You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK UTARA

35600 SUNGKAI
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-4323189
Fax : 05-4321004

___________________________________________________________________________________________
‘1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’

Rujukan Tuan:
Rujukan Kami : ABA0110/800-4/9
Tarikh : 27 Mac 2018

Pengurus Besar,
Pejabat Felda Wilayah Trolak,
Jalan Meranti 2,
Felda Jaya Utara,
35600 Sungkai,
Perak Darul Ridzuan

Tuan / Puan
MEMOHON SUMBANGAN PENGANGKUTAN VAN UNTUK PASUKAN HOKI
SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK UTARA
Dengan hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Pasukan Hoki SK Trolak Utara akan menghantar dua
Pasukan Hoki Lelaki dan satu pasukan Perempuan Bawah 12 tahun untuk menyertai
pertandingan hoki seperti berikut:
Nama Kejohanan: Kejohanan Hoki MSSD Batang Padang Bawah 12 tahun 2018
Tarikh: 11 April 2018 / Rabu (memerlukan 2 buah van)
12 April 2018 / Khamis (memerlukan 2 buah van)
Masa bertolak: 7.45 pagi di SK Trolak Utara
Tempat: Padang Astroturf UPSI, Tanjong Malim
Jumlah Murid: 36 Orang
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan ikhlas pengangkutan 2 buah
van dari pihak tuan untuk melancarkan perjalanan pasukan ini. Untuk maklumat lanjut, boleh
hubungi Encik Muhammad Nur bin Anuar di talian 012-4699347.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah ,