BAB I PERCERAIAN

1.1

Pengenalan

Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam a.s.cara-cara perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan panduan kehidupan manusia.1 Maka sejak itulah bermulanya perkembangan manusia di bumi iaitu melalui perkahwinan dan proses perkahwinan inilah yang dapat membezakan antara manusia dengan haiwan. Sehingga wujudnya suatu sistem perkahwinan yang lengkap dan tersusun rapi yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang tertulis dan tercatat dalam alQuran. Perkahwinan merupakan faktor utama bagi mewujudkan institusi kekeluargaan kerana dari permulaan proses perkahwinan iaitu memilih pasangan, pertunangan, mas kahwin, wali, saksi, ijab kabul dan hubungan kekeluargaan serta tanggungjawab suami
1

Bagi masyarakat Melayu, perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna dan tidak akan dilupai. Ia merupakan majlis yang penuh berwarna-warni dan penuh dengan kemeriahan. Bukan sahaja fenomena tersebut wujud pada masa lalu, bahkan hingga ke hari ini. Majlis yang objektifnya untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin secara sah ini turut mempunyai falsafahnya sendiri. Masyarakat dan saudara mara dapat merapatkan hubungan. Secara tradisional, saudara-mara lelaki merisik terlebih dahulu pihak perempuan untuk mengetahui statusnya sama ada masih belum terikat dengan lelaki lain. Selepas timbul rasa puas hati dan yakin dengan kebaikan dan status perempuan, hari pertunangan ditetapkan. Pihak perempuan menerima banyak hadiah seperti cincin sebagai tanda pertunangan. Kemudian ditetapkan pula hari menghantar belanja. Ini merupakan sumbangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan dan secara tidak langsung dapat meringankan beban bakal isterinya untuk menyediakan kelngkapan hari perkahwinan. Adat perkahwinan ini sudah dianggap menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu untuk dilaksanakan. Ia merupakan upacara gemilang bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Atau dengan lebih tepat pengiktirafan sosial. Pada hari perkahwinan pasangan pengantin bersanding di atas pelamin dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan perlu mengikut norma masyarakat iaitu perlu adapt dan tradisi yang perlu dipatuhi. Lihat Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm.299-300.

1

isteri, ibu bapa dan anak-anak semuanya berkaitan antara satu sama lain dan mesti berlandaskan ajaran dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.2 Jadi sebagai pasangan yang berkahwin semestinya inginkan perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan kerana banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang tempoh perkahwinan yang indah itu sehingga terjadinya penceraian.3

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah perkahwinan. Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara suami isteri. Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing yang tidak dapat memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual. Selain itu faktor ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan paling utama jika si suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau isteri yang berlaku curang dan lain-lain faktor lagi. Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan.4 Seperti firman Allah dalam al-Quran, “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´:128)

JADUAL I: Statistik Perceraian Di Malaysia 2000-2007
2

Imam Habib Abdullah Al-Haddad. 1981. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional. Hlm. 67-68. 3 Abu ‘Urwah. 1986. Risalah Usrah Jilid II: Wanita dan Keluarga. Kuala Lumpur: Pustaka Islam. Hlm. 22. 4 Risalah. “Perceraian”(Pembubaran Perkahwinan).2008. Jabatan Kemajuan Syariah Malaysia(JKSM).

2

Negeri/Tahun Perlis Kedah P.Pinang Perak Selangor K.Lumpur N.Sembilan Melaka Johor Pahang Trengganu Kelantan Sarawak Sabah W.P Labuan Malaysia

2000
188 1,168 647 1,234 2,075 499 625 463 1,942 1,016 1,005 1,784 486 433 40 13,605

2001
186 1,549 717 1,103 1,878 721 564 475 963 1,042 1,046 2,042 602 311 79 13,278

2002
226 1,133 911 1,975 1,977 798 629 530 1,627 894 813 1,472 634 161 61 13,841

2003
253 1,085 925 1,363 3,158 885 684 589 1,612 917 897 1,926 652 570 28 15,544

2004
164 1,474 916 1,508 3,136 1,296 638 553 1,690 616 1,172 1,952 826 514 50 16,505

2005
228 1,737 913 1,475 3,030 1,250 807 612 1,521 1,505 1,285 1,900 820 582 84 17,749

2006
326 2,006 813 1,577 3,295 1,423 867 726 1,647 1,541 1232 2,014 974 923 99 19,463

2007
247 2,188 917 1,551 3,722 1,141 907 758 1,931 1,502 1,537 2,257 910 924 37 20,529

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : 2008

Di

antara sebab meningkatkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada

masa kini,adalah disebabkab runtuhnya institusi keluarga,yang mana ia mengakibatkan anak-anak hilang tempat bergantung,tidak memperolehi kasih sayang serta hidup mereka terbiar. Allah s.w.t mensyariatkan perkahwinan dengan menjadikannya satu daripada kurnia dan nikmat yang besar kepada manusia.Perkahwinan memberi kepuasan jasmani dan rohani kepada mereka dan membantu mencegah daripada kerosakkan akhlak didalam masyarakat serta memberi ketenangan dalam kehidupan. 5 Malangnya,tidak semua perkahwinan mampu menghasilkan ketenangan yang diharapkan.Malah ada yang akhirnya mendapati perkahwinan itu satu penderitaan,oleh

5

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Hlm. 9-10.

3

kerana tidak bijak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya,perkahwinan yang menjanjikan seribu kebahagiaan,berakhir dengan perceraian dan perpisahan.6 Dalam carian statistik sepanjang tahun 1990 hingga 2005 (16 tahun) daripada 1.5 juta pasangan yang berkahwin,terdapat sebanyak 200,000 ribu lebih berlaku perceraian di Malaysia. Hitung panjang 35 pasangan bercerai setiap hari. Bayangkanlah,betapa ramainya anak yang kehilangan tempat bergantung dan belaian kasih sayang ibu bapa mereka. Menurut laman web jabatan kemajuan Islam malaysia (JAKIM) pada tahun 2005 sahaja, terdapat 17,749 perceraian berlaku diseluruh negara. Negeri Selangor merupakan kes perceraian yang tertinggi iaitu 3,030 perceraian diikuti dengan negeri Kelantan 1900 dan negeri Kedah 1737 pasangan. Jumlah tersebut terus meningkat pada tahun 2007, terdapat 3722 kes perceraian di negeri Selangor. Sebenarnya, tujuan perkahwinan dalam Islam untuk membentuk keluhuran peribadi, keselamatan keluarga,kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara, namun ianya belum memihak kepada kita. Kata Imam Al-Ghazali :"Sebenarnya perkahwinan itu bermakna jihad dan latihan jihad itu mengawal dan mentadbir,menunaikan hak-hak keluarga,bersabar terhadap telatah budi pekerti wanita, memimpinnya kepada jalan agama, berjuang mencari rezeki yang halal untuk mereka serta berusaha mendidik anak-pinak. Maka semua tugas-tugas tersebut merupakan kerja-kerja dan tanggungjawab besar".7 Untuk memastikan satu-satu perkahwinan itu berpanjangan ,maka persediaan dan persiapan dalam aspek hendaklah dilaksanakan seperti kerohanian,kesihatan

6 7

“Memperkukuh Modal Insan Kelas Pertama,” dalam Teks Khutbah Jumaat JAIS, 26 Oktober 2007. Mustaffa Daud. 1989. Institusi Kelaurga Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Hlm.67.

4

jasmani,mental dan keupayaan membuat keputusan yang betul perlu dititiberatkan dan diberi perhatian sewajarnya.8 Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak digalakkan dalam Islam. Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka. 9 Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan harian. Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap anak-anak. Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami gangguan emosi kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku.10

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-anak adalah sebahagian daripada ahli keluarga. Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan
8

Siti Zulaikha Mohd Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: ABIM&Budaya Ilmu Sdn.Bhd. hlm.35-36. 9 Ismaliza Ismail. 1999. Tesis, “Cerai Taklik: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu.” Universiti Malaya. 10 Che Latifah Ismail. 2004. Tesis, “Tuntutan Hak Selepas Perceraian di Kalangan Ibu Tunggal. : Kajian Kes di Mahkamah Syariah Perlis”. Universiti Teknologi Mara.

5

bekas pasangan hidup masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat daripada penceraian ini. Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata pepatah Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan ibu”, merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.11

Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu masingmasing kerana bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan. Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap perkahwinan yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukumhakam yang telah ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup? Jangan lupa juga bahawa kita telah berusaha untuk menjadi pasangan yang sempurna dan bertanggungjawab. Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

1.2

Prosedur Perceraian

Sebelum membuat keputusan untuk berpisah selalunya pasangan suami isteri berhadapan dengan masalah yang rumit atau krisis genting. Hal tersebut hendaklah segera diadukan kepada Unit Pembangunan Keluarga untuk mendapatkan khidmat nasihat. Kedua-dua pihak akan dipanggil untuk dinasihati. Jika kedua-dua pihak tidak dapat didamaikan atau

11

K.H Muhammad Nawawi Banten. 1999.Panduan Hidup Suami Isteri Yang Soleh. Bandung: Mestika. Hlm.39.

6

kedua-duanya tekad untuk berpisah maka suatu tuntutan perceraian hendaklah difailkan di mahkamah.12 Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani tuntutan perceraian jika: a) Perkahwinan didaftarkan menurut undang-undang. b) Perkahwinan adalah sah menurut hukum syarak. c) Permohonan hendaklah dikemukakan di tempat tinggal salah satu pihak kepada perkahwinan.13 Suami dan isteri yang ingin memohon perceraian hendaklah mengemukakan permohonan perceraian ke mahkamah di dalam borang yang ditentukan. Jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai atau ada kemungkinan bagi kedua-dua pihak untuk berdamai maka mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada seorang pegawai agama selaku pengerusi dan dua orang yang terdiri daripada wakil pihak suamai dan wakil pihak isteri. Keutamaan diberi kepada saudara-mara terdekat kepada kedua-dua pihak.14 Masa yang akan diambil oleh Jawatankuasa Pendamai ialah selama enam bulan atau lebih jika dibenarkan oleh mahkamah. Jika suami telah melafazkan talak di luar mahkamah, talak tersebut tetap jatuh dan perceraian hendaklah dilaporkan kepada mahkamah.15 C arta I: Prosedur Perceraian

Isi borang permohonan

12

Syeikh Ghazali Abd Rahman et al. 2004. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hlm.35-36. 13 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS) Bil 2, 2005. 14 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil. 3, 2005. 15 Ibid. hlm.35

7

Lampirkan dokumen : Salinan kad pengenalan pemohon Surat keputusan perceraian dari Mahkamah Syariah. Bayaran RM 25.00

Hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah

Lengkap

Terima surat makluman mengambil Surat Perakuan Cerai Dalam tempoh 14 hari

Tandatangan pengesahan penerimaan Surat Perakuan Cerai

Terima Surat Perakuan Cerai

Selesai

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor : 2008

Kita perlu lihat kedudukan perceraian dulu. Walaupun perceraian adalah suatu yang amat dibenci Allah, namun sekiranya perkahwinan itu tidak lagi dapat melahirkan suasana mawaddah dan rahmah dalam kehidupan pasangan, maka perceraian jalan keluar disediakan Islam. Firman Allah yang bermaksud: “…… dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.” (Surah al- Ahzab, ayat 49) Apabila kedua belah pihak bersetuju untuk bercerai, maka prosedur sesuai diikuti adalah permohonan bercerai atas persetujuan bersama. Jika di Selangor, permohonan

8

boleh dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Sesi kaunseling di Pejabat Agama sememangnya tidak diwajibkan untuk dihadiri pasangan yang pada dasarnya sudah mempunyai kata sepakat untuk bercerai. Apa yang perlu dilakukan, salah satu pihak sama ada suami atau isteri boleh membuat permohonan untuk bercerai di mahkamah rendah syariah berdekatan dengan alamat tempat tinggal. Borang permohonan perceraian boleh diperoleh di mana-mana mahkamah rendah syariah. Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama adalah: i). ii) iii) Salinan kad pengenalan (tiga salinan) Sijil nikah (tiga salinan) Sijil kelahiran anak (tiga salinan). Pihak pemohon juga akan dikehendaki membuat Surat Akuan yang antara lain mengatakan mengenai maklumat pernikahan dan maklumat peribadi seperti alamat suratmenyurat, tempat bernikah, wali, pekerjaan, anak hasil perkahwinan dan maklumat lain berkaitan pernikahan. Surat Akuan itu hendaklah diikrarkan di hadapan Pendaftar Mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah Islam. Jika kedua belah pihak, isteri dan suami sudah mempunyai kata sepakat mengenai nafkah edah, mutaah dan nafkah anak hasil perkahwinan iaitu ia adalah masih bidang kuasa mahkamah Rendah Syariah iaitu jika persetujuan itu tidak melebihi RM100,000, maka persetujuan itu boleh dinyatakan dalam borang permohonan perceraian supaya boleh di rekodkan di mahkamah dan seterusnya mahkamah boleh mengeluarkan perintah berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.16 Walau bagaimanapun jika tiada persetujuan dicapai merujuk kepada isu di atas, maka mahkamah hanya akan memutuskan permohonan cerai yang dimohon oleh kedua16

Buletin At-Taqwa. Bil.4 Muharram 1425 H(Mac 2004). Shah Alam: Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan.

9

dua pihak. Pemohon akan diberi tarikh sebutan pertama dalam masa 21 hari daripada tarikh permohonan perceraian difailkan dan pada tarikh sebutan pertama itu, jika mahkamah berpuas hati tiada peluang untuk kedua-dua pihak bersama semula dan atas persetujuan kedua belah pihak untuk bercerai, maka mahkamah boleh membenarkan suami melafazkan cerai pada tarikh berkenaan di hadapan mahkamah. Kebenaran mahkamah itu dengan syarat isteri mesti berada dalam keadaan suci. Jika tidak satu tarikh sebutan lain akan diberikan iaitu ketika isteri berada dalam keadaan suci bagi membolehkan suami melafazkan talak di hadapan mahkamah. Kedua belah pihak akan memperoleh surat cerai, selepas tamat tempoh edah isteri iaitu dengan membawa surat keputusan atau perintah perceraian daripada mahkamah ke pejabat agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk mendapatkan surat cerai. Perlu diingat bahawa sesuatu lafaz cerai yang ingin dilafazkan mestilah dengan kebenaran mahkamah syariah dan di hadapan mahkamah. Jika berlaku lafaz cerai di luar mahkamah dan bukan dengan kebenaran mahkamah, maka ia bersalahan dengan peruntukkan undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

1.3

Jenis-Jenis Perceraian

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19:

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

10

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya. Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.17

Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah, dan ia tidak pernah dipermudahkan dan digalakkan oleh agama Islam. Islam hanya membenarkan perceraian, jika kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang bagi mengatasi permasalahan mereka untuk berdamai.18 Jika semua usaha-usaha ini telah mereka laksanakan, namun rumahtangga mereka masih tidak dapat diselamatkan, maka Islam membenarkan pasangan tersebut bercerai. Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud,

17

Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah. 1986. Undang-Undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie. Hlm. 34-35. 18 Akhlak Husain. 1987. Ibu Bapa Muslim: Panduan Untuk Bakal Suami Isteri. Terj: Mustafa Ramadhan. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran. Hlm.52.

11

"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik" Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud; "Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga" (Riwayat : Abu Daud dan Ibnu Majah) Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah dicampurinya.19

1.3.1

Talak

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Hadis Rasululllah SAW bermaksud:”Sebenci-benci perkara yang halal disisi Allah ialah talak.”
19

Lihat Mahmood Zuhdi Abd.Majid & Raihanah. Hlm. 86-87.

12

(Riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)20

Dengan Perintah atau izin mahkamah,

perceraian didalam mahkamah yang

berlaku dengan izin mahkamah, setelah suami atau isteri membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah dengan mengisi borang tertentu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai. Borang tersebut boleh didapati di mana-mana Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat suami atau isteri bermastautin.Talak yang dilafazkan diluar mahkamah adalah satu kesalahan dan ia perlu dirujuk ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz tersebut.21

1.3.1.1

Talak Raj'ie

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru. 1.3.1.2 Talak Bain

Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya. Ia boleh dibahagikan kepada dua;
20

Muhamad Nor Ibrahim et al. 1982. Mustika Hadis Rsulullah(saw) Jilid I . Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. 21 Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS 2003) memperuntukkan seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah. Lihat Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.

13

i.

Talak bain Sughra(kecil)

Iaitu apabila suami menceraikan isteri dengan talaq raj'ie samada satu atau dua kemudian tidak merujuknya hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga perceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, perceraian denagn sebab 'ila,fasakh dan khulu' (tebus talaq) dan pertukaran agama suami isteri.22 ii. Talak Bain Kubra (besar)

Iaitu talak tiga (talaq raj'ie atau talaq bain sughra) yang telah berlaku sebanyak tiga kali. Apabila berlakunya talak tiga, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi: a. b. c. d. e. 1.3.1.3 Setelah selesai iddah isteri itu. Bekas isteri berkahwin dengnan lelaki lain. Suami kedua menyetubuhi bekas isteri itu. Suami kedua menceraikan si isteri. Selesai iddah dari suami yang kedua itu.23 Talak (Faraq) Bain Muabbad (kekal)

Iaitu pembubaran perkahwinan yang terjadi sebagai implikasi daripada proses li'an, dan tidak ada peluang lagi bagi suami isteri untuk berkahwin semula melalui apa cara sekali pun, selama-lamanya. Ia hanya berlaku dengan cara li'an. 1.3.1.4 Talak Sunnah (Mengikut Sunnah)

Iaitu talaq yang digalakkan oleh syarak dan menurut adab yang telah ditentukan seperti mentalaq isteri yang pernah disetubuhi ketika sedang suci dan belum berlaku
22 23

Ibid. Ibid.

14

persetubuhan ketika suci tersebut,dan talaq yang berlaku sekali lalu diikuti dengan rujuk dalam tempoh iddahnya, kemudian talaq kedua lalu diikuti dengan rujuk. Talaq sebegini hukum asalnya diharuskan dan menjadi sunat jika dilakukan dengan alasan yang munasabah di sisi syarak dan ia dikira sah.24 1.3.1.5 Talak Bid'ah (Tidak Mengikut Sunnah)

Iaitu talak yang tidak digalakkan oleh syarak dan tidak menurut adab yang ditentukan.Contohnya mentalakkan isteri dengan talak tiga sekaligus, atau mentalakkan secara berturut-turut 3 kali dalam satu majlis sebelum sempat tamat iddah bagi setiap satu talak, atau mentalakkan ketika keadaan haid atau nifas atau ketika masa suci tetapi telah disetubuhinya. Ijma' ulamak telah menyatakan bahawa talaq bid'ah haram dilakukan dan pelakunya (suami) adalah berdosa.Namun jumhur ulamak menyatakan bahawa talak bid'ah ini tetap jatuh.

1.3.2

Khulu’(Tebus Talak)

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan. Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”
24

Ibid.

15

Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja. Tujuan khuluk; a. b. c. Memelihara hak wanita Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

1.3.3

Penceraian Ta’lik

Ta'lik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Cerai ta'lik ini berlaku dalam beberapa hal; Ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil pernikahan. Perceraian seumpama ini (ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi) hanya boleh disabitkan oleh Hakim di dalam perbicaraan. Perkara ini berlaku jika isteri ingin menuntut perceraian di hadapan Hakim, sementara suami tidak mahu menceraikan isterinya dan belum melafazkan talak kepadanya. Isteri dikehendaki membuktikan bahawa suaminya telah melanggar perjanjian (Ta'lik) yang telah dibuat sewaktu bernikah dahulu.25 Jika Hakim dapati suami telah melanggar ta'lik dengan hujah yang jelas yang dikemukakan oleh isteri di dalam perbicaraan, maka Hakim berhak memisahkan kedua pasangan dan menghukumkan jatuh talak kepada pasangan tersebut. Ta'lik yang diucapkan oleh suami kepada isterinya sebagai contoh:
25

Lihat Risalah. “Perceraian”(Pembubaran Perkahwinan).

16

"Jika awak keluar rumah ini, maka jatuhlah talak satu kepada kau" Jika isteri tetap keluar dari rumah tersebut setelah memahami ucapan yang dibuat oleh suaminya maka jatuhlah talak ke atasnya. Tetapi jika ada lafaz tambahan umpama kalimah "hari ini", dalam lafaz yang diucapkan oleh suami, maka jika isteri keluar dari rumah pada esok hari , lusa atau sebagainya maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Walau bagaimanapun, pasangan dinasihatkan agar membuat pengaduan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahannya. Perceraian ta'lik ialah suatu bentuk perceraian yang berlaku disebabkan terjadinya sesuatu perkaar atau lafaz yang dilafazkan oleh suami selepas akad nika. Lafaz Ta'lik hanya boleh dibuat oleh pihak suami dan ia tidak boleh ditarik balik dan berkekalan hinggalah perkara yang disyaratkan itu terjadi.

Contoh lafaz ta'lik yang digunapakai mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003: ”Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya................... selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau saya dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan cara talak khulu'.” 26 Seseorang isteri boleh mendapatkan perceraian mengikut syarat-syarat ta'lik yang telah dibuat oleh suami menurut surat ta'lik, atau memohon pengesahan lafaz ta'lik lain yang telah dibuat oleh suami dalam masa perkahwinan 1.3.4
26

Fasakh

Lafaz ini terdapat di muka surat dua Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

17

Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak isterinya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).27 Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh. Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya. Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru. Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003; Fasakh ialah pembubaran perkahwinan yang dipohon samada oleh isteri atau suami dengan kebenaran oleh hakim Mahkamah Syariah disebabkan oleh alasan-alasan yang dibenarkan oleh hukum syarak iaitu:
27

Temubual penulis dengan Tn.Hj.Syafie bin Ahmad, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Mukim Batu, Gombak diadakan di pejabat beliau, Masjik Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada 11 November 2008, pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

18

a. b. c. d. e. f. g.

Suami tidak diketahui(ghaib) selama tempoh melebihi satu tahun. Suami cuai menyediakan peruntukan nafkah selama tiga bulan atau lebih. Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih. Suami tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak mengetahui perkara itu sebelumnya. Suami telah gila selama tempoh dua tahun,mengidap penyakit kusta, vitiligo, atau penyakit kelamin yang berjangkit. Isteri yang telah dikahwinkan oleh walinya sebelum mencapai usia 16 tahun, lalu menolak perkahwinan itu sebelum berumur 18 tahun dan masih belum disetubuhi suaminya.

h.

Suami telah menganiaya isteri dengan cara: i. ii. iii. iv. v. vi. menjadikan isteri hidup menderita berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji memaksa isteri hidup secara lucah melupuskan harta isteri atau menyekat hak isteri terhadap hartanya menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan dan amalan agama tidak adil kepada isteri-isteri(poligami)

i. j.

Suami dengan sengaja enggan meyetubuhi isteri dalam tempoh empat bulan. Perkahwinan tanpa izin isteri atau izinnya tidak sah disebabkan oleh paksaan,kesilapan, ketidaksempurnaan akal,atau alasan lain yang diakui oleh Hukum Syarak.

k.

Apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinanan menurut hukum syarak. Sebagai contohnya, pembubaran perkahwinan yang berlaku kerana alasan teknikal berkaitan dengan kesahihan sesuatu akad nikah seperti, wujudnya pertalian mahram antara suami dan isteri yang tidak diketahui semasa akad nikah berlangsung;berlaku perkahwinan poligami secara menghimpunkan dua orang mahram dalam satu masa; nikah tanpa wali yang diiktiraf sah; nikah secara kontrak (mut'ah); nikah melebihi daripada empat orang isteri dalam satu masa;dan

19

perkara ini hanya diketahui setelah perkahwinan diakadkan. Dalam hal ini, Mahkamah berbidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut. l. Fasakh yang berlaku disebabkan dari pihak suami seperti kerana ia dihukum penjara selama tiga tahun,maka fasakh ini mengurangkan bilangan talak yang dimiliki suami.Jika pasangan itu belum pernah bercerai maka fasakh sedemikian dikira sebagai talak pertama. Oleh itu, suami hanya memiliki dua kali talak lagi, jika ia mengahwininya semula. m. Fasakh yang berlaku disebabkan seperti kecacatan daripada pihak isteri,seperti kecacatan anggota peranakannya maka fasakh sebegini mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami. Maka jika si suami mengahwininya semula, ia masih memiliki tiga kali talak terhadap isterinya seperti sediakala.

1.3.5

Pertukaran Agama Suami Isteri

Pertukaran agama salah satu pihak dalam perkahwinan akan menyebabkan pembubaran perkahwinan mengikut hukum syarak. Walau bagaimanapun hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mensabitkan pembubaran perkahwinan itu samada berlaku atau tidak. 1.3.6 Anggapan Kematian

Isteri boleh memohon pengesahan perceraian disebabkan oleh keadaan suami yang dipercayai telah mati tanpa menemui jenazahnya, atau tidak diketahui perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih sehingga wajar bagi si isteri untuk berkahwin semula. 1.3.7 Li’an

20

Perceraian boleh terjadi sebagai implikasi daripada proses Li'an. Ia merupakan sumpah yang dilafazkan oleh suami sebanyak 4 kali, iaitu menggantikan 4 orang saksi,untuk menyatakan bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain atau menafikan nasab kandungan isterinya itu. Li'an mestilah dilakukan di Mahkamah Syariah.Contoh lafaz li'an ialah “Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku melihat isteriku berzina”. Setelah selesai proses li'an maka terbubarlah perkahwinan mareka serta tidak boleh rujuk atau berkahwin semula sesama mereka selama-lamanya. 1.3.8 Ila’

Berlaku apabila suami yang berkuasa mentalak isterinya,bersumpah dengan menyebut nama Allah untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih. Ila' haram dilakukan kerana ia memudaratkan isteri. Jika suami berila' tidak menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh ila’ maka gugurlah talaq bain ke atas isterinya sebagai alasan atas kezaliman suami dan rahmat pula bagi membolehkannya berkahwin dengan lelaki lain. Walau bagaimanapun,perceraian dengan sebab ila' hendaklah dirujukkan terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah. Jika suami melanggar sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya sebelum cukup empat bulan atau lebih maka dia wajib menbayar kifarah yamin dengan memilih salah satu daripada 3 perkara berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 89 dan Ijma'. Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang. Memberikan pakaian yang menutupi aurat kepada 10 orang miskin, sepasang seorang. Memerdekakan seorang hamba (muslim) jika suami tidak mampu melakukan salah satu daripada perkara di atas maka wajiblah dia berpuasa 3 hari,sebaik-baiknya berturut-turut. 1.3.9 Zihar

Pada zaman jahiliyah zihar digunakan untuk menceraikan isteri. Hukum ini telah dibatalkan dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk menceraikan isteri. Maka jika si suami

21

menziharkan isterinya dengan niat talak, ia tetap dikira sebagai zihar. Zihar terjadi apabila suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang merupakan mahram muabbadnya iaitu ibu kandung, khususnya dari aspek keharaman berkahwin. Contoh lafaz zihar ialah kata suami: ”Engkau sama seperti ibu kandungku yang haram bagiku. ”Maka haramlah bagi si suami menyetubuhi isterinya.Jika penyamaan itu bertujuan untuk memuliakan isteri seperti kata suami “kepandaian tangan kamu memasak tak ubah seperti ibuku.”, maka ia tidak dikatakan zihar menurut mazhab Syafie. Sebenarnya zihar ini adalah satu pernyataan kinayah untuk tidak menyetubuhi isteri. Perbuatan zihar hukumya haram dan si suami dikira berdosa kerana mengharamkan yang halal. Jika suami ingin kembali menyetubuhi isteri ia wajib membayar kifarah terlebih dahulu, mengikut keutamaan salah satu daripada perkara dibawah :

a. b. c.

Memerdekakan seorang hamba (muslim) Berpuasa 2 bulan berturut-turut Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang. Sebaliknya jika suami terus tidak mahu menyetubuhi isterinya sehingga tempoh 4

bulan maka zihar ini telah hampir sama hukumnya seperti ila' kerana isteri telah dizalimi(tidak mendapat nafkah batin). 1.4 Wajib a) b) c) d) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat perdamaian rumah tangga mereka Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami Hukum talak

22

Haram a) b) c) d) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat a) b) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

1.4.1 Suami a) b) c) Isteri a) b) 1.4.2

Rukun talak

Berakal Baligh Dengan kerelaan sendiri

Akad nikah sah Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya Lafaz 23

a) b)

Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya Dengan sengaja dan bukan paksaaan

1.4.2.1 Contoh lafaz talak Talak sarih Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya. Talak kinayah Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik. Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.” Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

24

1.5

Rumusan

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ialah masalah ekonomi. Si suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau pun pendapatan yang tidak mencukupi. Terdapat juga si suami yang gagal Justeru itu, si suami gagal menguruskan kewangan rumahtangga dengan berkesan.

menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami terutama dalam menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak. Konflik rumahtangga dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin juga berpunca daripada kejahilan pasangan tentang agama. Kurang pengetahuan agama Islam terutama mengenai munakahat menyebabkan pasangan jahil tentang tugas dan tanggungjawab masing-masing.

25

Terdapat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menghadapi tekanan jiwa. Keadaan ini berlaku kerana suami atau isteri ataupun kedua-duanya belum bersedia untuk memasuki alam perkahwinan. Mereka tidak bersedia untuk memainkan peranan sebagai suami ataupun isteri. Akibatnya tanggungjawab sebagai suami atau isteri tidak dilaksanakan dengan sepenuh hati. Dalam institusi perkahwinan, Allah s.w.t telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan dan pelaksanaan tanggungjawab sepertimana yang dikehendaki Allh s.w.t akan membawa kebahagiaan kepada keluarga..

BAB II PERKARA BERBANGKIT DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN

2.1

Pengenalan

Perkara-perkara berbangkit jika berlaku pembubaran perkahwinan ialah perkara yang menjadi tanggungjawab pasangan selepas perkahwinan mereka dibubarkan. Tanggung jawab ini adalah menjamin keadilan sosial masyarakat Islam melalui institusi keluarga iaitu semua pihak yang terlibat mendapat perlindungan dan hak masing-masing dalam Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Dengan itu setiap pihak akan terjamin daripada pengabaian dan penganiayaan.

26

Pada asasnya konsep penyelesaian pertikaian secara damai atau muafakat pihakpihak tanpa melibatkan institusi pengadilan formal seperti mahkamah merupakan amalan tradisi dalam kalangan anggota masyarakat dan ia telah diamalkan secara meluas dalam kalangan bangsa-bangsa didunia meskipun istilah ini tidak didefinisikan secara jelas pada masa itu. Sejarah juga mencatitkan bahawa semua masyarakat dan bangsa-bangsa di dunia samada Ponisia, Rom, Greek, Hindu, Yahudi, Kristian, China dan Muslim menggunakan aturan-aturan agama dan adat dan bukannya sistem mahkamah atau proses litigasi bagi menyelesaikan pertikaian-pertikaian sivil. Campurtangan proses litigasi kalaupun perlu hanya setelah penyelesaian secara tidak formal menemui jalan buntu dan keadilan tidak mungkin akan tercapai kecuali melalui proses tersebut. .( Buxbaum 1968; Jandt & Pedersen 1996; Syed Khalid 2002) Setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai metod dan istilah tersendiri dalam merealisasikan amalan ini . Umpamanya dalam kalangan orang-orang Cina, proses penyelesaian secara damai yang dikenali sebagai mediasi dianggap sebagai “one of China’s fine tradition” . Proses ini di kesan sebagai telah diamalkan dalam era Dinasti Zhou hampir 1,100 tahun dahulu. (Jandt & Pedersen 1996) Di dalam Islam penyelesaian pertikaian tanpa melalui prosedur litigasi dikenali sebagai sulh. Pada zaman pra Islam konsep ini yang diaplikasi melalui kaedah tahkim merupakan amalan tradisi masyarakat Arab dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku dikalangan mereka samada ia melibatkan pertikaian komersil atau pertikaian antara kabilah dan juga kekeluargaan. Meskipun dalam sistem kehidupan masyarakat pra Islam tidak ada kekuasaan politik dan sistem pengadilan yang tersusun, namun jika terjadi pertikaian mengenai hak milik, hak warisan dan pelanggaran hukum selain dari pembunuhan, maka pertikaian ini akan dirujuk untuk diselesaikan oleh jurudamai yang dipanggil hakam yang mewakili pihak masing-masing. Oleh kerana sistem sosial pada masa itu didominasi oleh sistem suku atau kabilah maka setiap suku kaum mempunyai hakamnya sendiri. (Madkur 1964;Coulson 1991;Schacht 1955)263.

27

Sejarah juga mencatitkan Nabi Muhammad s.‘a.w sebelum dilantik menjadi Rasul pernah menjadi hakam dalam pertikaian yang hampir-hampir mencetuskan pertumpahan darah di antara pembesar Quraysh. Peristiwa ini berlaku apabila masing-masing pihak tidak mahu bertolak ansur dalam pertikaian bagi menentukan siapakah yang akan meletakkan kembali hajar al-’aswad ketempat asalnya. (Iqbal 1961)

2.2 2.2.1

Perkara-perkara Berbangkit dengan Pembubaran Perkahwinan Ihdad

Perkara yang timbul dengan sebab kematian bagi isteri yang kematian suami wajib berkabung dalam tempoh yang tertentu. Dia antara perkara-perkara yang perlu dijaga dalam tempoh berkabung ialah tidak boleh bersolek berlebih-lebihan dan tidak boleh keluar dari rumah tanpa ada tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tempoh berkabung kepada seseorang isteri ialah empat bulan sepuluh hari.28 2.2.2 Rujuk

Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk. 2.2.2.1 Hukum rujuk Wajib Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain Haram Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu
28

Akmal Mohd Zain. 1992. Kegoncangan Rumah Tangga: Penyelesaian Menurut Al-Quran dan AlSunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn.Bhd. Hlm. 45-46.

28

Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri Harus Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama 2.2.2.2 Suami a) b) c) Isteri a) b) c) d) e) 2.2.2.3 a) b) c) d) 2.2.2.4 Lafaz sarih Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.” Lafaz kinayah Telah disetubuhi Berkeadaan talak raj’i Bukan dengan talak tiga Bukan cerai secara khuluk Masih dalam idah Lafaz Ucapan yang jelas menyatakan rujuk Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat Dengan sengaja dan bukan paksaan Contoh lafaz rujuk Berakal Baligh Dengan kerelaan sendiri Rukun Rujuk

29

Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.29 2.2.3 Iddah Iddah bermaksud suatu jangka waktu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah diceraikan oleh suaminya (cerai hidup atau mati). Isteri tersebut harus menunggu supaya dapat dipastikan sama ada beliau hamil. Iddah ialah satu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada hamil untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.30 Iddah hukumnya wajib. dan wajib difasakhkan serta merta.31 Jika seseorang perempuan yang di dalam Iddah

berkahwin dengan lelaki yang lain maka perkahwinan itu tidak sah pada hukum syarak

2.2.3.1 Iddah Talak

Jenis-jenis Iddah:

Iddah yang disebabkan oleh perceraian Iddah Wafat Iddah bagi seorang isteri yang kematian suaminya, iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari. Iddah Hamil Iddah bagi isteri yang diceraikan semasa beliau sedang hamil. Iddah isteri yang hamil ialah sampai beliau melahirkan anak.
29 30

Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia, 19 Disember 2007. Hlm.2. Ibid.Hlm.3-4. 31 Lihat Syeikh Ghazali Abd Rahman.et al. Hlm.44.

30

Iddah Kehilangan suami Bagi seorang isteri yang kehilangan suami dan tidak mengetahui di mana suaminya berada, iddah isteri tersebut adalah empat tahun lamanya, dan setelah cukup empat tahun maka hendaklah dia beriddah lagi selama empat bulan sepuluh hari.

2.2.3.2 a) b) c)

Hikmah Iddah Untuk memastikan kesucian rahim perempuan Perkara ta’abbud (ibadat) Memberi peluang kepada suami berfikir semula dan kembali merujuk isterinya semasa di dalam iddah . Hal ini tertakluk kepada kes talak rajie sahaja Tempoh Iddah Iddah perempuan yang hamil ialah gugur kandungannya itu sama ada melalui kelahiran biasa atau keguguran sama ada ia perempuan yang diceraikan atau kematian suami Iddah perempuan yang masih didatangi haid ialah sebanyak tiga kali suci Iddah perempuan yang tidak ada haid sama ada telah putus haid atau belum kedatangan haid maka iddahnya ialah tiga bulan Iddah perempuan yang kematian suami dengan syarat dia tidak hamil maka iddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Sekiranya dia kematian suami dan dia pula hamil maka iddahnya ialah melahirkan kandungan tersebut32 Seorang perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak

2.2.3.4 a)

b) c) d)

pernah disetubuhi suaminya itu maka perempuan itu tidak perlu beriddah. Tetapi dia

32

Lihat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. 2003.

31

wajib beriddah selama empat bulan sepuluh hari sekiranya suaminya itu meninggal dunia walaupun tidak pernah disetubuhi suaminya.33 Berkaitan isu ini mahkamah merujuk kepada beberapa ayat al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan pendapat fuqaha-fuqaha seperti di bawah ini:Maksudnya: Dan isteri-isteri itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci dari haid. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan dan tidak memberitahu tentang anak yang dijadikan Allah dalam kandungan mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri-isteri itu dalam masa eddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang perempuan (isterinya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al- Baqarah:Ayat 228)

2.2.4

Nafkah

Nafkah yang dimaksudkan ialah pemberian selepas perceraian. Pemberian nafkah ini tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan. Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan dan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.34 Ini telah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarga, maka(iaitu nafkah yang diberikan adalah sedekah (Riwayat Ibnu Majah)
33 34

Ibid. hlm 45-46. Lihat Syeikh Ghazali Abd Rahman. Hlm. 62.

32

Pemberian nafkah tersebut tersebut mengikut kemampuannya. Firaman Allah s.w.t yang bermaksud: Hendaklah menafkahkan orang-orang kaya itu dari kekayaannya dan sesiapa yang sempit rezekinya maka nafkahkanlah daripada apa yang Allah berikan padanya. Tidakkah Allah membebankan sesuatu jiwa itu kecuali sekadar apa yang Allah berikan kepdanya. Nanti bakal Allah jadikan selepas kesusahan itu kemudahan (Surah al-Talaq: 7)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Cukup berdosa ke atas orang yang menahan nafkah ke atass orang yang ditanggungnya (Riwayat Muslim)

2.2.4.1 a)

Nafkah isteri yang diceraikan Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talak rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah: i) ii) iii) iv) Menyediakan makanan yang sepatutnya Menyediakan pakaian yang sepatutnya Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti alat soleh, belanja perubatan dan sebagainya35

b)

Sekiranya ia diceraikan dengan talak bain maka isteri tersebut hanya layak

mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi

35

Ibid. Hlm. 48.

33

sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak medapat keempat-empat kemudahan seperti perempuanyang diceraikan dengan talak rajie. Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya. Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz juga tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.36

2.2.5

Mutaah

Mutaah ialah sebarang bentuk pemberian yang diberikan oleh suami kepada isterinya sebagai ganti terhadap kemungkinan si isteri akan terdedah kepada kesempitan hidup dan lain-lain kemudharatan. Dalam kalangan masyarakat Melayu, mutaah difahami sebagai saguhati perceraian.37

Perempuan-perempuan yang berhak mendapat mutaah: i) ii) Perempuan yang diceraikan dengan kehendak suami Perempuan yang dihukum oleh kadi, jatuh talaknya(fasakh) disebabkan suaminya ada keaiban atau hilang atau mendatangkan mudharat kepadanya38

Perempuan-perempuan yang tidak berhak mendapat mutaah: i) ii) iii) iv) v) Perempuan yang diceraikan sebelum bersetubuh Perempuan yang bertebus talak (Khulu’) Perempuan yang difasakh nikahnya dengan li’an Perempuan yang diceraikan oleh suaminya di atas permintaannya sendiri Perempuan yang tercerai dengan sebab keaiban yang ada pada dirinya sendiri39

36 37

Ibid. Lihat Che Latifah Ismail. Hlm.34. 38 “Dalam Hal Tuntutan Mutaah.” Enakmen Undang-Undang Kelaurga Islam Negeri Selangor 2003. berkaitan tuntutan mutaah. 39 Ibid.

34

2.2.6

Hadhanah

Hadhanah ialah mendidik dan menjaga anak bagi mereka atau sesiapa yang berhak berbuat demikian. Hukum hadhanah adalah wajib kerana sekiranya diabaikan maka anak-anak akan terdedah kepada segala bahaya dan mudharat. 2.2.6.1 Hak Mendapatkan Hadhanah

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa ibu lebih berhak mendapatkan hak hadhanah daripada bapa. Ini kerana ibu sebagai seorang perempuan dilihat lebih pengasih daripada bapa dan ibu juga lebih tahan menanggung sabar dalam mendidik anak jika dibandingkan dengan bapa, tambahan pula ibu lebih rapat dengan anak jika dibandingkan dengan bapa. Hak hadhanah boleh juga beralih kepada bapa dalam keadaan-keadaan berikut: i) ii) Ibu enggan menjaga anak-anaknya Ibu tidak layak menjaga anak-anaknya disebabkan gila, fasik dan tinggal dalam persekitaran yang boleh menjejaskan pembesaran anak dalam suasana Islam iii) Anak enggan tinggal bersama ibunya

Walaupun Kadi mempunyai kuasa sepenuhnya menentukan kepada siapakah hak hadhanah hendak diberikan setelah mengambil kira keadaan-keadaan ibu bapa (suami isteri yang bercerai) dari segi kewangan, pendidikan, persekitaran tempat tinggal, tahap keagamaan dan sebagainya.40 Penjagaan anak atau hadanah bermaksud penjagaan kanakkanak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan diri sama ada lelaki atau perempuan sesudah berlakunya perceraian di antara kedua ibu bapa mereka.41

40 41

Jurnal Hukum JAKESS. Kes Mal Bil. 1000-050-060. 2006. Risalah “Hak Penjagaan Anak”. 2008. Biro Bantuan Guaman. Jabatan Perdana Menteri.

35

Ibu adalah yang paling berhak daripada orang lain bagi menjaga anak kecil sama ada dalam masa perkahwinan atau selepas berlakunya perceraian. Tanggungjawab itu akan berterusan sehingga anak kecilnya mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan). Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut: i) ii) iii) Kebajikan kanak-kanak tersebut. Kemahiran ibu bapa kanak-kanak Kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendapatnya.42 Anggapan yang boleh disangkal bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanakkanak yang masih kecil supaya ia berada bersama ibunya. Anggapan ini boleh dipatahkan sekiranya dapat dibuktikan bahawa pihak lain dapat menjaga dengan lebih sempurna. Bahawa adalah tidak baik untuk mengganggu kehidupan kanak-kanak dengan bertukartukar penjagaan dari seorang penjaga kepada seorang penjaga yang lain. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang anak hasil daripada sesuatu perkahwinan mahkamah tidak terikat untuk meletakkan hak penjagaan kedua-dua atau kesemua anak-anak itu dalam penjagaan seorang yang sama kerana kebajikan setiap kanak-kanak tersebut dipertimbangkan secara berasingan. Walaupun terdapat penjaga yang sesuai untuk diberi hak penjagaan anak, mahkamah boleh pada bila-bila masa membuat perintah untuk meletakkan kanak-kanak dalam penjagaan pihak-pihak lain sekiranya mahkamah berpendapat wujud keadaan yang luar biasa yang menyebabkan tidak diingini kanak-kanak itu diamanahkan kepada seseorang atau kepada kedua-dua ibu bapanya. Orang yang bertanggungjawab membayar upah ialah orang yang

bertanggungjawab menanggung nafkah anak iaitu bapa kanak-kanak. Ini adalah kerana
42

Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadhanah dan Nafkah Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004. Gurney Resort Hotel and Residences. Pulau Pinang. 21-22 Julai 2004.

36

upah penjagaan anak dikira sebagai sebahagian daripada nafkah wajib keatas bapa untuk membayarnya. Sekiranya bapa tidak sanggup untuk menjaga anak tersebut, kewajipan bapa untuk membayar nafkah tetap ada. Orang yang bertanggungjawab membayar upah dan hadanahnya ialah orang yang bertanggungjawab menanggung nafkahnya kerana perbelanjaan hadanah dikira sebagai sebahagian dari nafkah dan ia merupakan perkara wajib keatas seseorang bapa ataupun penjaganya. Jika orang yang mengendalikan hadanah itu seorang perempuan asing, iaitu bukan ibunya sendiri, maka dia, berhak mendapatkan upah kepada pelbagai khidmatnya untuk si kecil, kecuali jika dia rela memberikan khidmatnya dengan percuma maka gugurlah haknya itu. Bayaran hadanah dikira dari permulaan hari perempuan tersebut menjalankan tugasnya. 2.3 Bayaran itu tidak akan gugur sama sekali kecuali dengan membayarnya atau menghalalkannya. Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS

Visi Berusaha membantu membina dan mengukuhkan institusi keluarga yang cemerlang bertemakan "Baiti Jannati" yang menepati kehendak Syariat Islam dan diredhai Allah

Misi Menyediakan perkhidmatan, memupuk kefahaman dan mendidik masyarakat Islam mengenai pembangunan dan pengurusan kekeluargaan berlandaskan Enakmen UndangUndang Keluarga dan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan

37

cemerlang.

Objektif

a)

Mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan hal-ehwal pengurusan kekeluargaan Islam kepada pelanggan dalam suasana penuh tanggungjawab, mesra, cekap dan amanah.

b)

Menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat Islam mengenai cara hidup kekeluargaan Islam mengikut pendekatan pembinaan keluarga 'Baiti Jannati' yang selaras dengan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan beriman.

c)

Menyebarkan dan memberi kefahaman kepada masyarakat Islam berhubung peraturan dan perundangan semasa, berkaitan pengurusan hal-ehwal keluarga Islam untuk keharmonian institusi kekeluargaan

d)

Menyediakan modul dan melaksanakan kursus-kursus pembangunan keluarga yang berinformasi, berkualiti, berkesan dan mampu melahirkan modal insan yang akan berfikiran positif serta mempunyai daya usaha tinggi selaras dengan cara hidup Islam yang cemerlang

e)

Menyediakan

dasar,

garis

panduan,

kaedah

dan

perkhidmatan

rundingcara/khidmat nasihat keluarga dan guaman syarie dalam suasana

38

mesra,beretika dan bertepatan dengan peruntukan dalam Enakmen Undangundang Kekeluargaan Islam serta Hukum Syarak f) Melahirkan Pegawai Rundingcara / Khidmat Nasihat, Pegawai Syarie dan Pendaftar Nikah yang berkualiti, berhemah dan professional. g) Memantau pelaksanaan pengurusan perkhidmatan hal-ehwal keluarga Islam untuk penyelarasan secara turun padang, berjadual dan efisen untuk penambahbaikan serta pencegahan pelanggaran peraturan secara berterusan h) Merancang dan meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat bagi

pengumpulan dan penyebaran data-data aduan keluarga, pernikahan, perceraian dan rujuk untuk melancarkan aktiviti harian dan penyusunan program pelan tindakan pembangunan institusi keluarga secara berterusan

2.3.1

Peranan JAIS dalam Institusi Kekeluargaan Dalam usaha untuk menyelamatkan institusi kekeluargaan, JAIS sentiasa

meningkatkan tahap profesionalisme para pegawai rundingcara keluarga. Pegawaipegawai ini sentiasa menunjukkan imej yang baik serta sentiasa mahu berusaha bagi meningkatkan ilmu sama ada ilmu kaunseling atau hukum hakam bagi meningkatkan mutu bidang khidmat kaunseling keluarga di Jabatan Agama Islam Selangor. Pegawai Rundingcara sentiasa tabah dan cekal hati dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai terutamanya mereka yang bermasalah dalam rumahtangga. Banyak cabaran yang ditempuhi dalam memberi khidmat rundingcara kepada mereka yang mempunyai masalah, oleh itu kesabaran dan ketabahan mereka amat diperlukan.43 Begitu juga dengan urusan berkaitan nikah, cerai dan rujuk masyarakat Islam di
43

Seminar Peningkatan Pegawai Rundingcara Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor. Hotel Carlton Holiday. Shah Alam. 13 November, 2008.

39

Selangor kini lebih mudah, pantas dan tepat berbanding sebelum ini selepas Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan sistem Nikah, Cerai dan rujuk secara online. (Sistem NCR Online). Urusan yang mencakupi urusan permohonan kursus pra perkahwinan, permohonan kebenaran berkahwin, permohonan perkahwinan, aduan serta khidmat nasihat, permohonan cerai, permohonan rujuk dan permohonan salinan surat nikah, kini boleh didapati dengan melayari Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jika sebelum ini, orang ramai perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) hanya semata-mata hendak mendapatkan borang yang berkaitan, kini mereka boleh mendapatkan borang tersebut dengan mengisi data maklumat yang diperlukan dan mencetaknya sebelum di bawa ke PAID yang berkenaan untuk proses selanjutnya.

2.4

Latarbelakang JAKESS

Agama Islam di negeri Selangor telah ada diawal kurun 15 melalui Melaka kerana Selangor pada masa itu berada di bawah jajah takluk Melaka. Pada zaman pemerintahan Melaka tersebut, telah wujud jawatan kadi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di negeri tersebut. Sejarah penubuhan mahkamah syariah di negeri Selangor Darul Ehsan pula telah wujud dalam kurun ke-17.44 Undang-undang Mencegah Berzina Tahun 1894 (Prevenatation of Adultry Regulation 1894) adalah undang-undang pertama yang dikanunkan di negeri Selangor. Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 26hb September 1894 dan undang-undang ini hanya berkuatkuasa untuk yang beragama Islam sahaja. Mengikut undang-undang ini, seorang lelaki yang melakukan perhubungan jenis dengan seorang

44

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil.1, 2004.

40

perempuan yang telah bersuami adalah bersalah dan boleh dihukum 2 tahun penjara bagi lelaki dan 1 tahun penjara bagi perempuan dan mungkin kedua-duanya didenda.45 Pada tahun 1900 pula, Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan Undang-undang Pendaftaran Nikah Kahwin dan Cerai Orang-Orang Islam 1900 (Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900) iaitu undang-undang berhubung dengan nikah kahwin dan cerai orang-orang Islam di negeri Selangor.46 Undang-undang ini memperuntukkan suami atau wali hendaklah melaporkan perkahwinan kepada kadi atau naib kadi daerah dalam masa 7 (tujuh) hari selepas akad nikah dan kadi atau naibnya hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkannya sijil perkahwinan. Begitu juga dengan percerian, hendaklah dilaporkan kepada kadi dalam masa 7 tujuh selepas bercerai dan sijil cerai akan dikeluarkan kepada mereka yang berkenaan. Sekiranya ini tidak dipatuhi, tindakan boleh diambil dengan hukum denda tidak melebihi daripada RM 25.00. Dengan adanya undang-undang tersebut dan untuk membicarakan hal nikah kahwin dan cerai, maka diadakan mahkamah kadi. 47 Pada tahun 1900 juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.48 Pada tahun 1948 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan, dengan itu usaha menggubal undang-undang telah dilakukan dan menghasilkan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dengan nama Enakmen Undangundang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dan mula dikuatkuasakan pada 5 Disember 1952. Dengan adanya undang-undang ini maka termansuhlah undangundang terdahulu daripadanya. Sehingga ke hari ini undang-undang ini telah mengalami
45

Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, “Undang-Undang Mencegah Berzina 1894” . Bil. 1, Disember 1895. 46 Buletin JAKESS. Bil.2. 2004. 47 Ibid. 48 Ibid.

41

pindaan sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1969, 1960, 1961, 1962, 1966, 1972 dan pada 1979. Pindaan ini dibuat berkaitan dengan urusan mengemaskinikan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor.49 Pada tahun 1984 Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 tahun 1984 telah diluluskan dan dikuatkuasakan pada 23 Januari,1989 di seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan Undang-undang ini telah memansuhkan bahagian ke 6 dan 7 seksyen 155, 156, 158, 160 dan 178 perenggan (n) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.50 Pada tahun 1989 Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2 tahun 1989 telah diluluskan. Berdasarkan enakmen ini, Mahkamah Syariah Selangor ditubuhkan secara rasmi dan berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada tahun 1991, Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor No. 6 tahun 1991 dan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1hb September 1991. Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah Selangor telah diasingkan secara rasminya dari JAIS.51

Pada tahun 2003 nama Mahkamah Syariah Selangor telah ditukar kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) selaras dengan perkembangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.Penubuhan Mahkamah Syariah di Negeri Selangor adalah di bawah peruntukan Seksyen 55(1), 55(2), 55(3) dan 55(4) dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. 2.4.1 Mahkamah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 55(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Akta
49 50

Buletin JAKESS. Bil.4.2006. Ibid. 51 Ibid.

42

tersebut memperuntukan bahawa “Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat majlis melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah pula diperuntukan di bawah Seksyen 62(1) iaitu sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah. Selain itu dalam Seksyen 62(2) dalam akta yang sama menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah iaitu: (a) Dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan (b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya,jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).52

2.4.2

Senarai Mahkamah Syariah Negeri Selangor53

1)

Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor,

52 53

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Buletin JAKESS. Bil. 3.2007.

43

Tingkat 5 & 6,Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, 40000 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan 2) Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Klang Tingkat 3, Unit 3-05 & 3-06, Garden Business Centre, No 3, Jalan Istana, 41000 Klang. Selangor Darul Ehsan

3)

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam Tingkat 3, Bangunan Umno Selangor, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan

4)

5)

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat Jalan Low Ti Kok, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sabak Bernam Jalan Parit 1 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan

6)

44

7)

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat Batu 17 ¾ , 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur Jalan Au 2A / 17, Taman Sri Keramat, 54200 Keramat, Kuala Lumpur Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Selangor 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

8)

9)

10)

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor Bandar Baru Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Langat Sungai Manggis, 42700 Banting Selangor Darul Ehsan

11)

12)

45

2.4.3

Penyelesaian Kes Mal 2005

Hulu Langat Mahkamah Syariah Paling Sibuk Pendaftaran kes mal tertinggi dicatatkan antara MRS (Mahkamah Rendah Syariah) telah diraih oleh daerah Hulu Langat. Dengan pendaftaran sebanyak 1,224 kes sepanjang tahun 2005. Daerah Hulu Langat juga telah mendahului pesaingnya yang terdekat MRS Klang dengan majoriti 300 kes. Berdasarkan keluasan bidang kuasa serta kepadatan penduduk di daerah tersebut, kekuatan fizikal dan mental setiap pegawai dan kakitangan di lokasi berkenaan adalah diperlukan pada tahap yang tinggi. Jesteru tidak hairanlah jika pencapaian kes selesai paling banyak juga disandang oleh daerah tersebut dengan catatan sebanyak 908 kes. Manakala MRS Petaling hanya ketinggalan satu kes dibelakang MRS Klang yang mendapat 924 kes. Pendaftaran kes paling sedikit adalah MRS Sepang iaitu sebanyak 169 kes dan diikuti dengan MRS Kuala Selangor sebanyak 220 kes dan MRS Hulu Selangor 252 kes. Seperti yang dimaklumkan kes yang paling banyak selesai adalah MRS Hulu Langat diikuti oleh MRS Petaling Jaya 704 kes, MRS Klang 676 kes dan tangga keempat Bandaraya Shah Alam sebanyak 659 kes.

2.5

Sulh: Suatu Kemestian atau Sukarela

Secara prinsipnya, menurut Islam pihak-pihak kepada pertikaian berhak menentukan samada memilih penyelesaian secara perbicaraan atau sebaliknya. Namun demikian pihak-pihak yang terlibat digalakkan mengadakan sulh bagi menyelesaikan pertikaian kerana jelas ia memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Secara dasarnya proses sulh di Mahkamah Syariah Selangor merupakan suatu kemestian( compulsory ) sebelum suatu kes dikemukakan untuk perbicaraan, kecuali kes-

46

kes yang dikemukakan di bawah seksyen 45 dan 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984. Dengan lain perkataan perbicaraan hanya akan dijalankan jika sulh gagal mencapai persetujuan samada atas keseluruhan atau sebahagian perkara yang dipertikaikan. Prosedur ini bertujuan untuk memastikan bahawa usaha yang maksima telah diambil bagi menyelesaikan pertikaian secara damai melalui rundingan antara pihak-pihak dan seterusnya mempercepatkan proses penyelesaian kes-kes. Begitupun samada prosedur tersebut bersifat kemestian atau sukarela, pada prinsipnya iahanya boleh diteruskan jika pihak-pihak kepada pertikaian tersebut bersedia untuk meneruskannya. Pihak-pihak dalam konteks ini mempunyai hak samada untuk meneruskannya sehingga mencapai penyelesaian atas keseluruhan perkara-perkara yang dipertikaikan atau sebahagian daripadanya atau menarik diri dan menamatkan proses tersebut pada mana-mana peringkat proses tersebut berjalan selagi belum ada apa-apa bentuk perjanjian. Oleh yang demikian apa yang dimaksudkan sebagai prosedur sulh yang bersifat kemestian ialah keperluan untuk melalui prosedur sulh sebelum sesuatu kes dikemukakan untuk perbicaraan dan bukannya kemestian dalam menerima apa-apa cadangan penyelesaian atau bukannya kemestian membuat perjanjian persetujuan. Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perintah Persetujuan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini oleh kerana sulh yang diamalkan di Mahkamah Syariah ini berasaskan kepada Kaedah Tatacara Mal Sulh 2001 dan ia menjadi sebahagian dari perkara yang tertakluk di bawah bidangkuasa mahkamah, maka setiap penyelesaian yang dicapai menerusi sulh ini akan direkodkan sebagai “penghakiman berasaskan persetujuan”oleh mahkamah. Ini bermakna dari segi praktiknya amalan sulh yang dipakai di negara ini lazimnya akan menggunakan mahkamah sebagai kuasa pemutus sesuatu pertikaian meskipun sesuatu kes itu begitu mudah untuk diselesaikan diluar mahkamah. Fakta telah membuktikan bahawa pada asalnya masyarakat Melayu memang menggunakan mahkamah sebagai rujukan terakhir bagi menyelesaikan kes-kes kekeluargaan. Mimi Kamariah telah menjelaskan “in Malaysia where familial ties are

47

still fairly strong, parties whose marriages are facing difficulties should invirably seek help from members within the family circle”. Beliau kemudiannya menambah “ only if that fails, a party wuld consult a lawyer and be advised on the procedures, requirements and implications relevant to divorce proceeding”. (Mimi 1999) Namun demikian belum ada kajian berbentuk kuantitatif yang membuktikan kecenderungan itu berada pada peratus yang paling tinggi, malah beberapa kajian mutaakhir menjelaskan bahawa atas beberapa alasan, kecenderungan itu sudah semakin berkurangan terutamanya dikalangan penduduk bandar. (Aida 2002; Lim 1997) Oleh yang demikian, apabila rujukan kepada proses rundingcara bagi tujuan perdamaian yang dijalankan di Jabatan Agama Islam Selangor bukan lagi suatu kemestian maka tanggungjawab tersebut mestilah dipikul oleh Mahkamah Syariah sebagai institusi pertama yang dituju oleh masyarakat bagi menyelesaikan masalah. Ada benarnya kenyataan bahawa pihak-pihak yang mengemukakan permohonan terutamanya tuntutan dibawah seksyen 47 sememangnya tidak berminat untuk meneruskan lagi kehidupan suami-isteri, namun demikian tindakan ini menampakkan suatu bentuk pengabaian terhadap salah satu fungsi sulh iaitu berusaha mendamaikan kembali pasangan yang bertikai (reconciliation). Apalah ertinya pelaksanaan sulh yang dapat mempercepatkan penyelesaian kes-kes dan mengurangkan lambakan kes-kes di mahkamah tetapi dalam waktu yang sama kes-kes perceraian semakin meningkat bilangannya. Begitu pun usaha-usaha kearah mendamaikan kembali pasangan yang bermasalah hendaklah dilakukan pada peringkat awal sebelum sesuatu petisyen itu difailkan di mahkamah. Kajian telah menunjukkan bahawa prosedur perdamaian yang bermula setelah kes tersebut berada dalam situasi yang kronik dan kritikal atau prosedur perdamaian yang bermula apabila sesuatu petisyen di failkan di mahkamah telah menunjukkan peratus kejayaan yang terlalu rendah dan kadang-kadang lebih bersifat siasia.(Zaleha 1993).

48

2.5.1

Penyelesaian Kes Sulh 2005

Dengan mengasingkan kategori sulh yang dijalankan di MTS (Mahkamah Tinggi Syariah) dan MRS mungkin boleh memberi gambaran tepat tentang pencapaian sebenar pelaksanaan Sulh di Selangor, jika dilihat gabungan MTS Dewan 1 dan Dewan 2 menjadikan kes yang didaftarkan di MTS adalah sebanyak 414 kes, berjaya diselesaikan melalui perundingan sebanyak 151 kes mewakili 31% dan yang terpaksa dirujuk ke Dewan Bicara sebanyak 258 mewakili 50% manakala baki 98 kes atau 19% ditangguhkan untuk tahun berikutnya. Bagi kategori MRS pencapaian tertinggi mengikut peratusan pendaftaran kes sulh untuk kes yang berjaya diselesaikan melalui perjanjian penyelesaian disandang oleh MRS Sabak Bernam sebanyak 88% dituruti oleh MRS Kuala Langat sebanyak 85%, MRS Sepang sebanyak 81%, MRS Klang 76% dan MRS Kuala Selangor 65%. Secara keseluruhannya untuk MTS dan MRS kes yang didaftarkan adalah sebanyak 1906 kes, berjaya diselesaikan melalui perjanjian penyelesaian sebanyak 1218 kes atau 58%.Gagal diselesaikan sebanyak 666 kes atau 32% dan tangguhan sebanyak 10%. Apapun catatannya Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor masih berjaya mengekalkan rekod kes berjaya melebihi 50% dari kes yang diserahkan pada tahun 2005.

2.5.2

Implikasi Tidak Mematuhi Perintah Persetujuan

Pada prinsipnya oleh kerana penyelesaian pertikaian menerusi sulh dicapai berdasarkan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak, maka sepatutnya tidak timbul isu mengenai pelaksanaan persetujuan tersebut. Begitupun jika berlaku keengganan oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan apa-apa perkara yang dipersetujui melalui sulh, disebabkan persetujuan ini kemudiannya menjadi sebahagian dari perintah mahkamah, maka peruntukan yang berkaitan dalam Enakmen Acara Mal berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah mahkamah bolehlah dirujuk untuk dipakai bagi tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan.

49

Keunggulan sulh sebagai kaedah dalam menyelesaikan pertikaian adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan data-data yang terkumpul, dan laporanlaporan media massa di Malaysia menunjukkan meskipun pelaksanaannya baru bermula, namun prosedur ini telah memperlihatkan hasil yang membanggakan dalam pengurusan kes-kes kekeluargaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Selain dari berjaya menanggani masalah kes-kes tertunggak (Harian Metro 4/9/02) pelaksanaan kaedah ini juga dilihat mampu memberikan kepuasan hati kepada pihak-pihak yang bertikai, disamping beberapa faedah lain seperti pengurangan kos tanggungan oleh pihakpihak bertikai. Adalah menjadi harapan semua, meskipun perubahan yang telah dilakukan kepada sistem yang digunapakai ini dapat mempermudah dan meringkaskan prosedurprosedur kehakiman serta memberikan impak yang positif kepada pengurusankes-kes kekeluargaan, dalam masa yang sama ia perlulah terus memastikan prinsip keadilan dapat ditegakkan.

50

2.6

Rumusan

Syariah menggariskan peraturan hidup individu dan kolektif. Peraturan ini mencakupi bidang-bidang ritual, moral, keluarga, social, ekonomi, warganegara, system undangundang, undang-undang perang dan damai serta hubungan antarabangsa. Ringkasnya, ia mencakupi semua bidang hidup manusia. Syariah menunjukkan perkara baik dan buruk yang berfaedah dan yang merosakkan. Ia menunjukkan cara-cara untuk mencapai matlamat yang luhur dari peraturan-peraturan berkenaan. Syariah menunjukkan cara-cara untuk menggerakkan masyarakat dinamik di bawah peraturan dan disiplin. Syariah berbeza dari undang-undang yang lain kerana ia merupakan segugus peraturan skima sistem kehidupan yang digariskan oleh kesepaduan hidup insan. Hukumhukum syariah mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat Islam. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menentukan aspek-aspek tertentu di mana enakmen-enakmen syarak boleh digubal oleh State Legislature (Badan Penggubal Undang-Undang Negeri). Terbatasnya skop Islam sebagai agama rasmi Malaysia juga dapat dilihat daripada pencabulan bidang kuasa oleh Mahkamah Sivil ke atas bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sememangnya telah terhad itu. Dalam tahun 1998, di dalam usaha untuk menaikkan taraf Undang-Undang Parlimen telah meminda Perkara 121 dengan

Syariah dan Mahkamah Syariah,

memasukkan klausa 1A yang tidak lagi membenarkan Mahkamah Sivil menceroboh bidang kuasa Mahkamah Syariah. Masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan demi untuk memperbaiki martabat Islam, hukum Islam dan Mahkamah Syariah keseluruhannya. Pentadbiran Mahkamah Syariah haruslah diperkemaskan bagi

melicinkan pengendalian kes.

51

BAB III PERCERAIAN MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS

3.1

Pengenalan

Pada 24 April 2003, masyarakat Islam dikejutkan dengan isu cerai SMS, iaitu lafaz cerai atau taklik dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi telefon bimbit. Ianya hanya sebuah pesanan ringkas tapi membawa natijah yang baru dalam kehidupan berumahtangga. Isu ini menjadi semakin hangat apabila adanya campurtangan dari Dato Seri Dr Mahathir Muhamad dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Dato’ Shahrizat Haji Jalil. Isu ini sebenarnya tidaklah sekronik mana, tetapi medialah yang memainkan peranan mewarwarkan seolah-olah isu ini merupakan isu penting untuk didiskusikan di kedai-kedai kopi, tidak kira di kafe berinternet atau kedai-kedai runcit. Kebanyakan tukang cerita-cerita ini berbicara hingga melangkaui batas hukum syarak. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengesah dan mensabitkan perceraian satu pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada April 2003. SMS yang dihantar oleh Shamsudin Latif kepada bekas isterinya, Azida Fazlina Abdul Latif tertera: “kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga”. Pada masa lafaz itu dihantar pada pukul 10.04 pagi 18 April 2003, Azida berada di rumah keluarganya dan dia hanya membacanya pada pukul 8 malam apabila telefon bimbitnya dipasang. Hakim Syarie Mohamad Fauzi Ismail semasa membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap Azida.54 Pada prosiding 9 Julai 2003, Azida yang bertindak sebagai plaintif memberitahu mahkamah bahawa dia pasti SMS itu dihantar

54

Utusan Malaysia. Muka Depan. 25.8.2003.

52

oleh suaminya (ketika itu). Shamsudin yang dinamakan sebagai defendan ketika ditanya oleh mahkamah, memperakukan keterangan yang diberikan oleh Azida.55 Berasaskan sumber berita dari media-media tempatan ini maka lahirlah berbagai spekulasi berkenaan dengan cerai SMS ada yang pro dan kontra. Ada yang melampaulampau membangkang cerai SMS dan merasakan seolah-olah ia penghinaan kepada wanita, tidak terkecuali Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Shahrizat Hj Jalil, Sisters in Islam, beberapa pertubuhan NGO wanita yang kurang dikenali. Isu hukum syarak tidak ditonjolkan berkenaan dengan cerai SMS, yang ditonjolkan ialah isu ‘menghina wanita’, mereka bersikap anti-kepada keputusan Mahkamah Syariah itu. Ada satu tulisan menarik dari sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang betul-betul mempertikaikan tidakan Hakim Syarei. Seolah-olah Hakim Syarei tersebut tidak teliti, yang amat menggelikan hati, rencana tersebut cuba mengajar pihak tertentu bagaimana untuk mengesahkan SMS itu ditulis oleh suaminya dan sebagainya. Tidak kurang juga yang betul-betul mempermainkan isu ini, ada yang membuat andaian kalau seseorang itu poligami, tiba-tiba isteri pertama cemburu hantar SMS menceraikan isteri kedua dengan talak tiga sekali gus, habislah sang suami. Itulah beberapa kedangkalan pihak yang kononnya mereka berfikiran kritis tetapi sebenarnya masih dangkal dalam mengkaji idea ini secara menyeluruh, bahkan mereka mungkin tidak merujukpun kepada written decision, mungkin mereka ini hanya merujuk kepada laporan akhbar dan media massa yang agak terhad laporannya dan mengarah kepada memenangkan pendapat pihak tertentu. 3.2 Pendapat dan Hukum Penggunaan SMS

Kemudian bermulalah isu mempertikaikan kewibawaan Hakim Syarei Mahkamah Gombak Timur bermula apabila Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan meminta Jabatan Agama Islam memberi penjelasan lanjut mengenai kedudukan perceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang disahkan oleh
55

Ibid.

53

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Menterinya, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman berkata, beliau ingin mengetahui kedudukan sebenar mengenai fatwa atau perkara-perkara yang membolehkan perceraian dengan cara itu disahkan.56 Beliau ingin mendapatkan maklumat mengenai perkara tersebut dan tidak akan mengeluarkan kenyataan mengenainya, sehingga mendapat penjelasan sepenuhnya. Soal yang menjadi pokok sekarang ialah institusi kekeluargaan yang harus sentiasa dilindungi dari menghadapi masalah perpecahan. Perpecahan boleh mengakibatkan beberapa masalah lain dan elak menambah masalah. Ahli keluarga mesti bertanggungjawab terhadap keluarga masing-masing dan tidak boleh membiarkan masalah itu diselesaikan secara berasingan atau mengambil pendekatan sambil lewa. Beliau menambah, jika menghadapi masalah dalam keluarga, perkara itu perlu dirujuk kepada pihak tertentu yang mahir. Para mufti dan ahli agama berpendapat walaupun lafaz perceraian melalui alat telekomunikasi moden termasuk e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) dibolehkan dalam Islam tetapi ia tidak digalakkan bagi mengelakkan kekeliruan. Mereka turut meminta umat Islam supaya menggunakan kaedah lebih terhormat apabila melafazkan cerai terhadap isteri kerana agama Islam sendiri membenci perceraian. Mufti Kedah, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada menggunakan kemudahan teknologi semasa termasuk dalam berkomunikasi dengan seseorang. Bukan sahaja SMS, kalau guna Internet juga boleh kerana yang penting ialah maklumat itu mesti sampai kepada si isteri. Lafaz melalui SMS dinamakan sebagai lafaz kinayah (tidak terus terang) sementara lafaz ucap (bersemuka) pula dipanggil sebagai lafaz soreh (terus terang). Perbezaan antara kedua-dua lafaz tersebut ialah lafaz talak kinayah hanya sah jika diikuti dengan niat manakala lafaz talak soreh cukup menerusi kata-kata sahaja.57 Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalah perkara baik tetapi ia tidak harus disalahgunakan terutama bagi perkara yang membabitkan hukum agama. Penggunaan sewenang-wenangnya e-mel, Internet atau SMS walaupun latar belakang mereka yang
56 57

Utusan Malaysia. “Berita Dalam Negeri”. 26.7.2003. Ibid.

54

menghantar pesanan boleh disiasat untuk mengesahkannya. Menurut beliau, meskipun menyampaikan sesuatu seperti talak melalui SMS perlu disahkan oleh mahkamah, ia dibimbangi akan menimbulkan masalah lain. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemajuan

teknologi tidak sepatutnya disalah guna termasuk bercerai melalui SMS telefon bimbit. Beliau yang kesal dengan kejadian menimpa sepasang suami isteri terbabit berkata, walaupun dibolehkan oleh syarak namun ia tidak sepatutnya diamalkan. Beliau tidak menyokong perceraian melalui SMS. Sepatutnya kalau hendak bercerai kena bersemuka bukan SMS, Mereka (pasangan terbabit) boleh menggunakan teknologi ini untuk bersemuka atau berbual, dan dari situ mungkin timbul perasaan kasihan dan tidak jadi bercerai. Inilah kemajuan dalam bidang telekomunikasi. 58 Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata mesyuarat mingguan Kabinet berpandangan bahawa perceraian pasangan Islam tidak sepatutnya dilakukan dengan lafaz cerai melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Kabinet memutuskan yang sementara mereka mungkin betul daripada sudut lain, ia bukan cara untuk bercerai. 59 Penceraian melalui SMS adalah sesuatu hal menghina wanita, dengan berhujahkan bahawa lelaki yang menggunakan SMS perlu menfailkan kesnya ke Mahkamah , ini menunjukkan bahawa wanita diberi hak. dengan sms.60 Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga tidak bersetuju dengan budaya tersebut. Ia merupakan satu penghinaan kepada wanita dan membawa imej yang negatif kepada Islam. Kementerian meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin mengambil kira perkembangan terbaru ini agar SMS tidak menjadi alat untuk wanita diceraikan. 61
58 59

Dengan sinis beliau menyelar orang

mengatakan cerai SMS bersifat jalanan, dalam masa yang sama mengiktiraf cinta jalanan

Utusan Malaysia. Muka Depan. 30.7.2003. Utusan Malaysia. Muka Depan. 31.7.2003. 60 Dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia. 30.7.2003. 61 Lihat Utusan Malaysia. 30.7.2003.

55

Manakala dalam tajuk “Pinda Undang-undang Keluarga Islam jika lemah”. Utusan Malaysia.31.7.2003. Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan mengesyorkan supaya Undang-undang Keluarga Islam dipinda jika terbukti wujud kelemahan sehingga membolehkan lafaz cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dibuat sewenang-wenangnya. Kabinet memandang berat perkara itu dan sependapat dengan kementerian bahawa perceraian melalui cara tersebut tidak selaras dengan semangat Syariah. Tegasnya, ia tidak harus dilihat sebagai penghinaan ke atas wanita sahaja, sebaliknya boleh mencemarkan imej agama suci itu dan menjatuhkan maruah lelaki Islam di negara ini.62 Kementerian akan mengesyorkan pindaan undang-undang kalau jelas dan nyata ada kelonggaran di dalamnya yang menyebabkan perceraian melalui SMS berlaku di negara ini. Bukan setakat menerusi SMS bahkan melalui e-mel pun kerana dianggap telah menyalahgunakan teknologi yang ada. Kabinet membincangkan isu lafaz cerai melalui SMS ekoran timbul kontroversi sama ada cara itu beradab atau tidak dan apakah ia satu penghinaan kepada wanita serta kesannya kepada imej Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin berkata bahawa Lafaz cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak sah sehingga diperakukan oleh Mahkamah Syariah di negara ini. Menurut beliau, jika seseorang suami menghantar SMS menyatakan cerai kepada isteri, talak tidak jatuh kerana ia tertakluk kepada hukum bahawa mengikut undang-undang Islam di negara ini ia perlu dibawa ke mahkamah untuk disahkan. Situasi itu dianggap sebagai cuba untuk bercerai dan ia tidak sah sehingga diperakukan oleh Mahkamah Syariah mengikut Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Merujuk kepada lafaz cerai melalui SMS yang dihantar oleh Shamsudin Latif kepada bekas isterinya, Azida Fazlina Abdul Latif pada 18 April 2003 dan disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 24 Julai 2003, Lafaz cerai itu tidak sah dan mereka masih suami isteri yang sah dalam tempoh mula SMS itu dihantar sehingga mahkamah sahkan perceraian itu pada 24 Julai 2003.

62

Utusan Malaysia. “ Pinda Undang-Undang Keluarga Islam Jika Lemah.” 31.7.2003.

56

Talak yang dilafaz oleh suami termasuk menggunakan e-mel, faksimile dan surat juga dikategorikan sebagai `cuba' melakukan perceraian di luar mahkamah atau tanpa kebenaran dan ia bertentangan dengan undang-undang Islam di negara ini. Undangundang itu diwujudkan mengikut kaedah fiqah iaitu sesuatu tindakan imam (pemimpin) ke atas rakyat bergantung kepada kepentingan umum. Ia adalah untuk memastikan si suami tidak melafazkan talak dengan sesuka hati yang boleh menganiaya isteri. Oleh itu, mengikut Seksyen 124 undang-undang berkenaan, sesuatu perceraian di luar mahkamah atau tanpa kebenaran mahkamah akan dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.Jadi, jika suami cuba melakukan perceraian menggunakan SMS, maka tidak jatuh talak. Bukan SMS yang `berkuasa' menceraikan pasangan suami isteri tetapi mahkamah. Undang-undang keluarga Islam di negara ini tidak membenarkan suami melafazkan talak dengan sesuka hati bertujuan untuk memelihara kehormatan kaum wanita. Selain itu ujarnya, ia bagi memastikan proses perceraian berlaku dalam suasana harmoni, sekalipun ia dibenarkan oleh Islam. Oleh yang demikian, Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditugaskan mengkaji semula peraturan berkaitan. Mungkin denda boleh dinaikkan kepada penjara tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000, ini semua akan dirujuk semula.63 Melafaz talak melalui SMS tidak seharusnya berlaku kerana ikatan perkahwinan dalam Islam jauh dari sikap emosional. Seorang Muslim sejati seharusnya memiliki kesopanan, budi, kesabaran dan kekuatan diri dalam menangani persoalan ini. Seseorang itu mungkin tidak menyukai sesuatu dan cuba untuk menjauhinya padahal dari segi kenyataannya ia mengandungi banyak kebaikan dan rahmat.64 Bergaullah dengan isteri kamu menurut yang sepatutnya. Kalau kamu benci kepada mereka (hendaklah kamu bersabar), kerana boleh jadi kamu benci pada sesuatu sedang Allah menjadikan kebaikan yang banyak di dalamnya. (Surah an-Nisa ayat 19)
63 64

Ibid. Mohd Shauki Abdul Majid. “ Lafaz Talak SMS”. Buletin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Ogos 2008.

57

Peraturan

yang

membabitkan

perceraian

di

luar

mahkamah

mungkin

diperketatkan termasuklah cadangan memperkenalkan hukuman penjara mandatori kepada suami yang melafazkan cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telefon bimbit. Hukuman yang ada sekarang gagal menghalang perkara tersebut walaupun ia sebenarnya sudah cukup tegas. Bagaimanapun, walau setegas mana undang-undang sekalipun ia bukanlah satu jaminan bahawa masalah berkenaan dapat diatasi kerana yang paling penting adalah kesedaran di dalam diri para suami. Suami hendaklah ingat bahawa mereka mesti menggunakan cara yang lebih beradab dan bertanggungjawab walaupun lafaz cerai yang dilakukan di luar mahkamah, ia tetap jatuh dari segi syarak.65 Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) berpendapat cadangan memperkenalkan hukuman penjara mandatori ke atas suami yang melafazkan cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telefon bimbit mampu mengatasi masalah perceraian melalui SMS daripada berleluasa. Yang Dipertua NCWO, Profesor Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, hukuman berkenaan akan menjadikan golongan suami lebih berhati-hati dan membendung perbuatan melafazkan cerai dengan sewenang-wenangnya melalui perkhidmatan SMS. Hukuman penjara adalah lebih berat dan serius berbanding dengan hukuman mengenakan denda.66 Pengerusi Perkhidmatan Hotline MCA, Tai Sim Yew dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, masalah lafaz cerai melalui SMS harus dibendung demi memelihara kesucian dan kehormatan institusi kekeluargaan dan perkahwinan. Selain itu perbuatan tersebut juga adalah satu bentuk diskriminasi, prejudis dan penghinaan kepada maruah dan martabat kaum wanita di negara ini.67 Isu ini benar-benar mengajak pelbagai pihak terdiri daripada orang ramai, ulama dan terutamanya golongan wanita melihat perkembangan kurang sihat ini. Kebanyakan mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara talak itu `dilafazkan'. Bahkan, lafaz cerai melalui SMS disifatkan sebagai menghina kaum isteri selain dilihat sebagai
65

Sheikh Ghazali Abdul Rahman. “Peraturan cerai SMS”. Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Ogos 2003. 66 Utusan Malaysia. Muka Depan. 4.8.2003. 67 Ibid.

58

diskriminasi terhadap wanita. Pertubuhan Sisters In Islam (SIS) melalui Pegawai Penyelidiknya, Nik Noriani Nik Badlishah berkata, lafaz cerai menerusi SMS menunjukkan si suami tidak mempunyai adab ihsan di dalam diri. SIS begitu terkejut kerana Majlis Agama Islam membenarkan perkara tersebut tanpa adanya tatatertib atau ihsan di dalam perkara tersebut. Seorang pekerja pun tidak boleh dibuang kerja melalui SMS, inikan pula perceraian yang merupakan satu pekara besar yang melibatkan rumah tangga.68 Walaupun perceraian memang merupakan hak suami tetapi selalunya pihak isterilah yang akan menanggung segala proses perundangan dan sebagainya. Proses perceraian selalunya akan berakhir dalam jangka masa yang lama dan menelan kos yang mahal. Menurut SIS, Majlis Agama Islam sudah bersedia untuk menggunakan alatan moden bagi tujuan lafaz cerai yang sudah tentu memberi banyak kelebihan kepada pihak suami. 69 Dalam pada itu, Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Faridah Khalid berkata, perceraian menerusi SMS merupakan satu penghinaan kepada institusi perkahwinan itu sendiri. Tambahan pula katanya, implikasi terhadap isteri dan keluarga adalah besar akibat perceraian dengan cara demikian. Kita tidak tahu sama ada SMS tersebut dilakukan dengan tujuan penganiayaan oleh pihak yang sakit hati dengan pasangan tersebut. Ini sudah tentu akan menghuruharakan sesebuah rumah tangga. Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang suci, namun dilihat untuk meleraikannya sebagai paling mudah dan terlalu singkat. Untuk bercerai bukanlah satu yang mudah. Suami perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat perisytiharan perceraian ke atas isterinya. Bukan hanya setakat menggunakan SMS sahaja.70 Sementara itu Pengerusi Wanita Ikram, Maryam Abdul berkata, perceraian menggunakan SMS adalah terlalu mudah, terutamanya bagi suami yang sudah `hilang pertimbangan'. Penyalahgunaan teknologi canggih untuk membuat sesuatu yang boleh
68 69

Ruangan Keluarga. “Jangan Hina Isteri”. Utusan Malaysia. 3.8.2003. Ibid. 70 Ibid.

59

menjatuhkan makhluk Tuhan yang lain. Jika perlu bercerai, pergi ke mahkamah untuk kemukakan perceraian. Adalah tidak adil dan satu diskriminasi terhadap wanita sekiranya saluran ini tetap digunakan. SMS tidak boleh dijadikan satu medium untuk perceraian dan kaum lelaki perlu dididik mengenai hal itu.71 Presiden Pekerja Wanita Malaysia (Perwanis), Silam Hassan berkata, sekiranya perkara itu menjadi amalan, beliau khuatir lafaz cerai menerusi SMS akan menjadi satu polisi Undang-Undang Keluarga Islam pada masa akan datang. Jika ini berlaku katanya, ia merupakan satu penganiayaan, penghinaan dan diskriminasi terhadap golongan isteri dan wanita. Banyak kes yang melibatkan tuntutan perceraian daripada isteri akan mengambil masa berbulan-bulan malahan bertahun sedangkan suami dengan hanya satu petikan butang boleh melafazkan perceraian. Suami yang bertanggungjawab sepatutnya menghargai isteri mereka dan tidak melakukan perkara sewenang-wenangnya apabila sudah tidak suka. Perceraian menggunakan SMS akan merendahkan kedudukan wanita, perkara ini akan mengakibatkan imej agama Islam dipandang negatif. Kalau sesuatu perceraian perlu dilakukan, ia hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah dan beradab. Wanita mempunyai maruah yang tinggi. Bukannya apabila dihargai diambil, bila dibenci, dibuang begitu sahaja bagai sampah tidak berguna.72

3.3

Kes Cerai SMS Pertama yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah

Pada tahun 2003, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan ensabitkan perceraian sepasang suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila si suami menghantar mesej kepada isterinya bertulis, “Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga.”

71 72

Ibid. Ibid.

60

SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan, dia yakin suaminya yang mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan soalan kepada defendan, dia memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim Syarie ketika membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap plaintif. Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah, talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat. Namun semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talak berkenaan. Apapun, talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang dianggap tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak. Dalam keterangannya di mahkamah, Azida Fazlina menyatakan bahawa dia ada menerima dan membaca mesej itu yang berbunyi seperti berikut “Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga”. Suami Azida pula, dalam keterangannya di mahkamah, mengakui bahawa dia ada menghantar mesej itu kepada isterinya. Berlandaskan peruntukan undang-undang berhubung keterangan, seperti yang terkandung dalam Enakmen Keterangan Syariah yang sudah lama berkuat kuasa di mahkamah syariah, apabila setiap pihak dalam sesuatu kes itu telah berikrar di hadapan mahkamah semasa prosiding berjalan (iaitu mengakui apa yang berlaku itu adalah perbuatannya dengan sengaja dan rela hati), maka mahkamah tidak perlu melihat kepada keterangan-keterangan lain. Kes akan hanya menjadi rumit sekiranya (sebagai misalan) i suami menafikan ada menghantar SMS itu atau isteri menafikan ada menerima dan mengetahui kandungan SMS itu.

61

Kesimpulannya dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur itu, disebabkan hakim bicara dalam kes itu telah mendengar ikrar keduadua pihak (suami dan isteri) tentang penghantaran (oleh suami) dan penerimaan (oleh isteri) lafaz taklik menerusi SMS itu, dan syarat atau perkara yang disebutkan dalam taklik itu benar-benar telah berlaku, hakim bicara tidak ada pilihan lain lalu mensabitkan perceraian telah berlaku. Dengan lain perkataan, dalam kes Azida dan suaminya ini, ikatan perkahwinan mereka bubar disebabkan mahkamah terima ikrar kedua-dua pihak sebagai bukti lalu mengesahkan perceraian berlaku disebabkan lafaz taklik suami kepada isterinya. Mahkamah juga mengaitkan persoalan mengenai ikrar bagi mensabitkan perceraian tersebut. Bila menyebut tentang lelaki berikrar, di dalam Kitab I’anat AtTalibin juzu’ 3 muka surat 187 ada menyebut: Maksudnya: Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya. Iqrar disebut juga sebagai I’tiraf. Dalam kitab I’anat At-Talibin juzu’ 4 muka surat 27 ada menyebut: Maksudnya: Perkara talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana pula ianya di sabitkan dengan iqrar adanya talaq.

Dalam Seksyen 17 (1) Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 menyatakan: “Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau atau lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa ia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.” Manakala Seksyen 17 (2) dalam Enakmen yang sama menyatakan:

62

“Sesuatu iqrar hendaklah di buat: a. b. dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau di luar Mahkamah di hadapan dua orang saksi lelaki yang akil baligh dan adil.” Menurut Seksyen 55 (1) Enakmen yang sama memperuntukkan bahawa: i) Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang melaksanakan dokumen itu; ii) Sesuatu pengakuan melalui dokumen yang ditulis atau disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang lain boleh diterima sebagai iqrar dengan syarat. Berdasarkan kepada keterangan dan ikrar Plaintif dan Defenden dengan ini, Mahkamah berpuashati di atas iqrar Plaintif yang menyatakan Plaintif telah menceraikan Defenden. Dengan lain perkataan, ikrar Plaintif telah memenuhi kehendak peruntukan hukum syarak dan peruntukan Seksyen 17(1) dan (2) Enakmen Keterangan Syariah 1996. Mengenai rukun ketiga bagi talak iaitu qasad (niat), oleh kerana lafaz cerai menggunakan lafaz yang sareh maka ianya dan Plaintif tidak lagi memerlukan niat untuk menceraikan Defenden sebagaimana huraian sebelum ini. Manakala rukun keempat bagi perceraian iaitu kepada siapa lafaz cerai ditujukan, Mahkamah berpuashati daripada ikrar dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh Plaintif dan Defenden adalah ditujukan kepada Defenden. Defenden ketika lafaz cerai dilafazkan oleh suaminya adalah isteri yang sah kepada Plaintif dan beliau tidak berada dalam eddah ba’in walaupun ketika itu defenden haid. Kes ini bukan kes seorang suami menggugurkan (melafazkan) talak terhadap isterinya menerusi SMS, lalu mahkamah terus memutuskan perceraian telah berlaku tanpa usul periksa lagi. Justeru, harap tidak akan ada mana-mana pihak, walau

63

bagaimana baik sekalipun motif mereka, mempertikai atau mempersoal keputusan Mahkamah Syariah Gombak Timur itu.

3.4

Kedudukan Cerai SMS dari Kaca Mata Peguam Syarie

Isu bercerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sememangnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ada yang berjuang mendesak supaya cerai secara SMS dianggap tidak sah kerana tindakan itu tidak bermaruah, memalukan serta mempersendakan keutuhan institusi keluarga yang menjadi inti pati kekuatan ummah. Apakah sebenarnya kedudukan cerai SMS? Secara umumnya kuasa menjatuhkan talak berada di tangan suami. Apabila suami menjatuhkan talak, maka berlakulah perceraian sama ada lafaz talak menggunakan bahasa Arab atau bahasa lain, melalui tulisan atau bahasa isyarat boleh difahami. Talak dijatuhkan itu boleh dibahagi kepada dua iaitu talak dilafazkan secara jelas (talak alsoreh) dan talak yang berlaku secara sindiran (talak al-kinayah). Talak soreh iaitu lafaz yang jelas maknanya merujuk kepada cerai dan ia memberi kesan walaupun suami menyebutnya tanpa niat atau pun secara main-main. Contohnya, seorang suami berkata kepada isterinya, “A” “Abang ceraikan awak dengan talak satu” “A” atau lain-lain. Talak kinayah iaitu talak secara kiasan atau sindiran di mana ia boleh membawa banyak maksud sama ada cerai atau tidak, ia hanya menjadi sah apabila ada niat di pihak suami. Contohnya, suami berkata, “Awak baliklah ke rumah ayah awak”, “A” “Kita berdua sudah tiada hubungan lagi””A” dan lain-lain.73 Di sinilah datangnya jawapan kepada kedudukan bercerai menggunakan kaedah tulisan SMS. Jumhur fuqaha berpandangan talak melalui tulisan dianggap sah jika ketika suami menulisnya ada disertai niat untuk bercerai. Menurut mazhab Syafie dan Maliki, talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk jelas (soreh) dan dapat difahami maksudnya
73

Nurhidayah Muhd Hashim. “SMS Talak Sah Jika Suami Ada Niat Bercerai”. Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 17 Disember 2007.

64

tetap tidak sah dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Contohnya, suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis, “Aku ceraikan kamu” maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat demikian. Selain itu, tulisan berkenaan juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya. Dalam kes Azida Fazlina lawan Shamsudin Latif yang diputuskan pada 2003, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan mensabitkan perceraian pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila suami menghantar kepada isteri SMS berbunyi,“Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga.” SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan bahawa dia yakin suaminya iaiitu defendan dalam kes ini yang mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan soalan kepada defendan, beliau memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim Syarie ketika membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap plaintif. Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah:
i)

talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat.

ii)

Semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talak berkenaan.

65

iii)

Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak. Apabila berlaku situasi sebegini, ke mana pasangan perlu pergi untuk

menyelesaikan masalah itu? Jawapannya, pihak isteri atau suami perlu membawa kes ke mahkamah syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz itu. Mereka tidak boleh mendiamkan diri atau memutuskan sendiri kes itu sama ada suami mengatakan ada niat atau tiada niat dan sebagainya. Hanya mahkamah syariah yang ada kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian sebegini sekali gus mensabitkan atau tidak mensabitkan perceraian antara pasangan terbabit. Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS 2003) memperuntukkan seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu sah mengikut hukum syarak. Jika mahkamah berpuas hati bahawa talak yang dilafazkan sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah hendaklah membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak, merekodkan perceraian itu dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran. Kita semua perlu melihat bahawa semua urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seseorang berkahwin secara baik dan terhormat, membuat kenduri dengan begitu meriah, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan menggunakan SMS dan sebagainya. Sungguh tidak beradab orang yang berkahwin dengan penuh kebesaran dan keriuhan tetapi mengakhiri perkahwinannya dengan menggunakan kaedah SMS.

66

3.5

Rumusan

Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), trend perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan iaitu merangkumi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perkahwinan setiap tahun. Pada 2004 dan 2005, sebanyak 111,944 dan 110,951 perkahwinan didaftarkan di jabatan agama Islam seluruh negara, dan pada tahun sama juga sebanyak 16,509 dan 13,465 perceraian dicatat. Kes rujuk di kalangan pasangan bercerai dalam kedua-dua tahun itu pula hanya membabitkan jumlah kecil iaitu 2,267 pada 2004 dan 1,749 pada 2005. Adalah penting bagi pasangan suami isteri meminta maaf atau mengaku kesalahan selepas bertengkar. Ini kerana dengan meminta maaf antara satu sama lain dapat menjaga perasaan marah dan mengawal kemarahan serta membenarkan perhubungan perasaan dengan lebih mesra. Selain daripada itu, dengan meminta maaf dapat membantu pasangan dalam membuat komen yang membina dan menjalinkan perhubungan yang mesra sebagaimana termaktub dalam al-Quran antaranya surah al-Baqarah 2 : 263 yang bermaksud: Perkataan yang baik dan pemberian kemaafan lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan ( perasaan penerima)

Kebanyakan daripada pasangan mengadu bahawa masalah yang wujud dalam kalangan mereka telah lama berlaku dan tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini berpunca akibat daripada pasangan mempercayai bahawa masalah yang dihadapi selama ini tidak

67

dapat diselesaikan adalah disebabkan oleh pasangan dalam mengubah personalitinya. (Weiner-Davis, 1992). Sebagai contohnya, pasangan mungkin sering digambarkan sebagai ‘marah’, ‘kebencian’, ‘tidak hormat’, ‘tidak mengambil berat’ atau ‘tidak sensitif’ dikatakan tingkah laku mereka adalah berpunca daripada pergolakan personaliti yang berpunca dariapada masalah dalaman. Malangnya dalam kes seperti ini, pasangan mula membuat jangkaan ke atas tingkah laku yang dilakukan. Dengan ini, jangkaan demikian sentiasa berhubung terus dengan pasangan. Cadangan bagi mengatasi rintangan: i) ii) iii) Membantu pasangan untuk berubah kelakuannya kepada respon yang lebih positif dan jelas Berhadapan dengan pasangan secara lebih terbuka untuk mengubah persekitaran di mana mereka membincangkan hal tersebut. Mengelakkan daripada menerima pandangan atau anggapan bahawa pasangan tidak akan berubah

Dalam membicarakan isu rumah tangga, umat Islam seharusnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh untuk memastikan keharmonian dalam rumah tangga.Sebagai contoh, baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban) Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan: “Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)

68

BAB IV KESAN-KESAN PERCERAIAN TERHADAP MASYARAKAT

4.1

Pengenalan

Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai-bagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri. Sesungguhnya, penyelesaian secara sulh ini wajar digalakkan kerana adakalanya keputusan mahkamah tidak dapat memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan sulh adalah lahir dari perasaan tolak ansur dan reda meredai yang akhirnya membawa kepada penyelesaian secara muafakat. Penyelesaian secara sulh juga lebih tepat dalam mencapai keadilan kerana kedua-dua pihak lebih mengetahui tentang hak yang sepatutnya diperolehi. Prinsip mengutamakan sulh ini bukan sahaja digalakkan kepada mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan sahaja malahan kepada semua orang. (Ibn Yaman 1393H) Dalam konteks yang lain, pertikaian merupakan perkara yang lumrah dan sering berlaku dalam kehidupan masyarakat samada pertikaian dalam institusi keluarga atau dalam sesebuah komuniti. Boulle (Boulle 2001) menjelaskan: konflik merupakan suatu kenyataan dalam proses kehidupan, manakala Wan Halim Othman (Wan Halim 1990) pula menyatakan “konflik yang berlaku di dalam sesebuah keluarga merupakan satu gejala yang berlaku sejak asal sejarah manusia lagi”. Noone menyimpulkan bahawa

69

“pertikaian antara individu yang terhasil dari konflik-konflik tertentu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dan ia merupakan suatu perkara yang normal dalam kehidupan”. (Noone 1996) Keadaan ini sudah tentu akan merumitkan jika semua kes pertikaian dirujuk kepada institusi mahkamah untuk diselesaikan, malah apabila sesuatu kes dibawa ke mahkamah biasanya ia akan mengambil masa yang lama dan terpaksa mengeluarkan kos perbicaraan yang bukan sedikit dan terpaksa ditanggung oleh ke dua-dua pihak. Sehubungan itu penyelesaian secara sulh adalah yang terbaik kerana selain dari mampu memuaskan hati ke dua-dua pihak ia dapat menghubungkan kembali perasaan kasih sayang dan persaudaraan di antara pihak-pihak bertikai, mempercepatkan proses penyelesaian pertikaian dan paling penting ia dapat memberikan keadilan kepada ke duadua pihak kerana kedua-dua pihak memaklumi secara jelas hak yang sepatutnya diperolehi atas objek yang didakwa. Ini juga kerana sulh di asaskan atas prinsip reda meredai atau tolak ansur antara satu dengan lain dan muafakat pihak-pihak bertikai. 4.1.1 Insitusi Keluarga Semakin Rumit

Para sarjana pelbagai disiplin ilmu sepakat bahawa masalah dalam institusi keluarga yang semakin rumit adalah akibat daripada pembangunan sosial dan ekonomi negara yang pesat. Para sarjana pengajian Islam sudah lama menyedari bahawa pembangunan sosio ekonomi negara yang pesat tanpa diimbangi oleh pengisian aspek spiritual boleh meninggalkan kesan negatif ke atas individu dan keluarga. Akibat perubahan sosio ekonomi yang pesat juga, institusi keluarga akhir-akhir ini semakin kehilangan fungsi dan menjadi porak peranda dan dengan itu semakin banyak rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian. Masalah perceraian dan konflik rumah tangga sudah menjadi masalah negara yang memerlukan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak. Yaacob Harun(1992) menyatakan proses pembandaran menyebabkan berlakunya perubahan fungsi keluarga. Fungsi keluarga, seperti fungsi ekonomi,

70

pendidikan, keagamaan, perlindungan dan rekreasi bagi keluarga di bandar banyak yang telah diambil alih oleh institusi lain yang turut melaksanakan fungsi tersebut. Akibatnya terjadilah perubahan dari segi peranan dan juga kuasa dalam keluarga. Pemindahan sebahagian fungsi keluarga kepada institusi lain seperti kilang dan industri telah melemahkan institusi keluarga. Oleh itu tidak hairanlah jika dalam masyarakat bandar terdapat pelbagai macam masalah sosial berkaitan dengan keluarga sehingga keluarga itu sendiri sudah tidak lagi mempunyai keupayaan menyelesaikan segala persoalan keluarga atau rumah tangga yang timbul. Akhir-akhir ini penerimaan masyarakat ke atas proses kaunseling sebagai satu bentuk sistem sokongan menjadi semakin meluas. Institusi kaunseling itu sendiri sudah dapat diterima kewujudannya dalam masyarakat. Bagi kebanyakan pasangan pula, khususnya pasangan yang mengalami masalah rumah tangga di Selangor, mendapatkan perkhidmatan kaunseling sebagai satu cara menyelesaikan permasalahan rumah tangga bukan lagi dianggap sebagai satu tindakan yang luar biasa. Bagaimanapun tidak semua proses kaunseling yang diberikan kepada pasangan yang bermasalah yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di institusi-institusi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling tersebut berakhir dengan kejayaan. Kebanyakan orang menyangka bahawa perkahwinan yang bahagia itu wujud secara semulajadi sekiranya pasangan itu serasi di antara satu sama lain dan saling suka menyukai. Dalam hubungan ini Jacobson (1981) menekankan tentang keperluan untuk mengembangkan kemahiran hubungan. Perkahwinan yang baik dipercayai adalah bukan dibentuk secara semulajadi, tetapi adalah dibina dari pembelajaran (coping ) tingkah laku yang efektif. Jacobson (1981) juga menyatakan bahawa perkahwinan yang bahagia adalah umpama seperti salah seorang pasangan mengekalkan kadar pulangan ganjaran yang tinggi dan kadar kos rendah dalam hubungan tersebut. Ini kerana perkahwinan memainkan peranan yang

71

penting dalam proses pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi perkahwinan tidak hanya berperanan mendidik anak, menyediakan persekitaran fizikal dan mental yang selamat malah turut berfungsi dalam mewujudkan suasana yang bahagia dan mesra, serta membentuk budi pekerti dan nilai hidup yang baik di kalangan ahli keluarga (Hinde, 1989). 4.2 Sosial

Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh: Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda). Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya. Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan masing-masing. Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian. Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

4.3

Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah sebahagian daripada perkaraperkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah: a) b) c) Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri

72

d) e) f) g)

Mengalami tekanan jiwa dan perasaan Perasaan terganggu dan bingung Hilang tumpuan pada pelajaran Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anakanak, maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka. Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus prihatin terhadap perkara-perkara berikut:a) Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di dalam konflik antara ibu dan bapa. b) Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai. c) Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu, pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan banyak perhatian, sokongan dan bantuan. d) Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.74 4.4 Kesan Emosi

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :
74

Nora Abdul Hak. “Hak Kanak-Kanak dari Aspek Nafkah: Menurut Undang-Undang Keluarga Islam.” Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam, Isu-Isu Mahkamah Syariah ke 6. AIKOL IIUM. 24 April 2004.

73

a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)

Jiwa terganggu Marah Sedih Tidak bermaya Rasa bersalah Terpencil Rendah diri Runsing Putus asa/kecewa Kesunyian Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian,

baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat. 4.5 Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah; sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah. 4.6 Masalah Kewangan

Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan. Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami. Keperluan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas

74

pretasi mereka. Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Syariah. Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi

4.7

Undang – undang

Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undangundang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban yang sedia ada: lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang sudah bercerai; a) b) c) d) Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal. Perbelanjaan guaman. Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian. Bersambungnya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan. Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah. Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun, bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.

75

4.8

Rumusan

Pasangan harus bersifat amanah dan bertanggungjawab setelah bercerai terutama di dalam hal penjagaan anak-anak dan dalam menangani isu kehilangan. Sokongan yang padu dapat mewujudkan perhubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak setelah bercerai. Berdasarkan fail rekod Bahagian Informasi Islam, JAKIM (2007), terdapat pelbagai sebab yang mendorong berlakunya perceraian. Antara sebab-sebab tersebut ialah poligami, cemburu, masalah seks, suami isteri tidak bertanggungjawab, kahwin paksa, kurang didikan agama, curang, kekerasan, cerewet, gila, campur tangan mertua, politik (berlainan fahaman), bergurau, pendapatan tidak mencukupi, suka sama suka, isteri engkar, tiada persefahaman, isteri bisu, isteri mandul, masalah kesihatan (isteri tidak boleh mengandung), terlibat dengan najis dadah (suami), cacat anggota, kurang sabar, hamil sebelum kahwin, judi, minum arak, zina, suami dalam penjara, suami tidak memberi nafkah, suami ada perempuan lain, isteri ditinggalkan suami (ghaib), kezaliman atau penganiayaan terhadap isteri, isteri melayan lelaki lain atau tidak senonoh serta pengabaian terhadap nafkah dan kasih sayang. Bagi memulihkan semula kestabilan perkahwinan kaunseling dianggap dapat memainkan peranannya. Merujuk kepada Gottman (2000), setiap pasangan yang baru berkahwin akan membentukbudaya yang baru berdasarkan perikatan budaya yang mungkin sama atau tidak sama. Gottman berhujah dalam ‘sound marital house’ pasangan menimbulkan perkongsian maksud simbolik – the meshing of individual life dreams, myths and metaphors. Ini bermaksud pasangan mesti mengkaji maksud adat resam keluarga, peranan, matlamat dan simbol. Contohnya oleh kerana kebanyakan konflik perkahwinan berlaku adalah disebabkan pasangan mempunyai maksud yang berlainan dan mengasosiasikan kepada situasi atau komunikasi, ahli terapi akan menaksir makna bagi perkara seperti keseronokan, cinta, penyakit, rumah dan keluarga. Salah satu tugas bagi

76

pasangan yang menjalani terapi perkahwinan iaitu mereka perlu bertutur di antara satu sama lain mengenai makna dan matlamat hidup serta belajar bagaimana menyokong dan memenuhi harapan di antara satu sama lain.

77

BAB V –RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

Terdapat persepsi negatif daripada masyarakat terutamanya kaum wanita yang menganggap Mahkamah Syari'ah tidak cekap dalam mengendalikan kes-kes kekeluargaan. Persepsi ini diperkuatkan lagi oleh media yang mengenengahkan kes-kes tertentu seperti kes Aida Melly. Sebagai institusi yang melaksanakan hukum Islam, persepsi yang negatif akan mencemar imej Islam secara tidak langsung. DYMM Sultan Selangor telah menitahkan supaya suatu kajian dibuat bagi mengatasi isu kelewatan perceraian di negeri Selangor. Sebuah jawatankuasa telah dilantik yang dipengerusikan oleh Y.B Dato' Haji Zawawi bin Haji Salleh bertanggungjawab untuk mengenalpasti tahap dan sebab-sebab kelewatan kes-kes perceraian dan mencadangkan langkah-langkah mengatasi kelewatan tersebut di Selangor. Negeri Selangor mempunyai sebelas buah Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS Petaling Jaya, MRS Shah Alam, MRS Gombak Timur (Keramat), MRS Gombak Barat (Kuang), MRS Hulu Selangor, MRS Klang, MRS Kuala Langat, MRS Hulu Langat, MRS Sepang, MRS Kuala Selangor dan MRS Sabak Bernam dan sebuah Mahkamah Tinggi Syariah bagi seluruh negeri Selangor yang terletak di Shah Alam. Kelewatan kes perceraian ini, antaranya ialah kurangnya atau tiada kerjasama daripada pihak-pihak yang terbabit dalam kes tersebut seperti suami, isteri, saksi dan peguam, saman tidak sempurna atau tidak sampai kepada responden kerana alamat yang diberikan tidak lengkap, terlalu banyak kes di mahkamah, prosedur untuk perbicaraan mengambil masa yang panjang, dan sikap kakitangan mahkamah sendiri.

78

Faktor utama perceraian di mahkamah syariah dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat adalah kerana tuntutan tersebut diselesaikan melalui Majlis Sulh. Majlis ini berfungsi sebagai tapisan pertama kepada kes-kes tersebut tidak perlu dibicarakan di mahkamah sekiranya ia telah selesai di majlis ini. Mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 254 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 negeri Selangor telah mengambil tindakan proaktif dengan mewartakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Sulh Selangor 2001 pada Disember 2001 mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U.44. Sungguhpun kaedah penyelesaian secara sulh ini mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2001 tetapi ia telah beroperasi secara resmi di mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negeri Selangor hanya pada 1 Mei 2002. Operasi ini bermula dengan perlantikan Pegawai Syariah Gred L3 secara kontrak seramai sepuluh orang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk berkhidmat sebagai Pegawai Syariah (Sulh) di sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah di Selangor dan seorang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Ini bermakna proses sulh di Mahkamah-Mahkamah Syariah negeri Selangor dikendalikan oleh seorang pengantara atau mediator yang dikenali sebagai Pegawai Sulh. (Ghazali 2002) Bagi melaksanakan Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 satu Manual Kerja Sulh telah digubal untuk diguna pakai dan dipatuhi oleh semua Pegawai Sulh. Antara objektif manual kerja ini ialah untuk memperjelas dan menyeragamkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua pegawai sulh dalam mengendalikan Majlis Sulh . Kedua, kehadiran kedua-dua pihak (suami dan isteri ) amat penting untuk menyelesaikan kes perceraian. Kehadiran mereka akan memudahkan segala urusan yang melibatkan kedua-dua pihak. Ketiga, tuntutan perceraian yang ditukar kepada persetujuan bersama untuk bercerai didapati mempercepatkan proses perceraian. Keempat, faktor lain menyumbang kepada kecepatan kes perceraian selesai ialah kerjasama daripada kedua-dua pihak, kedua-dua pihak tahu dan faham apa yang mereka

79

hendak 5.2

pohon, Cadangan

dan

saman

dapat

disempurnakan

dengan

segera.

Antara cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi masalah kelewatan adalah seperti berikut: i. Peruntukan Undang-Undang.

a. Satu kertas kerja berkenaan Cadangan Pindaan kepada Enakmen Keluarga Islam Selangor no.4 Tahun 1984 Pindaan 1989 dan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor no.2 1989 telah diusulkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara pindaan yang dicadangkan ialah berkenaan dengan pemindahan kuasa daripada Hakim Syarie kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam bagi mempercepatkan proses permohonan perceraian secara talak, fasakh, khuluk dan taklik. Cadangan ini, antara lain akan membantu meringan bebanan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes-kes yang semakin bertambah serta mengurangkan kes kes-kes yang tertangguh. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut berpendapat cadangan itu mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menerima pakai Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang telah digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja. Cadangan ini bagaimanapun, boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut untuk dipertimbangkan sewajarnya. ii. a. Prosedur Berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam Enakmen Keluarga Islam

Selangor no. 4 tahun 1989, terdapat beberapa prosedur seperti kehadiran untuk sesi kaunseling, rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai dan juga Hakam yang perlu dilalui oleh pihak yang menuntut perceraian. Prosedur-prosedur ini dilihat sebagai punca-punca yang menimbulkan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Tempoh yang terlalu

80

lama dan tidak seragam bagi setiap peringkat dalam prosedur yang terlibat adalah menjadi sebab utama kelewatan yang berlaku. Di dalam sesetengah kes, walaupun Mahkamah telah mengesahkan sesuatu perceraian , kelewatan pula timbul dalam isu pengeluaran Sijil Cerai yang turut mengambil masa yang lama. Ahli Jawatankuasa berpendapat kajian semula perlu dibuat berhubung dengan prosedur kaunseling dan Jawatankuasa Pendamai/ Hakam. Jika perlu, suatu tempoh hendaklah ditetapkan bagi setiap peringkat dan pengendaliannya diberi kepada satu pihak sahaja. b. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dicadangkan mengeluarkan Arahan

Amalan berhubung dengan jenis-jenis kes yang perlu dirujuk untuk sesi kaunseling, tempoh masa yang ditetapkan dan bentuk laporan yang diperlukan. c. Peranan Pegawai Sulh dan Jawatankuasa Pendamai atau Hakam perlu dijelaskan

kepada orang ramai. Mahkamah Sulh perlu diperbanyakkan supaya kes-kes dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Selain dari itu, Arahan Amalan mengenai kes-kes yang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai atau Hakam perlu dikeluarkan bagi memastikan kes-kes yang mempunyai potensi untuk didamaikan sahaja yang dirujuk kepada Jawatankuasa tersebut. d. Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk pengendalian kes-kes fasakh dan taklik

terutamanya bagi aspek pembuktian termasuk prosedur pembuktian. Kajian tersebut amat penting kerana seperti yang dibuktikan dalam kajian ini kebanyakan kes-kes perceraian yang mengalami masalah kelewatan adalah dalam kategori ini. iii. a. Amalan-amalan Yang Terpakai Dalam Tuntutan Perceraian Amalan-amalan yang terpakai di dalam tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah

turut menimbulkan kerumitan dan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Sebagai contoh mahkamah memerlukan laporan sesi kaunseling dalam permohonan untuk perceraian. Sekiranya pasangan tersebut tidak menghadiri sesi kaunseling kerana merasakan perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi akan mengalami kerumitan. Ini

81

adalah kerana pihak mahkamah tetap mengarahkan supaya sesi kaunseling dijalankan terlebih dahulu. Ini terbukti apabila laporan dari Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan terdapat kes-kes yang terpaksan ditangguh kerana pemohon tidak hadir untuk sesi rundingcara setelah dipanggil melalui surat sebanyak tiga kali atau pihak yang diadu terlibat dengan jenayah dan di tahan di dalam lokap dan pelbagai kes yang tidak dapat diselesaikan kerana kedua belah pihak tidak memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga kepada pegawai rundingcara. Kes-kes yang melibatkan tuntutan perceraian secara persetujuan jua perlu mematuhi prosedur yang sama. Persepsi dan corak pemikiran pihak Mahkamah yang lebih cenderung untuk membawa pihak-pihak yang terlibat dalam kes tuntutan perceraian ke arah perdamaian (sulh) walaupun perkahwinan itu tiada harapan lagi untuk diselamatkan, menyumbang kepada penangguhan kes-kes tersebut. Mesyuarat berpendapat bahawa prosedur ini perlu dikaji semula dan suatu garis panduan yang jelas dikeluarkan bagi mempercepatkan lagi prosedur tuntutan perceraian. iv. a. Pengendalian Perbicaraan di Mahkamah Syariah Antara punca-punca kelewatan pengendalian perbicaraan kes-kes perceraian di

Mahkamah Syariah ialah masalah kekurangan kakitangan mahkamah termasuk hakimhakim dan pendaftar-pendaftar yang kecil bilangannya berbanding dengan jumlah kes yang dirujuk dan dibawa ke Mahkamah. Dengan penambahan hakim dan pegawai sulh pada tahun 2002, tahap pengendalian kes perceraian mengalami peningkatan yang sangat positif. Tahap pengendalian kes boleh ditingkatkan sekiranya kakitangan mahkamah mempunyai pengalaman. b. Walau bagaimanapun, penambahan hakim sahaja tidak mencukupi untuk mempercepatkan penyelesaian kes-kes perceraian. Jawatankuasa turut mencadangkan supaya urusan penyediaan surat-surat. Tauliah bagi hakim-hakim dan pendaftar-pendaftar yang akan dilantik dipercepatkan bagi membolehkan pegawai-pegawai terbabit mengendalikan kes-kes mahkamah khususnya yang masih lagi tertangguh.

82

c.

Antara punca lain kelewatan adalah ketidakhadiran pihak yang dituntut. Waran-

waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap pihak yang tidak hadir, menambah lagi kekusutan yang sedia ada apabila tidak dapat dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan pihak polis. Suatu persepakatan perlu dibuat antara pihak Mahkamah dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam bagi membolehkan waran, perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah data dilaksanakan dengan segera terutamanya bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat hadir semasa tarikh perbicaraan ditetapkan. d. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syari'ah berkenaan kes-kes tuntutan penceraian

perlu diperjelaskan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kes-kes yang boleh dirayu. Prosedur rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi perlu juga dikaji semula bagi mengelakkan pihak-pihak menyalahgunakannya bagi tujuan melewat-lewatkan penyelesaian kes atau atas tujuan membalas dendam terhadap pihak yang satu lagi 5.3 Memartabat Wibawa Mahkamah Syariah

Menjengah seketika episod perebutan tuntutan jenazah Wira Everest M. Moorty atau nama Islamnya Muhammad Abdullah dan Nyoya Tahir di Melaka , pastinya ramai diantara kita menarik nafas lega kerana pengakhir isu tersebut telah di adili dengan sebaiknya dan sedikit sebanyak menafikan bahawa Mahkamah Syariah bukan lagi di label sebagai Mahkamah Kelas Dua. Rentetan peristiwa itu juga sebenarnya secara tidak langsung membuka mata pihak-pihak bahawa peranan Mahkamah Syariah di mata masyarakat yang selama ini mempunyai persepsi hanya terhad kepada penyelesaian masalah keluarga yang melibatkan kes perceraian , rujuk dan khalwat sahaja semakin di sedari wibawanya. Pun begitu, sebenarnya masih terlalu sukar bagi kita untuk menyakinkan masyarakat umum agar menerima status Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil lantas mempertingkatkan wibawa nya tanpa diperlekeh dan diprejudiskan sama ada daripada

83

orang Islam sendiri maupun bangsa lain. Pelbagai usaha dan idea yang di cadangkan mudahmudahan mampu merealisasikan tuntuan ini. 5.3.1 Penyeragaman Undang-Undang

Usaha penyeragaman Undang-Undang Syariah di seluruh Malaysia yang di lakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ( JKSM ) semenjak beberapa tahun yang lalu dianggap sebagai jalan penyelesaian yang utama dalam semua permasalahan yang berkaitan dengan orang Islam. Dengan penyeragaman yang selaras ini, apa jua perkara yang timbul pasti akan dapat dirungkai dan diadili dengan jayanya bagi semua peringkat di seluruh Malaysia tanpa ada pertikaian daripada mana-mana pihak. Isu status keagamaan yang timbul ini juga sebenarnya boleh di selesaikan dengan secara baik tanpa kontroversi seandainya sistem keadilan Islam tidak di pinggirkan oleh Masyarakat hari ini. Seandainya kefahaman yang jelas tentang perkara ini dimiliki oleh masyarakat betapa konsep institusi kehakiman yang ada semuanya menuju kepada keadilan, tidak timbul prejudis terhadap orang bukan Islam tidak mendapat keadilan berkaitan kesnya di Mahkamah Syariah.

5.3.2

Penubuhan Suruhajaya Reformasi Undang-Undang

Cadangan dan idea ahli akademik untuk membuat Suruhanjaya Reformasi UndangUndang Syariah wajar di puji kerana melaluinya beberapa kajian dan penambahbaikan dapat menjadikan sistem perundangan yang sedia ada ini lebih mantap dan perkasa lagi. Langkah yang perlu diambil sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia , Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan bahawa kita perlu kepada sistem yang tidak terlalu impersonal, inflexsible dan imprerious ( tidak insani, tidak fleksibel dan angkuh ).

84

Apa yang lebih penting ialah kebenaran dan mencapai keadilan dilihat mampu memberikan kepercayaan kepada institusi kehakiman yang lebih dipercayai oleh masyarakat agar ianya lebih harmoni, tidak terikat dengan pandangan yang rigid sehingga Islam itu sendiri diberi persepsi yang negatif. 5.3.3 Pemilihan Hakim Syarie

Tidak dinafikan kriteria seseorang yang menjadi hakim perlu memiliki ilmu pengetahuan serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengadili sesuatu kes yang di kendalikan olehnya. Oleh itu, seseorang hakim yang dilantik perlulah diperhalusi kewibawaannya secara menyeluruh terutama di dalam bidang kependidikan Islam dan hukum hakam agar kerja buat yang di lakukannya bertepatan dengan hukum Syarak lantas menjadikan golongan hakim diiktiraf dan dihormati . 5.4 Tradisi Kaunseling dalam Budaya Masyarakat Islam

Walaupun perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk pasangan yang bermasalah dalam perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor merupakan program yang masih baru bagi masyarakat Muslim di Selangor, tetapi tradisi memberikan bantuan kepada orang yang bermasalah sudah menjadi budaya sejak lama dalam masyarakat Islam. Perkhidmatan kaunseling boleh dikatakan telah wujud sejak era dakwah Nabi Muhammad (s.a.w.) iaitu sejak Baginda dilantik sebagai Rasul pada tahun 610M. Hal ini disebabkan peranan Rasulullah (s.a.w.) sendiri pada masa itu yang menjadi tempat kepada umat Islam mengadu masalah, mendapat tunjuk ajar dalam menghadapi krisis atau masalah dan mendapat bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dialami. Namun, proses Rasulullah (s.a.w.) membantu umat Islam memahami, menghadapi, menerima dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tidak dikenali sebagai perkhidmatan kaunseling, sebaliknya ia lebih terkenal dengan nama sistem hisbah. Hisbah adalah satu konsep syarak yang bererti perintah mengerjakan kebaikan (makruf) yang sudah nampak ditinggalkan dan larangan mengerjakan kemungkaran yang

85

sudah nampak dikerjakan serta membaiki hubungan antara sesama manusia (Hassan Langgulung,1990). Mengikut Abd al-Karim Zaidan (1978), hisbah ialah fungsi keagamaan yang terkandung dalam al-amr bi al-macrüf wa al-nahy can al-munkar yang merupakan fardu bagi sesiapa yang memerintah kaum Muslimin. Ibn Khaldun (1981) pula berpendapat hisbah adalah satu jawatan dalam urusan agama yang bertanggungjawab untuk menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Manakala al-Faruqi, Isma’il R. & Lois Lamya (1986) berpendapat hisbah adalah satu institusi yang berkonsepkan al-amr bi al-macruf wa al-nahy can al-munkar. Walaupun hisbah ini tidak dijalankan secara profesional dan formal pada zaman Rasulullah (s.a.w.), namun al-Mawardi berpendapat ia berjaya membentuk sahsiah dan tingkah laku anggota masyarakat Islam untuk hormat, berkasih sayang dan bertimbang rasa (Abd al-Karim Zaidan, 1997). Kejayaan perlaksanaan hisbah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan firman Allah (s.w.t.) yang menegaskan bahawa sesiapa yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh membuat segala perkara yang macruf serta melarang daripada segala perkara yang mungkar, maka mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Oleh kerana hisbah banyak memberi faedah kepada umat Islam, pada zaman Saiyidina Umar al-Khattab, satu institusi yang diberi nama Diwan al-Hisbah telah ditubuhkan. Penubuhan Diwan al-Hisbah ini adalah langkah awal ke arah menjadikan hisbah sebagai satu profesion dalam program dakwah. Pada peringkat permulaannya, Saiyidina Umar al-Khattab menyusun organisasinya dengan melantik muhtasib yang berkebolehan, daripada golongan khalifah, amir, peniaga, pengusaha, peladang, guru, imam masjid, bapa, ibu, belia, beliawanis, suami, isteri, rakan, kaum kerabat dan jiran yang secara umumnya bertanggungjawab terhadap kebajikan orang awam dan untuk membimbing manusia kepada kebaikan. Selepas itu sistem hisbah dijalankan di pelbagai tempat seperti di rumah, masjid, pasar ataupun jalan. Untuk memenuhi tugas sebagai muhtasib, mereka dikehendaki keluar kepada orang awam untuk menyiasat dan memastikan syariat Islam dilaksanakan (al-Faruqi,& Lois Lamya’, 1986).

86

Pada zaman al-Mahdi iaitu Khalifah Abbasiyyah yang ketiga, Diwan al-Hisbah telah diperkenalkan sebagai sebuah jabatan yang tidak memisahkan antara politik dengan agama. Sejak penubuhannya, Diwan al-Hisbah dikembangkan sebagai sebuah institusi separa kehakiman yang menguruskan perkara-perkara yang tidak terikat atau dikawal sepenuhnya oleh undang-undang Syariah. Diwan al-Hisbah ini bertanggungjawab dalam pelbagai tugas seperti mentadbir aliran dan tukaran wang, timbangan dan nilai wang syiling, memelihara akhlak masyarakat, menghalang perbuatan bidcah, melindungi tanah perkuburan daripada dijadikan tempat minum dan berfoya-foya atau sebagai tempat berjual beli, memelihara perilaku antara jantina di jalan raya atau permandian awam serta menyiasat sebarang usaha menyembunyikan atau menghalang kebenaran. Diwan alHisbah juga menyelia perkahwinan semula balu dan wanita yang diceraikan dengan menyediakan calon suami yang sesuai, bertanggungjawab dan berkemampuan (Abdul Malek,1995). Dalam konteks masyarakat Malaysia sekarang ini pula, perkhidmatan kaunseling telah dijadikan sebagai satu kaedah di Jabatan Agama Islam Selangor, sebagai usaha untuk membantu pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga mewujudkan kembali persefahaman dan mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang di antara mereka serta menangani keruntuhan institusi kekeluargaan. Semua aduan daripada pasangan suami isteri yang bermasalah dikendalikan oleh pegawai tadbir agama dengan cara memberi bimbingan dan nasihat, bukannya kaunseling dalam erti kata sebenar. Fenomena ini menunjukkan masyarakat Muslim kini semakin menyedari tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling.

87

5.5

Kesimpulan

Perceraian membawa implikasi besar kepada pasangan dan keluarga. Perceraian adalah perkara halal yang amat dibenci Allah. Lafaz talak jangan sekali-kali dibuat mainan kerana walaupun tanpa niat ia mungkin membawa kesan gugurnya talak. Apatah lagi jika dilafazkan berkali-kali yang mungkin membawa kepada perceraian tidak boleh dirujuk. Apabila perkara itu berlaku, penyesalan tidak bermakna lagi. Perkara yang sering dilupakan pasangan pengantin ialah belajar ilmu agama walaupun sepatutnya bergelar suami atau isteri persoalan itu tidak perlu diungkit lagi. Namun, sebagai peringatan kita yang sering lupa, suami wajib mengajar sekurangkurangnya ilmu fardu ain kepada isterinya. Jika suami tidak mampu mengajar isterinya, hendaklah mencari pengajar. Juga amat baik jika suami meluangkan masa mendalami ilmu agama kerana jika ada masalah dalam keluarga, suami isteri boleh merujuk agama bagi mencari penyelesaian. Risiko perceraian akan dapat dikurangkan. Bagi orang Islam di Malaysia, ada undang-undang khusus berhubung perkahwinan dan perceraian. Undang-undang itu digubal bagi memelihara hak seperti mana dianjurkan Islam. Undangundang itu dinamakan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Akta itu digubal dan diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara. Penting bagi suami isteri mengetahui hak dan tanggungjawab mereka mengikut undang-undang. Undang-undang itu mengawal peraturan dan tatacara sebelum perkahwinan, ketika dalam perkahwinan dan selepas perkahwinan dibubarkan. Ketahuilah hak masing-masing supaya apabila berlaku masalah, mudah mencari jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapinya.

88

Sudah tentu kursus perkahwinan beberapa hari terlalu singkat untuk mendedahkan perkara sebenar kepada pengantin. Kursus itu hanya memberi lontaran idea dan gambaran kasar alam perkahwinan secara teori. Ia tidak mencukupi bagi mengeratkan simpulan ikatan pernikahan antara kedua pasangan. Sentiasalah berbincang dalam semua perkara walaupun dalam isu dianggap remeh. Hormati pasangan. Semakin hari tanggungjawab semakin berat dan jika kita tidak mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah tidak membantu kita meringankan beban berkenaan. Jangan akhiri pernikahan yang suci di Mahkamah Syariah atau tempat tidak sepatutnya. Pernikahan yang disulami adat dan ibadat jangan dinodai dengan perceraian. Jika tidak dapat dielakkan, lakukanlah ia dengan penuh hormat dan rasa tanggungjawab. Keunggulan sulh sebagai kaedah dalam menyelesaikan pertikaian adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan data-data yang terkumpul, dan laporanlaporan media massa di Malaysia menunjukkan meskipun pelaksanaannya baru bermula, namun prosedur ini telah memperlihatkan hasil yang membanggakan dalam pengurusan kes-kes kekeluargaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Selain dari berjaya menanggani masalah kes-kes tertunggak (Harian Metro: 4.9.2002) pelaksanaan kaedah ini juga dilihat mampu memberikan kepuasan hati kepada pihak-pihak yang bertikai, disamping beberapa faedah lain seperti pengurangan kos tanggungan oleh pihakpihak bertikai. Adalah menjadi harapan semua, meskipun perubahan yang telah dilakukan kepada sistem yang digunapakai ini dapat mempermudah dan meringkaskan prosedurprosedur kehakiman serta memberikan impak yang positif kepada pengurusankes-kes kekeluargaan, dalam masa yang sama ia perlulah terus memastikan prinsip keadilan dapat ditegakkan.

89

Bibliografi Abd al-Karim Zaidan.1997. Usul al-Dacwah. Ed.6. Beirut: al-Resalah Pub. House Abdul Malek, A. al-Sayed. 1995. Etika Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abu ‘Urwah. 1986. Risalah Usrah Jilid II: Wanita dan Keluarga. Kuala Lumpur: Pustaka Islam Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Akhlak Husain. 1987. Ibu Bapa Muslim: Panduan Untuk Bakal Suami Isteri. Terj: Mustafa Ramadhan. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran Akmal Mohd Zain. 1992. Kegoncangan Rumah Tangga: Penyelesaian Menurut AlQuran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn.Bhd. Aida Othman .2002., “Introducing Alternative Dispute Resolution In Malaysia: Prospects And Challenges”, 2 MLJ Al-Faruqï, Ismail R. & Lois Lamya. 1986. The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan Publishing Company Al-Quranul Karim Al-Quran dan Terjemahan .1974. Jakarta; Yayasan Penyelenggaraan dan Terjemahan AlQuran Baharuddin Yaa’cob.2004. Tesis, “Faktor-Faktor Berlakunya Perceraian di Kalangan Masyarakat Islam: Satu Kajian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur” . Universiti Malaya

90

Buletin At-Taqwa. Bil 4. Muharram 1425 H(Mac 2004). Shah Alam: Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil.1. 2004 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil.2. 2004 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS) Bil 2. 2005 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil. 3, 2005 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor( JAKESS). Bil.4.2006 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil. 3.2007 Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 19 Disember 2007. Che Latifah Ismail. 2004. Tesis, “Tuntutan Hak Selepas Perceraian di Kalangan Ibu Tunggal. : Kajian Kes di Mahkamah Syariah Perlis”. Universiti Teknologi Mara. David C Buxbaum.1968. Family Law And Customary Law in Asia, A Contemporary Legal Perspective . Netherlands: The Hague, h.xxvi-Introduction Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 Enakmen Keluarga Islam Selangor no.4. Tahun 1984 Pindaan 1989 Enakmen Keterangan Syariah Selangor.1996 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Enakmen Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor(Pindaan) 2003 (EUKIS 2003) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor no.2. 1989 Gottman, J. 2000. Why marriages succeed or fail. New York: Simon & Schuster. Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadhanah dan Nafkah Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004. Gurney Resort Hotel and Residences. Pulau Pinang. 21-22 Julai 2004 Harian Metro. 4.9.2002 91

Hassan Langgulung.1990. Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Kertas kerja Seminar Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, 25-26 September.

Hinde, R.A. 1989. Reconciling the family systems and relationships approaches to child development. Oxford: Clarendon Imam Habib Abdullah Al-Haddad. 1981. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional Ismaliza Ismail. 1999. Tesis, “Cerai Taklik: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu.” Universiti Malaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Bahagian Informasi Islam.2007. Fail Rekod Perkahwinan dan Perceraian Seluruh Negeri (2000-2007). Joseph Schacht (1955) “Pre Islamic Background And Early Development of Jurisprudence” dalam Majid Khadduri & Herbert J. Liebesny (ed) Law in The Middle East, Vol. 1, Washington D.C. The Middle East Institute Jurnal Hukum JAKESS. Kes Mal Bil. 1000-050-060. 2006 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Sulh Selangor 2001. Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U.44 K.H Muhammad Nawawi Banten. 1999.Panduan Hidup Suami Isteri Yang Soleh. Bandung: Mestika. Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, “Undang-Undang Mencegah Berzina 1894” . Bil. 1, Disember 1895 Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah. 1986. Undang-Undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 Utusan Malaysia. 26.7.2003

92

Utusan Malaysia. 3.8.2003 Utusan Malaysia. 4.8.2003 Utusan Malaysia. 25.8.2003 Utusan Malaysia. 30.7.2003 Utusan Malaysia. 31.7.2003

Sheikh Ghazali Abdul Rahman. “Peraturan cerai SMS”. Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Ogos 2003 Michael Noone.1996. Mediation – Essential Legal Skills, cet.1. London: Cavendish Publishing Limited Mimi Kamariah Abd. Majid.1999. Family Law In Malaysia. Malayan Law Journal Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Mohd Shauki Abdul Majid. “ Lafaz Talak SMS”. Buletin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Ogos 2008 Muhamad Nor Ibrahim et al. 1982. Mustika Hadis Rsulullah(saw) Jilid I . Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Mustaffa Daud. 1989. Institusi Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Nik Roslina Raja Ismail, ‘Kajian Perbandingan Mengenai Jangkamasa yang Diambil Untuk Menyelesaikan Kes-Kes Berhubung Perceraian Serta Kekerapan Penangguhan Kes-Kes Di antara Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil, Modul Praktikum, Kursus Diploma Pengurusan Awam INTAN. 1999 Nora Abdul Hak. “Hak Kanak-Kanak dari Aspek Nafkah: Menurut Undang-Undang Keluarga Islam.” Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam, Isu-Isu Mahkamah Syariah ke 6. AIKOL IIUM. 24 April 2004. Nurhidayah Muhd Hashim. “SMS Talak Sah Jika Suami Ada Niat Bercerai”. Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 17 Disember 2007.

93

Risalah Perceraian (Pembubaran Perkahwinan). 2008. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM) Risalah “Hak Penjagaan Anak”. 2008. Biro Bantuan Guaman. Jabatan Perdana Menteri Seminar Peningkatan Pegawai Rundingcara Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor. Hotel Carlton Holiday. Shah Alam. 13 November, 2008 Siti Zulaikha Mohd Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: ABIM&Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Syeikh Ghazali Abd Rahman et al. 2004. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Surat Perakuan Nikah, Jabatan Agama Islam Selangor Teks Khutbah Jumaat JAIS, “Memperkukuh Modal Insan Kelas Pertama”.26 Oktober 2007 Temubual penulis dengan Tn.Hj.Syafie bin Ahmad, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Mukim Batu, Gombak diadakan di pejabat beliau, Masjik Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada 11 November 2008, pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi Wan Halim Othman,“Konflik Keluarga dan Intervensi” kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kaunseling dan Kemanusiaan pada 15-16 Disember 1990 Wan Halim Othman (1996), “Community Mediation In Malaysia”, in Fred Edmunt Jandt & Paul. B Yaakob Harun.1992. Keluarga Melayu Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Zaleha Kamarudin (1993)., A Comparative Study of Divorce Among Muslims and Non Muslims in Malaysia, Tesis Ph.d. University of London. Zaleha Kamaruddin, “Delays in Disposition of Matrimonial Cases”, IIUM Law Journal, Volume 7, Number 1, 1999

94

Rujukan Lain Jenis-Jenis Kes Dan Seksyen: Seksyen 13-Persetujuan wali, Seksyen 23-Poligami, Seksyen 45- Pengesahan cerai, Seksyen 47 Permohonan Cerai, Seksyen 50-Ta‘liq , Seksyen 52-Fasakh, Seksyen 56Mut‘ah, Seksyen 58-Harta Sepencarian, Seksyen 59- Nafkah isteri, Seksyen 65- Nafkah ‘iddah, Seksyen 66-Ubah Perintah Nafkah Isteri, Seksyen 69-Nafkah Tertunggak, Seksyen 73-Nafkah Anak, Seksyen 75-Ubah Perintah Nafkah Anak, Seksyen 81Hadanah, Seksyen 132-Penguatkuasaan perintah, Seksyen 134/, 135, 7/91-Pelaksanaan Perintah, Seksyen 155 /220(2)7/91 Perintah Memenjara/Menghina Mahkamah

95

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful