You are on page 1of 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SMK SEKSYEN 19,


SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENGAYAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(PDP)

KE

MENARA KUALA LUMPUR DAN MUZIUM NEGARA

TARIKH:

19 JULAI 2018

HARI:

KHAMIS

1
1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’,
maka Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seksyen 19 telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Ianya satu program yang amat
baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada murid-murid pendidikan khas. Melalui program ini juga diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih merangsang minat murid-
murid dari golongan istimewa ini.

2.0 RASIONAL
Program ini dirancang untuk memberi peluang kepada murid-murid istimewa menimba
ilmu melalui tempat-tempat yang dilawati dan mengalami pengalaman sebenar
menjalani aktiviti-aktiviti yang telah terancang disamping rakan-rakan dan guru-guru.
Program lawatan sambil belajar ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam
membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan
yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang tempat-tempat


yang dilawati di samping memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan dari
segi ekonomi melawat tempat-tempat di luar Shah Alam.

3.2 Mendidik murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, berdikari, bersosial
dengan rakan dan masyarakat.

3.3 Memupuk keyakinan dalam diri murid dan meningkatkan keupayaan menepati masa.

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN LAWATAN

TARIKH : 19 JULAI 2018


HARI : Khamis
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

5.0 DESTINASI
Tempat lawatan program:
1. Menara Kuala Lumpur Bukit Nenas
2. Muzium Negara

2
6.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH: 19 JULAI 2918 (KHAMIS)

7.00 pagi : Berkumpul di SMK Seksyen 19, Shah Alam

 Taklimat program dan keselamatan


 Agihan murid di bawah seliaan guru pengiring
 Sarapan pagi

7.30 pagi : Bertolak ke Menara Kuala Lumpur

8.45 pagi : Tiba di Menara Kuala Lumpur

9.00 pagi : Taklimat ringkas dari Pegawai pengiring Menara Kuala Lumpur.

9.15 pagi : Aktiviti 1

 Rumah Terbalik
 Mini Zoo
10.15 pagi : Aktiviti 2

 Observation deck
11.15 petang : Aktiviti 3

 Sky deck
 Sky Box
1.15 petang : Solat zohor/ Makan Tengahari

2.00 petang : Bertolak ke Muzium Negara

2.30 petang : Tiba di Muzium Negara

2.45 petang : Taklimat ringkas dari pegawai pengiring Muzium Negara

3.00 petang : Lawatan Galeri A dan Galeri B

4.00 petang : Bertolak pulang ke SMK Seksyen 19 Shah Alam

7.0 SASARAN
Disasarkan kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seksyen 19,
guru-guru dan dibuka juga kepada ibu bapa / penjaga yang berminat untuk
menyumbangkan tenaga dan kewangan dalam menjayakan program pengayaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini.

8.0 AJK PELAKSANA


Pengerusi : Puan Hajah Putri Roslawati Bt Hashim

3
(Pengetua SMK Seksyen 19)

Pengarah Program : Puan Sironmany a/p Kanniappan


(Penolong Kanan Pend Khas SMK Seksyen 19)

Setiausaha Program 1 : Nadiatul Iman Bt Ahmad Mukhtar


Setiausaha Program 2 :Muhaini Bt Mohamed

Bendahari : Syairah Bt Serman

AJK Pengangkutan : Nor Azma Bt Omar

AJK Makanan & Minuman : Jurainy Bt Husain


: Zalina Bt Ibrahim

AJK Disiplin dan Keselamatan :Farehah Bt Mustafa


:Juhaidah Bt Ismail

AJK Sumbangan :Zahariah bt Yusuf


:Siti Suhana Bt Abu Bakar @ Jamaluddin

AJK Dokumentasi : Muhaini Bt Mohamed


:Nadiatul Iman Bt Ahmad Mukhtar

b9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Jumlah

1. Tiket (60 orang murid x RM 60.00) RM 3600.00

2. Makanan dan Minuman (60 orang murid X RM 7.00) RM 420 .00

2. Pengangkutan ( 2 buah bas x RM 380.00) RM 760.00

JUMLAH BESAR RM 4780.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

i) Yuran pelajar : 60 orang murid x RM 60.00 = RM 3600.00


ii) PCG PPKIBP (Makanan dan Pengangkutan) = RM 1180.00
JUMLAH = RM 4780.00

PENUTUP

4
Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar program riadah ini dapat menjadi pemangkin
kepada perkembangan jasmani,emosi, rohani dan intelek murid-murid pendidikan khas ke
arah menjana pemikiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman secara langsung dan tidak
langsung. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman
sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA”

Disediakan oleh: Disediakan oleh:

………………………………… …………………………………

NADIATUL IMAN BT AHMAD MUKHTAR MUHAINI BT MOHAMED


SETIAUSAHA I SETIAUSAHA II

Disemak oleh:

…………………………………

SIRONMANY A/P KANNIAPPAN


PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SMK SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Disahkan oleh:

…………………………………

HJH PUTRI ROSLAWATI BT HASHIM5


PENGETUA
SMK SEKSYEN 19, SHAH ALAM
6