, M., Izham, M., & Attan, N. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan
teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Teknologi F: Alam Sekitar dan Teknologi Proses, (46E), 45-60.

Abdullah, Abdul. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam


Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21. Kesediaan Guru
Matematik Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan
Pengajaran Abad ke-21. 2017. 567-584.

Yusof, S. M., & Ibrahim, N. (2012). Kesediaan guru matematik tahun satu dalam pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Daerah Kluang. Journal of Science and
Mathematics Education, 6, 26-38.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

AKADEMIK PENDIDIKAN

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 3 (INDIVIDU)

NAMA PENSYARAH: DR. ISA HAMZAH

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS


SYAHIZA BINTI ZAHARUDDIN GP07018

PUSAT KULIAH PERTEMUAN 1:


UKM BANGI

TOPIK KAJIAN:
KESEDIAAN GURU-GURU LITERASI KOMPUTER DALAM DAERAH PUDU BANGSAR DI WILAYAH
PERSEKUTUAN DARI ASPEK PENGETAHUAN KAEDAH PENGAJARAN & SIKAP TERHADAP
PENGAJARAN SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER
Tugasan 3 (A)

i. Pembolehubah/konsep/konstruk
Pembolehubah

Pembolehubah adalah sesuatu yang dapat membezakan atau mengubah nilai.


Nilai dapat berbeza pada waktu berbeza untuk objek atau orang yang sama, atau
nilai lain dapat berbeza dalam waktu yang sama untuk objek atau orang yang
berbeza. Satu ciri yang sedang dikaji atau ciri-ciri ahli populasi yang dikaji. Boleh
mengambil nilai yang berbeza bagi elemen yang berbeza

Konstruk

Satu imej atau idea yang di cipta khas untuk sesuatu tujuan
penyelidikan. Konstruk adalah jenis konsep tertentu yang berada dalam tingkat
abstrak yang lebih tinggi daripada konsep dan diciptakan untuk tujuan teoritis
tertentu. Ia berupa sebuah pandangan atau pendapat yang biasanya ditemukan
untuk sebuah penelitian atau pembentukan teori. Konstruk juga boleh
diperjelaskan sebagai ciptaan teori yang berdasarkan pemerhatian tetapi yang
tidak dapat dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung; perkara-perkara
seperti IQ dan kepuasan. Kerlinger, F (1986) menjelaskan konstruk adalah:
“is a concept with added meaning, deliberately and consciously invented or
adopted for a special scientific purpose.”.

KONSEP

Konsep adalah sejumlah pengertian atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan peristiwa,
objek, keadaan, situasi, dan perilaku tertentu. Konsep adalah pendapat abstrak
yang digeneralisasi daripada fakta tertentu. Konsep adalah satu kumpulan maksud
atau erti yang berkaitan dengan sesuatu kejadian. Konsep telah berkembang
dengan peredaran masa melalui perkongsian kegunaan. Konsep boleh juga
ditakrifkan sebagai:
“The major components of the theories and models are known as concepts (Glanz
et al., 2008b). When a concepts has been developed, created, or adopted for use
with a specific theory, it is called a construct (Kerlinger, 1986). The empirical
counterparts or operational (practical use) forms of constructs are known as
variables (Glanz et al., 2008b); Mc-Kenzie et al., 2009). Variables “specify how a
construct is to be measured in a specific situation” (Glanz et al., 2008)”

ii. Prosedur pembinaan instrumen

Kajian ini akan dijalankan berdasarkan kaedah kuantitatif. Terdapat beberapa instrumen
atau alat kajian yang akan digunakan untuk mencari dan mendapatkan data iaitu dengan
cara soal selidik dan kaedah pengujian. Instrumen soal selidik adalah untuk mendapatkan
data dalam kajian ini. Manakala instrumen kaedah pengujian adalah untuk mengukuhkan
lagi dapatan kajian yang di dapati.

iii. Kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan


instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi
menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid, 2005). Kebolehpercayaan dan
kesahan adalah ukuran yang merujuk kepada kestabilan dan ketekalan alat kajian sama
ada ia dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina (Hardy & Bryman, 2004).

Kesahan yang boleh didapat dalam kajian adalah berasaskan kriteria. Iaitu adakah
pengukuran dapat membantu dalam membezakan dan menelah pemboleh ubah kriteria?
Kaedah yang digunakan adalah kaedah kolerasi. Analisis korelasi adalah melibatkan
pengiraan satu nilai numerti yang menentukan kekuatan dan arah hubungan di antara
dua pemboleh ubah.
iv. Skala pengukuran dan penskoran
Data yang akan digunakan ialah menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini.
Pengkaji akan membuat tinjauan sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang
telah dicadangkan. Pengkaji yang meninjau masalah bagi tujuan untuk mengesan
kesediaan guru dalam subjek Asas Sains Komputer. Selain itu, pengkaji akan
menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data kajian iaitu pengujian
dan pemerhatian. Ini kerana bagi memudahkan instrumen ini untuk mengukur objektif
kajian yang berbeza

Soalan Kajian Cara Pengumpulan Analisis


Data
Apakah tahap kesedian guru literasi Soal selidik Peratus & Min
komputer tingkatan 1 dari segi
pengetahuan, kemahiran, minat dan
sikap dalam melaksanakan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM)?

Adakah terdapatnya hubungan Pengujian Peratus & Min


kesediaan guru literasi komputer Soal selidik
tingkatan 1 dengan pengalaman
mengajar dalam melaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM)?

v. Contoh instrumen

Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data sepeti manayang
dikhendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang
digunakan olehpengkaji ialah kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah
temubual. Responden yang akan dipilih secara rawak daripada guru-guru literasi
computer di Wiliyah Persekutuan Kuala Lumpur untuk terlibat dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data hanya menggunakan kuantitatif.
Kuantitatif dijalankan melalui boring soal selidik untukmemperoleh data yang lebih
tepat.

Tugasan 3 (B)

i. Rekabentuk kajian

Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kaedah bersifat kuantitiatif melalui
kaedah tindakan ini dapat mengenal pasti tahap kesedaran guru literasi komputer
tingkatan 1 daripada aspek pengetahun, kemahiran, minat dan sikap terhadap pengajaran
Asas Sains Komputer dalam KSSM.

ii. Populasi dan sampel

Responden terdiri daripada guru-guru yang dahulunya mengajar subjek Literasi Komputer
dan kini mengajar subjek Asas Sains Komputer di Wiliyah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat


Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada
prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu
dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan
persampelan bertujuan yang mana hanya guru literasi komputer yang dikenal pasti
melalui soal selidik inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.
iii. Prosedur kutipan data
Kajian ini melibatkan 30 buah sekolah yang terdapat di sekitar Pudu Bangsar , Wilayah
Persekutuan. Namun begitu daripada jumpah tersebut hanya sekolah yang menawarkan
subjek ASK sahaja akan dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak.
Intrumen ini akan diedarkan melalui Google Form secara online kepada guru-guru yang
mengajar subjek ASK di sekolah-sekolah tersebut.

iv. Prosedur analisis data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for
Sosial Science (SPSS).

v. Senarai rujukan mengikut gaya UKM


Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016. Buku
Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). KPM : Bahagian
Pembangunan Kurikulum

Peng, C. F., & Nadaraja, S. (2016). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 4(2), 10-24.

Yusof, S. M., & Ibrahim, N. (2012). Kesediaan guru matematik tahun satu dalam pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Daerah Kluang. Journal of Science and
Mathematics Education, 6, 26-38.

Ahmad Sobri Shuib, & Norliza Kushairi. (2015). Persepsi dan kesediaan pelajar dpli terhadap
pembelajaran mobile learning. Institut Pendidikan Guru, 1–19.

MAZLAN, R. (2017). TAHAP PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA


MELAYU DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN PENGAJARAN (Level of Knowledge,
Understanding and Readiness Malay Language Teachers to Implementing Lesson
Study). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 30-40.
Hamzah, M., Izham, M., & Attan, N. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan
teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Teknologi F: Alam Sekitar dan Teknologi Proses, (46E), 45-60.

Abdullah, Abdul. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam


Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21. Kesediaan Guru
Matematik Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan
Pengajaran Abad ke-21. 2017. 567-584.

Yusof, S. M., & Ibrahim, N. (2012). Kesediaan guru matematik tahun satu dalam pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Daerah Kluang. Journal of Science and
Mathematics Education, 6, 26-38.

Piaw, C. Y. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mc. Graw Hill Sdn Bhd.

Hussin, F., Ali, J., & Noor, M. S. Z. (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Penerbit
Universiti Utara Malaysia(pp. 359–373). Retrieved from Lib scanned

Tan, S. L. (2008). Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Jurnal
teknologi, (48E), 33-47.