You are on page 1of 9

TAJUK PROGRAM: PROGRAM SIMPULAN

KASIH KE RUMAH JAGAAN WARGA EMAS

TEMPAT PROGRAM: RESIDENSI TAMAN SEREMBAN


3, SEREMBAN

TARIKH PROGRAM:

MASA PROGRAM:

ANJURAN: MAHASISWA DIPLOMA PENTADBIRAN


AWAM SEMESTER 5
1.0 Tujuan

Tujuan kertas kerja ini dilaksanakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan dari pihak Hal Ehwal Pelajar Uitm Negeri Sembilan Cawangan Seremban
untuk mengadakan Program Simpulan Kasih bersama warga emas.

2.0 Latar Belakang

2.1 Pelajar semester akhir FSPPP Uitm Seremban 3 ingin menjalankan program dan aktiviti
yang berunsurkan kerohanian dan sivik. Secara dasarnya pelajar mahu menjana aktiviti dan
program yang dapat memupuk rasa cinta dan minat mahasiswa/i kearah melaksanakan
perkara-perkara yang mempunyai nilai keagamaan yang tinggi selain dapat menjalin hubungan
dengan masyarakat luar agar dapat menambah nilai sivik dalam diri.

2.2 Program Simpulan Kasih ke Rumah Warga Emas ini merupakan program subjek
semester akhir pelajar diploma FSPPP. Program ini dicetuskan setelah perbincangan dengan
semua pelajar semester 5 yang telah sebulat suara memilih untuk mengadakan lawatan ke
rumah orang tua bagi meningkatkan keyakinan diri mahasiswa/i dalam berhadapan dengan
masyarakat luar yang kurang bernasib baik. Selain itu, program ini juga dapat melatih
mahasiswa/i mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin
kesejahteraan, keharmonian dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Disamping itu,
program ini juga bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang penyayang dan prihatin dalam
memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat sekaligus dapat mengharumkan nama
Universiti Teknologi Mara sebagai sebuah universiti yang mampu melahirkan mahasiswa
berkemahiran.
3.0 Objektif

Objektif program “Simpulan kasih: Infiniti dalam ukhuwah” adalah:

3.1 Meningkatkan keyakinan diri mahasiswa/i dalam berhadapan dengan masyarakat luar
yang kurang bernasib baik.

3.2 Melatih dan mendidik mahasiswa/i mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti
kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.

3.3 Melahirkan mahasiswa/i yang penyayang dan prihatin dalam memberikan sumbangan
dan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

3.4 Menggembirakan golongan yang tidak bernasib baik dengan aktiviti yang menceriakan.

3.5 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui
pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik

3.6 Meningkatkan jati diri dan kemahiran insaniah mahasiswa/i

4.0 Kumpulan Sasaran

Jumlah warga emas : 40 orang

Jumlah peserta yang menyertai program : 150 orang

Jumlah staf di rumah jagaan : 5 orang


5.0 Tarikh/Tempat/Masa

Tarikh :

Tempat :

Masa :

6.0 Kaedah Pelaksanaan Aktiviti

6.1 Sesi Ramah Mesra

Program Simpulan Kasih ini dimulakan dengan sesi ramah mesra di antara mahasiswa/i
dengan warga emas dan anak yatim. Kemudian diikuti pula dengan sesi “sharing
moment” bertujuan untuk merapatkan jalinan dan menyelami hati mereka iaitu warga
emas.

6.2 Gotong-royong

Gotong-royong diadakan untuk membersihakan kawasan rumah orang tua di samping


memperindahkan kawasan sekeliling agar penghuni-penghuni dapat mendiami rumah
tersebut dengan lebih selesa.

6.3 Persembahan

Persembahan yang berunsurkan keislaman seperti nasyid akan diadakan pada majlis
penutup program “simpulan kasih: Infiniti dalam ukhuwah”.

6.4 Sesi Jamuan

Acara kemuncak majlis adalah sesi jamuan. Semua warga emas dijamu dengan
hidangan yang telah disediakan.
7.0 Jawatankuasa Pelaksana

PENAUNG

PROF. DR. NASRUDIN BIN MOHAMMED

(Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan)

PENASIHAT

Y.M. ENCIK ZULHILMI BIN MOHD YUNOS

(Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Negeri Sembilan)

PROF. MADYA MOHAMMAD NOR BIN OTHMAN

(Penolong Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban)

PENASIHAT PROGRAM

EN AHMAD FAIZ BIN YAACOB

PENGARAH PROGRAM

HAIZE NURAIN BINTI CHE HASSAN

PEN. PENGARAH PROGRAM

MUHAMMAD AMIRULL ASYRAF BIN ZAKARIA

SETIAUSAHA

HISYAM
BENDAHARI

NURUL AQILAH BINTI ZULKEPLI

BIRO PROTOKOL DAN AKTIVITI

SURAYA BINTI RAMLI

BIRO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

AIMAN

YUSRI

BIRO MAKANAN

ILHAM NUR SHUHADA BINTI FITRI

NUR NADIASAZWANI BINTI ABDUL RAHMAN

BIRO LOGISTIK

QURTUBI

AQIL

BIRO HADIAH DAN CENDERAMATA

AINA MARINA BINTI MUHAMMAD SAMMAN SHAH


8.0 TENTATIF PROGRAM

ATURCARA PROGRAM
AKTIVITI BERSAMA WARGA EMAS

MASA AKTIVITI TEMPAT


13 Disember 2014

Pusat Jagaan Warga Emas


6.30 am - 8.00 am Berkumpul dan bertolak dari Uitm Seremban 3 dan Terapi Fitrah

8.00 am - 8.30 am Sesi pengenalan dan sarapan

8.30 am – 9.00 am Taklimat & Pembahagian tugas

9.00 am – 11.30 am Aktiviti Memasak dan Gotong-royong

11.30am – 12.30am Makan tengah hari

12.30 pm - 1.30 pm Rehat & Solat

1.30 pm – 4.00 pm Sesi ramah mesra bersama orang tua


Persembahan

4.00 pm – 5.00 pm Solat & Minum petang

5.00 pm – 6.00 pm Riadah

6.00 pm – 7.00 pm Majlis penutup

7.00 pm – 8.30 pm Sesi Kerohanian

8.30 pm – 10.00pm Bersurai & Bertolak balik ke Uitm Seremban 3


9.0 Implikasi Kewangan

BELANJAWAN

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM
1
Makanan

-Bahan mentah 1000


-Bahan kering

Minuman

Peralatan
2 -Gotong-royong
-Memasak dan jamuan 1000
-Aktiviti

3 Cenderamata 500

-Warga emas dan anak-anak yatim

Majlis penutupan
4 - Backdrop 100

- Bannner (RM100 X 1)

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM2600.00


11.0 Sokongan

Disediakan oleh,

..............................................................

(SYAHIRAH BINTI ABD LATIF)

Pengarah Program I

Disemak oleh,

..............................................................

()

YANG DIPERTUA

Jawatankuasa Perwakilan

Non Residen 2016/17

Diluluskan oleh,

-----------------------------------------------------------

(En. Mohd Zulhilmi Bin Mohd Yunus)

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar

UiTM Cawangan Negeri Sembilan