You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN AKTIVITI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI
Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan

TAJUK AKTIVITI : BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT


SUMBER DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SERTA
JAMUAN AKHIR TAHUN 2018
TARIKH : 30 OKTOBER 2018
PEGAWAI MEJA : MARSITAH BINTI AMZAH
KOD :

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar untuk menimbang dan bersetuju :
a. Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dan Pembimbing Rakan Sebaya Serta Jamuan
Akhir Tahun 2018
b. dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 1200

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada mesyuarat dan perbincangan jawatankuasa Pusat Sumber dan
Pembimbing Rakan Sebaya memutuskan untuk melaksanakan Bengkel Kepimpinan
Pengawas Pusat Sumber Dan Pembimbing Rakan Sebaya Serta Jamuan Akhir Tahun 2018
b. Unit PSS dan PRS telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan
aktiviti tersebut.

3. OBJEKTIF
a. Menimba ilmu sebanyak mungkin melalui penerokaan secara kendiri.
b. Mengukuhkan keyakinan diri dan memantapkan kepimpinan dalam diri murid.
c. Membina dan memupuk silaturrahim dan muhibah sesama peserta.

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Memupuk sikap kepimpinan dalam diri Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan
Sebaya.

5. KUMPULAN SASARAN
b. 98 orang murid yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan
Sebaya.
.

6. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan lawatan ini berjumlah RM 1200.00
b. Sumber kewangan :
i. Bayaran peserta sebanyak RM 60.00
(98 peserta x RM 60.00. = RM 5880).
ii. Peruntukan sekolah sebanyak RM 1200.00

c. Rujuk Lampiran 1 (Pendapatan dan Perbelanjaan)

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 2

1
8. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Pengalaman langsung
b. Taklimat dan penerangan

9. TENTATIF
Rujuk Lampiran 3

10. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pelaporan Jawatankuasa

11. PENUTUP
c. Kertas Cadangan untuk mengadakan Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dan
Pembimbing Rakan Sebaya Serta Jamuan Akhir Tahun 2018 dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan.

12. SYOR
Pengetua / Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dan Pembimbing Rakan
Sebaya Serta Jamuan Akhir Tahun 2018; dan
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 1200.00

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………..….
( )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi

Cap :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

You might also like