You are on page 1of 6

TIPS TEMUDUGA YANG BERKESAN

Beberapa kajian yang dijalankan telah menunjukkan salah satu punca utama kegagalan seseorang untuk
mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan ketika menghadiri temuduga. Masalah itu bukan
sahaja dihadapi mereka yang berpendidikan rendah dan menengah malah turut melibatkan golongan
berpendidikan tinggi atau graduan.

Beberapa sebab telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku. Antaranya :

1)   calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya untuk menghadiri temuduga.

2)   kurang pendedahan dengan situasi seperti itu.

3)   kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri.

4)   tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga.

5)   gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik.

6)   kurang tumpuan.

7)   terlalu berserah pada takdir.

8)   terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga.

9)   tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.

10) kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga.

11) tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihan tubi.

    Jadi, bagi membantu mengatasi kelemahan-kelemahan  ini, kami mengumpul dan mengenalpasti
punca-punca  kelemahan tersebut serta memberikan beberapa tips atau panduan kepada anda semua
bagaimana cara yang terbaik untuk menghadiri temuduga.

Di antara soalan-soalan yang lazim ditanya adalah seperti berikut :

Soalan : Apakah yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesuatu sesi temuduga ?
Jawapan :
1)     Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan.

2)     Selidik profail syarikat atau panel penemuduga.

3)    Buat persediaan berhubung dengan soalan-soalan  yang berkemungkinan ditanya berhubung
dengan jawatan yang dipohon.

4)    Latih tubi soalan-soalan  tersebut dengan jawapan-jawapan yang tepat dan munasabah.

5)    Jangan berlatih menghafal segala soalan yang disediakan di dalam buku secara bulat-bulat.

Soalan : Apakah faktor penentu yang sering dititikberatkan oleh majikan, dan bagaimanakah ianya boleh
disesuaikan dengan sesi temuduga ?

Jawapan :

1)    Sikap positif terhadap pekerjaan.

2)    Cekap di dalam bidang pekerjaan yang dipilih.

3)    Kebolehan berkomunikasi secara tulisan dan percakapan.

4)    Kebolehan berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan.

5)    Yakin.

6)    Kebolehan untuk berfikir secara kritikal dan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sebarang
permasalahan yang timbul.

7)    Fleksibel.

8)    Mempunyai motivasi diri yang tinggi.

9)    Berkeupayaan untuk memimpin.

10)  Boleh bekerja secara berkumpulan.


Soalan : Bagaimanakah kod pakaian anda ketika menghadiri sesi temuduga ?
Jawapan :
Banyak yang telah diperkatakan dengan "berpakaian untuk kejayaan". Antara yang tidak elok untuk
kedua pihak iaitu calon dan panel temuduga ialah:
1)    Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat.
2)    Tatoo atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat.
3)    Pemakaian pewangi secara berlebihan.

Yang tidak elok untuk lelaki:


1)    Pemakaian pakaian yang tidak padan meliputi warna pakaian, jenis pakaian dan jenis tali leher.
2)    Berambut panjang dan berekor.
3)    Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata.

Yang tidak elok untuk wanita:


1) Pemakaian pakaian seperti lelaki.
2) Pemakaian jel.
3) Menyimpan kuku yang terlalu panjang.
4) Pemakaian alat solek secara berlebihan.

Soalan : Apakah perkara-perkara lain yang penting dilakukan oleh calon semasa sedang menghadiri sesi
temuduga ?
Jawapan :
1)     Ekspresi muka – Senyuman
2)     Ekspresi badan – Duduk dengan tegak

Soalan : Apakah perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh
menggagalkan setiap sesi temuduga?
Jawapan :
1)    Jawapan secara bersahaja seperti “a ah” dan sebagainya.
2)    Bercakap secara terlalu lembut.
3)    Memegang muka, mulut dan mengeliatkan kepala.
4)    Berpeluh secara berlebihan.
5)    Merokok.
6)    Mengunyah gula-gula getah.
7)    Menggoyangkan kaki.
8)    Bermain dengan pensil sambil mengaju-ajukan tangan.
9)    Bersiul.
10)  Menjegilkan mata.
11)  Membersihkan kuku.
12)  Menggunakan slang ketika menjawab soalan.
13)  Menggunakan nama panel penemuduga.
14)  Memegang dan bermain dengan barang-barang  yang ada di meja panel penemuduga.
15)  Mengusik-usik rambut.
16)  Memotong percakapan panel penemuduga.

Soalan : Bagaimanakah cara bijak untuk mempergunakan masa yang diberi kepada anda untuk
memperkenalkan diri dan seterusnya mewujudkan keserasian ?
Jawapan :
Cuba sedaya mungkin mencari topik-topik yang disukai oleh panel temuduga. Cuba perhatikan keadaan
sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga berketerampilan untuk mendapatkan sedikit
panduan mengenai topik-topik yang disukai.

Soalan : Perlukah anda membawa sesalinan resume untuk menghadiri temuduga ?


Jawapan :
Perlu !! Berikan resume kepada panel penemuduga dan jika perlu, bawa salinan lebih sekiranya panel
penemuduga gagal menemui salinan resume yang telah diberikan oleh anda terdahulu. Sekiranya anda
mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam
sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga.

Soalan : Apakah cara yang terbaik untuk menunjukkan bahawa anda berkeinginan untuk mendapatkan
peluang pekerjaan yang ditawarkan ?
Jawapan :
Senyuman yang ikhlas, tegas dan konsisten.

Soalan : Apakah cara yang terbaik untuk menunjukkan bahawa anda yakin ketika menghadiri sesi
temuduga ?
Jawapan :ntap

Soalan : Apakah jenis-jenis  temuduga yang sering dilakukan ketika ini ?


Jawapan :
1)    Temuduga berasaskan kelakuan
2)    Temuduga berasaskan kepada isu
3)    Temuduga berasaskan kumpulan
4)    Temuduga berasaskan tekanan
Di bawah ini adalah beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan ketika anda menghadiri sesi
temuduga:

Apakah cara terbaik untuk mempamerkan/menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon
semasa temuduga?
Tip 1 : Mesra, sentiasa tersenyum.

Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ?


Tip 2 : Tegas, suara yang kuat.

Terangkan mengenai diri anda.


Tip 3 :
1)    Jangan ceritakan mengenai diri/kehidupan anda
2)   Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu
adalah sangat membantu dengan permohonan perkerjaan anda.

Apakah kekuatan/kelebihan anda.


Tip 4 : Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di
dalam pekerjaan yang anda pohon.

Apakah kelemahan anda?


Tip 5 :
Pilihan utk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif):
1)    Saya kekadang kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik.
2)    Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadangkala saya lupa makan tengahari.
3)   Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadangkala ia sukar kerana saya
rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik sepertimana diri saya.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu.

1)    Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya.
2)    Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi
jawatan tersebut.
3)    Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari
pengalaman itu.
Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja ?

Tip 6 :
Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja yang
lain yang boleh anda lakukan.

You might also like