You are on page 1of 2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 2

(17.09.2018)

KEKUATAN
Melihat kepada kekuatan saya dalam pelaksanaan pengajaran ini,
pertamanya ialah menyediakan BBM yang maujud iaitu penimbang. Penimbang
yang benar telah merangsangkan minat murid untuk belajar. Ada pelajar yang
tidak pernah menyentuh penimbang dan ada murid yang tidak pernah nampak
penimbang sebegini. Hal ini telah merangsangkan pengetahuan murid dalam
kehidupan seharian dan murid-murid mempunyai pengalaman sendiri tentang
mengetahui kegunaan penimbang serta jenis penimbang.

Selain daripada itu, lembaran kerja yang dapat menguji pengetahuan dan
ilmu murid juga adalah satu kekuatan. Bagi saya, lembaran kerja adalah salah
satu cara yang wajid dijalankan kepada murid untuk melihat tahap murid dan
sebagai satu alat pengukuhan minda murid-murid. Melalui pentaksiran ini, saya
dapat mengetahui tahap murid dan saya dapat mengetahui hendak menyediakan
apa-apa pada kelas yang seterusnya.

Selain daripada itu, pengajaran saya juga telah mematuhi unsur murid iaitu
secara ansur maju. Saya telah membina idea murid dahulu dan barulah
memperkenalkan unit-unit jisim kepada murid. Hal ini kerana mungkin ada pelajar
yang masih tidak mengetahui apa itu jisim, jadi saya berperanan untuk membantu
murid supaya dapat merasai jisim dan seterusnya mengenal jisim.

KELEMAHAN

Kelemahan yang dikenalpasti adalah saya tidak dapat menyediakan barang


maujud untuk ditimbang. Saya berasa barang maujud itu sangat penting walaupun
kita hendaklah menyediakan wang untuk beli tetapi ia mendatangkan faedah yang
banyak kepada anak murid. Melalui benda maujud, murid-murid lebih senang
untuk melihat dan membayangkan apa yang guru ajar dan tidak keliru. Bukan itu
sahaja, benda maujud juga dapat membantu murid merasai jisim sebenar dan
dapat membantu murid untuk menganggar jisim pada masa hadapan.

Selain itu, set induksi yang kurang menarik juga kelemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran hari ini. Walaupun saya menyediakan gambar-
gambar untuk merangsangkan murid dan murid dapat menumpukan perhatian
tetapi saya rasa saya boleh lebih kreatif dan inovatif untuk menyediakan satu set
induksi yang lebih menarik dan merangsang murid seperti lagu yang popular,
video yang menarik dan sebagainya.

LANGKAH MENGATASI

Untuk masalah yang pertama saya, saya hendaklah bercuba untuk


menyediakan barang maujud yang lebih murah. Hal ini kerana saya masih seorang
pelajar dan tidak sanggup untuk memberi telah banyak barang maujud kerana
sangat mahal. Walau bagaimanapun, saya boleh menyediakan barang maujud
yang murah ataupun mengambil yang sedia ada sebagai satu ukuran.

Di samping itu, saya juga hendaklah lebih kreatif dan inovatif dalam
menyediakan aktiviti. Sebagai contohnya, saya boleh menambahkan sesi
menyanyi, sesi berbincang, sesi berlakon dan sebagainya untuk menjadikan kelas
lebih aktif dalam p&p dijalankan.

You might also like