You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun : 3 Ledang

Bilangan Murid : 20 orang

Tarikh : 1 Ogos 2013

Masa : 8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )

Tajuk : Ciptaan Tuhan

Aspek : Pengalaman muzikal

Konsep : Irama – Corak Irama dan detik lagu

Tempo – Perubahan tempo

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau

berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan

muzik.

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid – murid dapat:

1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan.
2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan
tempo cepat, perlahan dan sederhana.
3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama
yang betul.

Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh,

bertanggungjawab dan peka.

KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi,

merasai

Bahan Bantu Mengajar : LCD, kayu tik tok (alat perkusi), radio
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi Pengenalan tajuk 1. Guru menyoal murid – murid sama ABM: Kad bergambar,
ada mereka pernah melihat arnab dan alat muzik / radio
(5 minit)
kura – kura dan menyuruh murid
menyatakan ciri – ciri kedua binatang
tersebut.

Murid menjawab persoalan guru dan
menyatakan ciri – ciri arnab dan kura –
kura.

2. Guru menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Arnab dan Kura –
Kura” kepada murid dalam nada,
gaya dan intonasi yang betul bersama
dengan iringan muzik.

Murid melihat dan mendengar
persembahan cerita yang disampaikan
oleh guru.

3. Guru membuat demonstrasi
pergerakan arnab dan kura – kura
dan menyuruh murid mengenalpasti
pergerakan cepat, sederhana dan
lambat.

Murid mengenalpasti pergerakan
arnab dan kura – kura.

4. Guru memperkenalkan konsep irama
dan tempo melalui pergerakan yang
dilakukan bersama murid – murid.

Murid melakukan aktiviti pergerakan
bersama guru.
Langkah 1 Mengenalpasti 1. Guru memberi penerangan tentang Nilai: Patuh, bekerjasama
pertukaran tempo tempo cepat, perlahan dan
(10 minit) ABM: LCD, Alat perkusi
dan merancang sederhana kepada murid.
pergerakan
 Gong
Murid mendengar penerangan
mengikut tempo
daripada guru tentang tempo cepat,
dan corak irama
perlahan dan sederhana.
yang betul.

2. Guru menyuruh murid mendengar
dan bergerak atau beraksi secara
spontan kepada pelbagai bunyi yang
diperdengarkan dengan tempo
lambat, sederhana dan cepat.

 Loceng
Murid mendengar dan bergerak secara
spontan dalam tempo lambat,
sederhana dan cepat.

Contoh:

 Bunyi gong – berjalan dan
menghayunkan tangan.
 Bunyi loceng – berjalan berjingkit
– jingkit dengan berhati – hati.
 Bunyi kereta bomba – berjalan  Kereta bomba
dengan tergopoh – gapah dengan
rasa cemas
 Bunyi burung berkicau –
gerakan lakuan burung terbang
dengan rasa riang
 Bunyi muzik instrumental –
menggerakkan anggota badan
sambil merasai detik dan mud
muzik.

3. Guru menyuruh murid – murid
menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”
sambil merasai detik lagu dengan
bertepuk tangan.  Burung

Murid – murid menyanyikan sambil
bertepuk tangan mengikut detik lagu
“Bapaku Pulang.”

4. Guru memberi tumpuan kepada
tepukan murid – murid mengikut
corak irama lagu yang dimainkan.

 Muzik instrumental

Langkah 2 Meneroka corak 1. Guru menyuruh murid untuk Nilai : Prihatin, patuh,
irama dan tempo meneroka dan merasai pelbagai bekerjasama
(10 minit)
melalui permainan kesan bunyi dengan menggunakan
ABM : LCD, kayu tik tok,
alat muzik dan anggota badan yang lain seperti:
carta
anggota badan.  Memetik jari
 Menghentak kaki

Murid meneroka bunyi yang dihasilkan
melalui aktiviti memetik jari dan
menghentak kaki .
2. Guru mengedarkan kayu tik tok
kepada sekumpulan murid dan
menyuruh murid mendengar serta
mengulang kembali permainan alat
muzik yang dimainkan oleh guru
mengikut:
 Tempo yang sesuai
 Bunyi yang seimbang

Murid mendengar dan meniru
perbuatan guru dengan bermain kayu
tik tok dengan tempo dan bunyi yang
sama.

3. Guru membahagikan murid – murid
kepada dua kumpulan dan
menyuruh mereka meneroka gaya
pergerakan dari alam mengikut
ransangan corak irama dan tempo
yang dimainkan dengan
menggunakan kayu tik tok dan juga
anggota badan.

Kumpulan 1 : Membuat pergerakan
sambil main kayu tik tok mengikut corak
irama dan tempo yang dimainkan oleh
guru

Kumpulan 2 : Membuat pergerakan
dan hasilkan bunyi melalui anggota
badan mengikut corak irama dan tempo
yang dimainkan oleh guru.
Murid meneroka pergerakan dengan
menggunakan kayu tik tok dan
anggota badan dalam kumpulan
masing – masing.

Penutup Persembahan 1. Guru menyuruh kumpulan – Nilai: Peka, prihatin
kumpulan dan kuiz kumpulan mempersembahkan hasil
( 5 minit ) ABM: slaid
muzikal. kumpulan masing – masing mengikut
iringan muzik yang telah dipilih.

Murid mempersembahkan hasil
penerokaan mereka bersama
kumpulan masing – masing.

2. Guru mengadakan sesi soal jawab
yang ringkas bersama murid – murid.

Murid bertanyakan soalan kepada guru
tentang pembelajaran pada hari ini.

3. Guru bersama dengan murid
menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”
sambil membuat pelbagai gaya
gerakan.

Murid bersama guru menyanyikan lagu
“Bapaku Pulang” dengan gerakan
yang telah mereka terokai sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini.