You are on page 1of 41

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepakaran seorang kaunselor merupakan elemen yang penting dalam
menentukan keberkesanan proses kaunseling (Whiston & Coker, 2000). Namun,
kompetensi adalah lebih penting kerana pakar-pakar terapi berpendapat bahawa ia
merupakan faktor yang paling utama dalam pemilihan calon kaunselor (Grunebaum,
1983; Neukrug & Williams, 1993; Neukrug, Miliken, & Shoemaker, 2001). Oleh yang
demikian, setiap kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan dirinya pakar dan
kompeten sebagai syarat utama untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dengan
lebih berkesan dan cemerlang.

Secara umum, kecemerlangan seseorang individu itu amat bergantung kepada
keupayaannya untuk mengeksploitasi tiga aset utama: pengetahuan, kemahiran, serta
kreativiti (Treasury Board of Canada, 2000), demi mengharungi era globalisasi.
Kenyataan ini adalah bertepatan dengan pendapat Neukrug (2007) yang mengatakan
bahawa kaunselor yang cemerlang dan kompeten sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan
serta berminat untuk meneliti trenda dan pendekatan-pendekatan kaunseling terkini
agar tidak ketinggalan dalam bidang yang diceburinya.

2

Selain penguasaan pengetahuan dan pendekatan terkini dalam kemahiran
kaunseling, kesepaduan antara kedua-duanya dengan aspek personaliti telah terbukti
menjadikan seseorang kaunselor itu kompeten kerana menurut Boyatzis (1982), aspek-
aspek seperti kebolehan, keupayaan, tret personaliti, dan sikap juga merupakan faktor-
faktor yang menentukan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

Justeru, kajian ini telah mengambil kira hubungan antara kompetensi kaunseling
dengan personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya
Semenanjung Malaysia, dengan dapatan yang membuktikan bahawa kesepaduan antara
komponen kompetensi kaunseling dengan personaliti merupakan syarat utama yang
memenuhi keperluan profesional mereka dalam mengendalikan perkhidmatan
kaunseling.

Kompetensi pengetahuan dalam kajian ini merujuk keupayaan–keupayaan
minimum dalam tujuh bidang kaunseling yang telah ditetapkan selaras dengan garis
panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003), iaitu pentaksiran, kerja
kelompok kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan
manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan budaya, serta penyelidikan dan
penilaian program.

Kompetensi kemahiran pula difokuskan kepada kemahiran asas mikro iaitu
kemahiran memberikan perhatian (attentive behavior) yang merangkumi kontak mata
(eye contact), bahasa badan (body language), mutu vokal (vocal qualities), dan
menjejak jalan cerita (verbal tracking) (Ivey, 1983; 1996).

Dimensi personaliti yang diukur dalam kajian ini merangkumi 11 tret personaliti
diri yang terkandung dalam Profil Personaliti TAJMA iaitu asertif, analitikal,
keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian,
integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Hasil penemuan daripada kajian ini memaparkan tahap kompetensi kaunseling
dan personaliti, darjah kekuatan hubungan antara dimensi-dimensi kompetensi
kaunseling dengan tret personaliti, dan dimensi-dimensi utama kompetensi kaunseling

3

yang mempengaruhi personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di
bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan model dan profil kompetensi mengandungi elemen-elemen yang
berhubung kait dengan aspek personaliti setiap individu (Vathanopas & Thai-Ngam,
2007). Begitu juga bagi seorang kaunselor, personaliti yang ada pada dirinya sangat
penting dalam mengintegrasi kemahiran komunikasi dan kaunseling (Mohamed Sharif,
Roslee, Sulaiman, & Azizi, 2005).

Boyatzis (2002) berpendapat, untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan
dan pembimbing eksekutif, seseorang itu perlu sensitif akan perasaan orang lain, yang
merujuk aspek empati. Di samping itu, untuk menjadi seorang yang sensitif akan
perasaan orang lain, dia perlu sensitif akan dirinya sendiri terlebih dahulu, yang
merujuk aspek kesedaran emosi kendiri. Kedua-dua kompetensi yang utama dan
kritikal itu, amat signifikan pada tahap kemahiran interpersonal. Para kaunselor
memerlukan latihan dan pembangunan kompetensi-kompetensi tersebut. Oleh yang
demikian, proses bimbingan pasti akan menjadi lebih berkesan jika kaunselor-kaunselor
tersebut berada pada tahap personaliti yang mantap.

Welfel (2006) telah menerangkan bahawa kepentingan kompetensi kaunseling
dan juga perkaitan antara komponen kompetensi kaunseling dengan aspek personaliti
dalam huraian berikut:

“Competence is in many respects the most obvious ethical obligation
of the practitioner because incompetent practice greatly increases the
likelihood of harm to a client and radically decreases the potential for
helping. Nevertheless, profesional competence defies easy definition;
however, three major components capture the essence of its meaning.
These components are knowledge, skill, and diligence” (ms. 47).

4

Sebagai rumusan, jelas menunjukkan bahawa kompetensi-kompetensi ini bukan
sahaja merangkumi kemahiran-kemahiran intelektual yang terdiri daripada pengetahuan
dan kemahiran-kemahiran teknikal, tetapi juga kemahiran-kemahiran insani, seperti
keupayaan-keupayaan intrapersonal dan interpersonal yang berdasarkan kecerdasan
emosi (Goleman, 1995). Keupayaan-keupayaan ini ternyata berkait rapat dengan
kemantapan personaliti.

1.2.1 Komponen Kompetensi Kaunseling : Pengetahuan dan Kemahiran

Kompetensi dilihat sebagai keupayaan-keupayaan berdasarkan kecerdasan yang
memperlihatkan kelakuan-kelakuan atau kemahiran-kemahiran yang memberikan kesan
kepada prestasi kerja (Mitrani, Dalziel, & Fitt, 1992; Ulrich, Brockbank, Yeung, &
Lake, 1995; Catano, 2001). Kecerdasan yang selalu dkaitkan dengan kompetensi ini
ialah IQ (Intelligent Ouotient) iaitu kecerdasan untuk menyelesaikan masalah secara
logik yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran teknikal dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan (Brody & Brody, 1976; Hunter & Hunter, 1984).

Berdasarkan sorotan penulisan, didapati kajian kompetensi kaunseling telah
lama dijalankan. Buktinya, Worthington, Soth-Mcnett, Angela, dan Moreno (2007)
telah mengendalikan analisis kandungan dalam kajian empirikal terhadap kajian-kajian
kompetensi kaunseling pelbagai budaya yang telah dijalankan dalam tempoh 20 tahun.
Hasil analisis yang telah dikendalikan, mereka telah mengenal pasti bahawa, terdapat
sebanyak 75 dapatan daripada artikel-artikel tersebut telah menggunakan 81 sampel
kajian yang berbeza. Dapatan-dapatan tersebut merangkumi (a) data deskriptif yang
merujuk reka bentuk kajian, metodologi, dan ciri-ciri sampel kajian; (b) topik dan tema
utama dalam sorotan penulisan kajian empirikal terhadap kaunseling pelbagai budaya
dan sosial; dan (c) sumbangan terbaru daripada kajian-kajian tersebut.

Berdasarkan sorotan kajian lepas, banyak tumpuan diberikan kepada aspek
pengetahuan dan kemahiran kaunseling. Sebagai contoh, Corey (2001) telah
menghuraikan ciri-ciri kaunselor yang efektif; iaitu mereka yang memiliki kompetensi
dalam kaunseling dari aspek kepercayaan dan sikap, pengetahuan, dan kemahiran, serta
peka terhadap budaya kliennya.

perhubungan dalam kaunseling. pre-K-12. dan bidang kaunseling di sekolah. Mendoza. iaitu instrumen laporan kendiri yang mengukur kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Berikutnya. Seterusnya. Ridley. sementara Cross Cultural Counseling Inventory-R (CCCI-R) untuk mengukur tingkah laku. pendidikan. kesedaran. pengkaji mendapati bahawa MCI mempunyai empat faktor iaitu kemahiran. Kanitz. Melalui analisis faktor. dan kaunselor (kajian 1) dan juga ke atas 320 orang kaunselor universiti (kajian 2). Holcomb-McCoy (2000) telah meninjau faktor-faktor kompetensi kaunseling pelbagai budaya yang terdapat dalam Association of Multicultural Counseling and Development (AMCD). MCI telah ditadbirkan ke atas 604 orang pelajar psikologi. definisi-definisi istilah. dan kemahiran. beliau telah mengenal pasti lima faktor kompetensi kaunseling pelbagai budaya. keadaan ini akan dapat membantu kaunselor memilih strategi-strategi intervensi serta teknik-teknik yang sesuai untuk klien. dan pengetahuan. Lewis (2004) telah membuat kajian berkaitan dengan komponen kompetensi pengetahuan dan kesedaran kerana beliau telah mengenal pasti hubungan antara laporan kendiri dengan penilaian tingkah laku untuk melihat perbezaan tahap latihan. Hines (2002) pula berpendapat bahawa pengetahuan dan kemahiran teknologi merupakan kompetensi yang penting. . Angermeier. Sodowsky (1994) telah membina instrumen Inventori Kaunseling Pelbagai Budaya (MCI). memperkembang. 5 Seterusnya. Sehubungan dengan itu. Keputusannya. program-program persediaan guru. Alat ujian laporan kendiri yang digunakan ialah Skala Pengetahuan dan Kesedaran Kaunseling Pelbagai Budaya (MCKAS) dan Counselor Rating Form-Short Version (CRF-S) untuk mengukur kompetensi. pengetahuan. Berikutnya. dan menggunakan budaya klien secara aktif dan tepat dalam proses kaunseling. kesedaran. ras. dan Zenk (1994) mengatakan bahawa apabila kaunselor mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perbezaan antara budayanya dengan budaya klien. ahli psikologi. beliau telah menyorot pertumbuhan teknologi dan pembangunan yang piawai berkaitan dengan teknologi dalam kaunseling. pembangunan identiti. kaunselor akan lebih berkeupayaan untuk memperoleh.

Pengetahuan tentang nilai. adalah penting terutamanya pada peringkat awal proses kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sesi kaunseling yang dijalankan dengan pendekatan lebih lembut dan relaks. dan kesedaran dalam kalangan kaunselor adalah penting supaya sesuatu proses kaunseling itu berjalan dengan baik (Hilmi. dan selesa. Keadaan sedemikian menjadi pemangkin ke arah pembinaan dan pengukuhan ikatan kerjasama kaunselor- klien. Penguasaan pengetahuan. Dapatan kajian ini adalah sepadan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Tryon dan Kane (1993) yang menyarankan agar kaunselor memulakan pembentukan ikatan kerjasama kukuh pada sesi awal proses kaunseling. dan bias budaya mereka. penyeliaan. Universiti Oregon. kemahiran pelaksanaan. Salah satu langkah pengawalannya adalah dengan cara rundingan. 2006). melihat kaunselor yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan pelbagai budaya bersikap lebih positif berbanding dengan kaunselor yang tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan pelbagai budaya. manakala penerokaan yang mendalam ke atas permasalahan yang dibincangkan dalam sesi adalah penting dalam keseluruhan proses kaunseling. sikap. Wan Rafaei (1995) menyatakan bahawa kaunselor harus sedar dan mengetahui tentang nilai. Kemahiran membina hubungan pada peringkat awal sesi adalah penting kerana pembentukan ikatan kerjasama kaunselor-klien pada peringkat ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ikatan kerjasama peringkat seterusnya sehinggalah tamat proses kaunseling. mudah. proses kaunseling merupakan suatu proses yang saintifik dan dinamik. Mallincrodt (1993) telah menjalankan kajiannya ke atas 61 orang klien dengan 43 orang kaunselor pelatih peringkat sarjana dan kedoktoran di pusat kaunseling komuniti. mereka akan dapat mengawal dan menghindari daripada mempengaruhi dirinya apabila berhadapan dengan klien berlainan budaya. 6 Pendapat tersebut disokong oleh Atkinson dan Lowe (1995) melalui sorotan literatur terhadap kajian berbentuk empirikal yang telah membuat kesimpulan bahawa klien etnik minoriti misalnya. dan bias budaya klien penting kerana dengan menyedari aspek-aspek ini. dan penyelidikan berterusan. Di samping itu. sikap. .

Kajian menunjukkan bahawa selain pengetahuan. Hermans.2. 1937. Di samping itu. penggunaan teknik dan kemahiran–kemahiran asas kaunseling dikatakan dapat mewujudkan suasana terapeutik yang dapat memberikan kesan positif ke atas proses kaunseling (Hovarth & Greenberg. walaupun hasil akhir sesuatu proses kaunseling tersebut tidak dapat diukur dengan jelas dan tepat sama ada proses itu benar-benar berkesan dan bermakna kepada klien. 7 Merentasi kesemua teori dan pendekatan dalam kaunseling. 1993. 1993).2 Personaliti Personaliti adalah satu bidang ilmu yang mengkaji individu dan dapat menjelaskan perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain (Cloninger. dan kebolehan. Jung. Melalui sorotan kajian lepas. 1998). Cattell. klien mendefinisikan sesi kaunseling yang baik sebagai sesi yang menggunakan pendekatan yang lembut. Pelbagai cara telah digunakan untuk menggambarkan perbezaan personaliti. didapati banyak kajian yang mengkaji komponen pengetahuan dan kemahiran dalam kaunseling. dapatan kajian Gillispie (1998) telah membuktikan bahawa persepsi klien terhadap tingkah laku kaunselor untuk “lebih memahami” dengan merujuk kemahiran interpersonal. 1988). atau faktor (Cloninger. 2006). kemahiran. 1971. Allport. personaliti juga merupakan peramal yang penting untuk kecemerlangan dalam kerjaya (Kierstead. tret. 1. 1993). sama ada kajian berkaitan jenis personaliti. Namun begitu. Kedua-dua komponen tersebut merupakan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dapat mempengaruhi keberkesanan seseorang kaunselor (Hilmi. dapat meramalkan tahap kepuasan klien dalam proses kaunseling secara signifikan. 1994). 1957. Faktor ini adalah disebabkan bahawa pendekatan seumpama itu membuatkan klien lebih percaya dan berasa selamat bersama kaunselor sepanjang proses kaunseling berlangsung (Mallincrodt. Kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan pada awal sesi dapat menunjukkan keberkesanan pada hasil akhir proses kaunseling. .

Nor Ashikin. terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan jenis personaliti. Berikutnya. dan tahap kelulusan mereka. dan Evans (1999) telah mengkaji hubungan antara tret personaliti ‘Lima Faktor’ dengan masalah tingkah laku yang dikenal pasti semasa zaman kanak-kanak. Aziz (2004) menunjukkan bahawa kebanyakan guru memiliki personaliti ekstrovert dan berbeza mengikut pengalaman mengajar. Hasilnya. Walau bagaimana pun. dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa corak yang berbeza dalam masalah tingkah laku ialah berkait rapat dengan ciri-ciri personaliti. mereka akan sentiasa bersedia untuk menerima tugas dan tanggungjawab yang sukar dan mencabar. Contohnya. 8 Heyman dan Giles (2004) berpendapat bahawa konsep-konsep tret seperti kepintaran. Dapatan kajian ini telah dibuktikan oleh Rosli (2009) yang telah mengendalikan satu kajian kes terhadap seorang guru untuk mencari punca kemurungannya. antisosial. Selain itu. Neil dan Williams (1997) dalam kajian mereka yang menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang . Ehler. dan Mohd. lokasi sekolah. dan sifat malu dapat dijadikan pengukur untuk menjelaskan dan membuat ramalan tentang kehidupan sosial seseorang. dapatan kajian Mohd. pemboleh ubah status perkahwinan dan pengalaman mengajar menjadi pemboleh ubah utama yang menyumbang kepada personaliti ekstrovert guru. McGhee. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Sharifah Hanizah. Kramer. Zin (2008). Selain kajian tret. Hardy. Johnson. Wong. kefahaman tentang konsep tret seseorang individu boleh membantu kita untuk memahami cara individu itu melihat kehidupan manusia. Mereka mendapati bahawa jenis personaliti memberikan kesan terhadap tahap kebimbangan kerana jika satu-satu kelompok menganggap kebimbangan sebagai satu cabaran. Semua tanggungjawab diterima secara terbuka dan sanggup melakukannya tanpa rasa tertekan. Personaliti seseorang juga dapat mempengaruhi sikap dan kesedaran seperti yang telah ditemui oleh Christophel. Tret Personaliti seseorang individu juga didapati mempengaruhi kemurungan yang dialaminya.

Oleh yang demikian. Melalui sorotan kajian lepas. & Callanan. Perbezaan tersebut diterangkan oleh tret atau jenis personaliti setiap individu yang dikaji. dan isu-isu pencapaian dalam kerjayanya. 1979). 1. kematangan. 2006). 2006. perundangan.3 Kompetensi Kaunseling : Tanggungjawab Profesional dan Etika Menjadi seorang kaunselor yang kompeten merupakan satu tanggungjawab dari segi profesional. dan perundangan (Corey. seseorang kaunselor itu perlu sentiasa berusaha untuk mencapai tahap kompetensi yang tinggi. Buss. berdasarkan dapatan kajian. etika. Oleh yang demikian. 1937. 2005) telah menetapkan lapan bidang kompetensi. garis panduan etika oleh American Counseling Association (ACA. Sebagai contoh. 9 positif dan signifikan antara jenis personaliti dengan sikap guru-guru terhadap kemahiran teknologi maklumat. Fontana dan Abouserie (1993) telah menunjukkan bahawa ekstrovert dan neurotik ialah peramal untuk stres. Berikutnya. kemahiran. Impian ini hanya akan dapat direalisasikan dengan mengikuti proses pembelajaran yang berterusan (Neukrug. 2007). Personaliti juga didapati dapat mempengaruhi pemboleh ubah- pemboleh ubah yang lain termasuklah faktor-faktor demografi dan telah digunakan secara meluas oleh pakar psikologi untuk menggambarkan personaliti seseorang (Allport. dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawab etika. . Welfel. dapat disimpulkan bahawa personaliti merupakan pemboleh ubah yang dapat menjelaskan perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain. serta keperluan profesional.2. 1989) dan personaliti itu mempunyai nilai peramal (Cattell. . salah satu daripadanya ialah seseorang kaunselor perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sejajar dengan keperluan semasa dengan melibatkan dirinya secara berterusan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan dan pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menunjukkan wujudnya hubungan antara jenis personaliti seseorang individu dengan cara belajar. didapati bahawa dimensi personaliti dapat mempengaruhi tahap stres berbanding pemboleh ubah yang lain seperti jantina dan usia. Corey.

dia perlu sentiasa berusaha untuk menguasai tahap kompetensi yang tinggi. 10 Keperluan untuk meningkatkan profesionalisme dan potensi diri adalah bertepatan dengan saranan kerajaan agar semua guru termasuklah guru kaunseling... para kaunselor memang sewajarnya sentiasa didedahkan dengan idea dan penemuan terkini dalam bidang kaunseling. perkhidmatan kaunseling telah pun diiktiraf sebagai satu profesion di Malaysia dengan termaktubnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998. Md. Shuib & Sapora. Dr. Para guru kaunseling amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang mantap sebagai persediaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik memandangkan tanggungjawab mereka yang agak rencam dan pelbagai. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada dekan Sekolah Pendidikan.. Antaranya ialah piawai latihan. Rahim Selamat yang menegaskan bahawa kaunselor harus menyuburkan minda dengan menerima perubahan idea. Universiti Industri Selangor (UNISEL). beberapa permasalahan yang timbul perlu ditangani. dan penerbitan (Abdul Halim. penyelidikan. bertujuan memantapkan pengetahuan dan kemahiran. dalam usaha untuk memantapkan perkhidmatan dan latihan dalam bidang kaunseling di Malaysia. 18 Ogos 2006). Merujuk tanggungjawab seorang kaunselor dari segi perundangan pula. Di samping itu. dan teori kaunseling terkini. memenuhi permintaan semasa dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. perkembangan teori. Prof. 1997: 166).One function of lawsuits is to encourage competent therapy” (Swenson. 2000).. Namun begitu. etika dan identiti profesional. Justeru... Abd. sejajar dengan garis panduan berikut: ”Psychoterapists commit professional malpractice if they are visibly less competent than the average of their peers. Inisiatif sedemikian akan memantapkan keupayaan kaunselor. maklumat. .. demi memelihara taraf profesion kaunseling.. sekaligus dapat memenuhi keperluan khidmat yang dikehendaki pelanggan (Berita Harian..

11 Senario perkhidmatan kaunseling di Malaysia telah menyaksikan kemunculan program latihan dan pendidikan kaunselor di institusi-institusi pengajian tinggi sejak tahun 1980 lagi. dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah (Ishamuddin. 2001. 2001). Abdul Halim (1999) mencadangkan agar bidang Kaunseling di Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri dengan mencipta model yang bersesuaian dengan nilai-nilai setempat.. Ekoran itu. wujud isu terhadap pengiktirafan kaunselor profesional. 1997). sedangkan Davies (1981) menyebut bahawa. misi. Dengan ini lebih mudah jika bidang kaunseling ini mempunyai satu model yang tersendiri memandangkan bidang ini lambat laun akan terlibat juga dengan isu-isu perundangan. yang hanya dapat diberikan oleh pakar terlatih sahaja iaitu kaunselor. Sarjana. Isu yang timbul di sini ialah model pelaksanaan latihan di institusi-institusi tersebut tidak seragam dan pelbagai kerana setiap institusi melaksanakannya mengikut falsafah. latihan guru-guru khas. manakala institusi yang lain pula lebih mengutamakan bidang Pendidikan. latihan di peringkat Ijazah Pertama. dan politik pada masa hadapan. kewangan. . Kepelbagaian dalam jenis program latihan dan kurikulum yang sedia ada di IPTA menunjukkan tidak berlakunya satu bentuk latihan yang piawai. Kaunselor akan mendapat latihan yang piawaiannya sukar ditentukan. kompetensi kaunselor juga turut dipertikaikan. Diploma. Terdapat institusi yang memberikan penekanan dalam bidang Psikologi apabila menyediakan program persediaan kaunselor. Program latihan kaunseling ini dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti latihan dalam perkhidmatan. Keadaan ini menyukarkan penyeragaman latihan. dan matlamat masing-masing (Abdul Halim et al. Oleh yang demikian. Hal yang demikian. Quek. Bentuk latihan persediaan kaunselor yang berbeza-beza dalam setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini mengakibatkan implikasi kepada kaunseling profesional (Abdul Halim. 2000). Keadaan ini menghalang usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kaunseling sebagai satu profesion. antara langkah yang perlu dilaksanakan sebelum kaunseling boleh dianggap sebagai satu profesion ialah pembekalan perkhidmatan kaunseling sebagai satu perkhidmatan unik.

1992. ketiadaan pengalaman latihan juga boleh menjejaskan kompetensi guru kaunseling. Alexander. . representing 17% of all complaints.…” (ms. tiada perbezaan yang nyata antara kaunselor yang baru atau yang telah berpengalaman (Welfel. Dalam hal ini. 12 Di samping itu. Lanjutan dari itu. Holcomb-McCoy. dan golongan lain yang berkaitan dengan garis panduan yang minimum. terutamanya dalam mengaplikasikan teori dan kemahiran kaunseling apabila berhadapan dengan klien (Feltham & Dryden. Milliken. 2000. Sue. Daniels & Heck. terdapat juga aduan tentang kaunselor yang baru tamat latihan yang dikatakan sering menghadapi masalah. 1991. Arredondo & McDavies. Ladany. 1994). 2006) kerana kaunselor yang berpengalaman juga menghadapi masalah kurang kompeten. D’Andrea. Ponterotto. penetapan kompetensi dibina sebagai satu garis panduan untuk mereka yang berminat dalam peningkatan kerjaya dan profesion. 2000). penetapan kompetensi ini juga menjadi panduan kepada kaunselor profesional yang menjalani latihan untuk melayakkannya muncul sebagai seorang kaunselor yang terlatih sebagaimana yang telah disyaratkan oleh National Association for College Admission Counseling (NACAC. 1996. terutamanya di institusi- institusi latihan kaunselor di Amerika Syarikat (Constantine. Sebagai contoh. Banyak kajian tentang keberkesanan latihan dalam perkhidmatan dan proses kaunseling yang telah dijalankan. Of all complaints. Inman & Ponterotto. penyelia. Complaints about incompetent practice rank second. 24% fall into that category. Penetapan kompetensi merangkumi tenaga pengajar kaunseling. dan Walden (2001) membuktikan bahawa : “…… that the most common complaint they receive is for an inappropriate dual relationships. Pada hakikatnya. 1994). Dapatan kajian Neukrug. Di samping itu. dan Grieger (1995) mendapati bahawa keadaan pelaksanaan yang kabur dalam program latihan kaunselor tentang kaunseling pelbagai budaya akibat daripada kurangnya kepastian institusi latihan tentang cara-cara hendak melaksanakannya secara komprehensif. 15). Whitfield.

3 Ogos. serta industri. 2007). orang awam. Tidak dinafikan bahawa kedudukan dan peranan kaunselor dalam masyarakat sangat penting. kaunselor-kaunselor perniagaan. sumbang mahram. membunuh. Walau pun para kaunselor tersebut berkhidmat di seting yang berbeza. dan merogol. pelaksanaannya harus dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan latihan kaunselor dapat dilaksanakan seperti yang telah dipiawaikan. Piawaian tersebut memastikan agar seseorang kaunselor memiliki dan menguasai tahap pengetahuan dan kemahiran minimum dalam lapan bidang kaunseling. 13 Sebagai usaha untuk penambahbaikan. kolej. pembangunan cara hidup dan kerjaya. serta penyelidikan dan penilaian program (Neukrug. tetapi mereka perlu memiliki tugasan yang piawai dalam orientasi profesional. Namun begitu. kaunselor pemulihan. kegiatan penyalahgunaan dadah. maka permintaan kepada “kaunselor” secara tiba-tiba telah meningkat sehingga memerlukan sebuah badan untuk mengawal selia mengikut peruntukan undang-undang. Jawatan kuasa Teknikal Pendidikan dan Latihan Lembaga Kaunselor (2003) telah menerbitkan dokumen garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor bagi Institusi Pengajian Tinggi. Menurut Marzita (Utusan Malaysia. kaunseling kelompok. dengan tanggapan bahawa kaunselor diharapkan menjadi seorang yang berkewibawaan untuk memandu manusia kepada perubahan. perhubungan menolong. asas-asas sosial dan budaya. organisasi. Perkara ini ditambahberatkan lagi dengan bebanan untuk menyediakan Laporan Adab Pelajar mulai tahun 2004. Usaha ini adalah sejajar dengan keperluan pada masa kini kerana para kaunselor memainkan pelbagai peranan. perkembangan insan. bebanan guru bimbingan dan kaunseling pada masa kini semakin bertambah ekoran daripada masalah-masalah runcing pelajar seperti isu samseng. agensi-agensi dan firma-firma persendirian. pengujian dan pentaksiran. . Masyarakat telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling. 2004). Berdasarkan kepercayaan ini. Mereka diperlukan sebagai kaunselor di sekolah. lumba haram. dan klien bagi mengetahui piawaian minimum latihan yang perlu dilalui oleh seseorang calon kaunselor yang berdaftar.

Keluarga. 14 Keperluan kepada perkhidmatan kaunseling menggambarkan harapan masyarakat terhadap guru bimbingan dan kaunseling dalam membantu menangani masalah pelajar. 2007) yang mengatakan bahawa kaunselor merupakan pakar yang sering dirujuk dalam menentukan sesuatu keputusan. berikutan laporan akhbar yang menyatakan bahawa kaedah kaunseling yang digunakan di sekolah diakui berada pada takuk lama. . 27 Oktober. 1997). Kajian Sidek. yang ketika ini lebih suka mencari alternatif lain untuk meluahkan perasaan mereka (Berita Harian. para guru kaunseling perlu berusaha untuk meningkatkan kompetensi kaunseling sebagai memenuhi tanggungjawab profesional. Isu yang dihadapi oleh para kaunselor seterusnya adalah untuk memenuhi ketetapan dan garis panduan bagi tujuan akreditasi. kaunseling. dan Halimatun (2005) yang berkaitan dengan status dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling menunjukkan bahawa perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang paling penting di sekolah kerana 96% responden yang terdiri daripada pengetua. sewajarnyalah mereka yang terlibat dalam bidang ini merupakan pakar-pakar yang terlatih supaya dapat memperlihatkan mutu perkhidmatan profesional yang terpuji. dan Masyarakat. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Mingguan Malaysia. 2009). dan pelajar sekolah menengah menyedari akan kepentingan dan peranan perkhidmatan tersebut. Tanggungjawab yang semakin bertambah mendorong guru kaunseling untuk keluar daripada kepompong tradisi dengan menguasai lebih daripada tiga aspek berikut. serta tidak selari dengan perkembangan remaja di sekolah. Oleh yang demikian. perlesenan. Untuk mengekalkan mutu perkhidmatan yang profesional. penyelarasan khidmat kaunseling. kaunselor. 2 Disember. Nordin. dan seterusnya pengiktirafan. bersifat konvensional. Perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh semua pihak yang terbabit. Isu ini perlu diketengahkan kerana amalan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan secara teratur di Malaysia memerlukan usaha untuk mengawal dan mengendalikan proses kaunseling sebagai satu profesion. dan konsultasi (Campbell & Dahir. guru. Yusoff. Hal ini selaras dengan pandangan Menteri Pembangunan Wanita. Mohd. pensijilan. Shamsudin.

Salah satu daripada caranya ialah status perlesenan yang dapat membantu perkhidmatan kaunseling untuk mendapat pengiktirafan daripada masyarakat (Neukrug. Namun begitu. Ponterotto & Gutierrez (1986) menegaskan bahawa menjalankan kaunseling dengan individu yang berbeza budaya tanpa mendapat latihan dalam kaunseling pelbagai budaya adalah dianggap tidak beretika. dan kemahiran yang khusus. para kaunselor memerlukan program latihan yang mantap. Dapatan kajian Hilmi (2006) menunjukkan bahawa hanya seramai 6. 15 Tambahan pula. perkara yang perlu dititik beratkan ialah tanggungjawab etika dalam pengamalan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor. Boy dan Pine (1982) menjelaskan bahawa sebelum perkhidmatan kaunseling boleh disahkan sebagai satu profesion. kepakaran. Antara syarat ini ialah kaunselor terlatih harus memiliki satu bidang pengetahuan. perlu ada usaha untuk menunjukkan kepada masyarakat akan kepentingan perkhidmatan kaunseling. kaunselor yang dilatih dan bergraduan sebelum itu kebanyakannya tidak layak untuk dipertimbangkan kerana gagal memenuhi prasyarat yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil pengamalan kaunseling. beberapa syarat perlu dipenuhi. Dalam keadaan kepelbagaian ini. Selain itu.. Untuk mencapai hasrat tersebut. Perkara ini mencerminkan satu praktis yang profesional. Oleh yang demikian. Casas. Di samping itu. masyarakat ingin melihat kaunselor memainkan peranan dengan sebaik-baiknya. terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia. 2000). 2007).5% responden daripada guru kaunseling sekolah menengah yang memiliki sijil pengamalan kaunseling yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut Akta . sesuatu profesion itu akan mencapai tahap profesional apabila berupaya memantau set etika profesion agar dipatuhi mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. sebelum tahun 1998 didapati belum wujud satu model latihan yang mantap dan piawai dalam kalangan institusi-institusi kaunselor di Malaysia (Abdul Halim et al. Menurut Othman (2000).

serta pentadbiran program yang lemah menyebabkan perkhidmatan kaunseling itu tidak efektif (Berita Harian.5% lagi masih belum mempunyai sijil pengamalan kaunseling. 2007). 1998). Selebihnya seramai 93. Tugas ini merangkumi perkhidmatan inventori individu dan rekod iaitu mengendalikan fail-fail bimbingan. 1994. 1982. . Kelemahan dalam perkhidmatan pengurusan ini boleh menimbulkan masalah kurang kompeten dan ketidakcekapan guru kaunseling sepenuh masa. Di samping itu. 16 Kaunselor 1998 (Akta 580). isu-isu global berkaitan dengan tanggungjawab profesional dan etika yang telah diutarakan telah menunjukkan betapa perlunya kompetensi kaunseling digarap dan dimantapkan secara serius oleh semua guru kaunseling demi memartabatkan profesion kaunseling. seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain dikehendaki mendaftar (Percetakan Nasional Malaysia. Isu berikutnya yang perlu diberi perhatian ialah perkhidmatan pengurusan kaunseling yang merupakan salah satu daripada tanggungjawab dalam senarai tugas guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM. Kegagalan guru kaunseling untuk menguasai kompetensi pengetahuan dan kemahiran memberikan implikasi yang besar kepada perkhidmatan kaunseling di sekolah. Davies. Status perlesenan ini perlu diberi perhatian yang serius kerana dengan pelaksanaan Akta 580. 1981). dan pentafsiran minat pelajar di samping merangka dan menyusun program-program. mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian. perkhidmatan kaunseling di sekolah juga pernah dilaporkan oleh akhbar. berdepan dengan masalah kualiti kepemimpinan yang ditafsirkan sebagai kabur dari segi arah tuju dan misi.1996). kaunselor perlu diikat oleh satu kod etika bagi tujuan mengawal tingkah lakunya serta ahli-ahli lain dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling (Boy & Pine. Secara umumnya. 1 November. Namun begitu.

Kemantapan personaliti sangat penting dan perlu seiring dengan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan sesuatu proses kaunseling itu berkesan. ketulenan. 1982). Kajian Boyatzis dan Burruss (1995) yang berkaitan dengan keberkesanan kaunselor mendapati bahawa elemen-elemen yang berkait dengan pembangunan psikologi seperti kecerdasan emosi iaitu empati. untuk menghadapi situasi yang tertekan dan tekanan dalam melaksanakan sesuatu tugas merupakan sesuatu yang mencabar. (2) menetapkan kepakaran untuk menjalankan kaunseling individu. kaunseling sekolah. Guidelines. 2006). Dalam keadaan ini. dan tahap kompetensi dari semasa ke semasa. ciri-ciri personaliti yang sesuai juga perlu diambil kira. seseorang itu perlu ada kepercayaan terhadap diri sendiri untuk terus berusaha dan berjaya. kemantapan personaliti seorang kaunselor adalah perlu untuk menjadikannya seorang yang berkeyakinan terhadap dirinya. dan berkelompok. Kedua-dua elemen tersebut memastikan agar sesuatu proses kaunseling berlangsung dalam suasana muhibah dan saling memahami antara kaunselor dengan klien (Hilmi. dan efikasi kendiri merupakan kompetensi yang perlu ada kepada seorang kaunselor yang efektif. kemahiran. kaunseling keluarga. Performance. tugasnya. yang menitikberatkan bahawa kompetensi dalam kaunseling harus: (1) mempunyai senarai ciri personaliti yang sesuai bagi kaunselor untuk menjalankan kaunseling. Walau bagaimanapun. Begitu juga dengan motivasi dan tret personaliti juga terbukti memberikan impak yang tinggi terhadap konsep kendiri dan kemahiran kaunseling (Boyatzis. Di samping itu. and Assessment”. Perkara ini telah dijelaskan oleh Dameron (1980) dalam bukunya “The Professional Counselor: Competencies. Keadaan inilah yang menjadikan seseorang .4 Kompetensi Kaunseling : Kesepaduannya dengan Kemantapan Personaliti Para kaunselor perlu meningkatkan ilmu pengetahuan. dan apa-apa yang dihajatinya dalam kehidupan.2. Selain itu. 17 1. terapi permainan. Bandura (1977) juga turut menegaskan bahawa seseorang individu boleh melakukan sesuatu tugas apabila memiliki pengetahuan dan kemahiran.

& Hughey. Namun. telah berulang kali memberikan saranan agar semua kaunselor memiliki sikap kebertanggungjawaban (Nims. 1998). untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling. Halim (Berita Harian. etika. nilai. 1 November. Sehubungan itu. satu kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi kaunseling dan tahap kemantapan personaliti. pembangunan seorang kaunselor itu. Tambahan pula. yang berhubung kait dengan piawai latihan. memerlukan kepada pemahaman dirinya. kemahiran. Usaha ini bertepatan dengan keperluan untuk menjana kepemimpinan diri melalui peningkatan ilmu pengetahuan. dan identiti profesional. Sikap kebertanggungjawaban ini memerlukan seseorang kaunselor itu berada dalam keadaan personaliti yang mantap.3 Pernyataan Masalah Faktor kompetensi sebagai satu tanggungjawab profesional dan etika serta keperluan kesepaduannya dengan aspek personaliti telah menyediakan gambaran sebenar tentang perkhidmatan kaunseling. untuk berfungsi dalam spektrum pelbagai suasana dan keadaan. seorang kaunselor itu memerlukan suatu pemahaman. 1. sebagai langkah untuk penambahbaikan. 1993). dan kemantapan personaliti. seterusnya meneroka pengaruh kompetensi pengetahuan dan kemahiran kaunseling terhadap personaliti guru kaunseling sekolah menengah. Kesimpulannya. Aspek ini menjadi lebih penting memandangkan sorotan penulisan para profesional dalam tempoh lebih daripada 20 tahun. dan sikap serta kualiti hubungannya dalam kalangan orang perseorangan sebelum dapat beroperasi secara berkesan. kemahiran. Abd. isu utama yang dapat dikesan ialah wujudnya tanggapan bahawa kepincangan dalam perkhidmatan kaunseling telah menimbulkan masalah ketidakcekapan dan kurang kompeten dalam kalangan kaunselor termasuklah guru-guru kaunseling. James. 2007) mencadangkan agar perkhidmatan kaunseling di sekolah perlu . Hal yang demikian menjelaskan bahawa. serta sikap yang bersepadu dan menyeluruh (Mohamad Suhaimi. 18 kaunselor itu lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasnya.

Maldonado. & Grieger. kajian berkaitan hubungan kompetensi kaunseling dengan personaliti sangat kurang dijalankan terutamanya yang melibatkan guru kaunseling sekolah menengah. Ladany. Arredondo. 2006.McCoy. sedangkan kepentingannya diakui oleh semua pihak. 2003. perkembangan kerjaya. Inman & Ponterotto. Havens. Di samping itu. Holcomb. kerja kelompok kaunseling. Sue. 2005. Daniels & Heck. penyelidik berpendapat bahawa kajian kompetensi kaunseling perlu dikembangkan kepada bidang-bidang lain yang meliputi pentaksiran. 1993). 1996. 1994. kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji pengaruh kompetensi kaunseling terhadap tret personaliti guru kaunseling sekolah menengah supaya dapat dibuktikan kesepaduan dan saling mempengaruhi antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Analisis literatur juga menunjukkan bahawa pemboleh ubah personaliti merupakan peramal yang mempengaruhi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain termasuk faktor demografi (Heyman & Giles. & McDavies. Ponterotto. identiti profesional. Di samping itu. D’Andrea. Ehler et al. 2001. 1992. sehingga kini. misalnya kaunseling pelbagai budaya (Hilmi. Fontana & Abouserie. Oleh yang demikian. 1994. Perkara ini penting kerana cabaran-cabaran yang spesifik yang dihadapi oleh kaunselor-kaunselor di . Williams.. 19 melalui proses pemantapan dan transformasi yang melibatkan ketiga-tiga elemen tersebut. Otavi. pertumbuhan dan perkembangan manusia. 1991. Constantine. Tambahan pula. analisis literatur menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara hanya mengukur bidang kompetensi tertentu sahaja. penyelidik berpendapat bahawa satu set kompetensi guru kaunseling sekolah menengah yang berpandukan sorotan penulisan dan kurikulum latihan kaunselor perlu dibentuk berdasarkan kesesuaian seting. Alexander. Oleh yang demikian. 2004. serta penyelidikan dan penilaian program yang menjadi fokus dalam kajian ini. 1995). Whitfield. 2000. 1999.

1. 1. Holcomb.4.2 mengkaji tahap kemantapan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.3 mengenal pasti hubungan antara komponen kompetensi kaunseling iaitu pengetahuan dan kemahiran kaunseling dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.4.4 mengenal pasti dimensi-dimensi kompetensi kaunseling yang merupakan peramal utama kepada personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia. . 2005. dan sudah pasti berbeza dengan seting yang lain (Lee. 1.5 membentuk satu kerangka kajian hubungan antara dimensi kompetensi kaunseling dengan tret personaliti. 1.4.4 Objektif Kajian Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kompetensi kaunseling dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah. objektif kajian ini adalah untuk: 1.4. 1. 2000). 20 kawasan yang tertentu juga perlu diambil kira. Secara khususnya.4.McCoy.1 mengkaji tahap kompetensi guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

5. 21 1.5 Adakah terdapat hubungan antara kompetensi kemahiran kaunseling dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia? 1.5.5.6 Apakah dimensi-dimensi kompetensi kaunseling utama yang menentukan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia? .5.5.2 Apakah tahap kompetensi kemahiran kaunseling guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia? 1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara kompetensi pengetahuan kaunseling dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia? 1. soalan-soalan kajian berikut dikemukakan: 1.5 Soalan Kajian Berdasarkan objektif-objektif kajian.3 Apakah tahap kemantapan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia? 1.1 Apakah tahap kompetensi pengetahuan kaunseling guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia? 1.

6 Hipotesis Kajian Bagi menjawab soalan kajian yang keempat. hipotesis nol berikut telah dibentuk untuk diuji: Hipotesis nol 3: Tidak terdapat pengaruh pemboleh ubah dimensi-dimensi kompetensi kaunseling ke atas personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia. Bagi menjawab soalan kajian yang keenam. hipotesis nol berikut telah dibentuk untuk diuji: Hipotesis nol 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap kompetensi kemahiran kaunseling dengan tahap kemantapan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia. . Bagi menjawab soalan kajian yang kelima. hipotesis nol berikut telah dibentuk untuk diuji: Hipotesis nol 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap kompetensi pengetahuan kaunseling dengan tahap kemantapan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia. 22 1.

sementara pemboleh ubah bersandar ialah tret personaliti guru kaunseling yang menggambarkan kedua-dua pemboleh ubah ini mempunyai hubungan secara langsung di antara satu sama lain. dan Hierarki Keperluan Maslow (1970. Teori Kompetensi Kecerdasan Emosi Goleman (1995). Tajudin.1 ialah rajah yang menunjukkan komponen-komponen yang dikaji untuk meninjau hubungan kompetensi kaunseling dan tret personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia. 1989.1996). 2007). Pemboleh ubah bebas kajian ini ialah kompetensi kaunseling. Rajah 1. Pendekatan Kemahiran Mikro Ivey E. 1971). Rajah 1. .1 merupakan kerangka teori kajian yang telah direka bagi menyatakan secara langsung berhubung dengan keseluruhan kajian yang akan dijalankan. 23 1. Perspektif Personaliti Muslim (1967. 1999).7 Kerangka Teori Kajian Kerangka teori kajian dibentuk berdasarkan model utama kajian iaitu Model Kompetensi Bungkah Air Batu (Iceberg Competency Model) oleh Spencer dan Spencer (1993). Allen (1983. Teori-teori sampingan yang dikemukakan untuk menyokong teori utama berkenaan ialah Teori Pengetahuan: Teori Cairan dan Kecerdasan Hablur Horn dan Cattell (1967). Profil Personaliti TAJMA (Mohd. 1992.

1: Kerangka Teori Hubungan antara Komponen Kompetensi Kaunseling dengan Tret Personaliti . dan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970) Ketidakselarasan Keyakinan diri keterbukaan Kepimpinan Pencapaian Intelektual Analitikal Jati Diri Integriti Prihatin Asertif Petunjuk : Hubungan Langsung Garisan Lingkungan Pengaruh Rajah 1. Perspektif Personaliti Muslim (1967. 1989. 1999). 2007). 24 KOMPONEN KOMPETENSI KAUNSELING Kemahiran Mikro Ivey (1996) dan Kompetensi Kecerdasan PENGETAHUAN KEMAHIRAN Teori Cairan dan Kecerdasan Hablur (1967) ƒ PENTAKSIRAN ƒ KONTAK ƒ KERJA KELOMPOK MATA Emosi Goleman (2001) KAUNSELING ƒ PERKEMBANGAN ƒ BAHASA KERJAYA BADAN ƒ PERTUMBUHAN DAN ƒ MUTU VOKAL PERKEMBANGAN MANUSIA ƒ MENJEJAK ƒ IDENTITI JALAN PROFESIONAL CERITA ƒ KEPELBAGAIAN SOSIAL DAN BUDAYA ƒ PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN PROGRAM TRET PERSONALITI Profil Personaliti TAJMA (Mohd. 1992. Tajudin.

2).2 menunjukkan rajah skematik kerangka konsep kajian yang menggambarkan hubungan antara komponen kompetensi kaunseling dengan tret personaliti. integriti. . kepimpinan. Dimensi kompetensi kemahiran pula terdiri daripada kontak mata. prihatin. dan menjejak jalan cerita. 25 Kerangka teori kajian yang bersepadu ini menjelaskan bahawa struktur penyelidikan ini dibentuk berasaskan pendekatan holistik yang selari dengan objektif penyelidikan. Dimensi kompetensi pengetahuan terdiri daripada pentaksiran. 1. bahasa badan.1). serta penyelidikan dan penilaian program. menggambarkan hubungan langsung antara komponen kompetensi kaunseling sebagai pemboleh ubah–pemboleh ubah bebas dengan tret personaliti guru kaunseling sebagai pemboleh ubah bersandar. perkembangan kerjaya. keyakinan diri.8 Kerangka Konsep Kajian Kerangka konsep kajian ini yang dilakarkan di dalam Rajah 1. mutu vokal. Rajah 1.Tajudin. analitikal. maka terhasillah kerangka konsep bagi kajian ini (rujuk Rajah 1. kerja kelompok kaunseling. pertumbuhan dan perkembangan manusia. Oleh yang demikian. keterbukaan. kepelbagaian sosial dan budaya. pencapaian. identiti profesional. jati diri. intelektual.2. 2007). berdasarkan kepada kerangka teori kajian (rujuk Rajah 1. manakala dimensi personaliti pula terdiri daripada tret asertif. dan ketidakselarasan (Mohd.

26 KOMPONEN KOMPETENSI KAUNSELING PENGETAHUAN ƒ PENTAKSIRAN ƒ KERJA KELOMPOK KAUNSELING KEMAHIRAN ƒ PERKEMBANGAN KERJAYA ƒ KONTAK MATA ƒ PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN ƒ BAHASA BADAN MANUSIA ƒ MUTU VOKAL ƒ IDENTITI PROFESIONAL ƒ MENJEJAK JALAN ƒ KEPELBAGAIAN SOSIAL CERITA DAN BUDAYA ƒ PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN PROGRAM TRET PERSONALITI Ketidakselarasan Keyakinan diri Keterbukaan Kepimpinan Pencapaian Intelektual Analitikal Jati Diri Integriti Prihatin Asertif Petunjuk: Hubungan Langsung Rajah 1.2: Kerangka Konsep Hubungan antara Komponen Kompetensi Kaunseling dengan Tret Personaliti .

Kajian ini juga akan memberikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan dan kemahiran kaunseling untuk disepadukan dengan kemantapan personaliti dalam kalangan guru kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. sudah tentu dapat menangani dengan bijak pelbagai masalah yang melibatkan klien pelbagai golongan dan latar belakang. 1. .1 Guru Kaunseling Dapatan kajian ini akan dapat memberikan faedah kepada perkhidmatan kaunseling khususnya kaunselor sekolah yang tugas dan tanggungjawab mereka adalah berat dan memerlukan latihan. pendidikan. 1974). pihak pentadbir sama ada di sekolah. dan jabatan pelajaran negeri. dan komitmen yang tinggi terutama sekali dalam proses meningkatkan tahap kompetensi kaunseling (Shertzer & Stone. institut pendidikan guru. Dengan menguasai kompetensi dan kemantapan personaliti. pusat latihan kaunseling. serta kemantapan personaliti. dan Lembaga Kaunselor Malaysia.9.9. Di samping itu. Hasil kajian ini dapat memberikan kefahaman yang jitu tentang keperluan seorang guru kaunseling untuk menyiapkan diri mereka agar menjadi seorang kaunselor yang kompeten dan berkesan kerana kaunselor yang menguasai kompetensi pengetahuan dan kemahiran. seorang guru kaunseling dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kliennya.9 Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini dijangka dapat memberikan input yang penting kepada guru kaunseling.2 Kementerian Pelajaran Malaysia Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia menyusun perancangan yang sesuai tentang kaedah untuk melantik dan mengiktiraf guru kaunseling sebagai kaunselor di sekolah. 27 1. institusi pengajian tinggi. 1. dapatan ini dapat memberikan maklumat dan data yang penting kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. pejabat pelajaran daerah.

pihak pentadbir sekolah juga memainkan peranan penting bagi memenuhi hasrat tersebut kerana keberkesanan program ini bukan hanya terletak di atas bahu guru kaunseling sahaja. idea. untuk melihat kejayaan dan keberkesanan program bimbingan dan kaunseling di sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. . dan Jabatan Pelajaran Negeri Bagi pihak pentadbir sekolah pula. adalah perlu bagi guru-guru kaunseling di sekolah menengah mempunyai kompetensi-kompetensi tertentu sebagai syarat utama untuk diberi Sijil Perakuan Amalan atau “Certificate of Practice” sebelum mereka dilantik sebagai kaunselor sepenuh masa. Dalam erti kata yang lain. Pejabat Pelajaran Daerah. Maklumat dan data yang diperoleh daripada dapatan kajian ini juga membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyusun program-program dan memberikan kursus-kursus yang bersesuaian bertujuan untuk pembangunan diri dan peningkatan kompetensi guru kaunseling. penyelidikan ini diharapkan dapat memberikan kesedaran bahawa sokongan pentadbir menjadi penyumbang yang sangat penting kepada keberkesanan kaunselor.3 Sekolah. 1. Pihak pentadbir harus memberikan peluang dan menyediakan ruang yang sewajarnya kepada guru kaunseling untuk memainkan peranannya secara lebih cekap dan berkesan. Sokongan pentadbir sekolah baik dari segi moral.9. pembangunan diri. 28 Ekoran itu. atau pun material dapat menjana kompetensi guru kaunseling dalam melaksanakan program-program kaunseling di sekolah secara lebih berkesan.

kajian ini relevan dan akan memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada banyak pihak terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Seterusnya. penyelidik telah menstruktur kerangka kompetensi guru kaunseling secara lebih spesifik sebagai cadangan untuk diuji dan diubah suai oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang. merangkumi guru-guru kaunseling. institut pendidikan guru.4 Institusi Pengajian Tinggi. Kesimpulannya.9. 29 1. organisasi. dan pusat latihan kaunseling juga dapat mengemas kini dan menambah baik program- program pengajian dan latihan Kaunseling dan Psikologi yang akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini. Garis panduan piawai tersebut telah menetapkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang minimum dalam bidang-bidang tersebut sebagai syarat untuk diterima sebagai seorang calon kaunselor yang berdaftar.9. Pihak institusi pengajian tinggi. institut pendidikan guru. terutama kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang berkaitan dengan bidang Kaunseling dan Psikologi. Sebagai usaha ke arah penambahbaikan. orang awam. pusat-pusat . dan klien bagi mengetahui piawaian minimum latihan yang perlu dilalui oleh seseorang calon kaunselor yang berdaftar.5 Lembaga Kaunselor Malaysia Kajian yang dijalankan ini menyokong usaha Jawatankuasa Teknikal Pendidikan dan Latihan Lembaga Kaunselor (2003) yang telah menerbitkan dokumen garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor bagi institusi pengajian tinggi. Institut Pendidikan Guru. penyelidik telah merujuk kurikulum dalam Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor sebagai panduan membina instrumen untuk mengukur kompetensi kaunseling mengikut kesesuaian dan keperluan perkhidmatan kaunseling di negara ini. dan Pusat Latihan Kaunseling Dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sumber rujukan kepada institusi pengajian tinggi. institut pendidikan guru. institusi-institusi pengajian tinggi. dan pusat latihan kaunseling. 1.

pertumbuhan dan perkembangan manusia. yang memberi tumpuan kepada lima daripada sepuluh buah bandar raya metropolitan utama. penyelidik cuba meneroka hubungan dan pengaruh kompetensi kaunseling terhadap tahap kemantapan personaliti guru kaunseling secara keseluruhan. dan ketidakselarasan (Mohd. dan penyelidikan dan penilaian program. Bagi tujuan pemilihan lokasi dan sampel kajian. Kementerian Pelajaran Malaysia. kepelbagaian sosial dan budaya. Bandar- bandar raya tersebut juga telah disenaraikan berdasarkan negeri pelbagai etnik untuk . dimensi-dimensi kemahiran pula ialah merujuk kepada kemahiran asas Mikro oleh Ivey (1983. Dalam konteks kajian ini. 2007). 1. asertif. dan Lembaga Kaunselor Malaysia. Bandar-bandar raya tersebut dikenal pasti berada di antara kedudukan teratas mengikut pangkatan perbandaran (Jabatan Perangkaan Malaysia. Pemboleh ubah bersandar iaitu personaliti melibatkan tret-tret berikut. kos.10 Skop dan Batasan Kajian Penyelidik telah menetapkan skop tertentu bagi kajian ini yang mengambil kira faktor masa. kajian tersebut dibuat berdasarkan kepada persampelan rawak mudah. Pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian pula dipilih setelah meneliti sorotan penulisan tentang kepentingan komponen kompetensi kaunseling untuk disepadukan dengan personaliti. integriti.Tajudin. bahasa badan. jati diri. secara langsung dan tidak langsung. pentadbir-pentadbir sekolah. dan menjejak jalan cerita. Kajian ini juga mempunyai beberapa batasan. kaunseling kerjaya. prihatin. 2000).1996) iaitu kontak mata. Pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas iaitu kompetensi pengetahuan yang diukur adalah melibatkan dimensi-dimensi pengetahuan dalam bidang-bidang kaunseling yang telah ditetapkan dalam garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003) iaitu pentaksiran. dan pengoperasian penyelidikan. intelektual. identiti profesional. analitikal. keyakinan diri. pencapaian. keterbukaan. sempadan kesesuaian. mutu vokal. kepimpinan. Di samping itu. 30 latihan kaunseling. kerja kelompok kaunseling.

Oleh yang demikian. Oleh yang demikian. bukannya kebolehan. 2) Berkhidmat sepenuh masa di sekolah. konsep dan istilah-istilah yang digunakan bagi mewakili pemboleh ubah-pemboleh ubah utama didefinisikan sebagai berikut: 1. Kajian ini melibatkan guru-guru kaunseling sekolah menengah yang terlatih secara formal dan sedang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia dan terhad kepada ciri-ciri berikut: 1) Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 4) Berpengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.11.1 Kompetensi Kaunseling Cloninger (1993) mengatakan bahawa kompetensi merupakan beberapa pemboleh ubah yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkaitan dengan apa-apa yang mampu dilakukannya dan disokong oleh Welfel (2006) yang telah mendefinisikan kompetensi dengan lebih spesifik iaitu merujuk pencapaian profesional seseorang.11 Definisi Konsep Dalam konteks kajian ini. set kompetensi seseorang individu mencerminkan keupayaannya atau pun apa-apa sahaja yang dapat dilakukannya berdasarkan kebolehannya . Pemilihan guru-guru kaunseling sekolah menengah di dua buah bandar raya Semenanjung Malaysia yang merupakan populasi sasaran bagi kajian ini dipilih secara rawak mudah mengikut negeri yang terpilih. kajian ini hanya tertumpu kepada guru kaunseling di dua buah bandar raya yang terpilih sahaja. 3) Mempunyai latihan sekurang-kurangnya Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan Kaunseling atau Psikologi. Dua buah bandar raya yang telah dipilih secara rawak mudah sebagai lokasi kajian ialah bandar raya Johor Bahru dan Georgetown. 31 mewakili bandar raya Semenanjung Malaysia. 1.

maka tugas itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi. who exemplifies the US approach. dan pengetahuan yang digunakan. “ the ability to put skills and knowledge into action”. atau pun ciri-ciri peribadi yang tidak dapat dikesan oleh individu lain. tret personaliti. Begitulah juga. kompetensi untuk melaksanakan perkhidmatan amat ditekankan untuk menjadi kaunselor sekolah yang efektif ke tahap yang maksimum (NACAC. Haffernan dan Flood (2000) menjelaskan: “……Boyatzis. penampilan diri. dan sifat-sifat tertentu yang membolehkan seseorang individu melaksanakan tugas atau aktiviti dalam tugas dan fungsi yang spesifik. Rumusannya. tidak terkecuali dalam profesion kaunseling. is an apt description of the UK approach (ms 128). 2002) telah mendefinisikan kompetensi sebagai satu set kemahiran. 2000). Kompetensi mungkin merangkumi motivasi. kompetensi dalam tugas merupakan satu kebolehan dan keupayaan. Spencer dan Spencer (1993) bersetuju dengan definisi di atas dan menambah huraian tersebut dengan mengatakan bahawa kompetensi sebagai: “an underlying characteristic of an individual that is causally related to criterion-referenced effective and/or superior performance in a job or situation” (ms. Day’s definition of competence. 9). pengetahuan dalam sesuatu bidang yang berkaitan. defines competency broadly as “an underlying characteristic of a person”…… The UK aproach identifies the outcomes expected from a job when it is performed adequately. Apabila individu tersebut telah dapat menguasai ketiga-tiga elemen tersebut. konsep kompetensi antara kedua-kedua tafsiran tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. kemahiran. . 32 Pendekatan kompetensi juga didapati berbeza antara konsep yang digunakan di negara Amerika Syarikat dengan konsep yang digunakan di United Kingdom. United Nations Industrial Development Organizations (UNIDO. Pada hakikatnya.

1. Stigall. Bingham. & Olvey. Dalam konteks kajian ini. kepelbagaian sosial dan budaya. 2004). seterusnya mengetahui pendekatan untuk membuat intervensi dalam sesuatu situasi yang berlaku (Spruill. serta penyelidikan dan penilaian program. nilai. dan tret personaliti (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. kaunseling kerjaya. 2003). identiti profesional. kerja kelompok kaunseling.2 Kompetensi Pengetahuan Kaunseling (KPK) Pengetahuan merangkumi maklumat tentang teori dan penyelidikan dalam bidang tertentu. Vasquaze. Huraian setiap bidang pengetahuan seperti yang telah digariskan oleh Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003) adalah seperti berikut: Pentaksiran Pengetahuan asas dalam menilai karakter peribadi seseorang merangkumi bakat. keupayaan-keupayaan tertentu. Hal yang demikian. kemahiran-kemahiran. dan kemahiran teknikal yang diukur berdasarkan tujuh dimensi iaitu bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor dalam Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003). definisi operasi kompetensi kaunseling merujuk keupayaan minimum dalam pengetahuan kaunseling yang disepadukan dengan kemahiran asas kaunseling yang perlu dikuasai oleh setiap guru kaunseling yang telah mendapat latihan di institusi-institusi pengajian tinggi. khususnya yang berkaitan dengan cara seseorang itu membuat pemilihan dan pertimbangan dalam sesuatu perkara. pencapaian. Rozensky. pertumbuhan dan perkembangan manusia. Kurikulum ini membahagikan bidang-bidang yang perlu dikuasai oleh setiap kaunselor dalam latihan yang dilalui iaitu pentaksiran. minat. pemahaman. 33 Schoonover Associate (2001) pula melihat kompetensi sebagai satu keupayaan dalam pengetahuan. . dan sifat- sifat peribadi yang kesemuanya menjadi tunggak kepada pencapaian prestasi kerja.11. kompetensi pengetahuan merujuk keupayaan minimum dalam pengetahuan.

Perkembangan Kerjaya Pengetahuan tentang asas teori kaunseling kerjaya dan memahami teori-teori. . dan proses kaunseling kerjaya serta teknik-teknik yang bersepadu di dalamnya (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. model. dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan profesional yang lain (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. ras. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia Pengetahuan dan pemahaman tentang teori pembelajaran dan perkembangan personaliti (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. keupayaan mental dan fizikal. Penyelidikan dan Penilaian Program Pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan kajian serta dapat membuat penilaian program (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. 2003). 2003). 2003). fungsi. 34 Kerja Kelompok Kaunseling Pengetahuan asas dalam memilih teknik yang sesuai dengan matlamat dan keperluan kelompok kaunseling (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Identiti Profesional Pengetahuan tentang garis panduan yang minimum berhubung dengan sistem pengiktirafan profesional dan memahami peranan. 2003). etnik. 2003). dan status sosioekonomi (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kepelbagaian Sosial dan Budaya Pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keperluan kelompok yang berbeza jantina. 2003).

dan menjejak jalan cerita. 35 1. Overholser dan Fine (1990) telah membahagikan komponen kemahiran seseorang kaunselor kepada dua jenis kemahiran. dan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan penggunaan pendekatan yang berkesan dalam intervensi terapeutik secara spesifik. Penyelidik merujuk Kemahiran Asas Mikro (Ivey. dan menjejak jalan cerita (Ivey.1996) adalah seperti berikut: Kontak Mata Kemahiran untuk memelihara hubungan atau kontak mata secara terus dan bersahaja (Ivey.1996) yang menggalakkan klien supaya bebas bertutur atau bercakap sementara kaunselor pula berkomunikasi secara lisan dengan klien. kemahiran klinikal yang berkaitan dengan penggunaan yang sesuai dalam kemahiran-kemahiran asas temu duga. Mansur dan Siti Nurdinar (2003) telah menetapkan kemahiran- kemahiran asas bagi seorang kaunselor dalam proses kaunseling iaitu kemampuan melihat kliennya.1996). mutu vokal.11. 1983. Norman (1985). merangkumi tingkah laku tanpa kata-kata. 1983. Muhd. 1983. 2006). yang berteraskan empat komponen. cara duduk. bahasa badan. Definisi setiap kemahiran tersebut seperti yang telah dihuraikan oleh Ivey (1983. Dalam kajian ini. sepi sejenak. bahasa badan. cara mengemukakan soalan terbuka. domain kemahiran menuntut kaunselor supaya mengenal pasti cara berkesan apabila berhadapan dengan keadaan dan situasi klien (Hilmi. dan merumuskan isi. kontak mata. memparafrasa. . mutu vokal. mendengar dengan teliti.3 Kompetensi Kemahiran Kaunseling (KKK) Selain domain kesedaran dan pengetahuan.1996). kemahiran yang akan diberi fokus ialah kemahiran asas mikro iaitu kemahiran memberikan perhatian yang merangkumi kontak mata.

4 Personaliti Guru Kaunseling (PGK) Allport dan Odbert (1936) melihat personaliti sebagai penyusunan sistem-sistem psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku. tret. . Di sini individu digambarkan sebagai satu kesepaduan. 1. Oleh yang demikian.1996). 1983. perkara itu merujuk kepada bentuk kesepaduan yang menjadi satu daya gerak ke arah pencapaian matlamat.1996).1996). Maksudnya personaliti terbentuk daripada gabungan beberapa sifat diri yang tersendiri. atau pun naluri semula jadi. jelaslah bahawa personaliti merupakan satu himpunan emosi. yang disebut sebagai "struktur personaliti individu”. pemikiran. 1983. Dengan yang demikian. Mutu Vokal Kemahiran untuk memberikan perhatian dengan menggunakan nada suara yang sesuai sama ada tinggi atau rendah serta kadar lambat atau cepat gaya pertuturannya (Ivey. 36 Bahasa Badan Kemahiran untuk memberikan tumpuan dengan menggunakan bahasa badan sehingga klien dapat merasakan bahawa kaunselor menunjukkan minat melalui ekspresi wajah dan gerak-geri badan sama ada klien dalam keadaan sedang duduk tegak atau semasa mencondongkan badan dalam jarak hubungan yang selesa (Ivey. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan individu. dan penyesuaian dengan alam sekelilingnya. psikologi individu merupakan satu psikologi yang berbentuk holistik atau menyeluruh.11. Adler (1932) mengatakan bahawa antara konsep yang digunakan dalam psikologi individu ialah kesepaduan personaliti (unity of personality). Struktur ini pula terbentuk hasil daripada gabungan beberapa sifat individu yang berbeza perkembangannya. 1983. Menjejak Jalan Cerita Kemahiran untuk mengekalkan topik perbualan dan urutan jalan cerita klien dengan perasaan penuh tanggungjawab (Ivey.

37 pemikiran. berorientasikan idea dan penyelesaian. bekerjasama. dominan. dan perasaan individu. relaks. tret lebih jelas untuk menggambarkan personaliti kerana setiap dimensi tret merujuk satu set karakter secara lebih berfokus (Allport.. kehematan. Fatimahwati (2008) mentakrifkan tret sebagai huraian deskriptif yang berkaitan dengan tingkah laku.traits are relatively enduring dimensions of personality characteristics along which people differ from one another” (ms 412). Kelly. Menurut Feldman (1987) pula. 1993). patuh. 1937. . 1955. penyelidik mengaplikasikan konsep tret dalam kajian ini untuk menerangkan personaliti guru kaunseling kerana konsep tret meliputi skop tingkah laku yang lebih berfokus. Ekoran itu. Tret personaliti ‘Lima Faktor’ yang telah dipelopori oleh McDougall (1932) merangkumi tret-tret ekstrovert. 1993) yang membezakan seseorang individu dengan yang lain. serius. kebimbangan. konservatif. Tret tingkah laku merangkumi ciri-ciri mesra. terbuka. 1989) dan ianya mempunyai nilai peramal (Cattell. dan tret perasaan merangkumi ciri-ciri yakin. tegas. kajian tentang teori tret merupakan pendekatan yang utama dalam kajian personaliti (Cloninger. tret pemikiran merangkumi ciri-ciri imaginatif. tegang. Pada hakikatnya. dan telah digunakan secara meluas oleh pakar psikologi untuk menggambarkan personaliti seseorang (Allport. Jika dibandingkan dengan jenis personaliti. Cloninger. definisi tret adalah seperti berikut: “. dan keterbukaan yang dianggap asas kepada tret-tret personaliti yang lain. konkrit. tenang. 1979). menghormati. kepersetujuan. seterusnya menghasilkan perlakuan atau tingkah laku yang konsisten (Cloninger. malu. girang. Buss. pendiam. pemikiran. dan tergesa-gesa. dan corak tingkah laku yang unik bagi seseorang individu yang konsisten dalam satu tempoh masa. dan segan. 1993). 1937. bimbang.

Analitikal Tret personaliti yang menunjukkan individu yang peka dengan persekitarannya. Keterbukaan Tret personaliti yang menunjukkan individu yang suka berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain (Mohd. Tret ini juga menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang individu (Mohd. pencapaian. dan gemar membuat keputusan (Mohd. 2007). percaya kepada diri sendiri. integriti. dan matang (Mohd.Tajudin. penyelidik merujuk kepada teori tret dengan menggunakan profil personaliti TAJMA (Mohd. Keyakinan diri Tret personaliti yang menunjukkan individu yang mudah memperkatakan dan mengakui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. 2007).Tajudin. keyakinan diri. 2007).Tajudin. Jati diri Tret personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu tugas. prihatin. Kepimpinan Tret personaliti yang menunjukkan kemampuan individu dalam memimpin sesuatu kumpulan. Interpretasi secara terperinci berkaitan dengan tret-tret yang diukur adalah seperti berikut: Asertif Tret personaliti yang menunjukkan individu yang berkecenderungan mempamerkan ketegasan diri (Mohd. rasa selamat.Tajudin. 2007). intelektual. dan ketidakselarasan (Mohd. 2007).Tajudin. 2007) yang merangkumi 11 tret personaliti diri iaitu asertif. 38 Oleh yang demikian. yakin.Tajudin. 2007). keterbukaan. tegas. jati diri. suka membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum membuat keputusan (Mohd.Tajudin. Tajudin. untuk mengukur personaliti guru kaunseling. . 2007). kepimpinan. analitikal.

2007).Tajudin.Tajudin. Pencapaian Tret personaliti yang menunjukkan individu yang bermotivasi.Tajudin. Tret ini juga digunakan untuk menilai sama ada individu itu cuba memberikan respons dengan ikhlas atau sebaliknya (Mohd. Senarai guru kaunseling sepenuh masa telah diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi negeri-negeri berkenaan. Integriti Tret personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur dan amanah seseorang individu terhadap tanggungjawab yang diberikan organisasi (Mohd. 2007). 2007). mahukan status yang tinggi dan suka akan persaingan. 2007). Individu yang juga mempunyai daya usaha yang tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat (Mohd.11. Intelektual Tret personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. dan kreatif (Mohd.Tajudin.Tajudin. . 2007). berfikiran abstrak. 1. Ketidakselarasan Skala khas yang direkabentuk untuk mengenal pasti persepsi individu terhadap diri sendiri.5 Guru Kaunseling Guru kaunseling merujuk guru-guru kaunseling sekolah menengah yang bertugas sepenuh masa dan telah dilantik dan ditauliahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. cerdas. 39 Prihatin Tret personaliti yang menunjukkan kemampuan individu untuk memahami perasaan orang lain (Mohd.

Kerangka konsep kajian.11. kepentingan kajian. skop dan batasan kajian.7 Bandar Raya Semenanjung Malaysia Bandar raya merujuk bandar raya Johor Bahru dan Georgetown yang telah dipilih secara rawak dalam mewakili bandar raya di Semenanjung Malaysia. Kedua-dua buah bandar raya tersebut juga mewakili bandar metropolitan utama (Jabatan Perangkaan Malaysia (2001). 1.12 Rumusan Bab ini menggambarkan keseluruhan kajian yang dimulakan dengan pengenalan dan diikuti oleh latar belakang kajian yang membincangkan isu-isu yang mendorong ke arah pelaksanaan kajian. Kemudian diikuti pula dengan perbincangan tentang pernyataan masalah. 40 1.6 Sekolah Menengah Sekolah Menengah merujuk sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di dua buah bandar raya di Semenanjung Malaysia yang terpilih secara rawak iaitu bandar raya Johor Bahru dan Georgetown. . cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling di bandar raya adalah lebih besar. objektif kajian. Kriteria pemilihan ini ialah berasaskan kepada status bandar-bandar raya tersebut sebagai ibu negeri. soalan kajian. 1. Kewujudan komposisi kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik di negeri- negeri berkenaan adalah berdasarkan data perangkaan taburan penduduk dan ciri-ciri demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2000).11. Oleh yang demikian. kerangka teori kajian. hipotesis kajian. adalah sesuai dengan sifat kajian ini yang akan mengkaji kompetensi guru-guru kaunseling di daerah bandar raya disebabkan penduduknya lebih banyak terdedah dengan bidang-bidang yang menjadi fokus kajian serta dapat memberikan kerjasama untuk memberikan maklumat dengan lebih tepat terutamanya dalam bidang kaunseling pelbagai sosial dan budaya. dan definisi konsep dan istilah. Tambahan pula.

41 Kajian ini mengandaikan bahawa kompetensi guru kaunseling mempunyai hubungan dengan personaliti secara langsung atau tidak langsung. Walau pun kajian ini dihadkan kepada skop dan batasan tertentu. 1992. Profil Personaliti TAJMA (Mohd.1995). Untuk mencapai objektif yang ditetapkan. enam soalan kajian dikemukakan dan soalan-soalan tersebut disokong dengan tiga hipotesis nol. 1993) yang disokong oleh Teori Pengetahuan (Horn & Cattell. Pendekatan Kemahiran Mikro (Ivey. Kompetensi Kecerdasan Emosi (Goleman.1996). dan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970). . Tajudin. adalah diharapkan dapatan yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan demi memartabatkan profesion guru kaunseling. 1999). Perspektif Personaliti Muslim (1967. 2007). 1967). 1983. 1989. Andaian ini dibuat berdasarkan model utama kajian iaitu model Bungkah Air Batu (Spencer & Spencer.