You are on page 1of 1

CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017

(SOALAN 2)
1. Kebanyakan soalan menguji murid kesalahan mengeja perkataan yang melibatkan imbuhan
pinjaman (juru, pra, pasca, pro, -isme, dan dwi).
2. Kesalahan yang sudah diuji ada kemungkinan diuji semula kerana kebanyakan jenis kesalahan
ejaan diulang uji.
3. Kesalahan ejaan yang melibatkan kekeliruan dalam ejaan baku bahasa Melayu daripada ejaan
bahasa Inggeris juga amat popular. Fikirkan perkataan bahasa Inggeris yang dibahasamelayukan
dari segi ejaan tetapi belum keluar dalam PT3 pasti ada peluang diuji pada 9 Oktober 2017 nanti.
4. Kesalahan ejaan yang melibatkan kata majmuk juga mempunyai kekerapan yang tinggi sejak
tahu 2014. Oleh sebab itu, murid harus menguasai kata majmuk dan kata majmuk mantap untuk
mengelakkan diri daripada diperangkap oleh unsur pengganggu dalam soalan. Untuk pengganggu
ialah perkataan yang dieja betul tetapi mengelirukan calon peperiksaan sehingga mereka
membetulkan perkataan yang sudah dieja betul kepada perkataan yang dieja salah. Rugi tak?
5. Kebanyakan soalan PT3 mempunyai beberapa unsur pengganggu yang akan mengelirukan
calon PT3. Oleh sebab itu, calon harus cakna eja untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan
sewaktu menjawab soalan kesalahan ejaan dalam PT3.

RAMALAN 2017

(a) ejaan makanan (serondeng) (martabak) (nasi himpit) (mi) (kuetiau) (mihun/bihun) (popia)

(b) ejaan yang melibatkan kata majmuk (isi padu) (ulang kaji) (tengah hari) (jawatankuasa)
(suruhanjaya)(kadangkala) (sering kali) (acap kali) (barangkali) (setiausaha)

(c) ejaan yang mengelirukan (taasub) (diayah) (menggembleng) (isytihar) (masjid jamik)
(menyasarkan) (Ramadan) (reda)

(d) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman (pro-Amerika) (juruubat)(prabayar) (pascamerdeka)


(antirokok) (juruulas) (gengsterisme) (sosiobudaya) (ekaatom)(antimerokok) (ekopelancongan)
(juruukur)

(e) ejaan yang melibatkan pinjaman bahasa asing (stres) (eksperimen) (e-mel / meng-e-melkan)
(psikologi) (caj) (Jerman) (fotosintesis) (karbon dioksida) (apartmen)