You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN

KETUA MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG IDAMAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua
kata dalam Majalah Permata Idaman yang diterbitkan buat kali kedua ini.

Dalam menimba ilmu pengetahuan sudah tentu semua murid juga didedahkan
dengan disiplin. Disiplin dapat menjadikan diri kita sebagai seorang yang berguna
dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, tanah air, dan
agama. Disiplin juga menjamin keadaan di sekolah dan membolehkan semua murid
dapat belajar dengan baik dan sempurna. Saya berharap agar disiplin di sekolah ini
bertambah baik pada masa akan datang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa alam persekolahan merupakan alam
yang paling indah dalam kehidupan kita. Oleh itu, ambillah kesempatan daripada
suka duka dan pahit manis yang dicatatkan dalam majalah ini dapat dijadikan
kenangan di samping mengasah bakat kita.

Akhir kata, saya bagi pihak badan pengawas mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada pihak kami untuk kemajuan
sekolah dan semua murid.

Sekian. Terima Kasih.

(NURUL AFIA ENSYIRAH BT. MOHD ZAMRI)


KETUA PENGAWAS
SK KAMPUNG IDAMAN

You might also like