OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010

Kurratulaini bt Muhammad

Soalan (1) Aktiviti dan Medium yang Boleh Digunakan untuk Menyampaikan Maklumat Pendidikan Kesihatan Kepada Masyarakat. Definisi kesihatan yang diutarakan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah: Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Takrifan ini sebenarnya melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan iaitu aspek negatif (berpenyakit, tidak sihat, cedera, cacat atau tidak berdaya/lemah) dan aspek positif (kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan sosial). Dalam kehidupan sehari-hari, individu, masyarakat atau ahli profesional sering menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu juga dari aspek pendidikan kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit dan kurang mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan hidup. Perbezaan di antara kedua-dua aspek kesihatan ini amat penting kerana ia dapat memastikan aktiviti pendidikan kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya. Aktiviti pendidikan kesihatan seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan tidak sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan pendidikan kesihatan ialah mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Bagi menentukan pendidikan kesihatan tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya, individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak sebagai pendorong kesihatan (health promotion) harus memahami prinsip-prinsip serta konsep pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan, pengaruh, dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, peranan media massa dalam aspek pendidikan kesihatan amat berharga. Pendidikan kesihatan yang 1

Seharusnya. Selain itu. menggunakan media massa untuk mendidik masyarakat. yang terlintas di kepala kita adalah perkataan pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Selain itu. sekolah merupakan institusi utama dalam menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. dan mengamalkan gaya hidup sihat. Di antaranya ialah kerjasama di antara agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta badan profesional.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad menumpukan kepada aktiviti-aktiviti di peringkat kumpulan atau masyarakat adalah sangat penting. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran. Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu muridmurid meningkatkan pengetahuan kesihatan. Kurikulum di sekolah merupakan medium pendidikan kesihatan yang paling asas. Di sekolah. Beberapa kaedah telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kempen tersebut berjalan lancar serta berkesan. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lapan peratus daripada orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti manakala 1/3 hingga 1/4 daripada masyarakat di negara ini pula mengalami masalah berat badan berlebihan. Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan. pengiklanan di peringkat kebangsaan. negeri dan daerah dan mempertingkatkan komunikasi interpersonal sama ada di klinik atau di peringkat komuniti.5 peratus) di hospital-hospital kerajaan. 2 . sebanyak enam peratus daripada kematian pula disebabkan oleh penyakit diabetis (kencing manis). kerajaan telah melancarkan kempen "Pemakanan yang Sihat" pada tahun 1997. Bagi menjamin kesihatan yang sempurna. Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi masih menjadi punca utama (penyebab) kematian (15. statistik negara juga menunjukkan peningkatan kes-kes penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat. murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Oleh itu. penekanan promosi pendidikan kesihatan harus diberikan kepada tabiat dan cara hidup yang tidak sihat. aktiviti dan medium penyampaian maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat amat ditekankan supaya amalan kesihatan dapat dipraktikkan secara berkesan. Sehubungan dengan aspek pemakanan yang sihat.

Di samping itu. peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan caracara menguruskan kesihatan diri. Sememangnya masalah-masalah yang telah diterangkan itu boleh menyebabkan kanser. Menyertai sesuatu kempen untuk menjaga kesihatan adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Sistem bekalan air dan sanitasi. Jadi. Dalam kempenkempen ini. AIDS dan tekanan jiwa. program nutrisi dan imunisasi akan diperluaskan dan lebih ramai individu dijangka akan mendapat kemudahan tersebut. Masyarakat juga digalakkan hidup di dalam suasana aman dan harmoni dan menghindari daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan ketegangan mental. kerajaan juga perlu mengenakan penalti yang berat terhadap individu yang terlibat di dalam pergaulan atau aktiviti seks rambang. Antara kempen-kempen pendidikan kesihatan ialah seperti kempen hidup sihat.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad Kerajaan teutamanya Kementerian Kesihatan perlu peka dalam mempromosikan cara hidup sihat di kalangan masyarakat. Selain itu. banyak aktiviti untuk pendidikan kesihatan dapat dijalankan dan secara 3 . pertama sekali. kempen kesihatan dapat menggalakkan masyarakat menghargai nilai kesihatan diri. keluarga dan masyarakat. Aktiviti promosi kesihatan di kalangan masyarakat negara membangun seperti Malaysia perlu dipergiatkan terutamanya apabila kos penjagaan kesihatan semakin meningkat dan negara sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi. kempen dan amalan penjagaan dan pendidikan kesihatan perlu dipergiatkan di kalangan masyarakat. Kerajaan dalam usahanya mempromosi kesihatan perlu banyak menekankan kepada amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat melalui kempen anti merokok. Kerajaan juga perlu berganding bahu dengan hospital swasta untuk mencapai matlamat amalan pendidikan kesihatan yang sempurna. anti alkohol dan anti dadah. Melalui kempen kesihatan juga. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Lebih banyak hospital dan kemudahan kesihatan akan dibina. Sistem kesihatan di kawasan luar bandar akan dipermajukan. Usaha akan terus ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan menguatkan program kesihatan dan rawatan dengan memperbanyakkan perkhidmatan sokongan. diet seimbang dan sebagainya.

poster dan keratan akhbar bolehlah dipamerkan. kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar permasalahn kesihatan. Dengan mengadakan kuiz. masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani dan mencegah hal-hal 4 . Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk menjaga kesihatan diri. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta tersebut dan kesihatan diri sendiri. mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Pertandingan melukis poster yang berkaitan kesihatan juga bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. sebab-sebab. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu amalan dan pencegahan kesihatan. Tambahan lagi. Dalam proses ini. dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pendidikan kesihatan. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pendidikan kesihatan.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad tidak langsung ia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan yang sempurna. pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pendidikan kesihatan juga boleh ditayangkan. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Bahan-bahan menarik seperti carta. pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. Selain itu. Selain pertandingan yang telah disebutkan. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah tentang sesuatu isu pendidikan kesihatan. bagi menjamin bahawa setiap ilmu tentang pendidikan kesihatan dapat disampaikan dan dikongsikan kepada masyarakat umum. pameran dan pertandingan kuiz dan sebagainya perlu dijalankan di kalangan masyarakat. peserta akan cuba memahami apakah itu penyakit dan cara-cara pencegahannya. Selain itu. pendedahan media massa juga memainkan peranan yang penting bagi mencapai keberkesanannya. Pertandingan seperti kuiz tentang pendidikan kesihatan boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya tahap kesihatan diri yang sempurna. Oleh itu. Pameran ini boleh dilakukan di sekolahsekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.

Selain daripada itu juga. siaran-siaran televisyen dan radio juga perlu memperbanyakkan iklan-iklan berunsur kesihatan untuk paparan umum supaya setiap amalan kesihatan itu dapat dipraktikkan demi kepentingan bersama. Antara contoh yang paling nyata dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus A H1N1 yang telah melanda Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Setiap ilmu pendidikan kesihatan dapat disalurkan melalui laman-laman web individu dan jabatan serta laman web dan blog kesihatan itu sendiri.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad permasalahan kesihatan. Setakat ini. Antara contoh pendidikan kesihatan yang dipaparkan di akhbar tempatan adalah ruangan kesihatan yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia pada setiap minggu. sebagai contohnya adalah melalui laman Facebook yang popular pada masa kini. teleperubatan adalah merupakan medium yang berketepatan dalam menyalurkan maklumat pendidikan kesihatan kepada umum. Visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisi untuk perkhidmatan. tanggungjawab untuk menjamin kesihatan bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu kesihatan ialah majalah dan surat khabar. medium penyampaian maklumat yang paling pantas tentang ilmu pendidikan kesihatan pada masa kini adalah melalui internet. Negara kita juga sedang menuju ke arah sistem penjagaan kesihatan yang bersepadu dan berintegrasi yang memberi tumpuan kepada promosi kesihatan. terutamanya individu itu sendiri. Dengan bantuan radio dan televisyen. Teleperubatan ini akan digunakan sebagai alat untuk menggalakkan serta tanggungjawab yang lain dari aspek penjagaan kesihatan diri sendiri. 5 . sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami. Ini adalah kerana. pencegahan penyakit dan penjagaan primer. produk dan pendidikan kesihatan. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan. boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio dan televisyen di rumah mereka. Tambahan lagi. Secara umumnya. Justeru itu.

Antara sebab-sebab pendidikan kesihatan ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap amalan kesihatan. 6 . Untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat. cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad Bagi membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada kesihatan diri dan masyarakat. mereka perlulah mempunyai kesedaran. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan diri. dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti kesihatan yang tinggi yang perlu dikekalkan.

mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh banyak faktor atau punca-punca yang memberikan kesan serta memudaratkan kesihatan yang perlu dikenal pasti dan diatasi segera. mereka dapat menyaksikan cuaca yang berjerebu dengan sisa pembuangan sampah di merata-rata tempat sehingga boleh menyakitkan penglihatan. pencemaran laut. keselamatan atau kebajikan awam atau organismaorganisma lain. pencemaran air. pencemaran tanah. Walau bagaimanapun. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam seperti pencemaran udara. kimia. malah boleh menjejaskan kesihatan. biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan. setiap kali mereka keluar rumah. khususnya bagi mereka yang menghidap penyakit tertentu. Keselamatan kesihatan persekitaran amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai. pencemaran haba. pencemaran bunyi. pencemaran sungai dan kolam.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifatsifat fizik. tumbuhan dan haiwan. Hal ini mewujudkan keadaan yang bukan sahaja tidak selesa. yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan. Bagi individu yang tinggal di bandar-bandar besar. kemerosotan kualiti alam sekitar di negara kita kini kian meruncing dan terbukti daripada senario yang kita saksikan setiap hari. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahanbahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. 7 .OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad Soalan (2) Punca-punca Pencemaran yang Memberikan Kesan Serta Memudaratkan Persekitaran.

9%). industri atau kilang. Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar. bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Perokok yang menghembuskan asap ke udara.9%) dan pembakaran terbuka (4. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.4%). kerja-kerja pembinaan. Ozon. Sulfur Oksida. melalui akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. pembakaran bahan api industri (9. pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. tumbuh-tumbuhan. asap kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia. Jadi. Hidrokarbon.000 tan setahun.9%). Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas. 8 . Selain itu. Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. binatang dan harta benda.1%). diikuti oleh stesen jana kuasa (23. Daripada jumlah ini. cecair dan pepejal. wap dan gas (Karbon Monoksida. kabus. pemprosesan industri (3. Nitrogen Oksida. kenderaan ialah punca utama pencemaran tersebut (58. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk. pencemaran air pula bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan. kimia dan fizik. asap. Oleh itu. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang juga boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Setiap perlakuan zalim manusia terhadap persekitaran menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. dapatlah dijelaskan di sini bahawa punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. iii. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air. kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. ii. Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat. Kepesatan pembangunan industri. Pembangunan adalah rekaan manusia. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Antara punca-punca pencemaran air ialah: i. Ini adalah kerana. Selain itu. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula 9 . Pengusaha kilang umpamanya. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.

Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air ataupun pepejal. pencemaran laut juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan. sisa toksik dan sisa-sisa kilang. tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik. kimia atau fizik. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. ii. pencemaran tanah juga boleh memudaratkan kesihatan oleh beberapa faktor penyebab berlakunya pencemaran tersebut. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh hidupan laut yang lain. Selain itu. Bahan kimia. ii.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad jadinya. asid dan bahan organik seperti nutrien. Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut. 10 . dan membawa pencemaran bersamasamanya. Sekiranya fenomena ini berterusan. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. iii. Antara punca-punca berlakunya pencemaran laut ialah: i. Selain daripada itu. iv. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna. bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak. iii. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: i.

Jika hampir kesemua tempat telah dicemari. kenderaan dan sebagainya. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara. Pencemaran bunyi pula ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. ii. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. kesan kepada rumah hijau dan banjir. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. kebisingan selenjar. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar. Antara punca-punca pencemaran ini ialah: i. Bunyibunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera. kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad iv. iaitu kebisingan selang-seli. 11 . Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah. pemendapan. penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah. kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah. manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini. berlaku perubahan iklim. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut.

enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini. 12 . Oleh itu. bertanggungjawab dan boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya merupakan langkah bijak bagi menangani permasalahan ini. Bunyi pemecahan batu. kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air. kegiatan perladangan dan sebagainya. sayangilah pada alam sekitar. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam. ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatankegiatan perusahan atau perkilangan dan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik yang menyebabkan pencemaran air. patuh kepada undang-undang. iv. Selain itu. Sebenarnya. Maka. Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan. Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia itu sendiri yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isuisu sosial dalam masyarakat.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad iii. manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini bagi menjamin keselamatan dan kesihatan persekitaran.

1991. 1994.php Ismail Hashim.moh.moh.gov.drmuda. Dewan Ekonomi. Disember 1994. Abdul Halim Sulaiman.cc/pendidikan/semester2 http://cloud.com/zaim87 http://blogmoh. Akademik Khas. Dewan Kosmik. Dewan Ekonomi. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Dewan Kosmik.fortunecity. Mei 1994.my/modules/xt_conteudo/index. Rohaini Haris.gov. 1991. Moha Asri Abdullah.prohosting.moa. 1997.edutraining. Prof. Akademik Khas. Mei 1994.OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad Rujukan “Program Doktor Muda”. Pencemaran Air. Jabatan Alam Sekitar. 1997. Dewan Kosmik. 1991. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan Permasalahan. Madya Dr. 13 .gov.my/?p=292 http://jknkelantan.my/drmuda http://agroloink. 1991.my/moa1/newspaper/pengairan http://members. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. 1994.com/prias98 http://www. http:// www. Jun 1997. Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim. Hutan dan Permusnahan. 1994. Tajulddin Muhammad. April 1997. Wong Khek Seng. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dr.

14 .OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 730730035446/2010 Kurratulaini bt Muhammad Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalahmasalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful