You are on page 1of 2

ADAT KELAHIRAN

Dalam mempastikan ibu yang sedang mengandung sentiasa dalam keadaan sihat, untuk
mengelakan komplikasi kepada si ibu semasa melahirkan dan bagi menjamin anak dilahirkan
sihat serta sempurna sifatnya berbagai-bagai pantang larang serata pemilihan makanan yang
sesuai yang perlu dipatuhi oleh pasangan suami isteri, sama ada sepanjang tempoh
mengandung mahupun selepas bersalin.

SEMASA MENGANDUNG

Pantang yang dikenakan kepada isteri :-

Pantang/Tak boleh Akibat /Dipercayai
1. Makan pucuk paku
Kandungan dan bayi lemah
2. Makan pucuk labu
Makan ikan yang dipancing Bibir bayi sumbing
1. Makan ikan yang berduri
Lekat atau susah bersalin
2. Makan binatang bertanduk
Makan ubi sebelum kandungan berusia tiga bulan Kaki dan tangan menyerupai ubi

Pantang yang dikenakan kepada suami:-

Pantang/Tak boleh Akibat /Dipercayai
1. Panggang ikan perut di bawah
Takut bayi menyongsang
2. Panggang ikan suling-paling
Menjaring atau menjala ikan Lekat atau susah bersalin
Memancing ikan Bibir bayi sumbing

PERAYAAN

Tidak banyak perayaan dalam masyarakat Kintak, lantaran daripada amalan berpindah-randah
yang mereka amalkan.Antara perayaan tahunan yang diraikan adalah seperti berikut:-
MUSIM BUAH-BUAHAN

Perayaan ini diadakan apabila buah-buahan hutan telah masak. Kaum lelaki akan keluar
beramai-ramai untuk mengumpul buah-buahan seperti tampoi, larah, rambutam, durian dan
sebagainya dibawa pulang. Pada malamnya didakan majlis bersewang sambil menikmati buah-
buahan serta makanan yang disediakan oleh kaum wanita.

MUSIM MENUAI PADI

Perayaan ini biasanya diadakan sebaik sahaja kerja-kerja menuai padi.Apabila tiba hari yang
telah ditetapkan kaum lelaki akan keluar beramai-ramai.Pada malamnya upacara sewang akan
diadakan.Tok bomoh menjalankan jampi-serapah seraya memohon kepada penunggu kawasan
agar hasil padi mereka akan bertambah pada musim-musim akan datang. Selepas menjamu
selera dengan masakan mereka sendiri sediakan , mereka bersukaria hingga menjelang pagi.