You are on page 1of 2

970211-13-5624

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat “metodologi” bermaksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. “Kajian”
pula bermaksud sesuatu isu yang dikaji berdasarkan maklumat atau data terperinci
yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu. Ringkasnya, “metodologi kajian”
bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan untuk
mengkaji sesuatu isu berdasarkan maklumat dan data terperinci yang telah
dikumpulkan. Metodologi kajian yang pengkaji gunakan adalah seperti persampelan
rawak, soal selidik, temu bual, rujukan perpustakaan, dan rujukan internet.

4.1 PERSAMPELAN RAWAK

Dalam menjalankan kajian ini pengkaji telah menggunakan metodologi
persampelan rawak. Persampelan rawak ini merujuk kepada responden yang pengkaji
gunakan iaitu sesiapa sahaja dalam kalangan perempuan yang menggunakan tandas
awam di bandar Kapit.

4.2 SOAL SELIDIK

Semasa menjalankan kajian untuk mengkaji tahap kepuasan terhadap tandas
awam bahagian perempuan di bandar Kapit, pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik kepada 40 orang responden. Pengkaji dapat mengetahui demografi responden
dan tahap kepuasan pengguna melalui pilihan pengguna sama ada tidak setuju, kurang
setuju atau setuju terhadap aspek kebersihan, tempoh perkhidmatan, kualiti
kemudahan, bilangan bilik tandas, bekalan air, tahap pencahayaan, tahap
pengudaraan, kesesuaian tempat letakkan dan kecekapan pekerja menjaga tandas
awam. Kemudian pengkaji membuat analisis mengikut kekerapan pilihan pengguna.

4.3 TEMU BUAL

Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji juga telah mengadakan sesi temu bual
bersama lima orang informen untuk mendapatkan pendapat mereka tentang masalah-
masalah yang berlaku di tandas awam bahagian perempuan di bandar Kapit. Semua
informen telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pengalaman mereka sendiri

16
970211-13-5624

ketika menggunakan tandas awam. Hal ini sangat membantu pengkaji untuk
mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di tandas awam di sekitar bandar
Kapit.

4.4 RUJUKAN PERPUSTAKAAN

Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan beberapa buah buku yang
daripada perpustakaan untuk mencari maklumat. Pengkaji bersama-sama dengan
rakan-rakan telah pergi ke perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit
No.2 dan juga Perpustakaan Daerah Kapit. Di perpustakaan, pengkaji dapat mencari
maklumat dari buku-buku ilmiah, buku teks dan buku rujukan yang berkaitan dengan
tajuk kajian pengkaji. Buku-buku ini sangat berguna bagi pengkaji untuk
mengukuhkan lagi maklumat yang pengkaji gunakan untuk menyiapkan kajian ini.
Pengkaji juga mempunyai koleksi buku yang amat sedikit di rumah dan melalui
perpustakaan pengkaji dapat mencari buku yang pengkaji perlukan.

4.4 RUJUKAN INTERNET

Pengkaji juga turut menggunakan rujukan internet untuk mencari maklumat.
Pengkaji telah mencari peta-peta dan pelan bandar Kapit di carian Google sebagai
bahan untuk rujukan lokasi kajian pengkaji. Pengkaji telah menggunakan komputer
riba sendiri untuk mengakses internet. Rujukan melalui internet ini sangat berguna
kerana pengkaji dapat mencari apa-apa sahaja maklumat yang berkaitan dangan isu
kajian pengkaji di pelbagai lawan sesawang.

17