You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK. PULAU MANIS, 21200 K. TERENGGANU, TERENGGANU.
Tel : 09-6141270, Fax : 09-6141833, Email : skpmktu@gmail.com.my

Ruj. Kami :SKPMKT/PIBG/01/006( )
Tarikh : 01 OKTOBER 2018
Bersamaan : 23 MUHARRAM 1440H
Kepada,

Pengurus Syarikat
BUMIMAS ELEKTRIKAL,
6870-A, JALAN BUKIT TOK BENG
SEBERANG TAKIR
21300 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

Tuan,

MOHON SUMBANGAN CAT SEMPENA PROGRAM GOTONG ROYONG SK PULAU MANIS

Salam hormat dan salam satu Malaysia. Sukacitanya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan dan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SK Pulau Manis telah bersetuju untuk mengadakan Program Gotong Royong bagi tahun 2018
bertujuan untuk memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan alam sekitar..

3. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan
bahan seperti berikut:-:

Tarikh : 10 November 2018 (Sabtu)
Tempat : SK Pulau Manis
Masa : 8:30 pagi
Peserta : Semua warga SK Pulau Manis dan Ibubapa Murid

Bil Perkara Qty Liter
1 Cat Besi Putih 1 10
2 Cat Besi Hitam 1 1
3 Cat Simen Merah Muda 1 1
4 Cat Simen Biru Muda 1 1
5 Cat Simen Hijau Muda 1 1
6 Cat Simen Kuning 1 1

4 Kerjasama dan pertimbangan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( WAN AHMAD IZZAT BIN WAN MANSOR )
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kesom.

sk. 1. Guru Besar SK. Pulau Manis.
2. Yang Dipertua PIBG SK. Pulau Manis